Melaka merupakan satu destinasi hujung minggu yang cukup popular buat warga kota. Baru-baru ini aku berpeluang untuk gunakan cuti hujung minggu sebagai weekend getaway setelah lama aku habiskan waktu hujung minggu untuk layan Netflix dekat rumah.
Ground Floor
Lobby, 11th Floor
Hatten Place ni terletak di Hatten City, Melaka Raya. Korang
jangan tertukar pula dengan Hatten Hotel. Hatten Place ni berkongsi bangunan
dengan Elements Mall dan DoubleTree by Hilton Melaka. Ianya terletak
betul-betul berhadapan dengan projek Melaka Gateway.
Dah dapat kunci apa lagi terus masuk bilik ler. Bilik aku
dekat Hotel ini jenis One Bedroom Suite yang berada di tingkat yang agak
tinggi, kalau tak silap aku second higher. Sesuai dengan Suite, view yang
terhidang dari suite ini pun boleh tahan. Rasa macam berada di atas kayangan
jer sebab masa aku pergi ni jerebu agak teruk. So view dia pun macam ada dekat
kayangan, kalau datang waktu biasa view yang korang boleh lihat adalah Melaka
Gateway.
Antara banyak-banyak benda best yang ada kat sini, bagi aku
memang tak boleh lawan dengan Bath Tube dia. Pergh korang boleh lepak seharian
dekat bath tube je aku rasa sebab view dia memang giler best. Bayangkan korang
tengah berendam dalam tube dengan permandangan Selat Melaka. Pasang pula lagu,
perghhh… Rasa macam tak nak keluar je dari bilik mandi tu. Serius weh aku hanya keluar untuk gi makan
jer sebab teringin nak makan asam pedas Melaka.
Makan-Makan
Coffeevine
Snow Espresso
Kalau bab makan datang Melaka memang aku cari asam pedas
ler, jadi lunch time aku dekat bandar yang tak jauh pun dari hotel ini. Kalau
korang malas nak keluar boleh makan dekat Elements Mall sebelah ni jer.
Connecting dengan Hotel ni. Untuk tea time korang boleh coffee-coffee dekat Coffeevine
yang terletak aras G. Kafe ni agak
hipster sesuai untuk mereka yang suka bergambar sebab kat sini sangat
instagrammable. Dah alang-alang singgah kat sini korang kena rasa snow
espresso. Espresso yang
dihidangkan dengan gumpalan gula-gula kapas yang menyerupai salji, sesuailah
dengan namanya. Oh, dan hidangan ini adalah percuma untuk setiap tetamu di
Hatten Place Melaka ni tau!
Disebabkan weekend
getaway aku kali ini jatuh pada hari lahir aku iaitu 9 September aku dapat
Romantic Dinner untuk 2 orang dekat
Gales, Sky Deck Hatten City. Restoran ni bertemakan Perancis, jadi makanan
sempena hari lahir aku pun adalah basad on 3 course France Cuisine. Selepas
desert aku menerima sedikit kejutan dari pihak restoran kira birthday surprise
lah apabila tiba-tiba staff datang bawa kek bersama lilin dan menyanyikan lagu
selamat hari lahir. Serius aku tak pernah dapat surprise macam ni. Rasa macam
special pulak walaupun aku datang ke sini atas dasar kerja.
Selesai dinner dan
makan kek birthday sendiri, aku just lepak dan chill dekat Sky Deck ambil angin
malam sambil menyaksikan view waktu malam bandar Melaka yang penuh dengan
sejarah ini.
Infinity Swimming Pool
Gym
Keesokkan pagi macam biasa bilik ini hadir bersama breakfast
untuk 2 orang di Thyme Restaurant tingkat 11. Breakfast macam biasa jenis
buffet dan aku ni bukanlah morning person so aku just makan ala kadar jer sekadar
isi perut. Kebiasaannya aku tak breakfast pun tapi sebab nak try makan kat sini
aku turun jam 8 pagi untuk sedikit saarapan pagi. Makanan tak banyak aku boleh
komen sebab aku just ambil cereal jer. But aku nampak macam ada banyak pilihan.
Habis breakfast aku naik bilik. Cadangannya nak mandi swimming pool tapi itulah
mood nak berendam tak berapa nak ada. Swimming pool kat kondo aku pun aku tak
pernah jejak. Tapi bagi mereka yang suka lepak dekat swimming pool aku
cadangkan korang daatang mandi waktu petang sebab cuaca yang redup sambil lihat
sunset. Swimming pool jenis infinity pool yer.
Aromas Coffee Club (Level 43)
Sky Deck @ Hatten City merupakan tempat yang paling
exclusive yang menawarkan pemandangan sunset panorama Selat Melaka 360 darjah.Terletak
pada level 44 dan ketinggian 195 meter membuatkan Sky Deck ini menjadi puncak
tertinggi di Melaka. |
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |