Tukar Mb Tmb Kelantan Sehari Sebelum Pengundian Tunjuk Pas Cuak Dan Terdesak




Sehari sebelum hari pengundian esok, Pas hari ini mengumumkan pertukaran Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar Kelantan sekiranya parti itu terus mendapat mandat daripada rakyat.


Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hasan ketika mengumumkan perkara itu berkata, sebagai ganti kepada pemegang jawatan sedia ada, pihaknya alan mengemukakan seorang tokoh agamawan dan seorang tokoh teknokrat sebagai peneraju baru Kelantan, tertakluk kepada mandat rakyat dan perkenan Sultan Kelantan.


Takiyuddin juga berkata, kenyataannya ini dibuat adalah atas arahan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang selepas mesyuarat yang berlangsung di Rusila, Terengganu, semalam.


Ini bermakna, sekarang ini, Ahmad Yaakob dan Mohd Amar Nik Abdullah bukan lagi calon Menteri Besar serta Timbalan Menteri Besar Kelantan selepas 12 Ogos ini dan kedua-duanya kini sudah boleh mengemas bilik pejabat masing-masing.


Bagaimanapun, bagi Terengganu dan Kedah, Takiyuddin memaklumkan, Ahmad Shamsuri Mokhtar dan Sanusi Md Nor akan dikekalkan sebagai Menteri Besar jika Pas terus diberi mandat di kedua-dua negeri berkenaan.


Kenapa tiba-tiba Pas mengumumkan pertukaran Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar Kelantan?


Mengapa Terengganu dan Kedah tidak terlibat dengan sebarang pertukaran?


Tidak lain langkah ini diambil Pas ialah untuk menahan angin perubahan di negeri itu daripada terus mengencang menjelang hari pengundian esok.


Bukanlah rahsia lagi gandingan kepimpinan kedua-dua peneraju negeri itu selama ini dilihat gagal membawa sebarang pembaharuan, terutama dalam menyelesaikan masalah air yang sudah berlarutan sejak sekian lama.


Sementara Ahmad Yaakob dilihat terlalu pasif dan tidak proaktif, Mohd Amar pula dikatakan terlalu agresif sehingga banyak musuh timbul kerana percaturannya.


Dipercayai pertukaran Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar Kelantan ini juga ada kaitan dengan pemilihan calon-calon di negeri itu yang dikatakan tidak mematuhi sepenuhnya kehendak kepimpinan Pas di peringkat pusat dan menimbulkan keresahan di peringkat akar umbi.


Dalam masa yang sama, pertukaran ini turut membuktikan Pas sudah mulai cuak dan terdesak untuk terus mentadbir Kelantan sehingga “korban” terpaksa dilakukan sehari sebelum pengundian.


Berjayakah angin perubahan di Kelantan dikekang melalui pengumuman Takiyuddin ini?


Atau angin perubahan menjadi lebih kencang kerana mengumumkan pertukaran Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar di saat-saat akhir dengan sendirinya membuktikan rungutan rakyat tentang kegagalan dua peneraju teratas itu selama ini adalah benar dan sahih?


Untuk menyelesaikan pelbagai masalah di Kelantan yang gagal ditangani sejak 33 tahun lalu, apakah ia boleh diselesaikan dengan menukar calon Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar semata-mata?


Atau parti yang memerintah Kelantan yang sebenarnya perlu ditukar?


Kepada pengundi-pengundi Kelantan, fikir dan buatlah keputusan dengan bijaksana demi masa depan di peti-peti undi pada esok hari. – ShahbudinHusin 11/08/2023.


https://shahbudindotcom.net/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/08/tukar-mbtmb-kelantan-sehari-sebelum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Umum Tukar Mb Tmb Kelantan Lepas Prn

Pas Umum Tukar Mb Tmb Kelantan Lepas Prn

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 233 hits
N Faizal GhazaliPAS mengumumkan tawaran cadangan perubahan kepimpinan di Kelantan bagi jawatan menteri besar dan timbalan menteri besar manakala bagi Terengganu dan Kedah dikekalkan dengan penyandangnya sekiranya terus mendapat mandat selep...
Kelantan Pas Tukar Mb Timbalan Sebab Mahu Semangat Baru Hadi

Kelantan Pas Tukar Mb Timbalan Sebab Mahu Semangat Baru Hadi

papar berkaitan - pada 12/8/2023 - jumlah : 387 hits
Malaysiakini Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata keputusan untuk menukar Menteri Besar Kelantan dan timbalannya jika PAS diberikan mandat mengekalkan pentadbirannya selepas Pilihan Raya Negeri dibuat kerana inginkan semangat baru ...
Rasmi Pas Menang Bergaya Di Kelantan

Rasmi Pas Menang Bergaya Di Kelantan

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 196 hits
PENAFIAN TV Wau tidak bertanggungjawab sebarang komen dan respon balas penonton TV Wau berpendapat tidak menjadi kesalahan untuk penonton juga memberikan pandangan selepas menonton video ini selagi ianya tidak menyentuh sensitiviti dan tida...
Hadi Pas Wants New Spirit For Kelantan With Change Of Leadership

Hadi Pas Wants New Spirit For Kelantan With Change Of Leadership

papar berkaitan - pada 12/8/2023 - jumlah : 262 hits
STATE POLLS PAS president Abdul Hadi Awang today said his party is looking for a new spirit in Kelantan through its move to change the state s leadership if it once again formed the government after the state election Speaking to reporters ...
Ak 37 Isu Air Pemimpin Pas Kelantan Kebal Dikritik

Ak 37 Isu Air Pemimpin Pas Kelantan Kebal Dikritik

papar berkaitan - pada 12/8/2023 - jumlah : 332 hits
Pemimpin Pas Kelantan terus mengkritik pihak yang menggambarkan masalah air Kelantan berlaku di seluruh negeri Timbalan Pesuruhjaya PAS I Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah menegaskan isu itu tidak pernah dinafikan kerajaaan negeri tetapi ia...
Peratusan Undi Rendah Pas Tumbang Di Kelantan

Peratusan Undi Rendah Pas Tumbang Di Kelantan

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 217 hits
bharian com myOleh Ogos 12 2023Menteri Besar Kelantan yang juga calon PAS bagi Dewan Undangan Negeri N03 Pasir Pekan Datuk Ahmad Yakob selesai melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pengundi bagi Pilihan Raya Negeri Kelantan di Sekolah Menen...
Kelantan Calon Parti Amanah Berjaya Merampas Dun Kota Lama Dari Pas

Kelantan Calon Parti Amanah Berjaya Merampas Dun Kota Lama Dari Pas

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 200 hits
Calon PH DUN Kota Lama Dr Hafidzah Mustakim menewaskan tiga calon lain semasa Pengumuman Keputusan PRN Kelantan di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu malam ini Kerusi ini dulu dimenangi PAS KelantanKotaLamaPH menangMajoriti 202...
Memalukan Muslimat Pas Di Tangkap Manipulasi Dan Fitnah Terdesak

Memalukan Muslimat Pas Di Tangkap Manipulasi Dan Fitnah Terdesak

papar berkaitan - pada 2/8/2023 - jumlah : 204 hits
Manipulasi titah Sultan Perak demi raih sokongan PRN Pemimpin Wanita Pas ditangkap Polis Difahamkan muslimat PAS yang membuat tiktok mengenai titah Sultan Perak tempoh hari telah ditangkap oleh pihak polis untuk siasatan di bawah Akta Hasut...
Pengundi Kota Bharu Hantar Bantahan Jelas Kepada Pentadbiran Pas Kelantan

Pengundi Kota Bharu Hantar Bantahan Jelas Kepada Pentadbiran Pas Kelantan

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 304 hits
DUN Kota lama Berada tepat dibandar kota bharu dan segala perarakan terbesar PAS pada malam terakhir pengundian juga di dalam DUN Kota Lama Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya PAS Kalah dalam DUN penduduk bandar Dan ini adalah mesej jel...
Feeding Pigeons Could Cost You Rm250 Penang City Council Warns

Rafizi Nak Tunggu Jatuh Sendiri Atau Nak Turun Dengan Hormat

Tak Perlu Besarkan Isu Cuti Panjang Rafizi Kata Nik Nazmi

Timely Cpr Intervention By Woman At Kuching Airport Saves Man S Life

Bersatu Atau Pas Tinggalkan Pn Dulu

Laman Sendayan 2 Kehidupan Ideal Dengan Nilai Terbaik

Kedah Tiga Penjenayah Mati Ditembak Polis Di Sik

Saya Cuba Jadi Morning Person Tapi Terjaga Pukul 3 Petang Kisah Sedih Seorang Pejuang Snooze


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jeruk Madu Pak Ali Seberang Jaya

Drama Dia Bukan Syurga

Petua Isi Ayam Kembali Segar Selepas Disimpan Lama Dalam Freezer

Drama Permatang Pauh Nepotisme Directed By Pkr

Qalam Band Hakikat Seorang Pencinta Chord

9 Bilion Untuk Skechers Indeks Jatuh Dan Lonjakan Saham Asia