Hasni Belanjawan Pacu Pemulihan Ekonomi Negara


HASNI: BELANJAWAN PACU PEMULIHAN EKONOMI NEGARA
JOHOR BAHRU 061120 – Kerajaan negeri amat berbesar hati dengan peruntukan dalam Belanjawan 2021 untuk Johor yang bertujuan menjana peluang pekerjaan dan memacu pemulihan ekonomi menjelang 2021.
Menteri Besar Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, antaranya insentif RM100 juta kepada Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) untuk program melengkapkan kemahiran baharu tenaga kerja yang terjejas akibat penutupan sempadan Malaysia-Singapura.
“Program reskilling dan upskilling ini tentu akan memartabatkan pembangunan modal insan, meningkatkan kebolehpasaran rakyat Johor dan memudahkan pencarian sumber pendapatan baharu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Pihaknya turut menghargai projek infrastruktur diteruskan di negeri ini seperti Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru, Sistem Transit Rapid dari Johor Bahru ke Woodlands serta usaha perbincangan lanjut dengan Singapura berkenaan projek High Speed Rail (HSR).
Katanya, projek-projek infrastruktur itu amat penting bagi memudahkan pergerakan rakyat Johor, merangsang pembangunan kawasan baharu dan melonjakkan potensi Johor sebagai destinasi pelaburan serantau yang kompetitif.
Hasni berkata, Belanjawan 2021 yang bertemakan Teguh Kita, Menang Bersama secara jelas mengutamakan kesejahteraan rakyat di tengah-tengah kemelesetan ekonomi akibat pandemik koronavirus (Covid-19).
“Pelbagai peruntukan untuk memelihara kebajikan golongan rentan melalui subsidi, bantuan dan insentif memaparkan komitmen kerajaan Persekutuan yang prihatin terhadap suara hati rakyat.
“Kesimpulannya kerajaan negeri ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan yang mengutamakan pemulihan ekonomi Johor dan penjanaan peluang pekerjaan bagi rakyat Johor dalam Belanjawan 2021,” katanya.
Beliau pada masa sama masih berharap kerajaan Persekutuan akan mempercepatkan usaha membuka sempadan demi merancakkan aktiviti ekonomi rentas sempadan, memudahkan mobiliti pekerja di samping meningkatkan kualiti ekosistem pelaburan di Johor.
Sementara itu, beliau berkata, kerajaan negeri akan memastikan rakyat Johor sentiasa berdaya tahan dalam konteks pandemik semasa melalui Belanjawan Johor 2021 yang akan dibentangkan hujung bulan ini.
Belanjawan negeri itu katanya, akan mengutamakan kesejahteraan dan meningkatkan daya tahan rakyat terutama sekali golongan yang paling terkesan akibat pandemik berkenaan.
“Belanjawan Johor 2021 juga akan mengenalkan langkah-langkah baharu bagi memastikan dasar fiskal negeri yang realistik, lestari lagi berterusan, untuk masa hadapan Johor,” ujarnya. – VOICE
https://www.youtube.com/watch?v=uYcNEdjIinE

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://johortimes.my/2020/11/hasni-belanjawan-pacu-pemulihan-ekonomi-negara/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Sanggah Mahathir Cadangan Bawa Bencana Ekonomi Negara Dan Tidak Masuk Akal

Najib Sanggah Mahathir Cadangan Bawa Bencana Ekonomi Negara Dan Tidak Masuk Akal

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 324 hits
PETALING JAYA Saranan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad supaya kerajaan Perikatan Nasional menangguhkan atau membatalkan projek pembangunan supaya saiz Belanjawan 2020 dikurangkan akan memburukkan lagi keadaan ekonomi negara kata Na...
Belanjawan Beri Kelegaan Buat Golongan Rentan Kata Ahli Ekonomi

Belanjawan Beri Kelegaan Buat Golongan Rentan Kata Ahli Ekonomi

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 214 hits
Profesor Ekonomi Kajian Perniagaan Universiti Sunway Dr Yeah Kim Leng berkata kerajaan seharusnya mempunyai satu pangkalan data yang komprehensif mengenai kumpulan yang memerlukan dan kurang bernasib baik KUALA LUMPUR Bantuan secara langsun...
Kua Ppas Disepakati Apbd 2021 Jadi Instrumen Pemulihan Ekonomi Banyuwangi

