Hati Hati Cikgu Yang Suka Minum Teh Tarik Dan Minuman Bersusu Kenali Jenis Susu Di Malaysia


Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - "SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

Pasti ramai cikgu-cikgu yang menjadi peminat setia minuman manis seperti Teh Tarik, Kopi dan sebagainya. Ya, tidak salah jika berpada-pada tetapi jika dijadikan rutin ianya sangat tidak sihat kepada diri cikgu-cikgu semua.
Tapi kenapa pula? Mari kita lihat kepelbagaian jenis susu tin di negara kita.
Minuman Manis Jadi Trend? Ketahui Beza Pelbagai Jenis Susu Tin! Lepak mamak pekena teh tarik, kopi tarik? In-trend dengan bubble tea, teh ais kaw cincau? Atau sedap lagi ABC bawah pokok?
Ya, memang rasa sedap, manis dan kaw tapi tahu kah apa yang diletakkan dalam minuman itu?
Susu ke?
Betul ke ‘susu’? Ataupun susu segar? susu cair? susu pekat? krimer? atau krimer manis?
Ataupun panggil je semuanya ‘susu tin’?
“Laaa ada macam-macam jenis ke?” Ingatkan semua ‘susu dalam tin’ tu sama ja.
Salah kefahaman tu. Hakikatnya, kebiasaan susu dalam tin tak guna susu tapi krimer atau krimer manis. Krimer ni apa pulak?
Rujuk ni:
1. Susu Sejat Penuh Krim (evaporated full cream milk)
Susu yang telah disejatkan airnya, lebih dikenali sebagai susu cair oleh orang kita.
2. Susu Pekat Manis Penuh Krim (sweetened condensed full cream milk)
Susu yang telah disejatkan airnya menjadi lebih pekat dan ditambah gula. Kebiasaanya ramuan utama bukan susu tapi GULA. Rujuk pada bahan pertama di senarai ramuan.
3. Susu Isian Sejat (evaporated filled milk)
Susu yang telah disejatkan airnya. Lemak dalam susu tu pula telah dikeluarkan dan diganti atau
senang cerita diisi dengan minyak tumbuhan.
4. Susu Isian Manis (sweetened filled milk)
Sama seperti susu isian sejat dan ditambah GULA (gula adalah ramuan utama).
5. Krimer Sejat (evaporated creamer)
Ianya berasaskan minyak tumbuhan, selalunya minyak sawit yang telah diproses dan dilunturkan
menjadi putih seakan susu. Juga terdapat dalam jenis serbuk (krimer kopi).
Banyak digunakan dalam minuman pracampur 3 dalam 1, bubble tea, carrot ‘susu’, masakan, nasi minyak, kuih, dessert dan ABC.
6. Krimer manis (sweetened creamer)
Sama seperti krimer yang berasaskan minyak tumbuhan dan telah ditambah dengan GULA
(kandungan gula adalah ramuan utama) dan biasa digunakan dalam minuman panas seperti teh tarik,
sirap bandung dan sebagainya di kedai makan.
Kalau lagi hipster – krimer yang berperisa (coklat, strawberi, karamel) makan ngan roti.
Biasanya, krimer akan diberi nilai tambah dengan menambah
mineral atau vitamin. Kuantiti yang ditambah tu jarang memberi impak baik berbanding gula yang
kita sedia tahu implikasi kesihatan jika diambil secara tidak terkawal.
Selama ini anda gunakan yang mana satu?
Kalau dirujuk Piramid Makanan Malaysia, hanya SUSU SEJAT PENUH KRIM (1 sajian = 2/3 cawan susu sejat) yang tergolong dalam kumpulan susu dan produk tenusu.
Menurut Akta Makanan 1983 pula, krimer tergolong di bawah kategori bahan pemanis (sweetening substance).
Jadi, tak hairanlah bila negara tersenarai dalam statistik negara paling obes dan mendahului carta bilangan pesakit kencing manis yang ramai sebab kerap dan banyak mengambil minuman atau makanan berasaskannya.
Bangga? Fikirkan semula, amalkan kesederhanaan.
Kebiasaannya, susu diimport dalam bentuk pepejal susu dan lemak susu yang kemudiannya diproses dan dicampur semula ke bentuk cecair sebelum dipek untuk dijual (recombined milk).
Jadi, pada label ramuan akan dilabel lemak susu, pepejal susu. Malah, ada krimer sejat/ krimer manis yang masih mengandungi pepejal susu, namun kandungannya tidak sebanyak minyak tumbuhan dan gula yang menyebabkan produk tersebut tidak memenuhi kriteria perlabelan sebagai susu.
Apa pun, rajinlah baca label dan kenali jenis produk. Label produk mungkin berubah mengikut formulasi terkini.
Artikel Perkongsian dari Hilmi Ya’kub
Sumber: FB Bahagian Pemakanan KKM
Kredit: Thiru Kanesh, Nutritionist
Rujukan: Akta Makanan 1983
Cikgu Yang Kacak dan Cantik Ialah Cikgu Yang Sihat Ramai dikalangan cikgu di sekolah yang mempunyai berat badan berlebihan dan mengamalkan gaya hidup yang kurang sihat. Antara faktor utama yang menyebabkan masalah berat badan ini pula ialah kerana masalah pemakanan itu sendiri.
Jadi, jom kita ubah diri kita. Apa kata kita mulakan dengan mengurangkan minuman manis. Kemudian, cabar pula diri cikgu semua untuk tidak minum minuman bergula atau manis selama 24jam.
Kalau berjaya, boleh pergi ke langkah seterusnya iaitu selama seminggu, sebulan dan setahun! Lihat perubahan diri anda nanti.
 
