Henry Cavill Rupanya Pernah Kena Reject Untuk Memegang Watak James Bond
Nama Henry Cavill pastinya tidak asing dengan telinga peminat filem superhero. Pelakon yang tampan ini sememangnya sudah sebati dengan watak Superman dalam DC Extended Universe (DCEU).
Namun di sebalik wataknya yang gemilang sebagai Superman sehingga namanya melonjak, nampaknya Cavill juga pernah mengalami kekecewaan ditolak dalam ujibakat atau screentest. Lebih mengejutkan, penolakan itu disebabkan bentuk tubuhnya.
Dipetik dari People, tidak lama dahulu, pelakon “Man of Steel” ini memberitahu pernah mencuba nasib unutk mendapatkan watak James Bond beberapa tahun yang lalu, iaitu pada awal tahun 2000. Pada masa itu, bentuk badan Cavill tidaklah begitu ‘Sado’ seperti dalam Superman.
Semasa menjalani screen test, pelakon “Mission: Impossible – Fallout” ini diminta untuk berjalan dari bilik mandi menggunakan tuala sahaja. Screen test ini merupakan salah satu daripada adegan pernah dilakukan oleh Sean Connery.
Tetapi malangnya, ketika itu Cavill dianggap tidak sesuai untuk peranan agen 007 itu.
“Saya perlu mempersiapkan diri saya dengan lebih baik,” kata pelakon itu, seperti yang dilaporkan oleh People pada Rabu (11/20).
“Saya masih ingat pengarah Martin Campbell, berkata; Kamu ‘Terlihat sedikit gemuk di sini, Henry. Saya tak tau bagaimana untuk melatih kamu ataupun diet’,” ujarnya.
Tetapi malangnya, ketika itu Cavill dianggap tidak sesuai untuk peranan agen 007 itu.
“Saya perlu mempersiapkan diri saya dengan lebih baik,” kata pelakon itu, seperti yang dilaporkan oleh People pada Rabu (11/20).
“Saya masih ingat pengarah Martin Campbell, berkata; Kamu ‘Terlihat sedikit gemuk di sini, Henry. Saya tak tau bagaimana untuk melatih kamu ataupun diet’,” ujarnya.
“Saya gembira kerana Martin berkata begitu, kerana saya terus memperbaiki diri saya dari kejujuran itu (sebenarnya) ia menjadikan saya lebih baik,” jelasnya.
Bukan sahaja gagal untuk mendapatkan peranan sebagai James Bond, pelakon berusia 36 tahun itu juga ditolak semasa mengikuti ujibakat “Tristan + Isolde” dan “Twilight”. Rupanya, Henry Cavill dianggap kurang baik berbanding dengan James Franco dan Robert Pattinson dalam kedua-dua filem tersebut.
“Saya tidak tertekan kerana gagal, tetapi saya biasa menerima kekecewaan dalam industri ini kerana saya telah mengalaminya. Kata-kata seperti, ‘Anda tidak cukup baik’ sudah biasa untuk saya,” kata pelakon itu.
Sumber : Hangat
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.blogjohanharith.com/2019/11/henry-cavill-rupanya-pernah-kena-reject.html