5 Resort Terbaik Di Pulau Pangkor Pilihan Agoda
Pulau Pangkor yang terletak di negeri Perak darul Ridzuan kini menjadi tumpuan pelancong kerana telah diisytiar sebagai Pulau Bebas Cukai semasa pembentangan bajet 2018. Pulau yang terkenal dengan keindahan pantainya serta pelbagai tarikan menarik seperti Kota Belanda, Pangkor Fish Satay Factory, Masjid Terapung dan macam-macam lagi ini menawarkan pengalaman yang indah bukan sahaja untuk berbulan madu, malah percutian bersama keluarga. Disini CN ingin berkongsi dengan pembaca tersayang 5 resort terbaik di Pulau Pangkor sebagai panduan jika anda ingin bercuti disini. 5 resort terbaik ini adalah pilihan pengguna di lamanweb Agoda yang merupakan antara trusted web untuk tempahan hotel dan tiket penerbangan.
5 Resort Terbaik Di Pulau Pangkor pilihan Agoda
1. Pangkor Sandy Beach Resort Harga : RM179 - RM450
Resort yang terletak di Pasir Bogak ini tidak jauh dari jetty. Menawarkan pelbagai aktiviti menarik di pantai seperti sukan air, atau anda boleh bersantai di swimming pool yang disediakan oleh Pangkor Sandy Beach Resort ini. Resort ini juga terletak berdekatan dengan tempat makan seafood yang pasti mengujakan anda.
Pangkor Sandy Beach Resort
2. Anjungan Beach Resort Harga : RM203 - RM344Resort yang terletak di Teluk Nipah ini juga menawarkan kolam renang yang besar untuk guest yang pasti mengujakan si kecil anda. Sangat sesuai sebagai resort pilihan untuk aktiviti keluarga kerana resort ini menawarkan pemandangan yang indah mengadap Selat Melaka disamping pantai yang cantik dan bersih.
Anjungan Beach Resort
3. Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut Harga : RM273 - RM880Resort mewah ini sememangnya menjadi impian untuk CN ke sini. Memang privacy kerana jauh dari jalan utama. Walau bagaimanapun, semua ada di Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut. Anda tidak perlu ke mana-mana kerana pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini. Amat sesuai untuk berbulan madu kerana privacynya.
Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut
4. Marina Island Pangkor Resort & HotelHarga : RM257 - RM699Menawarkan private beach, Marina Island Pangkor Resort & Hotel ini sangat sesuai untuk percutian bersama keluarga. Malah Marina Island Pangkor Resort & Hotel juga menawarkan swimming pool yang pasti menjadi tarikan untuk anak-anak.
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
5. Coral Bay Resort PangkorHarga : RM166 - RM500Terletak di Pasir Bogak, sudah tentu Coral Bay Resort Pangkor menjadi pilihan sebagai tempat percutian bersama keluarga. Dekat dengan pelbagai kemudahan dan mempunyai swimming pool yang pasti mengujakan anak-anak anda.
Coral Bay Resort Pangkor
Mana satukah resort pilihan anda?
Anda boleh layari lamanweb Agoda untuk pelbagai promosi resort terbaik di Pulau Pangkor untuk percutian bersama keluarga.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.cekgunorazimah.com/2019/03/5-resort-terbaik-di-pulau-pangkor.html