Hasutan Akmal Boleh Bawa Padah Pada Umno Nga


malaysiakini.com
Diterbitkan: Mar 18, 2024 8:35 PM
Ketua Whip Parlimen DAP, Nga Kor Ming menggesa ketua Pemuda Umno Akmal Salleh supaya berhenti menghasut sentimen perkauman dan agama berhubung kemelut stoking bercetak "Allah" yang ditemui di KK Mart

Dia berkata reaksi Akmal adalah memudaratkan dan mungkin akan memberi kesan kepada Umno.

"Ketua Pemuda Umno Akmal dan netizen tidak seharusnya terus mencetuskan sentimen perkauman dan agama dengan sikap angkuh dan provokatif. Ini adalah tingkah laku yang berbahaya dan tidak boleh diterima sama sekali.

“Sekiranya Akmal tidak mahu melihat Umno terus kehilangan sokongan rakyat, beliau mesti bermuhasabah diri terlebih dahulu, dengan rendah hati menerima nasihat ikhlas, atau beliau akan dikenang sebagai punca kekalahan Umno dalam pilihan raya,” kata Nga pada satu kenyataan hari ini.
Katanya, manipulasi sentimen perkauman dan agama yang digunakan Akmal adalah strategi lapuk yang tidak sesuai dengan usia mudanya dan era globalisasi pada hari ini.

Akmal dengan keras membidas KK Mart selepas kejadian stoking tertera perkataan "Allah" ditemui di kedai tersebut, menggesa boikot jika rantaian itu tidak menyiarkan sepanduk memohon maaf atas kejadian itu.

Ini walaupun rangkaian kedai serbaneka memohon maaf mengenai perkara itu di media sosial, mengatakan mereka telah terlepas pandang stoking yang dihantar kepada mereka daripada pembekal.

Bagi Nga, permohonan maaf KK Mart melalui saluran dalam talian dan notis yang disiarkan di cawangannya sepatutnya sudah memadai.
"KK Mart telah memohon maaf secara terbuka dan mengambil langkah untuk menamatkan kontrak pembekal stokin yang tertera perkataan "Allah," justeru tidak perlu memburukkan lagi kesilapan mereka.

“Sebaliknya, kita harus memahami, menyokong antara satu sama lain dan bergerak maju ke hadapan dengan bersatu padu,” katanya.

Nga berkata reaksi negatif yang melampau terhadap isu boleh menjejaskan keyakinan pelabur asing.

"Merendah diri membawa kebaikan, kesombongan mengundang kerugian.
“Saya harap Akmal selaku ketua Pemuda Umno memahami kebenaran yang tidak lapuk ini," katanya.

Akmal mula-mula memberi tekanan terhadap isu itu selepas polis pada mulanya berkata mereka tidak menyiasat stoking "Allah" kerana tiada laporan polis dibuat mengenai perkara itu.

Ini mendorong ketua Pemuda Umno itu untuk menggerakkan akar umbi parti untuk membuat beberapa laporan polis berhubung perkara berkenaan.

Polis telah mengesahkan pihak berkuasa telah membuka dua kertas siasatan mengenai kes itu.

[Baca berita asal]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/03/hasutan-akmal-boleh-bawa-padah-pada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidak Tinggal Diam Nga Bidas Akmal Dap Bidas Umno

Tidak Tinggal Diam Nga Bidas Akmal Dap Bidas Umno

papar berkaitan - pada 19/3/2024 - jumlah : 226 hits
Ketua Whip Parlimen DAP Nga Kor Ming menggesa ketua Pemuda Umno Akmal Salleh supaya berhenti menghasut sentimen perkauman dan agama berhubung kemelut stoking bercetak Allah yang ditemui di KK Mart Adakah sekiranya individu tersebut menghina...
Teruskan Bangkit Ketua Pemuda Umno Tak Harus Gentar Dengan Ancaman Nga Kor Ming

Teruskan Bangkit Ketua Pemuda Umno Tak Harus Gentar Dengan Ancaman Nga Kor Ming

papar berkaitan - pada 19/3/2024 - jumlah : 200 hits
Secara khusus isu stoking bertulis kalimah Allah yang diangkat oleh Pemuda UMNO adalah isu agama yang secara langsung menyentuh soal kesucian serta maruah umat Islam Siapa pun yang mengaku beragama Islam memang wajar berasa marah dan bangki...
Tiong Gesa Pimpinan Umno Km Melaka Tegur Akmal

Tiong Gesa Pimpinan Umno Km Melaka Tegur Akmal

papar berkaitan - pada 20/3/2024 - jumlah : 137 hits
malaysiakini comDiterbitkan Mar 19 2024 2 34 PMMenteri Pelancongan Tiong King Sing menyeru kepimpinan Umno tidak terus membiarkan Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh memperbesar besarkan isu penjualan stoking yang tertera kalimah Allah di keda...
Umno Akmal Worse Than Ali Tinju Papagomo Jamal Jamban Hired Protesters Demonstrate At The Wrong Supermarket

Umno Akmal Worse Than Ali Tinju Papagomo Jamal Jamban Hired Protesters Demonstrate At The Wrong Supermarket

papar berkaitan - pada 25/3/2024 - jumlah : 371 hits
What do Ali Tinju Papagomo Jamal Jamban and Akmal Salleh have in common They were all UMNO racists or gangsters who would do dirty jobs tasked by their party Their jobs were incredibly easy holds rally or protest under the false pretence th...
Tiada Siapa Boleh Halang Pemuda Umno Boikot Habis Habisan Kk Mart

Tiada Siapa Boleh Halang Pemuda Umno Boikot Habis Habisan Kk Mart

papar berkaitan - pada 21/3/2024 - jumlah : 296 hits
freemalaysiatoday com 20 Mar 2024 11 48 PMKetuanya Dr Akmal Saleh berkata tiada sesiapa mampu menghalang tindakan itu di sebalik nasihat presiden parti jangan berlebih lebihan Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh berkata tiba masa memberi penga...
Isu Stoking Dr Akmal Bawa Suara Melayu Pertahankan Islam

Isu Stoking Dr Akmal Bawa Suara Melayu Pertahankan Islam

papar berkaitan - pada 22/3/2024 - jumlah : 193 hits
hmetro com myAB Rauf menyampaikan sumbangan Ramadan dan berbuka puasa peringkat daerah Melaka Tengah di Masjid Al Alami hari ini FOTO Amir MamatAyer Keroh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyifatkan langkah Ketua Pemuda Umno D...
Sebelum Ini Pun Kami Kawan Ezzanie Jasny Dan Noki Tidak Lagi Berhubung Dah Bawa Haluan Masing Masing

Sebelum Ini Pun Kami Kawan Ezzanie Jasny Dan Noki Tidak Lagi Berhubung Dah Bawa Haluan Masing Masing

papar berkaitan - pada 8/3/2024 - jumlah : 130 hits
Baru baru ini aktres muda yang masih baru dalam industri berlakon iaitu Ezzanie Jasny telah mendedahkan hubungannya bersama penyanyi Noki telah tamat dah tidak lagi rapat seperti dulu Sudah tidak berhubung Menurut kata Ezzanie dirinya dan b...
Bawa 3 Dara Pinggitan Potong Rambut

Bawa 3 Dara Pinggitan Potong Rambut

papar berkaitan - pada 7/3/2024 - jumlah : 137 hits
Assalamualaikum Semalam SA dan adik no 4 Mommy si Dida tu pergi Lotus Seremban Jaya Tujuannya nak bawak 3 dara pinggitan tu gunting rambut minggu depan dah nak masuk sekolah dah rimas tengok ambut masing masing mula mula nak pi Zemart Senaw...
Let S Move On From Allah Socks Issue Home Minister Tells Malaysians As Umno Youth Intensifies Attack

Let S Move On From Allah Socks Issue Home Minister Tells Malaysians As Umno Youth Intensifies Attack

papar berkaitan - pada 25/3/2024 - jumlah : 190 hits
Home Minister Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail delivering his speech during the breaking of fast with the ministry s department and media agencies at Boraombak Putrajaya March 25 2024 Picture by Shafwan ZaidonPUTRAJAYA March 25 Home Min...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Surat Al Baqarah Ayat 284 286 Arti Perkata Dan Hukum Tajwid

Arief Ujian Rindu Chord

Luqman Podolski Tiba Tiba Chord

Court Fines Senior Citizen Rm1 600 For Slapping Puspakom Staff

Two Unidentified Soy Sauce Factories Closed Netizens Demand Their Identity Among Other Issues

Sabah Mulls Pufferfish Ban After Recent Poisoning Deaths