Penyediaan Surau Di Dalam Butik Siti Khadijah Ioi City Mall Putrajaya Mendapat Respon Positif
PENYEDIAAN SURAU DI DALAM BUTIK SITI KHADIJAH IOI CITY MALL PUTRAJAYA MENDAPAT MAKLUM BALAS POSITIF | Assalammualaikum semua! Tahniah buat Siti Khadijah di atas pembukaan butik ke 43 baru-baru ini di IOI City Mall 2. Bertempat di bangunan baru pusat membeli-belah tersebut. Butik Siti Khadijah kini dengan berkeluasan 3,000 kaki persegi lebih luas dan selesa. Banyak produk-produk dari Siti Khadijah tersedia untuk anda miliki.
Pembukaan butik kali ini ada kelebihannya dan ia menjadi keunikan kepada Siti Khadijah. Julung kali, inisiatif mulia telah terlaksana, surau tersedia di dalam butik SK untuk muslimin dan muslimat melaksanakan perkara wajib iaitu Rukun Islam kedua Mendirikan Solat Lima Waktu.
Kemudahan surau ini tersedia buat semua pelanggan butik Siti Khadijah dan pusat membeli-belah IOI City Mall Putrajaya. Namun, jangan berebut ye. Beratur tunggu giliran anda.
PENYEDIAAN SURAU DI DALAM BUTIK SITI KHADIJAH IOI CITY MALL PUTRAJAYA MENDAPAT MAKLUM BALAS POSITIF
Ruby berkesempatan melihat sendiri surau yang disediakan oleh Butik Siti Khadijah. Untuk keselesaan menunaikam solat, ia boleh memuatkan jemaah lebih kurang 4 orang dalam satu-satu masa.
Konsep surau begini boleh memberi idea kepada pelanggan bahawa ruang solat di dalam setiap rumah perlu ada. Ia untuk memberi keselesaan dan memberi perasaan tenang untuk solat, mengaji Al-Quran, membaca terjemahan Al-Quran, mengulangkaji ilmu agama atau membaca buku.
Ruby juga sedang plan surau / musola untuk rumah kami. Anak-anak lelaki Ruby juga sudah bersekolah dan mereka ingin solat berjemaah seperti di sekolah. Sekarang, kami menggunakan ruang tamu untuk solat berjemaah. Keperluan ruang surau sememangnya menjadi salah satu rancangan kami.
Siti Khadijah telah memberi inspirasi lebih jelas tentang keperluan ruang solat selesa. Tahniah Siti Khadijah. Harap Siti Khadijah juga menjual barang-barang dekorasi untuk surau di rumah. Mungkin Mihrab sebagai penentu arah kiblat? Rehal untuk Al-Quran besar? dan lain-lain.
Ruby sempat menemubual beberapa pelanggan Siti Khadijah pada hari pelancaran dan ramai teruja dengan konsep surau di dalam butik
"Saya tak sangka Siti Khadijah akan menyediakan surau kepada pelanggan. Semua orang Islam boleh menggunakan surau ini setiap kali masuk waktu azan Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak"
"Saya terfikir bagaimana ingin solat dengan cermin besar butik jelas nampak seseorang sedang solat. Rupa-rupanya ada pintu yang boleh di seret untuk menutup pandangan pengunjung pusat membeli belah dari ternampak aurat kami"
"Menemani isteri membeli-belah kadang-kadang ambil masa terlalu lama di Siti Khadijah, selalu saya bagi hint waktu solat kepada isteri agar kami boleh ke surau pusat membeli-belah. Sekarang, saya boleh menunggu dengan lebih tenang sebab ada surau di dalam butik Siti Khadijah"
"Surau di dalam butik Siti Khadijah dan ruang untuk anak-anak menunggu siap ada sudut bacaan memang sangat menarik. Harap Siti Khadijah di IOI City Mall ini ada program bacaan kisah-kisah Nabi atau program bersempema Maulidur Rasul yang bakal tiba bersama anak-anak"
MEMUPUK GAYA HIDUP BERMANFAAT
Siti Khadijah Sdn Bhd, pengeluar produk telekung bermutu tinggi berjenama Siti Khadijah, memindahkan butik sedia ada di IOI City Mall, di sini, ke sayap baharu pusat beli belah itu dengan keluasan yang lebih besar iaitu 3,000 kaki persegi dan jumlah pelaburan sebanyak RM500,000.
Terus mengukuhkan empayar perniagaan berkonsepkan gaya hidup Islam, Siti Khadijah telah melancarkan konsep baru dengan konsep ‘Memupuk Gaya Hidup Bermanfaat’.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohammad Munzir Aminuddin berkata, melalui setiap produk Siti Khadijah, syarikat mahu memupuk gaya hidup bermanfaat kepada para pelanggan
“Siti Khadijah bukan saja menawarkan produk yang selesa digunakan tetapi kami juga mahu memberi maafaat kepada pengguna dan seterusnya memupuk sifat sama kepada orang lain supaya bersama-sama mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.
“Kami juga mahu mengangkat martabat, nilai, dan kesucian agama Islam melalui setiap produk yang dikeluarkan. Butik ini juga lebih besar kerana Siti Khadijah mahu menempatkan lebih banyak produk dan sasaran kami bukan hanya telekung tetapi kepada ibadah khusus dengan menyediakan surau yang boleh digunakan pelanggan untuk menunaikan solat.
“Inilah kelebihan dan keistimewaan butik di IOI City Mall dengan pembinaan surau di dalamnya yang terletak di depan, bukan di belakang butik. Surau ini juga sebagai model tempat ibadah yang perlu ada di setiap kediaman keluarga Islam,” katanya.
Mohammad Munzir menjelaskan, setiap produk yang dipamerkan di surau itu adalah untuk dijual dan orang ramai boleh mendapatkannya di butik Siti Khadijah
“Kami mahu menjual konsep surau ini supaya di setiap kediaman orang Islam ada ruang solat untuk keluarga dan tetamu. Barangkali, Siti Khadijah adalah perintis pertama yang menyediakan surau di dalam butik.
“Sebaik saja selesai pembelian, pelanggan boleh terus mencuba telekung dan sejadah baru di surau. Siti Khadijah juga mahu membawa pengalaman yang menakjubkan kepada pelanggan apabila menyediakan perkhidmatan tukang jahit untuk tempahan, bungkusan hadiah, menjual beg telekung, sejadah, tudung (jenama Hegira), kasut dan pakaian muslimah,” katanya.
Siti Khadijah sehingga kini telah memiliki 44 cawangan butik si seluruh negara termasuk di pusat beli-belah IOI City Mall dan bercadang untuk memiliki sehingga 53 cawangan pada tahun ini, sebelum menambah 10 lagi butik baharu pada tahun 2023. Acara pelancaran dan pembukaan berlangsung pada Sabtu, pada jam 11 pagi di IOI City Mall Fasa 2.
Butik Siti Khadijah IOI City MallLot 1-226, IOI City Mall 2, IOI Resort, 62502 Putrajaya, Selangor
Waktu Operasi: 10 AM - 10PM
SITI KHADIJAH | FACEBOOK | INSTAGRAM
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ruby.my/2022/10/penyediaan-surau-di-dalam-butik-siti.html