Hebat Dalam Bidang Masing Masing 5 Rakyat Malaysia Ini Gah Mencipta Nama Di Peringkat Dunia



Betul kata pepatah, kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha. Kami sediakan 5 rakyat Malaysia yang membanggakan nama negara dengan menempa kejayaan di peringkat antarabangsa dan menjadi inspirasi buat generasi muda!
Dr. Amalina Bakri

Siapa yang tidak mengenali doktor muda kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini? Anda tahu tak, Dr. Amalina Bakri merupakan antara 10 doktor pakar pelatih surgikal terbaik di United Kingdom tau!
Malah, beliau juga mengharumkan nama negara apabila dinamakan sebagai penerima anugerah Darzi Academic Clinical Fellowship di Imperial College London anjuran London Leadership Academy.
Terkini, melalui satu perkongsian di laman sosial miliknya, Dr. Amalina berkongsi bahawa beliau menyertai pasukan saintis Imperial College di London dalam usaha mencari vaksin bagi memerangi COVID-19 yang melanda negara sekarang ini. Hebat kan? Cari vaksin tau bukan misi biasa-biasa!
Sebelum mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa, pada tahun 2004, Dr. Amalina pernah mencuri perhatian rakyat Malaysia dengan kejayaan memperoleh keputusan cemerlang 17A1 dalam peperiksaaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lalu melanjutkan pelajaran di luar negara.
Sofyank

Mohamad Sofian Abdullah atau lebih dikenali sebagai Sofyank, 24, merupakan seorang anak muda berasal dari Kelantan. Sofyank terkenal dalam menghasilkan video suntingan unik dan kreatif di media sosialnya.
Sofyank mula menempa dikenali di peringkat antarabangsa apabila video suntingannya mendapat perhatian idolanya, Zack King yang juga terkenal dengan video suntingan kreatif dan kesan khas.
Rentetan dari itu, pada tahun 2019, Sofyank menerima jemputan untuk bertemu dengan idolanya itu di Jakarta, Indonesia ketika beliau menghadiri satu program disana.

Selain Zack King, Sofyank juga menarik perhatian aktor Hollywood, Will Smith apabila video yang disunting olehnya sebagai sebahagian promosi filem Gemini Man lakonan Will Smith dimuat naik semula oleh aktor berkenaan di laman Instagram miliknya.
Malah, Sofyank juga berpeluang bertemu dengan aktor antarabangsa itu ketika tayangan khas filem tersebut yang diadakan di Budapest, Hungary.
Sofyank adalah bukti kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha.
Zhen Co

Zhen Cho merupakan seorang penulis kelahiran Malaysia yang mengharumkan nama Malaysia selepas memenangi Anugerah Penulis Baharu Terbaik 2016 British Fantasy Award di Scarboroungh, England.
Novel ciptaan Zhen Cho, Sorcerer to the Crown tersenarai dalam Anugerah Novel Fantasi Terbaik dan berjaya mengenepikan beberapa karya penulis lain.
Zhen Cho juga pernah menjadi pengarang bagi buku Cyberpunk: Malaysia yang merupakan koleksi kisah sains fiksyen selain menulis kisah antologi, Spirits Abroad dan berjaya merangkul anugerah di William L. Crawford Fantasy Award pada 2015.
Azizul Hasni Awang

Terkenal dengan jolokan nama The Pocket Rocket Man, Azizul Hasni Awang merupakan seorang pelumba basikal trek professional negara.
Beliau sering kali mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa dalam sukan berbasikal kegemarannya ini.
Antara pencapaian atlet kelahiran Dungun, Terengganu ini di peringkat antarabangsa yang membanggakan rakyat Malaysia ialah memenangi kejuaraan lumba basikal dunia di Melbourne, Australia (2009), Pingat emas acara Keirin dan pecut 200m di Kejohanan Trek Asia (2008) dan Kejohanan Dunia Berbasikal Trek UCI (2017).
Yang paling mencuri tumpuan dan “cherry on the top” kejayaan beliau ialah memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik pada tahun 2016 di Rio, Brazil.
Anda pasti ingat fenomena ini kan? Apa tak nya, sekaligus meletakkan beliau di kedudukan pertama dunia!
Terkini, Azizul sedang mempersiapkan diri bagi sukan Olimpik di Tokyo yang dijadualkan berlangsung tahun hadapan.
Yuna

Sebut sahaja nama wanita ini pasti satu Malaysia sudah tahu. Yunalis Zarai atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Yuna merupakan seorang penyanyi, penulis lagu, komposer dan kini seorang usahawan.
Yuna mula terkenal di awal kemunculannya sebagai penyanyi wanita pertama yang membawa muzik indie dengan imej bertudung yang moden.
Selepas mencipta kejayaan dalam industri muzik di Malaysia, Pelantun lagu “Dan Sebenarnya” ini mengembangkan kerjayanya ke peringkat antarabangsa di mana pada tahun 2011, Yuna mengeluarkan album pertamanya di Amerika Syarikat yang berjudul Decorate.
Bahkan, Yuna berjaya bekerjasama dengan beberapa penyanyi popular antarabangsa seperti Usher, Pharell Williams dan Jhene Aiko.

Terbaharu, Yuna muncul di papan gergasi billboard di tengah-tengah bandar New York untuk kali ketiga bagi mempromosikan sambutan bulan “Asian American and Pacific Islander Heritage” yang dianjurkan oleh aplikasi penstriman muzik, Spotify. Sebelum ini, Yuna muncul pada papan gergasi billboard itu sewaktu mempromosi albumnya, Rouge pada tahun 2019 dan pada tahun 2016 sebagai ikon muzik pilihan syarikat muzik terkenal, NASDAQ. SM
Idea Kreatif Cikgu Nancy

The post Hebat Dalam Bidang Masing-Masing, 5 Rakyat Malaysia Ini Gah Mencipta Nama di Peringkat Dunia appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/12/29/hebat-dalam-bidang-masing-masing-5-rakyat-malaysia-ini-gah-mencipta-nama-di-peringkat-dunia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Vaksin Covid 19 Kerajaan Tanggung Kos Rm77 35 Bagi Setiap Rakyat Malaysia

Vaksin Covid 19 Kerajaan Tanggung Kos Rm77 35 Bagi Setiap Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 240 hits
Vaksin COVID 19 yang bakal diterima oleh rakyat Malaysia menjadi bualan ramai apabila pihak kerajaan bakal menanggung kos vaksin berjumlah RM77 35 bagi setiap seorang penduduk di Mlaaysia Menurut laporan Sinar Harian perkara tersebut telah ...
B4u Global Investment Merupakan Syarikat Pelaburan Di Malaysia Beroperasi Seluruh Dunia

B4u Global Investment Merupakan Syarikat Pelaburan Di Malaysia Beroperasi Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 431 hits
B4U Global Investment Merupakan Syarikat Pelaburan Di Malaysia Beroperasi Seluruh DuniaB4U Global adalah syarikat investment atau syarikat pelaburan di Malaysia yang beroperasi di lebih 25 negara giat menjalankan pelbagai perniagaan fizikal...
Makanan Rakyat Malaysia Banyak Toksik

Makanan Rakyat Malaysia Banyak Toksik

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 213 hits
Makanan rakyat Malaysia banyak mempunyai racun Kita sekarang tidak pedulikan makanan bertoksik Kita hanya sedar sebentar apabila ada negara lain menolak maknan bertoksik yang negara kita hasilkan Ahli ekonomi Prof Dr Jomo Kwame Sundaram bim...
Jadikan Rakyat Malaysia Sendiri Dulu Sebagai Pelabur Baru Yang Berpotensi Sebelum Nak Utamakan Pelabur Luar

Jadikan Rakyat Malaysia Sendiri Dulu Sebagai Pelabur Baru Yang Berpotensi Sebelum Nak Utamakan Pelabur Luar

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 244 hits
UNTUK JAYAKAN SEBUAH EKONOMI BUKAN HANYA PERLUKAN MODAL TAPI JUGA PERLUKAN KEPADA IDEA DAN AKAL YANG BIJAK Bajet 2021 adalah rancangan kewangan khususnya dari aspek pendapatan dan perbelanjaan yg bakal dilaksana oleh kjaan sepanjang tahun 2...
Kisah Kopi Di Dunia Dan Malaysia

Kisah Kopi Di Dunia Dan Malaysia

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 294 hits
Kali ini kita bercerita kisah Kopi Memang ia minuman kegemaran admin Di dunia kopi di tanam seluas 11 12 juta hektar dan Brazil merupakan pengeluar terbesar dunia dengan keluasan 2 15 juta hektar iaitu 19 daripada pengeluaran dunia diikuti ...
3 Rakyat Malaysia Stabil Selepas Kemalangan Di Australia

3 Rakyat Malaysia Stabil Selepas Kemalangan Di Australia

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 212 hits
Kuala Lumpur Keadaan tiga rakyat Malaysia yang parah selepas terbabit dalam kemalangan di Sturt Highway kira kira 15 kilometer dari Balranald New South Wales Australia kelmarin dilaporkan stabil Dalam kejadian pada 3 40 petang waktu Austral
Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Tiga Lelaki Bakar Anak Kucing Diburu Polis

Dap Leader Unsurprised By Mca S Decision To Not Campaign For Its Candidate

Banjir Besar Dubai 2024 Ustaz Azhar Idrus



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Sempena Mother S Day Enfagrow A Mindpro Menjemput Semua Ibu Ibu Untuk Hasilkan Lagu

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Power Of Storytelling In Marketing

Lirik Lagu Berharap Kau Kembali Fabio Asher

Bisikan Setan

Buah Berangan Snek Sihat Keluarga Manfaat Pada Kesihatan