Big Bad Wolf 2018 Book Sale Haul





Big Bad Wolf Book Sale adalah acara tahunan yang pasti dinantikan oleh semua pengemar buku di Malaysia. Semestinya aku tergolong dalam golongan pengemar buku itu. Hihi.  Big Bad Wolf Book Sale 2018 #BBWKL2018 berlangsung selama 24 jam dari 7 – 17 Dec bertempat di MIECC, The Mines. 24 jam tanpa tutup langsung selama 10 hari!!  Aku pergi ke sini sebanyak dua kali. Kali pertama ditemani suami dan semalam aku pergi sekali lagi dan kali ini berseorangan pula. Kalau dah namanya sorang, lama jadinya aku membelek buku. Tiga jam di sana   Dalam entri ini, aku akan berkongsi mengenai my complete haul from #BBWKL2018. My complete haul nama diberi sebab aku beli buku sebenarnya sebanyak tiga kali walaupun aku pergi The Mines dua kali saja. Hii.  First Haul First haul Inilah hasil tangkapan buku pada kali pertama aku ke #BBWKL2018. Aku borong 13 buku dengan harga hanya RM138. Sangat murah!! Berbaloi-baloi. Harga buku untuk hardcover RM12 manakala untuk paperback RM10. Ada juga paperback yang harganya RM12
Aku gembira bila dapat jumpa buku yang sudah berada dalam TBR list sejak sekian lama. Contohnya, The Girl on the Train, Gone Girl, dan Little Fires Everywhere. Rasa bersyukur sangat sebab aku tak beli buku-buku ini di kedai buku. Hihi.  Hanya satu buku saja yang aku beli semata-mata sebab harga murah. Haha. Tajuk bukunya adalah It by Stephen King. Sebenarnya, aku tak baca buku dalam genre seram. Aku saja je beli buku ni sebab buku ni tebal gila dan harga hanya RM10. Hahaha. Manalah tahu satu hari nanti aku tetiba nak baca genre seram, boleh mulakan dengan It Dorothy Koomson adalah penulis yang aku teringin nak baca hasil penulisan beliau. Selalu dengar namanya disebut-sebut oleh bookstagrammers, baca sinopsis dan review di Goodreads pun menarik. Jadi, aku pilih dua buku daripada beliau untuk dibaca.  Aku pernah baca dua buku daripada Sheila O’Flanagan dan aku agak suka dengan penulisan beliau. Not my favourite author cuma bolehlah layan.  Second Haul Second haul Ini adalah haul kedua dan telah dibeli oleh Nadiah. Hihi. Aku pesan dengan Nadiah masa dia pergi ke sana. Happy bila ada kawan yang ada minat pada buku, makanya boleh tolong-menolong membeli buku. Semalam, aku pula membeli buku bagi pihak Nadiah Saling membantu mendapatkan buku dalam TBR list. Mari kita penuhkan rak buku bersama-sama. Hii
Third Haul
Third Haul Ini pula hasil tangkapan aku pada kali kedua aku ke #BBWKL2018. Kisah semalam lah senang cerita. Hihi. Oh, tolak buku Little Fires Everywhere ye. Buku itu dibeli pada kali pertama. Aku termasuk sekali dalam flatlays ni. Sedar kesilapan ini semasa edit gambar dan buku telah disimpan. Malas lah nak ambil gambar lagi Jumlah 12 buku dan kali ini aku lebih kepada membeli buku dalam kategori non-fiction. Walaupun ada buku non-fiction yang tak jumpa (maybe dah habis), tapi takpelah. Masih seronok sebab jumpa beberapa buku yang lain Non-fiction books:  Scrappy Little Nobody – Anna Kendrick (suka dia dalam Twilight dan Pitch Perfect) Better Than Before – Gretchen Rubin Reasons to Stay Alive – Matt Haig Why Not Me – Mindy Kailing The Choice – Edith Eger Furiously Happy – Jenny Lawson (nampak beberapa bookstagrammers yang beli buku ni dan macam menarik. Jadi, aku pun tertarik nak beli :D) The View from the Cheap Seats – Neil Gaiman (juga pengaruh bookstagrammers :D) The Weekend Effect – Katrina Onstad Harga asal untuk buku non-fiction biasanya lebih daripada RM50 walau buku tersebut senipis kulit bawang. Haha. Jadi, bila aku jumpa banyak buku non-fiction yang berada dalam TBR list di #BBWKL2018, rasa nak lompat kijang. Apa kau ingat kau atlet? Haha. Aku jimat banyak dengan beli 8 buku non-fiction!! Yes!!
Complete Haul Complete Haul #BBWKL2018 Tahun ini merupakan tahun yang paling berjaya dalam pencarian buku di Big Bad Wolf Book Sale. Selama ni, jumlah buku paling banyak pernah dibeli adalah 6 buah. Tapi pada tahun ini, sejarah telah tercipta untuk insan bernama Nurulsiqah kerana telah membeli 29 buku di #BBWKL2018 dengan harga RM316
Aku tidak pernah menyesal jika habiskan duit membeli buku. Tapi aku ada sedikit menyesal habiskan duit beli dUCK. At least for now. Tapi aku masih tetap beli cuma tak kerap seperti dulu. Hii.  Memandangkan rak buku aku dah penuh. Penuh di sini bermaksud tak muat letak buku lagi. Serius tak muat. Aku berjanji dengan diri sendiri bahawa aku tak nak beli banyak buku pada tahun 2019. Kira azam tahun depan lah ni Aku hanya akan beli buku baru daripada penulis yang aku suka saja seperti Sophie Kinsella, Colleen Hoover, Ramlee Awang Murshid, Sara Aisha, dan Nicholas Sparks. Ohh ada lagi, buku baru terbitan Prolog Media dan mungkin beberapa buku di #PBAKL2019.  Nampak tak, dah fikir sampai ke pesta buku tahun depan Wish me luck Happy me Korang ada pergi ke #BBWKL2018? Beli buku apa tu? Hihi. Kalau ada share di blog, bagilah link di bahagian komen, akan aku terjah link tersebut Write later,  Have a great weekend
The post Big Bad Wolf 2018 Book Sale | Haul appeared first on Siqahiqa.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siqahiqa.com/2018/12/big-bad-wolf-2018-book-sale-hau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sephora Birthday Private Sale Haul

Sephora Birthday Private Sale Haul

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 355 hits
Haul kali ini bersempena birthday month aku dan member sale kat Sephora Bulan yang berbeza tapi aku sekalikan dalam satu entry 1 Sephora Waterproof Eye Makeup Remover price after discount RM 34 40 125ml Aku saja nak try makeup remover yang ...
Jalan Jalan London 2018 Big Ben Eyes Of London Tower Bridge

Jalan Jalan London 2018 Big Ben Eyes Of London Tower Bridge

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 218 hits
Day 5 Hari ni plan ke Big Ben jalan sket atas jambatan tu n turun bawah dan boleh ke Eyes of London Then jalan lagi sepanjang sungai tgk tgk kawasan ke London yg lebih dengan bangunan moden2 Then naik bas ke Tower Bridge Semer satu laluan H...
Menarik Matta Fair 2018 Traveloka Sale Abration

Menarik Matta Fair 2018 Traveloka Sale Abration

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 186 hits
Bulan september kembali Memang bulan ni banyak betul cuti bersambung jadi memang waktu terbaik untuk plan pergi berjalan jalan tak semestinya perlu pergi melancong keluar negara dan dalam malaysia sendiri terdapat beberapa pulau peranginan ...
Dji End Of Financial Year Sale

Dji End Of Financial Year Sale

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 224 hits
DJI End of Financial Year SaleDJI RoboMaster S1 Learn to Win
Bei Pastikan Aturan Electronic Book Building Rampung Oktober 2019

Bei Pastikan Aturan Electronic Book Building Rampung Oktober 2019

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 139 hits
Otoritas Bursa Efek Indonesia menegaskan bahwa aturan electronic book building akan tetap dirilis pada kuartal III tahun ini yakni Oktober 2019 Sebelum perilisan e bookbuilding akan dilakukan uji coba terlebih dahulu
Sports Direct Weekend Flash Sale Hoodie

Sports Direct Weekend Flash Sale Hoodie

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 193 hits
Sports Direct Weekend Flash Sale HoodieSports Direct Weekend Flash Sale Hoodie
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Masdo Perih Jerih Chord

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Saat Jenazah Berada Di Liang Lahad

The Evolution Of Adult Entertainment