Cikgu Adiwira Method Unik Cikgu Ini Tarik Minat Belajar Anak Orang Asli Dikagumi Sehingga Digelar Cikgu Adiwira


“Cikgu Adiwira…” – ‘Method’ Unik Cikgu Ini Tarik Minat Belajar Anak Orang Asli Dikagumi Sehingga Digelar ‘Cikgu Adiwira’!
Guru dianggap sebagai pelita hidup, sanggup ‘membakar’ dirinya bagi menerangi masa depan anak-anak murid yang disayangi. Mendidik para pelajar di sekolah bukanlah perkara yang mudah.
Tambahan pula bagi mengajar Bahasa Inggeris kepada anak-anak dari masyarakat Orang Asli. 
Banyak Cabaran
Namun, bagi seorang guru di Sekolah Kebangsaan Runchang di Muadzam Shah, Pahang ini, kesukaran itu dianggap sebagai satu cabaran yang perlu diatasi.
Hasilnya, berbekalkan teknik mengajar yang menarik seperti menggunakan alat muzik serta teknologi seperti tablet dan sebagainya, Cikgu Samuel Isaiah telah berjaya mengubah anak-anak kecil dari masyarakat Orang Asli di sana daripada kurang berminat ke sekolah sehinggalah ada di antara mereka yang berjaya memperolehi gred A dalam bahasa Inggeris bagi UPSR.
Kisah Cikgu Samuel ini telah dikongsikan oleh rakannya yang juga seorang guru, Mohd Fadli Salleh melalui satu kiriman di akaun Facebook-nya baru-baru ini.
Semua Perlu Tahu
Ini kisah Adiwira Cikgu Samuel Isaiah. Satu kisah yang aku rasa semua rakyat Malaysia perlu tahu.
Cikgu Sam ini mengajar di sekolah orang asli. Sk Runchang, Muadzam Shah, Pahang. Semasa hari pertama beliau menjejakkan kaki ke SK Runchang, seorang guru senior ketika itu berkata kepadanya,
“Cikgu Samuel tak perlu cuba apa-apa sangat, mereka cuma murid Orang Asli.”
Dia agak terkejut dengan kenyataan itu. Seolah-olah orang asli ini tidak mampu berjaya. Dari situ dia mula mencabar dirinya dan mengubah persepsi 100% orang sekeliling dengan murid asli.
Apa beliau buat? Baca ni!
Cikgu Sam seorang guru Bahasa Inggeris. 
Cabarannya sangat besar memandangkan muridnya dari kaum orang asli.
Sangat sukar untuk membuatkan mereka fasih dan handal dalam English sebenarnya. Lagi pun, kehadiran orang asli ke sekolah agak teruk.
Apa yang Cikgu Sam buat?
Beliau jadikan kelasnya menarik. Agar setiap hari anak-anak didiknya teruja untuk ke sekolah. Antaranya ialah dengan membawa alat muzik ukelele ke sekolah.
Beliau handal bermain alat muzik tersebut dan tidak sia-siakan bakat itu. Beliau mencari dana untuk dapatkan ukelele bagi setiap muridnya dan mereka belajar sambil menyanyi dan bermain alat muzik.
Cikgu Samuel mengimpikan kemudahan yang terbaik untuk anak murid Orang Asli beliau, setaraf dengan sekolah bandar dan antarabangsa.
Atas keinginan untuk memberikan yang terbaik untuk mereka, Cikgu Samuel telah menjana dana melalui laman Give.my dan telah mewujudkan kelas Bahasa Inggeris Abad Ke-21 pada tahun 2015.
Kelas sebegini yang pertama di sekolah Orang Asli mempunyai kemudahan teknologi terkini, dimana setiap murid mempunyai tablet dan computer, sistem suara dan projector LCD.
Ya, setiap murid beliau ada tablet!
Cuma tidak dibenarkan bawa pulang. Hanya simpan di kelas. Risau bila benarkan bawa pulang, ada murid gunakan tablet itu untuk baling ayam. Haha. Gurau je weh. Jangan serius sangat.
Projek ini juga telah mendapat perhatian laman sosial apabila penyanyi terkenal Altimet telah mempromosikannya sebagai duta.
Antara projek lain yang Cikgu Samuel buat bagi menarik minat murid selain memahirkan mereka dalam English adalah projek pertukaran e-mail antarabangsa yang dipanggil ‘Asli E-Pal’.
Murid Orang Asli Cikgu Samuel menggunakkan Bahasa Inggeris untuk berkomunikasi dengan sukarelawan dewasa dari seluruh pelosok dunia dan mendapat sokongan dari dalam dan luar negara.
Hebat kan?
Tidak cukup dengan itu, Cikgu Sam sedar keciciran di kalangan murid asli masih tinggi. Walau pelbagai usaha yang menarik dibuat di sekolah, masih ada ramai yang tidak hadir terutamanya musim ‘kawin bunga’ (musim buah tembikai).
Maka beliau usahakan satu lagi projek power yang dinamakan Sekolah Pokok.
Kenapa Sekolah Pokok? Kerana murid-muridmya belajar di bawah pokok.
Cikgu Sam buat banner dan hebahan. Masuk ke kampung orang Asli kemudian mencari pokok yang teduh untuk dijadikan tempat belajar.
Beliau korbankan masa cuti hujung minggu dengan mengajar murid asli yang tercicir di bawah pokok sahaja. Awalnya kehadiran sekitar 10 orang sahaja.
Disebabkan gaya dan pembelajaran beliau sangat menarik, kehadiran meningkat mendadak hingga lebih 50 orang datang belajar.
Kelas Bahasa Inggeris beliau kini penuh dengan keriangan, muzik dan puisi, gelak tawa, kemudahan teknologi, dan murid Orang Asli yang cintakan pembelajaran. Sesuatu yang pernah dianggap mustahil.
“I believe we need good pedagogy to teach,
I believe in the pedagogy of the heart.”
Moto diatas merupakan pegangan Cikgu Samuel sebagai pendidik, dimana beliau percaya tiada yang mustahil jika ia datang daripada hati.
Dan kini, peratusan lulus English di sekolah beliau meningkat dengan drastik dan ada dikalangan murid asli Cikgu Sam mendapat A dalam UPSR.
Fuh, berdiri bulu roma aku mendengar kisah-kisah dari beliau.
Betapa besar pengorbanan, betapa gigihnya beliau dalam memandaikan anak bangsa sehingga diri aku rasa sangat kerdil dan tiada apa.
Cikgu Sam. Aku bertuah mengenali kau. Aku beruntung mendengar setiap kisah dari kau.
Kau sememangnya layak digelar Adiwira.
Ini antara 16 adiwira lantikan KPM pada tahun 2019. Dan lantikan ini sangat kena dengan calonnya.
Hats off!
#MFS
– Kagum dengan usaha mereka yang sebenar-benar wira dalam dunia pendidikan –
Sumber: FB Mohd Fadli Salleh
The post “Cikgu Adiwira…” – ‘Method’ Unik Cikgu Ini Tarik Minat Belajar Anak Orang Asli Dikagumi Sehingga Digelar ‘Cikgu Adiwira’! appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/cikgu-adiwira-method-unik-cikgu-ini-tarik-minat-belajar-anak-orang-asli-dikagumi-sehingga-digelar-cikgu-adiwira/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hanya 1 Jam Sehari Cukup Untuk Belajar Dengan Anak Jadikan Belajar Itu Sesuatu Yang Seronok

Hanya 1 Jam Sehari Cukup Untuk Belajar Dengan Anak Jadikan Belajar Itu Sesuatu Yang Seronok

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 410 hits
Angkasawan negara Dr Sheikh Muszaphar Shukor menerusi akaun instagram berkongsi cara beliau mendidik anak anaknya Dia melakukan persiapan untuk anak gadisnya yang akan memasuki darjah satu tahun hadapan Cara beliau melakukan persiapan untuk...
Beringat Mak Ayah Si Pedo Minat Anak Pakai Legging Bulan Puasa Pun Sibuk Buat Kerja

Beringat Mak Ayah Si Pedo Minat Anak Pakai Legging Bulan Puasa Pun Sibuk Buat Kerja

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 852 hits
Pada zaman media sosial mak ayah kena beringat Ada yang ambil kesempatan apabila kita berkongsi gambar gambar anak untuk memuaskan nafsu songsang Pedofilia ialah sejenis gangguan psikologi di mana individu dewasa atau atau remaja yang lebih...
Anak Masih Belajar Solat Kenapa Komen Negatif

Anak Masih Belajar Solat Kenapa Komen Negatif

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 281 hits
Gara gara komen negatif netizen pada gambar anak anaknya Putera Rayqal dan Mohamed Nedrin solat bersama Nora Danish tampil bersuara Jelas Nora anak anaknya masih The post appeared first on
Nak Mula Ajar Anak 4 Tahun Belajar Iqra

Nak Mula Ajar Anak 4 Tahun Belajar Iqra

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 459 hits
Hai Assalamualaikum Al Kisahnya nak cerita pengalaman ajar Ahmad Khalif baca Iqra Akhir bulan ni Khalif masuk 4 tahun Tahun depan dah nak sekolah dah Plan nak start serius ajar Khalif Iqra untuk persediaan tahun depan Yang saya nampak peran...
Resepi Sahur Anak Kecil Belajar Puasa Dengan Menu Mengenyangkan 9 Jam

Resepi Sahur Anak Kecil Belajar Puasa Dengan Menu Mengenyangkan 9 Jam

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 541 hits
Tu Abg Qi kena belajar sahur tau sedia tak heheMacam mana nak ajar anak kecil puasa dan bersahur Bukan senang nak mulakan langkah pertama banyak ragam anak anak kecil yang kita sendiri kena bersabar Lagi lagi nak gerak bangun sahur dengan k...
Kekoknya Mandikan Anak Baru Lahir Rasa Mudah Kalau Caranya Betul Tip Mandikan Bayi Wajib Tahu

Kekoknya Mandikan Anak Baru Lahir Rasa Mudah Kalau Caranya Betul Tip Mandikan Bayi Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 1038 hits
Memandikan bayi buat kali pertama sememangnya pengalaman yang cukup mendebarkan bagi semua ibu Rasa kekok Mana tidaknya bayi yang terlalu kecil menyukarkan untuk dipegang Namun bila rutin ini dilakukan setiap hari pastinya ibu sudah mula te...
Gemuk Dan Pendek Je Tapi Punyalah Sedap Pikat Selera Anak Dengan Aiskrim Malaysia Cute

Gemuk Dan Pendek Je Tapi Punyalah Sedap Pikat Selera Anak Dengan Aiskrim Malaysia Cute

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 1109 hits
Aiskrim Malaysia memang legend dan cukup dikenali sepanjang zaman Kalau dulu balik sahaja daripada mengaji Quran rumah jiran wajib singgah beli aiskrim ini yang harganya hanyalah 10 sen ketika itu Tapi itu dulu kini ramai yang kreatif cuba ...
Bila Ada Anak Ajaibnya Amyra Tak Terasa Penat Mampu Uruskan Semua Benda

Bila Ada Anak Ajaibnya Amyra Tak Terasa Penat Mampu Uruskan Semua Benda

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 457 hits
Pelakon jelita Amyra Rosli mendedahkan bahawa menjadi seorang ibu membuatkan dia menjadi seorang yang serba boleh dalam menguruskan banyak benda Dia mengakui mempunyai anak membuatkan dia rasa sangat ajaib kerana tidak terasa penat mengurus...
Mama Adik Lapar La Ajar Anak Kecil Berpuasa Makanan Terbaik Untuk Puasa Tahan Lebih Lama

Mama Adik Lapar La Ajar Anak Kecil Berpuasa Makanan Terbaik Untuk Puasa Tahan Lebih Lama

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 685 hits
Kita tak paksa anak kecil kita di bawah usia enam tahun untuk berpuasa tetapi semasa kecil inilah ibu bapa harus latih si kecil untuk berpuasa Tak kisahlah separuh atau suku hari latih anak kita untuk bangun sahur dan seterusnya menahan lap...
Flexibility In Business Operations

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Football Online Sports Gambling 1xbet 1xbet Globa

Mesyuarat Mpsm Kulai Bil 3 2024

7 Keistimewaan Hari Arafah Hari Yang Dinantikan Jutaan Umat Islam

Generasi Milenial Dan Gen Z Dukung Nkri Nomor Urut 2 Simbol Harapan Baru Kalimantan Barat

Kempen Hartanah Bumiputera Matrix Miliki Rumah Selesa Cipta Kenangan Indah Bersama Keluarga

Bukan Semua Cendawan Boleh Makan Ada Yang Beracun