Ye Sayang Apa Dia Mama Dengar Ni Cepat Beri Respon Baru Mudah Anak Dengar Cakap


“Anak nakal tu, mesti mak ayah tak ajar anak”. Sikap anak kecil yang susah mendengar kata sememangnya menyebabkan ibu bapa hilang kesabaran, naik darah dan geram.
Perkongsian penceramah bebas, Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek untuk ibu bapa mendidik dan mentarbiah anak-anak dengan cara betul supaya beroleh anak yang soleh dan solehah.
Di zaman yang serba canggih, cara didikan kepada anak-anak adalah berbeza dengan cara didikan dahulu. Semua ibu ayah sentiasa mendoakan anak mereka membesar sebagai hamba Allah yang taat kepada perintahNya dan mendengar cakap ibu bapa. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai khalifah untuk membentuk budi pekerti yang mulia berlandaskan syariat Islam. Berikut bagaimana mendidik anak-anak nakal supaya mendengar cakap ibu bapa.
1. Doa
Doa kebahagiaan rumah tangga dan mendapat anak-anak yang soleh dan solehah. Doa yang patut kita amalkan daripada Al-Quran iaitu Surah Al- Furqan ayat 74 yang bermaksud “Ya Allah kurniakan kepada kami pasangan hidup dan anak-anak yang menjadi penyejuk mata hati dan didiklah kami menjadi pemimpin kepada orang mukmin
2.Beri jawapan segera
Beri perhatian kepada anak jika anak bertanya kepada anda. Jangan pula sehingga anak bertanya atau panggil nama anda berulang kali. Seeloknya terus berikan jawapan setelah anak bertanya. “Ye sayang, apa dia. Mama dengar ni…”
Sesungguhnya anak-anak yang nakal adalah anak yang kurang diberi perhatian daripada ibu bapanya.
3.Teguran berulang kali
Namun jika kesalahan yang dilakukannya, anda harus menyampaikan mesej kepada anak-anak bahawa anda tidak suka sikapnya. Lakukan dengan cara teguran secara tegas. Beritahu kepada anak secara berulang kali ‘ tak suka’, ‘tak suka’. Contohnya, “Jangan tendang kucing, Allah tak suka, Allah tak suka. Manusia pun tak suka. Sakit kucing tu.” Tegur anak kecil dengan menggunakan pendekataan perasaan supaya mudah mereka faham. Buat baik diberi pujian dan sebaliknya akan dimarahi.
4.Pujian dan pelukan
Jika anak-anak melakukan kebaikkan berilah pujian dan pelukkan. Misalnya membantu anda membasuh pinggan. Berilah pujian berulang kali supaya anak berasa seronok atas kebaikkan yang dilakukannya. Juga peluk anak sebelum pergi sekolah atau bangun pagi supaya kasih sayang semakin menebal dalam diri anak-anak.
5.Hukuman
Sememangnya semua ibu bapa sayang kepada anak-anak. Namun ini tidak bermakna anak yang bersalah atau nakal tidak boleh dikenakan hukuman. Namun hukuman seperti pukul bukan sehingga boleh mencedera atau melukakannya. Adab memberi hukuman antaranya ialah pukul atau rotan di tapak tangan anda secara perlahan dan mesti dalam keadaan serius untuk menunjukkan ketegasan anda terhadap kesalahan yang dilakukannya. Katakan kepadanya, “Mama tak marah tetapi sebab adik buat salah, adik kena terima hukuman.” Bukan mudah untuk mengubah sikap anak menjadi seorang yang berdisplin dan mendengar cakap jika tidak dilakukan secara tegas.
6.Pujuk cara motivasi
Selepas hukuman, anda harus mengucapkan kata-kata motivasi bahawa ia adalah kesan akibat perbuatannya. “Salah adik kan kacau abang sedang tidur”. Namun pastikan anda tidak menghukum anak tanpa usul periksa untuk mengelak rasa tidak puas hati anak-anak sehingga menjejaskan hubungan kasih sayang antara adik beradik. Juga tidak salah jika anda memujuk anak selepas hukuman. Katakan kepadanya, “Mama minta maaf. Mama bukan nak rotan dan marah. Tapi mama nak nasihat adik, mama nak adik jadi orang baik. Bukan anak yang nakal dan tidak mendengar cakap ibu bapa”.

7.Penghargaan
Apabila anak melakukan kebaikkan, sekali sekali berikan penghargaan buat diri anak. Belikan makanan kegemarannya atau hadiah. “Jika adik nak lori tu, janji dengan mak atau ayah jangan gaduh-gaduh dengan abang lagi.”
8.Muhasabah diri
Anda sebagai ibu bapa harus semak diri sendiri adakah kita berjaya didik anak atau tidak. Adakah kita luangkan masa yang banyak bersama-sama anak. Suami juga perlu didik dan kerjasama dengan isteri supaya anak-anak dibimbing dengan cara yang betul.
9.Pemakanan tidak sihat
Cuba elakan memberi anak-anak minum kopi, gula-gula dan gula-gula getah sehinggga anak menjadi seorang remaja. Gula-gula getah dikatakan mempunyai radikal gula yang boleh memberi kesan negatif kepada sikap anak-anak.
Gula-gula yang dikemam akan merangsang deria otak. Apabila anak-anak kemam gula-gula dalam mulut dia akan merangsang otak untuk membentuk personaliti yang dikenali sebagai sensitif yang melibatkan sikap pendiam, pendendam, memberontak dan pemarah. Kopi pula yang mengandungi kafein tidak digalakkan kerana ia akan membuatkan anak berjaga malam sehingga sukar bangun awal pagi. Didiklah anak tidur awal supaya anak dapat bangun awal kerana ia adalah ciri-ciri displin bagi seorang anak yang cemerlang.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beautifulnaara.blogspot.com/2019/10/ye-sayang-apa-dia-mama-dengar-nicepat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dalam Sehari 5 Kali Ulang Cakap Anak Tak Ikut Baru Boleh Tunjuk Rotan

Dalam Sehari 5 Kali Ulang Cakap Anak Tak Ikut Baru Boleh Tunjuk Rotan

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 297 hits
Sikap tegas mak ayah bertukar garang sebenarnya kerana emosi Jika diikutkan tegas dan garang sangatlah ketara bezanya Dalam kamus istilah tegas bererti jelas terang dan lantang Manakala garang pula bermakna menyerang dengan buasnya atau mar...
Cara Cepat Dan Mudah Dapat Trafik Untuk Blog Baru

Cara Cepat Dan Mudah Dapat Trafik Untuk Blog Baru

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 447 hits
Cara Cepat Dan Mudah Dapat Trafik Untuk Blog Baru Blog baru adalah blog yang baru anda buat sebentar tadi baru sehari dua Bukan blogger baru tau kalau blogger baru banyak cara nak kena ambil tahu dan belajar Contohnya saya dah ada 2 blog Sa...
Bukan Sekadar Seorang Anak Tapi Jadikan Mereka Sahabat Mak Ayah Baru Boleh Rapat

Bukan Sekadar Seorang Anak Tapi Jadikan Mereka Sahabat Mak Ayah Baru Boleh Rapat

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 544 hits
Personaliti Instafamous ini bersederhana dan dia juga sering berkongsi info di dalam penulisan blognya Juga rajin membuat perkongsian melalui laman Instagram Isteri kepada Dr Anwar Fazal Abu Bakar ini juga sempat Pa Ma dekati untuk mencungk...
Hanya Mampu Menangis Dengar Anak Jerit Cuci Luka Anak 2 Tahun Digigit Anjing Bertuan

Hanya Mampu Menangis Dengar Anak Jerit Cuci Luka Anak 2 Tahun Digigit Anjing Bertuan

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 368 hits
Memang sesuatu yang menyeramkan jika kita terpaksa melalui kawasan perumahan yang mempunyai anjing tak kira bertuan mahupun anjing liar Bermacam macam kejadian boleh berlaku sekelip mata Itu lah yang terjadi kepada kanak kanak 2 tahun apabi...
Raffi Ahmad Ngebet Ingin Punya Anak Kembar Begini Respon Nagita Slavina

Raffi Ahmad Ngebet Ingin Punya Anak Kembar Begini Respon Nagita Slavina

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 305 hits
Raffi Ahmad dan Nagita Slavina tak menampik jika ingin memiliki anak lagi Keduanya sudah ingin memberikan adik bagi Rafathar
Gangguan Pernapasan Anak Kelima Yadi Sembako Yang Baru Lahir Meninggal Dunia

Gangguan Pernapasan Anak Kelima Yadi Sembako Yang Baru Lahir Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 336 hits
Komedian Yadi Sembako sedang berduka Anak kelimanya yang baru lahir meninggal dunia Kamis pagi
Selamat Hari Lahir Anak Anak Mama

Selamat Hari Lahir Anak Anak Mama

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 447 hits
sidebar push Selamat Hari Lahir Anak anak Mama Allhamdulillah Sesungguhnya Allah Yang Maha Kuasa Terima kasih sempat beli kek birthday untuk kak ngah Zara Adelia ke 7 tahu pada 29 September 2019 minggu lepas Alang alang dah beli kek tu mama...
Kemahiran Menunjuk Sebenarnya Cara Baru Untuk Anak Berkomunikasi Itu Tanda Anak Dalam Peringkat Yang Betul

Kemahiran Menunjuk Sebenarnya Cara Baru Untuk Anak Berkomunikasi Itu Tanda Anak Dalam Peringkat Yang Betul

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 398 hits
Kemahiran menunjuk sangat berkait dengan perkembangan bahasa bayi dan kanak kanak Kajian menunjukkan bayi yang cepat menunjuk akan mempunyai kemahiran bahasa yang lebih baik untuk masa akan datang Baca Selanjutnya Ia sebenarnya menunjukkan ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025