Haziq Digantung Tugas Serta Merta



Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Mohd Akin mengumumkan setiausaha sulitnya, Muhammad Haziq Aziz digantung tugas serta-merta, selepas mendakwa seorang menteri kanan terbabit dalam hubungan seks sejenis dengannya.

“Beliau diarah menjawab surat tunjuk sebab dalam tempoh 3 hari daripada tarikh 12 Jun,” katanya dalam sidang media di kementeriannya hari ini.

Beliau berkata, kementeriannya tidak teragak-agak menamatkan kontrak perkhidmatan Haziq, jika tiada maklum balas diterima dalam masa 3 hari.

Katanya, pelantikan Haziq sebagai kakitangan kementeriannya dibuat berdasarkan penilaian dalam soal jawab ketika sesi temuduga, kelayakan akademik serta pengalaman kerja yang dilihat sesuai dengan skop tugas ditawarkan.

“Justeru, tindakan beliau ini sangat mengejutkan dan tentunya sama sekali tidak diduga.”

Semalam, Haziq menggemparkan negara dengan rakaman video 30 saat di Facebook yang mengaku beliau terbabit dalam klip video seks sejenis.

Beliau menamakan Azmin Ali sebagai pasangannya dalam klip video seks itu yang didakwa dirakam tanpa pengetahuannya pada 11 Mei lalu di Hotel Four Points di Sandakan, ketika pilihan raya kecil kerusi Parlimen itu baru-baru ini.

Azmin yang juga menteri hal ehwal ekonomi menafikan dakwaan itu dan menyifatkannya komplot jahat untuk mencemarkan reputasi, keperibadiannya dan memusnahkan kerjaya politiknya serta akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Haziq.

Penggantungan Haziq menyusul beberapa jam selepas beliau hari ini mempersoalkan kejujuran kerajaan Pakatan Harapan, ekoran pemimpin kerajaan menuduhnya mempunyai agenda politik dengan pengakuannya semalam.

Haziq berkata, hubungan seks yang didakwa dilakukannya dengan Azmin bukan kejadian pertama dan menuduh Hilman Idham yang merupakan setiausaha politik Azmin dan timbalan ketua Pemuda PKR, memaksanya menarik balik tuduhan ke atas Azmin.

Beliau menyifatkan Azmin sebagai “lelaki sakit” dan menuduhnya merakam video itu untuk dijadikan “koleksi peribadi”.

Hari ini, Shamsul berkata, beliau tidak nampak perwatakan pelik dalam Haziq sepanjang bertugas dengannya di Kementerian Industri Utama.

“Saya ‘blur’. Hal ini kerana di sosial media macam-macam yang diperkatakan, tetapi sebagai orang yang melantik dia, sudah tentu saya bingung kerana tidak ada perwatakan seperti itu sepanjang 6 bulan ini.”

Beliau berkata, Haziq tidak datang ke pejabat sejak Selasa lalu tanpa memberikan sebarang alasan atau memohon cuti.

Katanya, beliau sudah bertanya kepada ahli keluarga Haziq, tetapi mereka juga gagal menghubunginya.

“Saya sendiri teks melalui WhatsApp memintanya datang ke pejabat agar wujud perbincangan, tetapi tidak ada balasan pada Selasa lalu.

“Mereka (ibu bapa) tidak tahu Haziq ada di mana dan sudah tentu mereka sedih dan saya sebagai majikan, saya minta pegawai saya untuk tenangkan keadaan.”

Shamsul berkata, Haziq pernah mengikutnya ke lawatan kementeriannya di Jeddah, Arab Saudi, tetapi tiada apa-apa berlaku antara mereka.

“Semua ‘alright’, tidak ada sebarang masalah di sana.”

Beliau turut menyeru semua pihak bertenang dan bersikap “tabayyun”, iaitu menyiasat untuk mencari kebenaran tanpa menuding jari atau menghukum mana-mana pihak terlebih dahulu.

Katanya, beliau juga menolak sebarang bentuk politik kotor dan memualkan untuk merosakkan imej mana-mana individu.

“Saya mengambil sikap untuk bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad semalam bahawa perkara ini ada kaitan dengan pihak-pihak yang mempunyai agenda politik tertentu.

“Permainan politik kotor sebegini tidak perlu ada ataupun diberikan ruang di dalam Malaysia.” lapor FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/06/haziq-digantung-tugas-serta-merta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Haziq Digantung Tugas Serta Merta Diberi Tempoh Hingga Esok Jawab Surat Tunjuk Sebab

Haziq Digantung Tugas Serta Merta Diberi Tempoh Hingga Esok Jawab Surat Tunjuk Sebab

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 281 hits
Timbalan Menteri Industri Utama Shamsul Iskandar Mohd Akin mengumumkan setiausaha sulitnya Muhammad Haziq Aziz digantung tugas serta merta susulan pengakuannya terbabit dalam klip video seks sejenis dengan seorang menteri Kementerian tidak ...
Pilih Kasih Airasia Tarik Semua Penjualan Tiket Penerbangan Dari Traveloka Serta Merta

Pilih Kasih Airasia Tarik Semua Penjualan Tiket Penerbangan Dari Traveloka Serta Merta

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 251 hits
Pilih Kasih AirAsia Tarik Semua Penjualan Tiket Penerbangan Dari Traveloka Serta Merta
Latheefa Koya Dilantik Jadi Ketua Pesuruhjaya Sprm Baharu Keluar Dari Pkr Serta Merta

Latheefa Koya Dilantik Jadi Ketua Pesuruhjaya Sprm Baharu Keluar Dari Pkr Serta Merta

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 463 hits
Latheefa Beebi Koya dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia baharu berkuat kuasa sejak 1 Jun lalu untuk tempoh dua tahun Dalam Kenyataan Pejabat Perdana Menteri berkata pelantikan itu selaras dengan subseks...
Saman Rm300 Dikenakan Serta Merta Sekiranya Pemandu Langgar Enam Kesalahan Utama

Saman Rm300 Dikenakan Serta Merta Sekiranya Pemandu Langgar Enam Kesalahan Utama

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 237 hits
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata saman mandatori bernilai RM300 akan dikenakan serta merta terhadap pengguna jalan raya yang melakukan enam kesalahan utama sepanjang Ops Selamat 14 2019 dijalankan bersempena p...
Haziq Diperalatkan Dalam Fitnah Ini Azmin

Haziq Diperalatkan Dalam Fitnah Ini Azmin

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 544 hits
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali berkata Ketua Angkatan Muda Keadilan Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz diperalatkan dalam penyebaran rakaman video semburit yang dikaitkan dengannya baru baru ini Azmin berkata demikian ketika d...
Boss Haziq Merasa Bingung Kes Beliau Dengan Azmin

Boss Haziq Merasa Bingung Kes Beliau Dengan Azmin

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 347 hits
Panglima semua boleh jadi Menafi walau tahu Menipu walau tahu Melempar batu sembunyi tangan Namun semua akan diketahui juga Allah akan membalas kebaikan dengan kebaikan Kejahatan dengan kejahatan Selepas memberi peluang berubah Saya rasa bi...
Akhirnya Azmin Ali Akui Kenal Haziq

Akhirnya Azmin Ali Akui Kenal Haziq

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 1454 hits
Panglima siapa untung jika Azmin jatuh Anwar atau Umno atau Mukhriz Saya kenal Haziq dari jauh AzminMOHAMED AZMIN ALI13 Jun 2019 3 14 PM661SHAH ALAM 13 Jun Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang terpalit dengan isu vide...
I Only Know Haziq From Afar Says Azmin

I Only Know Haziq From Afar Says Azmin

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 425 hits
PKR deputy president Mohamed Azmin Ali PUTRAJAYA Mohamed Azmin Ali today suggested he only knew the individual in the centre of the gay sex video from afar The economics affairs minister who has since denied he is the person in video clips ...
Shamsul Baffled That Professional Haziq Did What He Did

Shamsul Baffled That Professional Haziq Did What He Did

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 287 hits
Deputy Primary Industries Minister Shamsul Iskandar Mohd Akin said he was baffled that Haziq Abdullah Abdul Aziz whom he described as a good and professional staff could end up in the centre of a sex video scandal Shamsul who is also PKR in...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Tukar Kanta Mata Untuk Melihat Seni Politik Anwar

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Ukraine Approaching Total Collapse

Police Probe Chaos Incident Outside Mosque In Penang

Budaya Pot Luck Jimat Kos Makanan Lebih Banyak Pilihan

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally