Healing Di Pantai Dandulit Sandakan
Healing Pantai Dandulit Sandakan | Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Hi, korang! Seperti yang dijanjikan dalam entri sebelum ini, hari ni Murni nak berkongsi aktiviti healing di Sandakan pula. Murni siap beli tiket kapal terbang pergi & balik atas alasan tak nak rasa penat naik bas haha.
Healing di Pantai Dandulit Sandakan
Masa Perjalanan dari Airport Sandakan ke Pantai Dandulit
Tujuan utama Murni ke Sandakan adalah untuk healing (nak lupakan kesedihan bukanlah perkara yang mudah) dengan melakukan aktiviti camping di Pantai Dandulit. Flight Murni dari Lahad Datu ke Sandakan pada 23/12/2023 waktu pagi. Dalam jam 3:30 petang, Mashi & kak Adah jemput Murni di airport.
Airport SandakanCamping kali ni, Murni hanya bawa 1 backpack 38l saja. Barang camping semua tinggal kecuali hammock. Berat beg ni pun dalam 10kg, kenapalah tak terfikir bawa luggage saja haha. Kami sampai di Pantai Dandulit sebelum jam 5:00 petang. Sebelum bertolak ke Pantai Dandulit kami singgah sebentar di pasaraya membeli air minuman 1 karton dan arang untuk bakar-bakar udang & ikan.
Harga tiket masuk ke Pantai Dandulit RM2 per orang. Antara kemudahan yang disediakan; pondok, tapak camping, tandas, tempat untuk BBQ. Harga untuk sewa pondok & tapak camping Murni tak ingat berapa caj yang dikenakan. Siapa yang tahu boleh berkongsi info di ruangan komen ya. Korang yang sunset lover tu wajiblah singgah menikmati view petang di Pantai Dandulit ni. Actually Murni lupa ambil gambar matahari terbenam sebab terlalu dibuai dengan angin pantai yang sepoi-sepoi.
Makan malamMenu makan malam kami pun agak meriah; ikan bakar & udang. Part bakar-bakar ni serah sepenuhnya dengan pihak lelaki saja. Murni jadi tukang tengok sajalah haha. Tak pernah-pernah Murni bersihkan udang, terpaksalah belajar haha. Makan malam kami agak lewat sikit dalam jam 09:40 sebab nak tunggu semua ikan & udang tu masak ambil masa jugalah. Nikmat apa lagi yang kau dustakan dapat kumpul ramai-ramai dengan kawan & makan bersama-sama kira bersyukur sangat.
Usai makan & kemas pondok, wajiblah bergambar menikmati view waktu malam menghadap laut. Kalau ikutkan hati masa ini Murni nak stargazing tapi tak dapat sebab line internet kejap ada kejap tiada untuk akses location.
Dalam jam 11:30 Murni dah siap-siap pasang hammock di pondok, mengantuk & penat sangat masa ni. Tengah malam pun hujan, nasib baik pasang hammock di pondok, kalau pasang di bawah pokok mahunya mandi hujan
24/12/2023
Bangun awal pagi disertai dengan hujan, rasa macam nak sambung lagi tidur haha. Untuk sarapan pagi, kita masak apa yang ada saja; nasi semalam masih ada, ikan bakar sepinggan & sardin tin. Maka jadilah nasi goreng ikan, kami siap pinjam kuali & sudip dari tuan tanah almaklumlah nak masak dalam kuantiti yang banyak
Usai sarapan, jalan-jalan dulu di tepi Pantai Dandulit siap bawa kerusi healing untuk bergambar haha. Siapa yang pandai berenang, nak mandi-manda pun boleh. Kami keluar dari Pantai Dandulit agak lewat sedikit sebab Murni tunggu waktu check in hotel dalam jam 2 petang. Sebelum kami bergerak ke hostel, kami singgah makan tengah hari di Restoran Seri Bintang Bandar Prima (sebelum ni dikenali Bubble Tea House). Bakso & ayam penyetnya sedap yakmat.
Prima B&B Hostel
Murni menginap di Prima B&B Hostel selama 4 hari 3 malam. Murni booking melalui Booking.com & dapat harga RM205.92 Murni ambil bilik yang privacy sikit sebab tak nak berkongsi toilet dengan guest lain. Dalam jam 5 lebih kami lepak di rumah kak Shidah, minum petang siap dihidangkan sanggar pappek, donut & mangga. Pada waktu malam, kami jalan-jalan ke tembok bandar Sandakan cuci mata & isi perut haha
25/12/2023Memandangkan Murni dah lama tak turun ke Sandakan, lepas waktu Zohor Murni pergilah Harbour Mall cuci mata & cuci dompet sekali haha. Sebelum balik ke Hostel Murni singgah lagi ke Restoran Seri Bintang (makan tengah hari lewat dah dalam jam 4 lebih). Disebabkan lapar sangat masa ni Murni order Bakso Daging & ayam penyet nasi separuh haha. Dalam jam 8:30 malam, kami lepak lagi di rumah kak Shida, ada misi shell out tengah malam haha.
26/12/2023
Jam 12:30 tengah malam kami ke jeti Pasar Umum Sandakan untuk mencari ketam, udang galah & sotong.
Jam 2:10 subuh hidangan siap dimasak oleh chef kami, paijul haha. Adedeh sedap apalah tidak terkira berapa ekor ketam yang dimakan, udang & sotong pun sama. Sanggup si munni langgar pantang haha. Alhamdulillah rezeki dapat makan sedap. Terima kasih Zul masakkan kami, terima kasih juga kak Shida melayan kerenah kami siap masakkan untuk makan malam lagi, terima kasih Mashi angkut si munni ke mana-mana haha
27/12/2023
Hari di mana terpaksa balik ke Lahad Datu. Tak sempat sebenarnya sarapan pagi di restoran favourite Murni, kejar masa ke airport takut terlepas flight. Murni sarapan di airport saja. Healing di Sandakan merupakan penutup bagi tahun 2023, baki cuti tahunan Murni hanya rehat di rumah sahaja.
Sampai sini saja perkongsian Murni healing di Pantai Dandulit Sandakan. Terima kasih sudi baca entri ini 😘 Nanti Murni kongsi pengalaman hiking & river trekking di Air Terjun Bertiga yang terletak di Tungku Lahad Datu
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://murnimohdyusof.blogspot.com/2024/01/healing-di-pantai-dandulit-sandakan.html