Shabery Ingatkan Pemimpin Ph Kerajaan Anwar Bukan Jambatan Konkrit


malaysiakini.com
Diterbitkan: Jan 19, 2023 2:00 PM
Seorang pemimpin Umno hari ini menegur tindakan segelintir pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang suka menyerang secara terbuka sesama sendiri meskipun bersama dalam satu kerajaan

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Ahmad Shabery Cheek mengingatkan mereka bahawa kerjasama yang terjalin adalah ibarat jambatan besi yang menggunakan banyak skru dan bukannya jambatan konkrit.

“(Kerajaan hari ini ibarat) jambatan segera pakai besi. Banyak skru. Kalau tercabut, cepatlah runtuh.

“Nak buat yang konkrit makan masa,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Walaupun tidak menyebut sebarang nama, bekas menteri itu dipercayai merujuk kepada tindakan beberapa pemimpin PH yang menyerang sesama rakan dalam kerajaan hari ini.

Justeru, Shabery menasihatkan mereka supaya menjadikan apa yang berlaku kepada kerajaan PH selepas pilihan raya ke-14 pada 2018 apabila mereka berjaya membentuk kerajaan sebagai iktibar.

"Virus yang menyerang kerajaan PH 22 bulan dulu ialah suka mengata sesama sendiri secara terbuka. Tak jumpa jalan saluran dalaman. Virus begini belum ditemui vaksin.

"Semasa pembangkang siapa pun boleh bercakap dan syok bercakap. Tak payah disiplin.

"Jadi kerajaan susah sikit. Sebab orang nak tengok bila ringgit nak sama seperti 2018, bila pasaran saham nak melonjak semula seperti sebelum 2018, bila pelabur datang berduyun-duyun seperti dulu. Berapa tinggi pulak dividen Tabung Haji (TH), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan lain-lain. Paling susah pasal ayam dan telur," katanya.
Hassan Karim - PKRPada 16 Jan lalu, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim secara terbuka bersimpati dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang terpaksa menanggung bebas dibawa BN.

Hassan secara terbuka "menyerang" Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri sedangkan masih mempunyai pertuduhan di mahkamah.

Situasi itu katanya menghalang Anwar melaksanakan tatakelola yang baik dalam kerajaan seperti mana dijanjikan.

Sebelum itu, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy menyifatkan Zahid sebagai 'beban' bukan hanya kepada parti itu, tetapi juga buat PH dan kerajaan perpaduan.
P Ramasamy - DAPDia menegaskan keputusan dibuat melalui Perhimpunan Agung Umno 2022 yang meluluskan usul jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti akan datang mungkin melegakan, tetapi kelihatannya seperti duri dalam daging buat Umno, PH dan kerajaan diterajui Anwar.

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata, sebagai parti rakan gabungan dalam kerajaan mereka perlu bekerja dengan lebih kuat bukannya cari pasal sesama sendiri dalam kerajaan.

"Susah semua ni. Kena ada formula yang betul dan kena kerja kuat kurang cakap. Bukan cari pasal dengan rakan-rakan yang sama-sama dalam kerajaan,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/01/shabery-ingatkan-pemimpin-ph-kerajaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dari Krisis Sabah Kerajaan Anwar Juga Akan Terbakar

Dari Krisis Sabah Kerajaan Anwar Juga Akan Terbakar

papar berkaitan - pada 8/1/2023 - jumlah : 299 hits
Kes covid 19 yang berlaku sehingga ada PKP bermula dari PRN Sabah Masa itu TS Muhyiddin jadi PM Itu dulu dan kemelut itu kini berulang Apabila UMNO dan BN menarik sokongan pada Hajiji kerajaan Sabah tumbang Aku berpanangan game sudah bermul...
Anwar Hanya Pihak Ada Salah Laku Cuba Jatuhkan Kerajaan

Anwar Hanya Pihak Ada Salah Laku Cuba Jatuhkan Kerajaan

papar berkaitan - pada 7/1/2023 - jumlah : 245 hits
Shahrul ShahabudinPETALING JAYA Anwar Ibrahim berkata beliau percaya sebarang cubaan untuk menjatuhkan kerajaan diketuainya dilakukan pihak yang takut salah laku mereka terdedah Perdana menteri berkata pentadbirannya tidak akan menekan mana...
Anwar Tolak Tuduhan Pemerintahan Kerajaan Perpaduan Diktator

Anwar Tolak Tuduhan Pemerintahan Kerajaan Perpaduan Diktator

papar berkaitan - pada 9/1/2023 - jumlah : 158 hits
Anwar tolak tuduhan pemerintahan Kerajaan Perpaduan diktatorPosted By on January 09 2023Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan sesetengah pihak mendakwa beliau menjalankan Kerajaan Perpaduan secara pemerintahan diktaktor M...
Pengeluaran Kwsp Lebih Baik Kerajaan Cari Jalan Lain Kata Anwar

Pengeluaran Kwsp Lebih Baik Kerajaan Cari Jalan Lain Kata Anwar

papar berkaitan - pada 16/1/2023 - jumlah : 228 hits
PERDANA Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan perlu mempertimbangkan nasib dan masa depan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebelum membenarkan sekali lagi pengeluaran khas Anwar berkata adalah lebih baik kerajaan mencari kaedah dan ...
Anwar Tetap Perlukan Zahid Walaupun Tidak Disukai Pemimpin Dap Pkr Sendiri Penganalisis

Anwar Tetap Perlukan Zahid Walaupun Tidak Disukai Pemimpin Dap Pkr Sendiri Penganalisis

papar berkaitan - pada 19/1/2023 - jumlah : 228 hits
agendaily com91 01 2023Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama anak muridnya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Istana Negara Walaupun Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikritik pemimpin DAP dan PKR namun Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetahui masih memerl...
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Drama Pasca Kau Pergi

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jangan Risau Kalau Terlambat Bertemu Jodoh Mungkin Jodohmu Masih Belum Lahir

Buasir Otak Tv Bila Cikgu Rindu Murid Murid Lepas Habis Cuti Sekolah Be Like

Pengajaran Daripada Tragedi Kemalangan Bas Pelajar Upsi

F N Magnolia And Illumination S Minions Unleash Banana Fuelled Mischief Across Malaysia

Kegagalan Enjin Semasa Berlepas Punca Utama Kemalangan Pesawat

Topeng Simpati Wasapa Pada Lembut Yang Beracun