Hati Hati Beli Belon Terapung Untuk Anak Mungkin Diisi Gas Murah Mudah Meletup


Baru-baru ini kecoh apabila berlakunya letupan belon terapung selepas selesainya gimik pelancaran program Kecergasan Kementerian Pendidikan Peringkat Kebangsaan 2019 di Dataran Putrajaya pada Sabtu (12 Oktober) yang pada awalnya bermula dengan meriah, tetapi berakhir dengan insiden yang menggemparkan negara.

Baca: Guna Pemetik Api Putuskan Benang Belon Helium, 9 Kanak-Kanak Antara Mangsa Melecur
Seramai 16 orang termasuk 9 kanak-kanak berumur antara 4 hingga 35 tahun melecur tahap satu dan dua apabila belon terapung yang digunakan ketika gimik pelancaran meletup dalam kejadian kira-kira jam 11.34 pagi tersebut.
Insiden ini adalah sesuatu yang amat mendukacitakan apatah lagi ia bukanlah kejadian yang pertama seumpamanya.

Kejadian seperti ini pernah berlaku pada tahun 2016
Pada 21 Oktober 2016 yang lalu, sekurang-kurangnya 31 orang termasuk kanak-kanak cedera selepas belon terapung meletup sewaktu program ‘Walk For The Blind’ di Dataran Batu Buruk, Kuala Terengganu.
Kejadian yang menyebabkan 4 orang daripada mangsa yang terlibat terpaksa menjalani proses pemindahan kulit akibat kecederaan yang serius, selain memaksa kerajaan negeri Terengganu ketika itu mengharamkan penggunaan belon helium dan hidrogen dalam sebarang acara rasmi di negeri tersebut.
Pernah juga berlaku pada tahun 2015 melibatkan seorang kanak-kanak di rumah
Insiden yang melibatkan belon terapung meletup turut pernah melibatkan orang perseorangan ketika berada di rumah.
Antaranya kejadian yang menimpa adik Nuur Aini Syakila Abdul Kadir pada 29 Oktober 2015 yang ketika itu berusia 3 tahun.
Adik Syakila melecur teruk di muka dan kepala selepas terkena letupan belon yang dibeli di pasar malam di Kampung Bukit Merah, Dungun.
Apabila insiden seumpama ini terjadi, semua media melaporkan bahawa letupan tersebut adalah disebabkan oleh gas helium yang diisi ke dalam belon tersebut bagi membolehkan ia terapung.
Namun, terdapat persoalan, apakah gas yang diisi ke dalam belon tersebut adalah benar-benar gas helium atau sebaliknya?
HELIUM TIDAK MUNGKIN MENYEBABKAN LETUPAN
Menurut Mohd Adli Wong, helium tidak mungkin akan menyebabkan letupan kerana sifatnya yang stabil dan tidak mudah terbakar (non-flammable) sekalipun diletakkan berdekatan dengan sumber haba.
Beliau yang merupakan salah seorang orang yang kompeten bagi persekitaran merbahaya dan berisiko berlaku letupan (hazardous area and explosive atmospheres competent person) iaitu personnel yang diperakui oleh International Electrotechnical Commission Explosive (IECEx) dan berdaftar dengan ExCB Baseefa UK, turut menyatakan bahawa laporan berita berkaitan insiden tersebut yang mengaitkan helium sebagai punca letupan sebagai tidak tepat.

‘Dalam kebanyakan kes membabitkan belon terapung meletup ini adalah disebabkan oleh penggunaan gas hidrogen.’
‘Ini kerana hidrogen tergolong sebagai gas yang sangat mudah terbakar (highly flammable) apabila wujud sumber haba dan mudah meletup (highly explosive) jika bercampur dengan oksigen.’
‘Dalam kes ini, boleh diumpamakan seperti ‘lembu punya susu, sapi dapat nama’, ujar beliau.
Penggunaan gas hidrogen dalam industri belon terapung adalah disebabkan kosnya yang lebih murah berbanding helium selain mudah didapati di pasaran.
Namun, tanpa sedar penggunaannya secara salah demi mengaut untung berlebihan lebih mengundang padah kepada pengguna terutamanya dalam kalangan kanak-kanak yang sentiasa teruja dengan belon, apatah lagi bila melihat ianya mampu terapung di udara.
Oleh kerana belon terapung kerap digunakan dalam majlis-majlis keraian sebagai gimik perasmian atau sebagai tarikan kepada pengunjung, selain penjualannya secara berleluasa terutamanya di pasar-pasar malam, maka satu mekanisme kawalan bagi mengekang kejadian berbahaya seperti insiden yang telah disenaraikan daripada terus berulang.
Pihak berkuasa yang berkepentingan, terutamanya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan untuk meneliti isu ini secara lebih serius dalam memastikan produk belon terapung yang dijual dalam pasaran adalah selamat dan tidak mendatangkan risiko keselamatan dan kesihatan kepada pengguna.
Jika tiada langkah yang lebih serius dan tegas dilakukan oleh pihak berkuasa dalam menangani isu ini, sudah pasti insiden di Putrajaya bukanlah yang terakhir yang bakal kita saksikan.
* Ts. Mohd Soffian Osman merupakan Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy Sdn Bhd.
Sumber: Awani


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beautifulnaara.blogspot.com/2019/10/hati-hati-beli-belon-terapung-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gas Hidrogen Punca Belon Meletup Kata Polis

Gas Hidrogen Punca Belon Meletup Kata Polis

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 440 hits
Gas hidrogen punca belon meletup kata polis Dikemas kini 18 minit yang lalu Diterbitkan pada 14 Oct 2019 12 44PM
Kegigihan Anak Anak Tiau Cari Dana Untuk Naik Belon Ke Kuala Lumpur

Kegigihan Anak Anak Tiau Cari Dana Untuk Naik Belon Ke Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 378 hits
Menjadi seorang guru bukan sahaja untuk mencurahkan ilmu tetapi guru juga berperanan untuk memahami mempelajari dan mendidik anak anak murid mengenai erti kehidupan dengan penuh hikmah dan kesabaran Usaha yang dilakukan oleh setiap guru unt...
Rasa Tak Sedap Hati Nak Pergi Tak Sangka Anak Lemas Di Kolam Taman Tema Air

Rasa Tak Sedap Hati Nak Pergi Tak Sangka Anak Lemas Di Kolam Taman Tema Air

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 497 hits
Niat pasangan suami isteri membawa dua anaknya bercuti pada hujung minggu ke taman tema air berakhir tragedi apabila anak sulungnya ditemui lemas Dalam kejadian kira kira jam 3 petang mangsa Muhamad Uzir Amri Muhamad Nur Fiqri Zakaria 4 dik...
Amalkan Suap Isteri Dan Anak Makan Insyallah Murah Rezeki Kalian Sekeluarga

Amalkan Suap Isteri Dan Anak Makan Insyallah Murah Rezeki Kalian Sekeluarga

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 1004 hits
Bila masuk bab suap menyuap ni rasa kita kali terakhir makan suap menyuap adalah sewaktu makan beradab Selepas itu tiada lagi adegan suap isteri ataupun suami ketika makan dengan alasan malu Malu orang nampak malu anak anak pandang Suami ke...
Belon Meletup Saya Terdengar Bunyi Letupan

Belon Meletup Saya Terdengar Bunyi Letupan

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 631 hits
PUTRAJAYA Saya terdengar bunyi letupan dan terkejut Kemudian saya terasa bahang serta terhidu bau gas sangat kuat kata Sri Rahayu Sugiono 35 seorang daripada 16 mangsa yang cedera susulan belon meletup di Dataran Putrajaya semalam Menurutny...
Saya Lihat Selipar Anak Terapung Di Dalam Air Kumbahan Bapa Mangsa

Saya Lihat Selipar Anak Terapung Di Dalam Air Kumbahan Bapa Mangsa

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 502 hits
Muhammad Anas Hadif 3 dilaporkan lemas selepas terjatuh ke dalam lubang kumbahan di Kuarters Balai Polis Pasir Puteh Ipoh hari ini Di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun ahli keluarga termasuk tiga beradik mangsa meraung dan me...
Ye Sayang Apa Dia Mama Dengar Ni Cepat Beri Respon Baru Mudah Anak Dengar Cakap

Ye Sayang Apa Dia Mama Dengar Ni Cepat Beri Respon Baru Mudah Anak Dengar Cakap

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 484 hits
Anak nakal tu mesti mak ayah tak ajar anak Sikap anak kecil yang susah mendengar kata sememangnya menyebabkan ibu bapa hilang kesabaran naik darah dan geram Perkongsian penceramah bebas Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek untuk ibu bapa mend...
Tips Beli Barang Murah

Tips Beli Barang Murah

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 419 hits
Tips beli barang murah Semalam p beli barang kat pasaraya Memang selalu beli benda tu pun Harga biasa beli RM3 99 Tapi semalam harga nya RM3 55 Wahhh murah dari biasa Maka kena borong banyak la kan Dan baru perasan semalam 11 hb tengah bula...
Tak Payah Beli Susu Guna Susu Tepung Anak Je Buatkan Makaroni Carbonara Untuk Anak Sama Sedap

Tak Payah Beli Susu Guna Susu Tepung Anak Je Buatkan Makaroni Carbonara Untuk Anak Sama Sedap

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 481 hits
Antara makanan paling mudah disediakan buat anak anak kita yang sedang membesar adalah menyediakan beraneka pasta buat anak anak kita Namun malangnya ketika idea datang untuk memasak bekalan stok makanan di rumah pula tiada Sudahnya impian ...
Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Ceramah Ramadhan Hari Ke 1 Merespon Ayat Puasa Ramadhan

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tuition Teacher Found Dead In Pool Of Blood With Slash Wounds To Neck

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Aid Palestine With Dates Inisiatif Amal