Hassan Kongsi 5 Sebab Mengapa 6 Kerusi Perlu Dikosongkan


hmetro.com.my
Mohamed Farid Noh
[email protected]
Hassan Abdul Karim
Johor Bahru: Ahli Parlimen dari PKR menggariskan lima sebab mengapa Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, perlu mengosongkan enam kerusi Ahli Parlimen Bersatu, susulan notis dikemuka parti itu kelmarin.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, berkata Johari perlu menghormati Perlembagaan Persekutuan yang dipinda mengikut Akta Anti Lompat Parti, yang juga diluluskan oleh Ahli Dewan berkenan.

Katanya, menjadi tugas Speaker untuk menghormati Perkara 49 A(1) Perlembagaan Persekutuan membabitkan Akta Anti Lompat Parti.

Perkara 49A(1) Perlembagaan Persekutuan antara lain menjelaskan seseorang Ahli Dewan hendaklah terhenti dan kerusinya hendaklah menjadi kosong sebaik saja suatu tarikh kekosongan luar jangka dipastikan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Keduanya, Hassan berkata Speaker perlu menghormati parti-parti politik berdaftar serta sah yang meminda Perlembagaan parti masing-masing.

"Jika Speaker tak menghormati Bersatu, ia akan memberi implikasinya Speaker juga tak menghormati DAP yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan mereka pada 25 September 2022 seterusnya diluluskan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

"Begitu juga Amanah dan Umno yang masing-masing juga sudah meminda Perlembagaan parti mereka, menerusi mesyuarat agung khas pada 18 September 2022 dan 13 Januari 2023, malah RoS sudah meluluskan pindaan Perlembagaan parti berkenaan.

"Kalau Speaker tak menghormati notis daripada Bersatu ini, ia membawa makna Speaker juga tidak menghormati apa yang DAP, Amanah dan Umno lakukan.

"Bersatu bukanlah parti pertama yang melakukan pindaan Perlembagaan parti mereka, tetapi parti itu telah ikut apa yang DAP, Amanah dan Umno lakukan," katanya menerusi satu rakaman video semalam.

Kelmarin, Bersatu dilaporkan mengemukakan notis kepada Johari meminta supaya enam kerusi Parlimen diwakili wakil rakyatnya yang sebelum ini menyokong Anwar dikosongkan.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Whip Bersatu yang juga Naib Presidennya, Datuk Dr Ronald Kiandee, selepas merujuk Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan, di mana keahlian parti enam wakil rakyat Bersatu itu terhenti secara serta-merta.

Enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong Anwar sebelum ini ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul (Bukit Gantang), Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).

Dewan Rakyat akan bersidang selama 15 hari bermula Isnin ini hingga 18 Julai.

Rabu lalu, suatu duluan kekosongan luar jangka membabitkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri sudah diumumkan Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Susulan pengumuman Mohd Amar itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataannya turut memaklumkan mesyuarat khas Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri akan diadakan Jumaat depan.

Mengulas sebab ketiga Speaker Dewan Rakyat perlu mengosongkan enam kerusi Parlimen Bersatu, Hassan yang juga bekas Pengerusi PKR Johor berkata, Johari harus mengambil iktibar atas keputusan dilakukan Speaker DUN Kelantan, kerana ia dibuat atas menghormati pindaan Perlembagaan Persekutuan oleh Dewan Rakyat.

"Kita sendiri di Parlimen yang membuat Akta Anti Lompat Parti melalui pindaan Perlembagaan Persekutuan. Jika kita sendiri tidak menghormatinya, jadi susahlah begitu.

"Keempatnya, kedudukan kerusi Speaker itu perlu dihormati kerana saya berpendapat apabila Speaker hendak memutuskan perkara ini, Speaker perlu mengambil maklum menghormati Akta Pertubuhan 1966, Seksyen 18C.

"Mengikut klausa Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966, jelas menyatakan bahawa keputusan dalaman parti politik tidak boleh dicabar atau dipersoalkan di mahkamah," katanya.

Menyatakan sebab kelima, Hassan berkata, Kerajaan Perpaduan tidak memerlukan sokongan ahli parlimen yang mengkhianati partinya sendiri.

Katanya, enam Ahli Parlimen Bersatu itu bukan sekadar mengkhianati parti itu saja, malah mengkhianati enam kawasan Parlimen masing-masing.

"Maaf cakap, rakyat di enam kawasan itu mengundi mereka bukan kerana enam Ahli Parlimen itu menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebaliknya mereka undi sebagai calon Perikatan Nasional (PN) sama ada PAS atau Bersatu, yang menyebabkan kemenangan mereka.

"Rasanya mereka tak akan menang di enam kawasan itu jika menjadi calon PN tetapi menyatakan sokongan terhadap Anwar. Jadi mandat rakyat haruslah dihormati," katanya.

Dalam pada itu, Hassan berkata, beliau berharap Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan tidak mencampuri hal ehwal Parlimen.

"Seperti janji Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerajaan tidak campur tangan dalam hal ehwal mahkamah, maka saya pun percaya bahawa Perdana Menteri dan kerajaannya tidak akan campur tangan dalam hal ehwal di Parlimen," katanya.

Semalam, kerajaan dilaporkan menyerahkan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul untuk membuat keputusan berhubung notis dikemuka Bersatu yang meminta supaya pengosongan dibuat ke atas enam kerusi Parlimen diwakili wakil rakyatnya.

Anwar dilaporkan berkata, notis kedudukan Ahli Parlimen Bersatu itu perlu dirujuk kepada Speaker Dewan Rakyat.
Disiarkan pada: Jun 22, 2024 @ 4:39pm

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/06/hassan-kongsi-5-sebab-mengapa-6-kerusi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dagu Tetap Milik Mama Shila Amzah Kongsi Foto Anak Kedua Selepas Sebulan Melahirkan

Dagu Tetap Milik Mama Shila Amzah Kongsi Foto Anak Kedua Selepas Sebulan Melahirkan

papar berkaitan - pada 10/6/2024 - jumlah : 176 hits
Penyanyi terkenal Shila Amzah ada berkongsi foto anak keduanya Rhea Akira yang kini mencecah umur sebulan Kongsi foto anak kedua Shila berkongsi foto demikian menerusi satu hantaran di Instagram buat tatapan peminat dan pengikut media sosia...
Rancang Filem Baharu Mawi Mahu Kongsi Pengalaman Peribadi

Rancang Filem Baharu Mawi Mahu Kongsi Pengalaman Peribadi

papar berkaitan - pada 10/6/2024 - jumlah : 148 hits
Penyanyi Mawi mahu kongsi pengalaman peribadi menerusi satu filem baharu yang bakal memaparkan bagaimana dia melalui kematian suatu ketika dahulu Menurut Mawi dia sudah menyiapkan sebuah draf berkenaan kandungan yang mahu disampaikan meneru...
Kerusi Roda Bergerak Sendiri Turun Tangga

Kerusi Roda Bergerak Sendiri Turun Tangga

papar berkaitan - pada 28/6/2024 - jumlah : 118 hits
KOSMOTangkap layar menunjukkan kerusi roda itu berhenti di sebelah pintu kereta selepas turun empat tangga DetiknewsJAKARTA Satu klip video tular di media sosial memaparkan detik seram di sebuah hospital di Indonesia apabila sebuah kerusi r...
Orang Tak Tahu Bila Saya Menangis Hidup Sebagai Ibu Tunggal Tak Mudah Rita Rudaini Kongsi Dugaan Yang Dialami

Orang Tak Tahu Bila Saya Menangis Hidup Sebagai Ibu Tunggal Tak Mudah Rita Rudaini Kongsi Dugaan Yang Dialami

papar berkaitan - pada 10/6/2024 - jumlah : 160 hits
Banyak perkara yang harus pelakon Rita Rudaini hadapi sebagai seorang ibu tunggal dan tak mudah untuknya lagi lagi ketika berasa terlalu penat dengan kerja Hanya manusia biasa Menerusi sebuah temu bual pelakon ini berkata ada masanya dia be...
Johan Ozlynn Sebak Dapat Rezeki Tunai Haji Kongsi Doa Amalan Pada Anak Anak

Johan Ozlynn Sebak Dapat Rezeki Tunai Haji Kongsi Doa Amalan Pada Anak Anak

papar berkaitan - pada 10/6/2024 - jumlah : 244 hits
Rezeki tak pernah salah alamat Penyampai radio Hot FM Johan meluahkan rasa sebak selepas berpeluang menunaikan ibadah haji bersama isterinya tahun ini Johan dan isteri Ozlynn Waty yang telah selamat tiba di Tanah Suci itu terpilih mewakili ...
Maryam Durian Kimchi Kongsi Resipi Nasi Yang Selalu Rina Makan Mama Bolehlah Cuba Buat Untuk Anak

Maryam Durian Kimchi Kongsi Resipi Nasi Yang Selalu Rina Makan Mama Bolehlah Cuba Buat Untuk Anak

papar berkaitan - pada 11/6/2024 - jumlah : 119 hits
Durian Kimchi kongsi resipi nasi yang selalu makan mama bolehlah cuba buat untuk anak Setiap kali selebriti media sosial Maryam You Narae atau lebih dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi menghidangkan makanan untuk anaknya Rina ramai yang t...
Boleh Ada Media Sosial Tapi Tak Boleh Joget Rita Rudaini Kongsi Ciri Bakal Menantu Pilihan

Boleh Ada Media Sosial Tapi Tak Boleh Joget Rita Rudaini Kongsi Ciri Bakal Menantu Pilihan

papar berkaitan - pada 11/6/2024 - jumlah : 185 hits
Pelakon Rita Rudaini berkongsi ciri ciri menantu pilihan jika anak lelakinya ingin mendirikan rumah tangga kelak Rita Rudaini berkongsi ciri ciri menantu pilihan Ujar Rita dia tidak suka wanita yang terlalu menonjolkan diri dan berkongsi di...
Mira Filzah Kongsi Tips Jaga Solat Paling Penting Usaha Untuk Perbaiki Diri Saya Pun Kadang Kadang Terlajak Tertinggal

Mira Filzah Kongsi Tips Jaga Solat Paling Penting Usaha Untuk Perbaiki Diri Saya Pun Kadang Kadang Terlajak Tertinggal

papar berkaitan - pada 11/6/2024 - jumlah : 143 hits
Aktres Mira Filzah sering meluangkan masa terluang yang dimilikinya untuk menjawab pertanyaan daripada pengikutnya di Instagram Baru baru ini salah seorang daripada mereka ada bertanya bagaimana Bintang Paling Popular ABPBH 32 itu menjaga s...
The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025