Kua Ppas Disepakati Apbd 2021 Jadi Instrumen Pemulihan Ekonomi Banyuwangi

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 177 hits
Setelah melalui pembahasan bersama beberapa hari terakhir Pemkab dan DPRD Banyuwangi menyepakati Kebijakan Umum Anggaran Prioritas dan Plafon Anggaran Sementara 2021 Jumat
Hutang Negara Mampu Mencecah Rm1 3 Trilion Sekiranya Belanjawan 2021 Diteruskan Tun M

Hutang Negara Mampu Mencecah Rm1 3 Trilion Sekiranya Belanjawan 2021 Diteruskan Tun M

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 304 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan sekiranya Belanjawan 2021 diteruskan tindakan itu akan membawa kepada peningkatan hutang negara sehingga RM1 3 trilion Pada sidang Dewan Rakyat sebentar tadi Tun Mahathir menyatakan kekagumannya terhadap ...
Cerita Sebalik Berita Pelan Pemulihan Dengan Kerjasama Penggiat Industri Pelancongan Negara

Cerita Sebalik Berita Pelan Pemulihan Dengan Kerjasama Penggiat Industri Pelancongan Negara

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 298 hits
Wartawan Astro AWANI menceritakan kisah di sebalik sesuatu berita yang dilaporkan SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK ...
Tumpuan Awani 7 45 Op Selat Lebih Ramai Ditahan Elakkan Kepincangan Ekonomi Negara

Tumpuan Awani 7 45 Op Selat Lebih Ramai Ditahan Elakkan Kepincangan Ekonomi Negara

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 264 hits
Lagi pegawai imigresen termasuk timbalan pengarah ditahan berhubung pemalsuan cap kemasukan Penglibatan berlebihan kerajaan dalam sistem ekonomi negara perlu diteliti semula Perinciannya dalam AWANI 7 45 dan astroawani com SUBSCRIBE now Ast...
Pelaburan Negara G20 Perlu Selari Bagi Meningkatkan Pertumbuhan Ekonomi Imf

Pelaburan Negara G20 Perlu Selari Bagi Meningkatkan Pertumbuhan Ekonomi Imf

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 220 hits
Dana Kewangan Antarabangsa kini mengesa penglibatan pelaburan secara bersama daripada kumpulan 20 negara bagi membantu menangani COVID 19 Permintaan itu bagi mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh dengan penggunaan kos yang l...
Mereka Yang Merangka Belanjawan Ini Jelas Tidak Faham Ekonomi Dr Muhammed Khalid

Mereka Yang Merangka Belanjawan Ini Jelas Tidak Faham Ekonomi Dr Muhammed Khalid

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 268 hits
Adakah belanjawan yang dibentangkan minggu lalu dapat menyelamatkan negara daripada krisis kesihatan dan krisis ekonomi Adakah ia dapat memastikan bahawa Covid 19 ditangani dengan pantas rakyat yang terkesan mendapat bantuan yang berkesinam...
Tiada Pengeluaran Tidak Terkawal Oleh Pemegang Unit Pnb Walaupun Situasi Ekonomi Sukar Zeti

Tiada Pengeluaran Tidak Terkawal Oleh Pemegang Unit Pnb Walaupun Situasi Ekonomi Sukar Zeti

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 228 hits
BernamaBeliau juga berkata berdasarkan tahun semasa yang tidak menentu dan mencabar pembayaran dividen yang akan datang akan mencerminkan prestasi dananya Foto Bernama KUALA LUMPUR Permodalan Nasional Bhd tidak melihat sebarang pengeluaran ...
Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025

Wall Street Memastikan Rumah Putih Tetap Terkawal

Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

Umdap Mantap Branding May Have Backfired Among Ayer Kuning Voters Says Think Tank

Not All Flag Mistakes Are Equal

Top Metal Recycling Companies In Malaysia Hydro Metal

30 Sekolah Ranking Terbaik Spm 2024 Di Malaysia

Infinix Kembangkan Siri Note 50 5g Dengan Model Baharu Note 50x 5g Note 50s 5g


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Doa Robithoh Arab Latin Dan Artinya

Buat Sampai Fajar Konsep Menarik Yang Tak Terduga

Ground Zero Thriller Penuh Aksi Tanpa Selindung

Dua Anak Jiran Dibunuh Kerana Memancing Kolam Keluarga

Apa Agenda Mereka Mengapa Ktm Perlu Ditukar Tetapi Nama Penjajah Kekal Mekar

Tapak Pelancaran Roket Antarabangsa Di Pahang Dijangka Siap Seawal 3 Hingga 5 Tahun