Hati Wanita Terletak Pada Mulutnya



Celupar, cabul, cemburu, cincai, cerewet, comot, cuai, dan caci. Lapan perkataan ini memang boleh membuatkan ramai wanita menjadi gerun. Selain gerun, ada juga yang gelabah dan geram. Orang lelaki akan senyum tersengih saja.

Ternyata lapan pandangan negatif ini lambang keperibadian Muslimah yang lemah akhlaknya. Cubalah bayangkan kalau perkara-perkara ini ada dalam diri puan-puan. Memang betul, tidak guna berwajah cantik tapi peribadi comot, jika begitu biarlah rupa comot asalkan berperibadi mulia. Namun belum juga tentu yang comot itu juga mulia.

Kepada tuan-tuan pula, bayangkan kalau perkara ini ada dalam diri wanita di sisi anda. Aduhai... Hendak ditegur serba salah, tetapi jika tidak ditegur kelak hati sendiri yang susah. Namun apabila didiamkan selagi itulah hati menjadi semakin parah.

Berbalik pada hakikat, sememangnya wanita itu insan yang mudah lupa dan lalai. Ada masa-masa tertentu, mungkin juga kerana keadaan sekeliling yang membuatkan wanita mempunyai salah satu daripada ciri-ciri berkenaan. Ingatlah, wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.

Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh golongan wanita. Wanita juga perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak berasa tercabar. Namun wanita juga mempunyai ego. Lalu bagaimana? Siapa yang boleh mengawal id, ego dan superego wanita itu?

Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah tidak berfikir panjang akan berkata, “kalau awak berani cubalah cari perempuan lain!” Seperti kata Dr Fadzillah Khamsah, JANGAN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yang putih mata!

Cabul pula tentunya angkara mulut yang suka bercakap lepas hingga langsung tidak ada rasa malu. Menjerit-jerit, mencarut, mengeji dan mengeluarkan kata-kata tidak baik seperti biasa sahaja bagi mereka yang dikategorikan golongan ini.

Memang payah hendak mengawal diri sedangkan ada sahaja hal di sekitar cepat sahaja membuat wanita rasa hendak marah, melenting hingga bercakap celupar. Sedangkan itu bukanlah perangai wanita sejati; yang di dalam hatinya ada iman, yang di hatinya ada akhlak terpuji.

Namun ingatlah pesan orang tua, untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan. Dan untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Mudah sahaja.

Cuba bayangkan pula seorang wanita yang cantik tetapi comot dengan penampilannya yang selekeh. Contohnya, isteri bila hendak keluar rumah baru hendak bersolek dan nampak comel tapi jika di rumah suka berkeadaan sentiasa comot. Suami pula di tempat kerja asyik di kelilingi wanita-wanita comel.

Selain itu ada juga wanita yang terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong. Jika berjalan, pandangan mata suami asyik tunduk sahaja. Jika di tempat kerja, sekejap-sekejap isteri akan telefon. Mengapa mesti curiga? Kata pepatah, untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.

Tidak dinafikan ramai lelaki yang terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stres, cemas, gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Bak kata ulama, hati wanita terletak pada mulutnya.

Ada lagi kata pepatah - untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari. Dan untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.

Dengan bertambahnya usia, anda mestilah semakin mensyukuri bahawa telah diberi dua tangan; satu untuk menolong diri sendiri, dan satu lagi untuk menolong orang lain.

Kepada wanita yang taat akan suaminya selalulah ingat; semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan dia tidak lupa menjaga sembahyang serta puasanya.

- SRI DIAH -

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://musafircyber.blogspot.com/2012/01/hati-wanita-terletak-pada-mulutnya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dikhabarkan Kahwin Dengan Wanita Kelantan Tapi Ada Pula Warganet Tak Puas Hati Dengan Caprice Disebabkan Ini

Dikhabarkan Kahwin Dengan Wanita Kelantan Tapi Ada Pula Warganet Tak Puas Hati Dengan Caprice Disebabkan Ini

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 304 hits
KUALA LUMPUR Penyanyi rap Caprice dikhabarkan sudah menamatkan zaman bujang dengan seorang wanita berasal dari Kelantan
Hiburan Adam Af Akui Masih Terbuka Hati Terima Wanita Lain Dalam Hidup

Hiburan Adam Af Akui Masih Terbuka Hati Terima Wanita Lain Dalam Hidup

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 387 hits
Penyanyi atau kini lebih mahu dikenali sebagai Pangiran Adam memaklumkan bahawa dia masih membuka hatinya untuk terus menerima wanita lain dalam hidupnya Advertisementwalaupun sudah lima tahun bergelar duda Adam memberitahu yang tiada istil...
Hukum Cukur Bulu Kening Bagi Wanita

Hukum Cukur Bulu Kening Bagi Wanita

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 352 hits
SOALAN Adakah berdosa sekira seorang wanita membersihkan bulu kening dengan mencabut bulu kening yang bertaburan di atas kelopak mata Dalam perkara ini wanita itu tidak mencabut bulu kening sehingga cuma tinggal segarisan sahaja atau langsu...
Susu Ibu Menguntungkan Wanita

Susu Ibu Menguntungkan Wanita

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 155 hits
Perkara paling ditakuti wanita selepas bersalin adalah mengembalikan bentuk badan asal Banyak mengeluh badan mereka susah turun terutama bahagian perut dan punggung Ini berita baik Dengan menyusu bayi dengan susu badan anda boleh melangsing...
Tips Penjagaan Bibir Untuk Wanita

Tips Penjagaan Bibir Untuk Wanita

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 147 hits
Setiap kali kita melihat wajah seseorang bibir merupakan salah satu dari bahagian yang tidak terlepas pandang sebenarnya penampilan bibir amat penting sekali terutamanya bagi wanita Bibir yang mengelupas dan kering akan membuatkan seseorang...
Kelebihan Otak Wanita Dibandingkan Laki Laki

Kelebihan Otak Wanita Dibandingkan Laki Laki

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 134 hits
Keistimewaan otak perempuanTahukah Anda bahwa sebenarnya otak wanita memiliki keunggulan lebih dibanding pria Salah satunya otak wanita lebih seimbang dari pada pria Sekalipun dalam hal ini otak pria lebih besar daripada otak wanita namun t...
Wanita Itu

Wanita Itu

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 104 hits
If you love me let me know If not please gently let me go kaum adam bacalaa kaum hawa senyum2 laa Lelaki perlu tahu yang Perempuan 1 Bukan bermaksud suka merajuk tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian 2 Bukan bermaksud cerewet ...
Kata Kata Dari Wanita

Kata Kata Dari Wanita

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 116 hits
Lelaki perlu tahu setiap perkataan yang digunakan oleh kaum wanita 1 FINEPerkataan ini sering digunakan wanita untuk hentikan pergaduhan lebih lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam Jangan sekali kali gunakan perkataan i...
Walaupun Suami Gay Tapi Wanita Ini Dakwa Tetap Bahagia

Walaupun Suami Gay Tapi Wanita Ini Dakwa Tetap Bahagia

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 166 hits
Walaupun Suami Gay Tapi Wanita Ini Dakwa Tetap Bahagia Seorang wanita di Michigan Amerika Syarikat mendedahkan bahawa dia menjalani kehidupan rumah tangga yang bahagia meskipun suaminya merupakan seorang lelaki daripada golongan lesbian gay...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia