Makna Dan Jobbie Meraikan Pink Wobbly Breast Odyssey Di Kpj Damansara 2


Oktober merupakan Bulan Kesedaran Kanser Payudara (Oktober Pink), jenama mentega kacang semula jadi terkenal, JOBBIE mengumumkan kerjasama dengan Majlis Kanser Nasional Malaysia (MAKNA) untuk melancarkan kempen CSR dan pendidikan khas yang diberi nama “Pink Wobbly Breast Odyssey”





Kempen ini telah dilancarkan secara rasmi di Hospital Pakar Damansara 2 (DSH2) dihadiri lebih daripada 100 tetamu yang terdiri daripada orang awam, tetamu VIP, kolaborator, ahli media dan pencipta kandungan, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kanser payudara sambil menyokong inisiatif kesihatan payudara MAKNA





MAKNA DAN JOBBIE MERAIKAN PINK WOBBLY BREAST ODYSSEY DI KPJ DAMANSARA 2
Antara nama-nama terkenal yang hadir adalah Timbalan GM MAKNA, En. Vemanna Appannah, dan pempengaruh media sosial Maryam You Narae, juga dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi. Di pelancaran kempen, JOBBIE memperkenalkan edisi terhad 5,000 balang kaca Jobbie merah jambu yang direka khas dengan label “Pink Wobbly Breast Odyssey”




Setiap balang menampilkan maklumat kesedaran kanser payudara dengan reka bentuk berwarna merah jambu yang menarik, melambangkan perjalanan dan keberanian individu yang menghidap penyakit ini. Untuk setiap balang yang dijual, RM1 akan diderma kepada MAKNA untuk menyokong program kesihatan payudaranya, demi membantu menyediakan sumber maklumat dan rawatan bagi mereka yang terjejas oleh kanser payudara

Nama kempen ini diilhamkan daripada dua elemen utama yang berkaitan perjalanan kanser. Perkataan “Wobbly”melambangkan kerentanan yang dihadapi ketika memerangi kanser payudara, sementara “Odyssey mencerminkan perjalanan unik dan penuh keberanian setiap orang yang menghadapi penyakit ini. Ini selaras dengan matlanat JOBBIE untuk menyebarkan kegembiraan dan memperjuangkan kualiti hidup yang lebih baik





En. Victor Chin, Ketua Pegawai Eksekutif JOBBIE menjelaskan, kerjasama JOBBIE dengan MAKNA merupakan peringatan kepada semua rakyat Malaysia untuk mengambil peranan aktif dalam memahami dan mempromosi kesihatan payudara. Pengesanan awal menyelamatkan nyawa, dan 'Pink Wobbly Breast Odyssey' menggalakkan semua orang untuk menyebarkan pengetahuan, menyokong pesakit dan menyumbang kepada penyelidikan dan jawatan kanser payudara

Di JOBBIE, kami percaya bahawa sebagaimana mentega kacang kami menyebarkan kegembiraan, kami ingin menyebarkan sedikit harapan, semangat dan sokongan kepada pejuang dan pemandiri kanser payudara melalui inisiatif ini. Komitmen kami adalah untuk membantu rakyat Malaysia hidup dengan lebih baik dan lebih sihat, dan pada masa yang sama mengilhamkan rakyat Malaysia untuk peka terhadap penyakit yang bukan sahaja memberi kesan kepada pesakit tetapi juga keluarganya. Melalui inisiatif ini, kami ingin menggalakkan komuniti dan penjaga pesakit untuk menyokong satu sama lain dan mengambil kesihatan payudara dengan serius


Acara pelancaran menampilkan pelbagai aktiviti kesihatan yang menyarankan rejim holistik untuk penjagaan kesihatan payudara. Para tetamu menikmati sesi yoga yang menegaskan kepentingan kesihatan mental bagi mereka yang hidup dengan kanser. Pameran Wobbly Breast Hall of Fame turut menampilkan maklumat tentang kempen serta karya seni yang diilhamkan oleh Reka Bentuk Wobby Breast




Peserta-peserta juga diberi peluang untuk menghasilkan karya seni mereka sendiri dan menerima saringan kanser payudara percuma, disediakan oleh penaja kami, Hospital Pakar Damansara 2 (DSH2)

Kanser payudara merupakan bentuk kanser nombor satu di kalangan wanita di Malaysia, sebanyak 32% daripada semua kanser yang dikesan dalam wanita. Risiko menghidap kanser payudara meningkat dengan usia dan berlaku dengan lebih kerap di kalangan individu berusia 50 tahun ke atas



Malangnya, kebanyakan kes dikesan lewat, dengan hampir separuh kes dikesan pada Tahap 3 atau Tahap 4, apabila pilihan rawatan lebih terhad dan peluang untuk bertahan hidup menurun

Statistik ini menekankan kepentingan pengesanan awal dan saringan berkala, terutamanya bagi wanita berumur 40 tahun ke atas, demi meningkatkan peluang rawatan dan mengurangkan kadar kematian yang berkaitan dengan penyakit ini

Acara pelancaran kempen turut menampilkan pakar kesihatan dan pemandiri kanser untuk berkongsi pandangan praktikal tentang penjagaan dan pengurusan kanser

Dr. Haliza Kamarudin, Pakar Obstetrik dan Ginekologi di Hospital Pakar Damansara 2 (DSH2), membincangkan hal kesihatan wanita, menekankan kepentingan saringan awal seperti mamogram dan pemeriksaan payudara diri pada pelbagai peringkat kehidupan

“Pengalaman hidup wanita dipengaruhi oleh pelbagai risiko dan implikasi kesihatan melalui pelbagai peringkat kehidupan mereka

Ini termasuk perubahan hormon, menopaus dan yang terutamanya kanser payudara. Dalam peranan kami dalam ginekologi, kami menekankan kesihatan umum wanita, kebersihan dan kesejahteraan, dan dalam kes kanser payudara, menasihati cara-cara tertentu untuk mengurusnya dengan rawatan, terapi hormon dan rancangan pengurusan kesihatan wanita secara keseluruhan

Adalah penting bagi wanita untuk mendapat maklumat tentang kesihatan payudara dan memantau risiko dan perubahan kepada tubuh mereka dan mengamalkan rejim gaya hidup sihat. Saringan berkala dan pengesanan awal adalah penting bagi mencegah kanser payudara atau menjalani rawatan pada peringkat awal kata Dr Haliz

Pengacara, pemandiri kanser dan aktivis Choo Mei Sze berkongsi pengalaman dan kejayaannya sendirimengharungi kanser, memberi dorongan kepada mereka yang menghadapi cabaran yang sama

Perjuangan menentang kanser merupakan perjalanan yang sunyi dipenuhi dengan suka duka terutamanya pada usia muda, jadi menerima sokongan dari keluarga dan orang tersayang sangat penting
Kuncinya adalah untuk bersemangat dan berfikiran positif serta mengambil langkah untuk mengurus penyakit dengan maklumat yang betul serta rawatan. Saya amat berbesar hati untuk menyertai inisiatif ini dan berkongsi perjalanan peribadi saya dengan harapan dapat mengilhamkan mereka yang sedang memerangi pertarungan mereka sendiri


Untuk maklumat lanjut mengenai Inisiatif “Pink Wobbly Breast Odyssey” Jobbie, sila lawatiwww.jobbienutbutter.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azlindaalin.com/2024/11/makna-dan-jobbie-meraikan-pink-wobbly.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jobbie X Makna Dalam Kempen Pengumpulan Dana Pendidikan Pink Wobbly Breast Odyssey

Jobbie X Makna Dalam Kempen Pengumpulan Dana Pendidikan Pink Wobbly Breast Odyssey

papar berkaitan - pada 21/11/2024 - jumlah : 78 hits
Sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara jenama mentega kacang semula jadi terkenal JOBBIE mengumumkan kerjasama dengan Majlis Kanser Nasional Malaysia untuk melancarkan kempen CSR dan pendidikan khas yang diberi nama Pink Wobbly Breast Odys...
Photos A Visual Odyssey Of The Malaysia Ultra Trail Utmb In Taiping Embracing Rain And Moonlight

Photos A Visual Odyssey Of The Malaysia Ultra Trail Utmb In Taiping Embracing Rain And Moonlight

papar berkaitan - pada 17/11/2024 - jumlah : 175 hits
In the pre dawn darkness of Taiping Perak where Malaysia s oldest rain trees whisper tales of bygone eras something extraordinary is stirring The Malaysia Ultra Trail by Ultra Trail du Mont Blanc isn t just another race it s a pilgrimage th...
Meraikan Usahasama Baru Syarikat Malaysia Peru

Meraikan Usahasama Baru Syarikat Malaysia Peru

papar berkaitan - pada 14/11/2024 - jumlah : 130 hits
Meraikan satu usahasama baharu syarikat daripada Malaysia Yinson Group dalam sektor tenaga boleh diperbaharui di Peru dengan pembukaan ladang solar di Arequipa yang kedua terbesar di Peru Peningkatan ketara perdagangan diantara Malaysia Per...
Nak Anak Jadi Orang Begini Cara Didik Mereka Faham Makna Kejayaan Sebenar

Nak Anak Jadi Orang Begini Cara Didik Mereka Faham Makna Kejayaan Sebenar

papar berkaitan - pada 11/11/2024 - jumlah : 97 hits
Mendidik anak anak tentang erti kejayaan bukan sekadar mengajar mereka meraih pencapaian tetapi juga menggalakkan mereka untuk menghayati setiap langkah dalam proses itu termasuk kegagalan Setiap kali mereka berjaya walaupun sekadar mendapa...
Makna Kata Merampot Memahami Arti Dan Penggunaan Dalam Kehidupan Sehari Hari

Makna Kata Merampot Memahami Arti Dan Penggunaan Dalam Kehidupan Sehari Hari

papar berkaitan - pada 4/11/2024 - jumlah : 138 hits
BloggerBorneo com Di setiap daerah di Indonesia kata kata khas dalam bahasa sehari hari sering kali memiliki makna unik dan penggunaan yang berbeda dari bahasa baku Kata kata ini bukan hanya menjadi ciri khas tetapi juga memperkaya kekayaan...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat