Benarkah Orang Yahudi Sedang Memerhatikan Bangsa Melayu Kerana Dianggap Sebagai The Lost Tribe



OLEH: Taufiq Tuah
"Pernahkah anda terfikir kenapa negara kita aman? Negara kita terletak di tempat geografi yang sangat stratergik sehingga barat sangat cemburu dengan selat Melaka, Pulau Pinang dan Singapura. Di kala negara Islam lain bergolak, kita di Nusantara masih aman tanpa sebarang pergolakan. Tahukah anda, Yahudi sedang memerhatikan kita dari jauh untuk menjatuhkan kita?"
Pernah terdengar atau terbaca petikan seperti di atas? Jika anda pernah baca, maka di sini lah huraiannya.

1. Benarkah Yahudi Memerhatikan Kita?

★ Wallahualam. Sesunggguhnya hanya Allah SWT yang mengetahui. Persoalan ini sepatutnya dipinda kepada soalan, "Mengapa perlu bangga jika Yahudi memerhatikan Melayu?"

Apa yang saya perhatikan ialah ada diantara orang kita berasa sangat bangga apabila Yahudi sedang memerhatikan Melayu. Bagi mereka itu ibarat suatu penghormatan kerana kononnya dengan perkara seperti itu berlaku, sesungguhnya Yahudi sedang takut pada Melayu.

Ini ialah kesimpulan yang tergopoh-gapah. Disebalik keamanan kita, percaya lah keamanan itu datang dari Allah SWT dan bukannya kerana anda ialah Melayu. Jika Allah SWT kehendaki Melayu bergolak, Allah SWT boleh melakukannya.

Yahudi tidak perlu pun memerhatikan geografi Nusantara. Tiada apa pun di Nusantara yang menjadi tempat suci mereka. Malah, The Greater Israel juga tidak memasukkan peta Nusantara. Adapun yang mengatakan Yahudi percaya Melayu ialah 'The Lost Tribe' milik Yahudi, itu semua hanyalah dakwaan yang tidak penting pun bagi seorang Muslim.


Jika benar pun Melayu ialah Lost Tribe, adakah itu membuatkan anda lebih bangga apabila menjadi sebahagian dari Yahudi. Tahukah anda Yahudi ialah kaum yang dilaknat Allah?

Sepatutnya kita bersyukur kerana lahirnya kita di atas nikmat Islam dan Iman. Lahirnya kita di atas nikmat hidayah Allah SWT.  Kerana Melayu memang semuanya akan lahir dalam keadaan keluarga Islam.

2. Kenapa Yahudi  Ingin Perhatikan Melayu?

★ Melayu yang telah mulai mengikuti adat-adat barat. Lelaki Melayu memakai gelang  dan seluar yang sengaja dikoyakkan. Lelaki Melayu juga telah ada yang bertindik telinga. Juga tidak terlepas dari pengaruh gay. Lelaki Melayu lah yang itu dan yang ini.

Wanita Melayu lah yang banyak membuka aurat mereka. Mempromosikan syarikat menggunakan jasad mereka di papan iklan. Wanita Melayu lah yang rata-ratanya tabaruj. Wanita Melayu lah yang itu dan yang ini.

Melayu pada hari ini lah yang tidak menjaga ikhtilat, sosial yang melampau dan yang kuat berkata kotor. Melayu pada generasi ini lah yang merasakan cakap  kotor itu sesuatu yang dibanggakan dan berasa seronok dalam berkatakannya.

Disebalik segala perkara di atas, apakah asbab yang Yahudi perlu risaukan? Sedangkan Melayu telah terhakis akhlak dan nilai murninya. Apakah yang Yahudi nak risaukan, sedang kita telah jatuh di dalam perangkap mereka? Apa yang Yahudi hendak risaukan, sedang Melayu masih sibuk dengan kematian artis pujaan mereka? Tiada risau.

3. Siapa Yang Memerhatikan Melayu?

Dikala kita bangga dengan Yahudi memerhatikan kita, adakah kita masih sedar bahawa Allah SWT lah yang sebenarnya terus memerhatikan kita?

Apalah yang hendak dibanggakan Yahudi memerhatikan Melayu, sedangkan Allah itu Maha Melihat, tidak pernah pula kita menggembar gemburkan. Melayu menolak syariat di kala Allah melihat mereka. Melayu menambah syariat baharu ketika Allah melihat mereka. Tidak kah Melayu sedar akan hal itu?

Di belakang sahabat kita, kita memburukkan namanya. Mengumpat dan mencacinya. Dengan harapan mangsa umpatan tidak tahu. Ketahuilah bahawa Allah sedang memerhatikan kita. Ketika mencuri, pencuri akan memilih waktu di mana sedikit orang disekitar. Dengan harapan perbuatannya tersembunyi. Ketahuilah bahawa Allah sedang memerhatikan.

Apabila kita berbuat amal, kita mahu orang lain seluruhnya mengetahui amalan kita. Sedang kita pergi kuliah agama, kita menerbitkan pautan (post) laman sosial yang membuatkan orang tahu kita sedang di kuliah tersebut.

Atau, mereka tidak memberi tahu secara jelas, tetapi diberitahu secara lapik namun tetap dengan niat, orang tahu akan amalnya. Tidakkah kita beriman bahawa Allah itu Maha Melihat. Walau sedekah yang kita campakkan itu hanyalah sebanyak 5 sen, Allah tetap melihat dan memberikan ganjaran kepadanya.

Kadang kala kita berasa rugi, jika amal kita itu tidak diketahui orang. Kadang kala kita bertanya pada orang lain tentang amal mereka sedangkan kita tiada hak untuk iti. Cukuplah ibadah dan amal itu hanya kita yang tahu. Allah Maha Melihat, dan Allah Maha Tahu. Ketahuilah, Allah sedang memerhatikan kita wahai Melayu.

Kesimpulannya:- Sentiasa lah bersyukur dengan nikmat Iman dan Islam yang kita ada. Cukup lah iman untuk menaikkan kedudukan kita di sisi tuhan. Kadang kala kita terlampau bangga dengan darah yang mengalir di dalam daging kita, sehingga tergelincir di dalam kancah ketaksuban. Berkata aku lah darah Hang Jebat dan aku lah keturunan ke - 7 Tok Ku Paloh. Ada yang sibuk mendakwa dia ialah keturunan Merong Mahawangsa malah ada yang sibuk mendakwa "Kita lah Melayu The Lost Tribe Of Israel". Cukup-cukup lah, cukup Islam sebagai agama kita.


Sumber : revolusimelayubaru

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.blogjohanharith.com/2019/11/orang-yahudi-sedang-memerhatikan-bangsa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
More Lives Lost In The Uphill Battle Against Rabies

More Lives Lost In The Uphill Battle Against Rabies

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 260 hits
Enforcement personnel remove a stray dog during an operation in Kuching TWO years since the rabies outbreak was declared the disease continues to affect Sarawakians across the state On Jan 11 the rabies outbreak was declared a level two dis...
Keanu Reeves Telah Memulakan Latihan Menembak Sebagai Persediaan Untuk Filem John Wick 4 The Matrix 4

Keanu Reeves Telah Memulakan Latihan Menembak Sebagai Persediaan Untuk Filem John Wick 4 The Matrix 4

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 407 hits
Tidak dinafikan aktor kacak lagi santun Keanu Reeves masih lagi panas walaupun telah lama keluar dari kuali Reeves bakal muncul dalam dua sekuel blockbuster iaitu John Wick 4 dan The Matrix 4 yang bakal berkongsi tarikh tayangannya iaitu pa...
Gubernur New York Sebut Penusukan Di Rumah Rabi Yahudi Sebagai Aksi Teror

Gubernur New York Sebut Penusukan Di Rumah Rabi Yahudi Sebagai Aksi Teror

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 233 hits
Gubernur New York mengatakan penusukan saat perayaan Hanukkah di rumah seorang rabi Yahudi merupakan aksi terorisme domestik Dalam insiden pada Sabtu tersebut pelaku menyerbu rumah seorang rabi dan menusuk lima orang
The Secret Afterlife Of Lost German Luggage

The Secret Afterlife Of Lost German Luggage

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 404 hits
By BY SAMI EMORY AND ANDREAS MEICHSNER from NYT Travel https ift tt 2rll1gi
Dissecting The Rising Cost Of Living In Malaysia

Dissecting The Rising Cost Of Living In Malaysia

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 299 hits
The soaring cost of living in this country has become increasingly worrisome among Malaysians To sustain an assured standard of living Malaysians need to have a stable income that at least could provide them with enough money to cover their...
What The Kl Summit Should Be About

What The Kl Summit Should Be About

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 310 hits
How meaningful is the KL Summit which has only key leaders of Iran Turkey Qatar and Malaysia as key participants with the other forty over countries not interested in what they see as Malaysia trying to create a new Muslim bloc stealing the...
Ini Apa Yang Kami Rasakan Selepas Menonton Ip Man 4 The Finale

Ini Apa Yang Kami Rasakan Selepas Menonton Ip Man 4 The Finale

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 418 hits
Akhirnya hari yang dinanti nantikan oleh semua peminat cerita kungfu telah tiba bila filem Ip Man 4 The Finale dah mulakan tayangan gais Amacam Korang mesti enjoy gila tengok lakonan hebat dari Donnie Yen sepanjang filem kalini sebab ada ba...
15 Whimsical Winter Wreath Designs For After The Festivities

15 Whimsical Winter Wreath Designs For After The Festivities

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 291 hits
The holiday season has officially begun now and that means that your Christmas wreath is probably welcoming all of the guests and family members that come to visit you While you should keep the Christmas The post appeared first on
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba