Henti Main Politik Dan Fokus Selesai Masalah Ekonomi Gesa Tok Mat


FMT ReportersMohamad Hasan berkata, Malaysia memerlukan pelan radikal untuk menangani kemapanan ekonominya. PETALING JAYA: Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan menggesa semua pihak berhenti bermain politik dan menumpukan usaha meningkatkan ekonomi negara susulan khabar angin mengenai pembentukan kerajaan baru ketika angka korban wabak koronavirus kini mencecah 902 orang di China.

Katanya, Malaysia menghadapi 2 krisis besar, iaitu tiada pelan ekonomi “kalis krisis” dan pasukan pakar ekonomi berwibawa untuk merangsang ekonomi negara.

“Kebelakangan ini Malaysia menyaksikan terlalu banyak ‘politicking’ sehingga kita seperti terlupa negara ini berdepan pelbagai cabaran yang genting. Malaysia memerlukan pelan radikal untuk menangani kemapanan ekonominya.

“Wabak koronavirus akan mendatangkan kesan ekonomi yang sangat besar di peringkat global. Ia akan menjadi katalis kepada kelembapan ekonomi dunia pada skala yang tidak pernah terjangka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baru-baru ini, timbul khabar angin mengenai pembentukan kerajaan baru di bawah Pakatan Nasional antara PPBM, PAS dan Umno untuk menyokong kepimpinan Dr Mahathir Mohamad yang akan memusnahkan harapan Presiden PKR, Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri ke-8.

Sabtu lalu, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata, ahli Parlimennya akan membawa usul “undi percaya” bagi menyokong kepimpinan Mahathir ke persidangan Dewan Rakyat bulan depan.

Katanya, usul menyokong kepimpinan perdana menteri sehingga tamat penggal ini bertujuan menjamin kestabilan politik dan ekonomi negara yang menurutnya terdapat banyak kemelut belum selesai.

Hari ini, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Tok Mat berkata, Malaysia yang sebenarnya memerlukan “undi percaya” kerana pelabur asing kurang yakin terhadap kestabilan politik Malaysia dalam jangka sederhana dan panjang.

“Jika Malaysia gagal dalam menangani krisis keyakinan terhadap kemampuannya, Malaysia akan terus menjadi negara membangun yang biasa-biasa.”

Bekas menteri besar negeri sembilan itu berkata, Dasar Kemakmuran Bersama juga belum dilaksanakan dengan agenda praktikal yang mampu merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

Katanya, pertumbuhan ekonomi negara akan perlahan dan pelbagai sektor bakal menghadapi tekanan, khasnya pelancongan serta perkhidmatan susulan penularan wabak koronavirus yang sehingga kini menyaksikan 18 kes disahkan di Malaysia.

“Harga minyak global terus kekal rendah pada paras yang tidak seperti diunjurkan dalam Bajet 2020.
“Masalah perdagangan kita dengan India akan berterusan nampaknya. Yang pasti Pakistan tidak boleh menjadi ‘substitute’ kepada perdagangan kita dengan India.”

India mengumumkan sekatan ke atas import minyak sawit bertapis pada 8 Jan lalu yang dianggap tindakan balas terhadap kritikan Mahathir ke atas dasar negara itu.

India bergantung kepada import untuk memenuhi 70% keperluan minyak makannya dan minyak sawit dari Indonesia serta Malaysia menyumbang hampir 2/3 daripada import minyak makan tahunan India pada 15 juta tan.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/02/henti-main-politik-dan-fokus-selesai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Pas Fokus Muafakat Nasional Tak Pernah Bincang Pakatan Nasional Tok Mat

Umno Pas Fokus Muafakat Nasional Tak Pernah Bincang Pakatan Nasional Tok Mat

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 459 hits
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata UMNO dan PAS tidak pernah berbincang berkaitan Pakatan Nasional sebaliknya membincangkan Muafakat Nasional untuk terus diperkasa Katanya Muafakat Nasional perlu dijiwai oleh semua oran...
Pentadbiran Negara Tak Fokus Banyak Sangat Main Politik

Pentadbiran Negara Tak Fokus Banyak Sangat Main Politik

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 395 hits
Oleh Siti Fatimah Ishak Beranikah kepimpinan buat referendum rakyat atau bubar ParlimenBANGI Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Teknologi Mara mengakui sejak Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran negara hampir dua tahun politik n...
Rakyat Tolak Politik Berlebihan Fokus Ekonomi Ronnie Liu

