Hassan Jawab Teguran Shabery Dengan Puisi



(Malaysiakini) – Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, menggunakan pendekatan seni dan sastera untuk menjawab “teguran” pemimpin Umno yang mengingatkan dia agar tidak menyerang sesama sendiri secara terbuka selepas menjadi kerajaan.
Hassan merupakan pemimpin PKR yang lantang mengkritik pemimpin Umno dalam kerajaan, terutamanya dalam usaha Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk menjalankan tadbir urus yang baik.
Puisi terbaru Hasan yang berjudul Demi Daulah Ini dipercayai menjawab kritikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno (MKT) Ahmad Shabery Cheek semalam yang mengulas terhadap kenyataan ahli parlimen terbabit.
Ahmad Shabery sebelum ini menunjukkan rasa simpati terhadap dilema dihadapi Anwar ekoran kritikan terbuka Hassan membabitkan kes mahkamah dihadapi Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi.
“Atas nama kestabilan, jangan digoncang perahu ini. Jangan, jangan nanti karam semua,” demikian tulis Hassan pada rangkap pertama puisinya.
Ahmad Shabery semalam mengingatkan perbuatan mengkritik rakan dalam kerajaan secara terbuka merupakan ‘virus’ yang belum ada vaksinnya sehingga kini.
Ia juga, kata bekas menteri terbabit, boleh memendekkan jangka hayat kerajaan seperti dihadapi Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan sebelum ini.
Pemimpin Umno itu juga menyifatkan kerajaan sekarang dibina menggunakan jambatan sementara dengan menggunakan besi dan berdepan risiko runtuh.
“(Kerajaan hari ini ibarat) jambatan segera pakai besi. Banyak skru. Kalau tercabut, cepatlah runtuh. Nak buat yang konkrit makan masa,” katanya dalam satu hantaran menyindir di Facebook, semalam.
Puisi veteran PKR itu dilihat bernada sindiran dan melontarkan pendekatan bahawa perkara terbaik untuk dilakukan atas nama kestabilan adalah berdiam diri, menerima hakikat bahawa kini PH dan BN bekerjasama.
Melalui tulisan tersebut Hassan secara sinis berkisah tentang sikap dirasakan oleh sesetengah pihak perlu ada “demi negara” termasuk enggan bersuara terhadap sebarang kegagalan agar ia tidak “karam.”
Berikut puisi penuh Hassan:
Demi daulah ini
atas nama kestabilan
jangan digoncang perahu ini
jangan, jangan
nanti karam semua.
Ingat ya,
jambatan kamu
bukan Jambatan konkrit
ingat itu.
Lalu, diam semua kamu
sebaiknya
jangan lagi
jangan lagi bicara hal-hal rasuah.
Jangan, jangan
jangan diungkit-ungkit
ketirisan itu
kebocoran ini.
Jangan
jangan disebut lagi
kes itu
kes ini.
Perkataan-perkataan kluster dan mahkamah
semua itu, sensitif waktu kini.
Membisulah kamu sebaiknya saudara
jangan
jangan bising-bising lagi
nanti karam perahu ini
nanti tercabut skru-skru
jambatan bailey ini.
Ini petua dariku saudara
membisu itu baik di kala ini
ya, membisu itu pilihan terbaik kini.
Jangan
jangan kamu terlalu idealis saudara
pragmatislah sedikit
apoligislah sedikit
kita kan terpaksa segalanya
hidup lemas dalam dilema ini?
Ya, terimalah hakikat saudara
timbulnya kamu
tenggelamnya aku
kan kita kembar siam?
Jangan
jangan digoncang perahu ini
nanti kita semua karam
lemas dan tenggelam.
Option kita saudara
hanya satu atau dua saja.
Pekakkan telingamu
buat-buat tidak dengar
mereka memunggah harta negara.
Jangan
jangan saudara
jangan buka matamu
buat-buat buta saudara
pura-puralah tak kelihatan
mereka melarikan kekayaan ke Virgin Island.
Nah, ini saja pilihan yang ada
untuk selamat bernyawa
ayuh, matikan segera nuranimu
kita korbankan segalanya
demi kestabilan daulah ini.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2023/01/20/hassan-jawab-teguran-shabery-dengan-puisi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Penonton Pun Semacam Suka Aubrey Suwito Beri Teguran Kurangkan Drama Bagi Naikkan Rating Tv

Hiburan Penonton Pun Semacam Suka Aubrey Suwito Beri Teguran Kurangkan Drama Bagi Naikkan Rating Tv

papar berkaitan - pada 25/1/2023 - jumlah : 226 hits
Maestro muzik terkenal Aubrey Suwito dilihat terpanggil untuk memberikan teguran mengenai isu komen juri yang kini sedang hangat diperkatakan Ujar Aubrey juri sesebuah program TV perlu lebih tegas dan mempunyai cara yang lebih baik ketika m...
Bagaimana Untuk Menyelesaikan Mathematic Soalan Berbentuk Kbat Ini Sila Jawab

Bagaimana Untuk Menyelesaikan Mathematic Soalan Berbentuk Kbat Ini Sila Jawab

papar berkaitan - pada 9/1/2023 - jumlah : 131 hits
CLUE BAGI SOALAN KBAT NI IALAH Kami dah cukup jooomlooooooaaahhhhhhhhhhhhhh ZUNAR CARTOONIST FAN CLUB
Kes Sanusi Vs Anwar Mahkamah Arah Sanusi Jawab Dakwaan Kenyataan Muflis Bermoral

Kes Sanusi Vs Anwar Mahkamah Arah Sanusi Jawab Dakwaan Kenyataan Muflis Bermoral

papar berkaitan - pada 11/1/2023 - jumlah : 211 hits
Mahkamah Tinggi Alor Setar memerintahkan Menteri Besar Kedah Sanusi Nor menjawab saman Anwar Ibrahim atas dakwaan mengeluarkan kenyataan beliau muflis bermoral Peguam Anwar dari Tetuan SN Nair Partners berkata mahkamah mengarahkan Sanusi me...
Rm6 Bilion Dapat Diselamatkan Jika Perbaiki Teguran Lkan

Rm6 Bilion Dapat Diselamatkan Jika Perbaiki Teguran Lkan

papar berkaitan - pada 20/1/2023 - jumlah : 220 hits
MALAYSIADATELINEPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin sebanyak RM5 hingga RM6 bilion dapat diselamatkan sekiranya kelemahan yang dikemukakan Laporan Ketua Audit Negara diperbaiki Berucap menyampaikan amanat Membangun Malaysia Madan...
Puisi Sebagai Perempuan

Puisi Sebagai Perempuan

papar berkaitan - pada 13/1/2023 - jumlah : 324 hits
i pesan ibutidak perlu bersuaraseorang perempuanharus bijak mengunci katadan menyimpan lukanya tidak usah meminta seorang perempuanharus sering memberitanpa meminta yang lebih lagi sebagai perempuanhidup adalah pengorbanan ii maafkan aku be...
Shabery Ingatkan Pemimpin Ph Kerajaan Anwar Bukan Jambatan Konkrit

Shabery Ingatkan Pemimpin Ph Kerajaan Anwar Bukan Jambatan Konkrit

papar berkaitan - pada 20/1/2023 - jumlah : 234 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jan 19 2023 2 00 PMSeorang pemimpin Umno hari ini menegur tindakan segelintir pemimpin Pakatan Harapan yang suka menyerang secara terbuka sesama sendiri meskipun bersama dalam satu kerajaan Ahli Majlis Kerja Tert...
Dari Mp Pkr Kepada Ahmad Shabery

Dari Mp Pkr Kepada Ahmad Shabery

papar berkaitan - pada 20/1/2023 - jumlah : 286 hits
JOHOR BAHRU Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim terus menggunakan puisi sebagai platform mengkritik serta menyindir politik tanah air termasuk Kerajaan Perpaduan Terbaharu menerusi puisi bertajuk Demi Daulah Ini Hassan yang juga b...
Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hiburan Move On Lah Tak Akan Berkawan Dah Tular Video Bekas Suami Makan Bersama Pelakon Wanita Puteri Zarith Bersuara

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Cuktech Perkenal Keperluan Pengecasan Pintar Untuk Setiap Peranti Moden

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

4 Hari Test Drive Hyundai Tucson Hybrid Ini Perkara Luar Biasa Berlaku Kat Aku