Dari Mp Pkr Kepada Ahmad Shabery



JOHOR BAHRU: Ahli Parlimen, Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim terus menggunakan puisi sebagai platform mengkritik serta menyindir politik tanah air termasuk Kerajaan Perpaduan.
Terbaharu menerusi puisi bertajuk 'Demi Daulah Ini', Hassan yang juga bekas Pengerusi PKR Johor itu dipercayai menyindir kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek semalam, yang mengulas tindakannya sering menegur Kerajaan Perpaduan secara puitis dan tersirat.
Hassan menerusi puisi terbaharu itu menyindir kenyataan Ahmad Shabery yang menyifatkan 'kritikan' beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) terhadap Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai virus.
Menerusi rangkap pertama puisi Hassan, '...atas nama kestabilan jangan digoncang perahu ini jangan, jangan, nanti karam semua' Hassan dipercayai, menyindir kenyataan Ahmad Shabery yang menyatakan tindakan mengkritik Kerajaan Perpaduan secara berterusan akan memberi kesan kepada kestabilan kerajaan.
Semalam, Ahmad Shabery dilaporkan mengingatkan perbuatan mengkritik rakan dalam kerajaan secara terbuka adalah 'virus' yang belum ada vaksinnya sehingga kini.
Beliau dilaporkan berkata, ia boleh memendekkan jangka hayat kerajaan seperti dihadapi PH selama 22 bulan sebelum ini.
Ahmad Shabery sebelum ini dilaporkan menunjukkan rasa simpati terhadap dilema dihadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan kritikan terbuka Hassan membabitkan kes mahkamah dihadapi Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri.
Beliau menyifatkan kerajaan ketika ini dibina menggunakan jambatan sementara daripada besi dan berdepan risiko runtuh.
Bagaimanapun, Hassan yang juga pemimpin veteran PKR dilihat terus melontarkan sindiran tajamnya terhadap Ahmad Shabery dalam puisi itu, kononnya atas nama kestabilan maka semua pihak perlu berdiam diri sekali gus menerima hakikat bahawa kini PH dan BN bekerjasama tanpa mempedulikan tadbir urus yang baik serta integriti pemimpin.
Menerusi puisi itu, Hassan secara sinis turut menyentuh sikap 'talam dua muka' segelintir pemimpin yang sanggup memekakkan telinga walaupun tahu kesalahan berlaku demi mempertahankan jawatan yang baharu diperoleh.
Demi Daulah Ini
Atas nama kestabilanJangan digoncang perahu ini
Jangan, janganNanti karam semuaIngat ya,Jambatan kamuBukan Jambatan konkritIngat ituLalu, diam semua kamuSebaiknyaJangan lagiJangan lagi bicara hal-hal rasuah
Jangan, janganJangan diungkit-ungkitKetirisan ituKebocoran iniJanganJangan disebut lagiKes ituKes iniPerkataan-perkataan kluster dan MahkamahSemua itu, sensitif waktu kiniMembisulah kamu sebaiknya Saudara
JanganJangan bising-bising lagiNanti karam perahu iniNanti tercabut skrew-skrewJambatan bailey iniIni petua dariku SaudaraMembisu itu baik di kala iniYa, membisu itu Pilihan terbaik kini
JanganJangan kamu terlalu idealis SaudaraPragmatislah sedikitOpoligislah sedikitKita kan terpaksa segalanyaHidup lemas dalam dilemma ini
Ya, terimalah hakikat SaudaraTimbulnya kamuTenggelamnya akuKan kita kembar siam

JanganJangan digoncang perahu iniNanti kita semua karamLemas dan tenggelamOption kita SaudaraHanya Satu atau Dua sajaPekakkan telingamuBuat-buat tidak dengarMereka memunggah harta Negara
Jangan,Jangan SaudaraJangan buka matamuBuat-buat buta SaudaraPura-puralah tak kelihatanMereka melarikan kekayaan ke Virgin IslandNah, ini saja Pilihan yang adaUntuk Selamat bernyawaAyuh, matikan segera nuranimuKita korbankan segalanyaDemi kestabilan Daulah Ini
Hassan Abdul Karim
Jumaat 20 Januari 2023
Pasir Gudang

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/01/dari-mp-pkr-kepada-ahmad-shabery.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Netizen Warning Sharnaaz Ahmad Terus Dilabel Samseng

Netizen Warning Sharnaaz Ahmad Terus Dilabel Samseng

papar berkaitan - pada 20/1/2023 - jumlah : 395 hits
Netizen warning Sharnaaz Ahmad terus dilabel samseng Sharnaaz hanya mahu mempertahankan diri dan tiada niat mahu menjadi samseng SUSULAN pelakon Sharnaaz Ahmad dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan menumbuk dan menendang penghuni sebuah ko...
Saya Bukan Samseng Kita Fighter Untuk Diri Sendiri Sharnaaz Ahmad

Saya Bukan Samseng Kita Fighter Untuk Diri Sendiri Sharnaaz Ahmad

papar berkaitan - pada 19/1/2023 - jumlah : 151 hits
Pelakon Sharnaaz Ahmad memilih untuk bersikap terbuka selepas disindir segelintir netizen berhubung pertuduhan mencederakan seorang pengawal keselamatan di sebuah kondominium tahun lalu Menurut Sharnaaz atau nama penuhnya Sharnaaz Ahmad Bas...
Sabar Rakyat Ahmad Maslan Dah Keluarkan Formula 7 Langkah Untuk Hutang Rm1 5 Trillion

Sabar Rakyat Ahmad Maslan Dah Keluarkan Formula 7 Langkah Untuk Hutang Rm1 5 Trillion

papar berkaitan - pada 19/1/2023 - jumlah : 183 hits
Harapnya aku tak tersalah baca Dalam ramai ramai ahli PKR yang katanya bijak pandai urustadbir ekonomi kewangan Ahmad Maslan juga akhirnya penyelamat formula HmmmmBerikut langkah langkah penuh yang disenaraikan Ahmad di media sosialnya pagi...
Bunda Corla Akui Tak Gila Harta Langsung Tolak Jam Tangan Mahal Dari Raffi Ahmad

Bunda Corla Akui Tak Gila Harta Langsung Tolak Jam Tangan Mahal Dari Raffi Ahmad

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 128 hits
Wanita yang viral di media sosial Bunda Corla berkunjung ke rumah Sultan Andara Raffi Ahmad dan Nagita Slavina Di sana Nagita memberikan banyak sekali barang branded sebagai hadiah Raffi kemudian menawarkan koleksi jam tangan mahalnya Namun...
Aduan Kepada Ros Tidak Wakili Umno Terengganu Kata Ahmad Said

Aduan Kepada Ros Tidak Wakili Umno Terengganu Kata Ahmad Said

papar berkaitan - pada 21/1/2023 - jumlah : 173 hits
TINDAKAN seorang ahli Umno Kuala Nerus menghantar aduan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia berhubung keputusan Perhimpunan Agung Umno 2022 adalah bersifat peribadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu Ahmad Said be...
Umno Member Acted On His Own Ahmad Said Says Over Objection Filed At Ros

Umno Member Acted On His Own Ahmad Said Says Over Objection Filed At Ros

papar berkaitan - pada 22/1/2023 - jumlah : 155 hits
The Umno member who filed a notice of objection to the Registrar of Societies did not represent the views or stance of Terengganu Umno said the state chapter s chief Ahmad Said Ahmad who is also the Kijal assemblyperson said that the Kuala ...
Sampai Tak Muat Letak Susu Dalam Peti Susu Meriah Mia Ahmad Tak Nak Kerap Pump Macam Selalu

Sampai Tak Muat Letak Susu Dalam Peti Susu Meriah Mia Ahmad Tak Nak Kerap Pump Macam Selalu

papar berkaitan - pada 26/1/2023 - jumlah : 242 hits
Satu kesyukuran bila mana dianugerahkan susu yang meriah selepas sahaja melahirkan anak Bagi pelakon Mia Ahmad dia teramat bersyukur bila mana direzekikan dengan susu yang meriah setiap kali melahirkan anak Sama seperti dua kelahiran cahaya...
Youtuber Aziz Al Ahmad Dilaporkan Meninggal Dunia

Youtuber Aziz Al Ahmad Dilaporkan Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 26/1/2023 - jumlah : 419 hits
Youtuber terkenal Arab Saudi Aziz Al Ahmad dilaporkan telah meninggal dunia pada Khamis 19 Januari 2022 pada usia 27 tahun Aziz Al Ahmad juga dikenali dengan nama Al Qazm Peminatnya dilaporkan bersedih dengan kematian Al Ahmad dengan mereka...
Lodge Reports With Ec Macc On Cash Handouts Says Ahmad

Lodge Reports With Ec Macc On Cash Handouts Says Ahmad

papar berkaitan - pada 23/1/2023 - jumlah : 165 hits
Ahmad Maslan said these payments were allegedly made just days before polling day PETALING JAYA Umno secretary general Ahmad Maslan has asked Terengganu Umno to file reports with the Election Commission and Malaysian Anti Corruption Commiss...
Merry Christmas And Happy New Year

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tips Trik Menarik Untuk Pengguna Iphone

Restoran Ayam Ya Halal Ramen Tokyo

Jenis Bekam

A Short Story Menara Impian

Antara Hidup Lama Dengan Hidup Berkualiti Mana Satu Pilihan Anda

Masak Lemak Putih Kentang