Hati-hati Cikgu Yang Suka Minum Teh Tarik dan Minuman Bersusu. Kenali Jenis Susu di Malaysia
3,198,047 people


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2019/05/hati-hati-cikgu-yang-suka-minum-teh-tarik-dan-minuman-bersusu-kenali-jenis-susu-di-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenali Jenis Susu Dalam Tin

Kenali Jenis Susu Dalam Tin

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 416 hits
Bismillah Assalamualaikum Kredit Thiru Kanesh NutritionistLepak mamak pekena teh tarik kopi tarik In trend dengan bubble tea teh ais kaw cincau Atau sedap lagi ABC bawah pokok Ya memang rasa sedap manis dan kaw tapi tahukah apa yang diletak...
Elok Minum 5 Jenis Teh Power Ini Kalau Nak Lagi Cepat Buang Lemak Sebelum Hari Raya

Elok Minum 5 Jenis Teh Power Ini Kalau Nak Lagi Cepat Buang Lemak Sebelum Hari Raya

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 525 hits
Elok Minum 5 Jenis Teh Power Ini Kalau Nak Lagi Cepat Buang Lemak Sebelum Hari Raya Selain bersenam pengambilan teh kurus juga boleh membantu anda membuang lemak di tubuh
Menebak 5 Jenis Kepribadian Wanita Dari Minuman Favoritnya

Menebak 5 Jenis Kepribadian Wanita Dari Minuman Favoritnya

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 274 hits
Menebak 5 jenis kepribadian perempuan berdasar minuman favoritnya Pilih teh kopi susu jus atau air mineral
Narkoba Jenis Baru Diselundupkan Dalam Kemasan Susu Ke Lapas Depok Pesanan Napi

Narkoba Jenis Baru Diselundupkan Dalam Kemasan Susu Ke Lapas Depok Pesanan Napi

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 298 hits
Setelah memastikan bahwa barang itu diduga narkoba kemudian pihak rutan berkoordinasi dengan Satuan Narkoba Polresta Depok Penyelundupan itu tergolong modus lama
Statut Rom Apa Status Tarik Diri Malaysia

Statut Rom Apa Status Tarik Diri Malaysia

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 282 hits
HAJI AHMAD AMZAD HASHIM16 MAY 2019KERAJAA digesa tampil memberi penjelasan mengenai status Malaysia dalam Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa Ini kerana sehingga 14 Mei 2019 nama Malaysia masih lagi tercatat sebagai negara yang menerim...
Jenis Jenis Susu Enfamil A Sesuai Dengan Kondisi Bayi

Jenis Jenis Susu Enfamil A Sesuai Dengan Kondisi Bayi

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 895 hits
Susu merupakan salah satu cara untuk memenuhi kebutuhan nutrisi pada bayi Anda bisa memilih susu Enfamil A sebagai pilihan untuk diberikan kepada bayi sebagai pendukung ASI Ini beberapa jenis Enfamil A yang sesuai dengan usia bayi Enfamil A...
Sah Malaysia Tarik Diri Dari Statut Rome

Sah Malaysia Tarik Diri Dari Statut Rome

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 775 hits
Sah Malaysia Tarik Diri Dari Statut Rome Mari kita sama sama ikuti kenyataan akhbar yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Luar Negeri menerusi kenyataan media yang bertarikh 8 Mei 2019 Pada 5 April 2019 YAB Perdana Menteri telah mengumumk...
Cikgu Adiwira Method Unik Cikgu Ini Tarik Minat Belajar Anak Orang Asli Dikagumi Sehingga Digelar Cikgu Adiwira

Cikgu Adiwira Method Unik Cikgu Ini Tarik Minat Belajar Anak Orang Asli Dikagumi Sehingga Digelar Cikgu Adiwira

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 342 hits
Cikgu Adiwira Method Unik Cikgu Ini Tarik Minat Belajar Anak Orang Asli Dikagumi Sehingga Digelar Cikgu Adiwira Guru dianggap sebagai pelita hidup sanggup membakar dirinya bagi menerangi masa depan anak anak murid yang disayangi Mendidik pa...
Breastfeeding Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia

Breastfeeding Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia

papar berkaitan - pada 18/5/2019 - jumlah : 1430 hits
Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur enam bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur dua tahun Hanya susu ibu
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah