Hegira Buka Cawangan Kedua Di Ioi City Mall Putrajaya


HEGIRA BUKA CAWANGAN KEDUA DI IOI CITY MALL PUTRAJAYA | Assalammualaikum semua. Pada 1 Oktober 2022 yang lalu telah berlangsung pelancaran dan pembukaan butik fizikal kedua Hegira di IOI City Mall Putrajaya Fasa 2. Acara sangat meriah dihadiri oleh tetamu kehormat dan pelanggan setia Hegira sendiri.
Bagi pelanggan di Kuala Lumpur, membeli Hegira melalui laman web utama adalah perkara biasa. Namun, apabila dapat memegang tudung-tudung jenama Hegira. Berlainan perasaan yang muncul. Material yang Hegira pilih adalah dari kain yang berkualiti. Corak pula yang segar. Walaupun ia tudung sarung, ia tampak manis kepada si pemakai. Jahitan tepi juga kemas. Tudung semudah ABC begini sentiasa menjadi dambaan kepada muslimah. Lebih istiqomah untuk menjaga aurat. 

HEGIRA BUKA CAWANGAN KEDUA DI IOI CITY MALL PUTRAJAYA  

Perkataan Hegira di ambil dari kisah Nabi Muhammad S.A.W. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Marilah kita memupuk rasa cinta kita kepada Nabi Muhammad s.a.w dengan menerapkan sifat-sifat mulia dan kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w di dalam kehidupan seharian kita. 
Hegira merupakan hijrah Nabi Muhammad S.A.W dari Mekah ke Yathrib (Madinah) pada tahun 622 M, menandakan penyatuan masyarakat Islam pertama. Ia adalah peristiwa  bersejarah di mana perjalanan oleh sekumpulan besar untuk berpindah dari persekitaran yang bermusuhan. 
Dari kisah Nabi Muhammad S.A.W ini, kita sebagai umatnya boleh mengambil semangat perjuangan baginda. Liku-liku memperjuangkan agama Islam dan cabaran menjaga masyarakat Islam. Ia adalah tindakan yang sangat bertanggungjawab. 
Begitulah apa yang ingin dilakukan oleh Pengasas Hegira. Puan Suri mengambil berat tentang pelanggannya dan juga pekerjanya. Semua yang terlibat dalam penubuhan Hegira menjadi tanggungjawab kepada beliau untuk memperkukuh perniagaan ini dengan pembukaan cawangan fizikal agar dapat memberi bantuan kepada muslimah dalam menjaga aurat. Sambil berniaga, kita berdakwah sekali. InsyaAllah.  

Peneraju hijab inovasi dan berinspirasi di Malaysia, Hegira melangkah setapak lagi ke hadapan dengan membuka butik kedua setelah tiga tahun berada dalam pasaran dan kejayaan butik pertama di Kota Bharu, Kelantan. Pembukaan butik kedua ini bertujuan untuk menjadikan jenama Hegira lebih dekat dengan pelanggan-pelanggan setia mereka

Hegira yang dikenali sebagai virtuoso tudung menjadi rakan kolaborasi SK bagi memanfaatkan permintaan tinggi tudung slip-on. Sebagai rakan kolaborasi dan anak syarikat Siti Khadijah, Hegira diilhamkan daripada kemuliaan perkataan ‘hijrah’ atas penghormatan kepada sejarah penting agama Islam ketika Nabi Muhammad SAW berhijrah dari Mekah ke Madinah. 
Keunikan, fleksibiliti dan praktikal menjadi tunjang utama rekaan hijab yang dikeluarkan Hegira dalam usaha menampilkan keperibadian setiap wanita supaya tampil lebih bersederhana dan mengangkat martabat dan nilai diri mereka. Prinsip utama Hegira yang mengangkat inovasi telah berjaya meletakkan Hegira berada di barisan hadapan dalam pembangunan dan rekaan hijab yang tersendiri
 

Pengasas Hegira, Suri Daman berkata, visi Hegira adalah untuk menjadi sedekat mungkin dengan kehidupan wanita dan menemani mereka mengharungi kehidupan yang mencabar.

“Kami akan terus mereka bentuk tudung, pakaian, dan produk lain yang boleh memudahkan kehidupan wanita. Lebih penting, sesuai dengan slogan kami 'Ubah Nasib Anda', kami berharap Hegira melalui produk dan kisahnya dapat memberi inspirasi kepada ramai wanita untuk memiliki kisah hijrah peribadi serta mampu menentukan nasib mereka sendiri. Kami juga merancang untuk menjadikan jenama Hegira lebih mudah diakses oleh pelanggan kami dengan membuka lebih banyak lokasi runcit fizikal di seluruh negara mulai tahun ini,” katanya.
Hegira menampilkan variasi rekaan hijab termasuklah keistimewaan utama, iaitu hijab sarung atau slip ons (The SO's) dan PS laitu Pin & Style. Menariknya, setiap hijab sarung (The SO's) menampilkan nama-nama yang bermula atau berakhir dengan perkataan SO seperti Prettily-So. Charmingly-So. Lovely-So, So-Right dan banyak lagi. 
Hegira menyasarkan untuk menghasilkan lebih banyak rekaan dan produk khusus untuk golongan wanita. Tudung keluaran Hegira juga boleh dibeli menerusi dalam talian atau hadir sendiri ke rangkaian butik berhampiran.