Rakyat Tolak Politik Berlebihan Fokus Ekonomi Ronnie Liu

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 292 hits
Pelbagai khabar angin mengenai terbentuknya kerajaan baharu Pakatan Nasional dan sokongan kepada PM Tun Mahathir meneruskan pemerintahan sehingga hujung penggal memerlukan Majlis Presiden Pakatan Harapan memutuskan tarikh peralihan kuasa ya...
Akhirnya Tok Mat Hasan Bersuara Mengenai Isu Kerjasama Dengan Dr Mahathir Muga Dapat Menginsafkan Semua

Akhirnya Tok Mat Hasan Bersuara Mengenai Isu Kerjasama Dengan Dr Mahathir Muga Dapat Menginsafkan Semua

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 439 hits
Sejak bocor rahsia konspirasi pihak pihak tertentu dalam kepimpinan tertinggi UMNO mahu lakukan kerjasama dengan Dr Mahathir ramai tertanya tanya kenapa Timbalan Presiden UMNO Tok Mat Hasan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan Apa pendiria...
Kementerian Wilayah Fokus Selesai Isu Sempadan Kl Selangor

Kementerian Wilayah Fokus Selesai Isu Sempadan Kl Selangor

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 372 hits
SHAH ALAM 30 JAN Menyelesaikan isu sempadan di Lembah Klang antara fokus utama Kementerian Wilayah Persekutuan tahun ini kata menterinya Khalid Abdul Samad berkata terdapat 18 isu berkaitan sempadan membabitkan Kuala Lumpur dan Selangor yan...
Lamaran Terhadap Umno Tok Mat Nasihat Jangan Gopoh

Lamaran Terhadap Umno Tok Mat Nasihat Jangan Gopoh

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 378 hits
SEGALA lamaran terhadap UMNO perlu di bawa ke meja perbincangan pelbagai peringkat dalam parti Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata lamaran terhadap parti itu perlu dibahaskan dengan mendalam dan jujur agar tidak terperan...
Umno Will Pay Dearly In Ge15 If It Collaborates With Dr Mahathir Says Tok Mat

Umno Will Pay Dearly In Ge15 If It Collaborates With Dr Mahathir Says Tok Mat

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 426 hits
A government that is formed without the blessing of voters will be killed off in the next general election warns Umno deputy president Datuk Seri Mohamad Hasan The Rantau state assemblyman said that it was against Umno s stand to form a pol...
Umno Mungkin Sokong Usul Undi Percaya Mahathir Kata Tok Mat

Umno Mungkin Sokong Usul Undi Percaya Mahathir Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 379 hits
Umno tidak menolak kemungkinan menyokong usul undi percaya kepimpinan Dr Mahathir Mohamad yang akan dibawakan PAS ke Dewan Rakyat bulan depan sekiranya ia memberi manfaat kepada rakyat Bagaimanapun Timbalan Presidennya Mohamad Hasan berkata...
Pantau Uitm Elak Main Politik Sempit Farhan Haziq

Pantau Uitm Elak Main Politik Sempit Farhan Haziq

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 487 hits
1 FEBRUARI Saya mengikuti rapat kenyataan Tan Sri Musa Hassan yang dengan jelas menuduh DAP kononnya mahu mengembalikan fahaman komunis di Malaysia dalam satu ceramah bertajuk Wacana Isu Semasa Perjanjian Damai Hatyai 1989 PKM Menyerah Diri...
Wabak Di Indonesia Dan Nepal Boleh Merebak Ke Malaysia

Doa Perjalanan Pulang Dalam Hujan

Inquest Zara Qairina Landed On Her Feet Says Pathologist

Anwar Should Donate Rm1 Mil Of His Rm11 Mil Personal Wealth To Gaza

Johari Ghani Tegas Pembangunan Semula Kampung Sungai Baru Untuk Melayu Sahaja

Tunggang Isu Kaum Dan Agama Apakah Kita Mahu Keadaan Jadi Huru Hara Seperti Di Indonesia Atau Nepal

Kg Sg Baru Redevelopment Must Be For Malays Only Johari

Pengusiran Dan Perobohan Rumah Kampung Sungai Baru


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Say Aspire Edisi Ke 6 Melonjakkan Generasi Usahawan Muda Selangor Ke Pentas Dunia

Rendang Daging Menggunakan Pes Rendang Azie Kitchen

Antivirus Vs Internet Security Suite Which Do You Really Need

Isi All Indonesia Dahulu Sebelum Ke Indonesia Applikasi Wajib Untuk Penumpang

Launching A Startup With No Money

Bergedil Kentang