Acara pembukaan dan pelancaran butik kedua ini dibuat serentak bersama butik terbaharu Siti Khadijah pada Sabtu, jam 11 pagi di IOI City Mall Putrajaya Fasa 2.
HEGIRA | FACEBOOK | INSTAGRAM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2022/10/hegira-buka-cawangan-kedua-di-ioi-city.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penyediaan Surau Di Dalam Butik Siti Khadijah Ioi City Mall Putrajaya Mendapat Respon Positif

Penyediaan Surau Di Dalam Butik Siti Khadijah Ioi City Mall Putrajaya Mendapat Respon Positif

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 315 hits
PENYEDIAAN SURAU DI DALAM BUTIK SITI KHADIJAH IOI CITY MALL PUTRAJAYA MENDAPAT MAKLUM BALAS POSITIF Assalammualaikum semua Tahniah buat Siti Khadijah di atas pembukaan butik ke 43 baru baru ini di IOI City Mall 2 Bertempat di bangunan baru ...
Main Masak Masak Di Pak John Steamboat Bbq Ioi Mall Putrajaya

Main Masak Masak Di Pak John Steamboat Bbq Ioi Mall Putrajaya

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 254 hits
Assalamualaikum Hi korangOkey jom sambung citer lagi bonding mom and daughter Isnin hari tu lepas merayau dalam IOI Mall tu kan punya la besar mall x dapat nak explore semua mau kurus dibuatnya nanti so mana yang terlarat kaki kami 2 berana...
Netflix Sahkan Musim Kedua Hellbound

Netflix Sahkan Musim Kedua Hellbound

papar berkaitan - pada 24/9/2022 - jumlah : 186 hits
Akhirnya Netflix mengesahkan bahawa Hellbound bakal mempunyai sambungan tak lama lagi ARTIKEL BERKAITAN Diriliskan pada November 2021 siri ini membawa kisah dunia di mana roh jahat menjatuhkan hukuman mati buat manusia tanpa amaran dan tak ...
Telefon Pintar Pertama Dengan Sokongan Wi Fi 7 Dijangka Hadir Seawal Separuh Kedua 2024

Telefon Pintar Pertama Dengan Sokongan Wi Fi 7 Dijangka Hadir Seawal Separuh Kedua 2024

papar berkaitan - pada 21/9/2022 - jumlah : 131 hits
Telefon pintar pertama dengan sokongan Wi Fi 7 mungkin hadir seawal separuh kedua bagi tahun 2024 menurut laporan DigiTimes Melalui Wi Fi 7 ia mampu menggunakan saluran tunggal 320MHz yang menyokong teknologi 4K quadrature amplitude modulat...
Miri City Council Keeping Hawk S Eye On Drainage Slopes During Monsoon

Miri City Council Keeping Hawk S Eye On Drainage Slopes During Monsoon

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 175 hits
Mayor Adam Yii MIRI Miri City Council is closely monitoring flood prone hotspots in the city by regular maintenance but is wary of flooding due to factors beyond its control this coming monsoon season Mayor Adam Yii said risky areas that n
Tasya Kamila Ungkap Rintangan Kehamilan Kedua Ia Menyebutnya Our Miracle Baby

Tasya Kamila Ungkap Rintangan Kehamilan Kedua Ia Menyebutnya Our Miracle Baby

papar berkaitan - pada 26/9/2022 - jumlah : 164 hits
Kondisi kesehatan sang suami yang mengidap kanker sempat membuat pasangan ini divonis nggak bisa punya anak lagi
Diler Hyundai Milik Bambang Trihatmodjo Resmikan Diler Ke 12 Di Bsd City Tangerang

Diler Hyundai Milik Bambang Trihatmodjo Resmikan Diler Ke 12 Di Bsd City Tangerang

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 144 hits
Hyundai Mobil Indonesia menambah jumlah dilernya di kawasan BSD City Tangerang Selasa Diler anyar Hyundai BSD City menjadi diler ke 12 HMI di seluruh Indonesia
Musim Kedua All Of Us Are Dead Mula Penggambaran

Musim Kedua All Of Us Are Dead Mula Penggambaran

papar berkaitan - pada 26/9/2022 - jumlah : 211 hits
Ramai yang menantikan sambungan All Of Us Are Dead di Netflix kan ARTIKEL BERKAITAN Berita gembira buat anda khabarnya sisir tersebut sudah pun memulakan penggambaran untuk musim keduanya baru baru ini Hal itu disahkan sendiri menerusi bebe...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik