Hasilkan Susu Badan Melimpah Ruah Ibu Jangan Ambil Mudah Hukum Beri Susu Kepada Anak Susuan


Semua wanita yang melahirkan anak pasti mempunyai keinginan untuk memberikan susu ibu kepada bayinya.
Sedia maklum tentang khasiat susu ibu kepada kesihatan dan tumbesaran anak, maka setiap ibu berusaha menyusukan anak.
Bagi ibu yang bekerja pula, mengepam susu dan menyimpannya sebagai stok untuk diberikan kepada bayi ketika tiada di rumah menjadi satu rutin yang normal.
Foto: Instagram Syatilla Melvin Namun demikian tidak semua ibu dikurniakan rezeki untuk membuat banyak stok susu ibu untuk anak. Bagaimanapun asalkan susu yang dipam mencukupi untuk keperluan anak, ia sudah memadai tanpa perlu membuat stok susu yang terlalu banyak di dalam peti sejuk.
Bagaimanapun ada ibu dikurniakan limpahan rezeki susu ibu yang banyak sehingga mereka mampu membuat stok susu perahan berbotol-botol dan berpaket-paket sehingga penuh peti sejuk beku bahkan adakalanya tak sempat diminum oleh bayi tetapi stok yang baru pula terus bertambah.
Ekoran limpahan stok susu ibu yang banyak, ada sesetengah ibu ingin memberikan stok susunya kepada anak orang lain yang memerlukan.
Namun bagi ibu yang beragama Islam, ia bukan semudah yang disangka. Banyak perkara perlu dipertimbangkan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk menjadikan anak orang lain sebagai anak susuan.
Syatilla Banyak Stok Susu Badan
Baru-baru ini, selebriti Syatilla Melvin yang baharu melahirkan anak ketiganya menyatakan hasrat untuk mendermakan stok susu ibunya kepada bayi-bayi yang memerlukan. Ini termasuklah bayi berstatus yatim piatu atau tidak sah taraf.
Foto: Instastory Syatilla Melvin Beliau yang bersyukur kerana dikurniakan rezeki susu yang banyak sejak anak pertama lagi meminta mereka yang berhajat menghantar mesej peribadi (DM) kepadanya untuk dia mengetahui latar belakang dan maklumat lengkap bayi berkenaan.
Hasrat isteri kepada pelakon popular Shaheizy Sam ini memang baik dan boleh membantu bayi-bayi lain di luar sana yang tidak berpeluang mendapat susu ibu atas sebab-sebab tertentu.
Foto: Instagram Syatilla Melvin Namun banyak perkara perlu diberi perhatian terutama melibatkan hukum kerana perlu menjaga nasab di masa depan. Ini kerana apabila menjadi anak susuan, bukan sahaja belah ibu tetapi keturunan belah bapa juga diharamkan berkahwin.
Penjelasan Hukum Anak Susuan Untuk sama-sama memahami peranan ibu susuan, berikut adalah penjelasan dari Mufti Terengganu, Prof. Madya Dr. Mohamad Sabri Haron mengenai kedudukan ibu kepada ibu susuan. Adakah ia dianggap mahram kepada anak susuannya.
Penyusuan dari segi bahasa ialah perbuatan menghisap susu seseorang perempuan. Manakala, dari segi istilah syarak ialah perbuatan yang dilakukan untuk mendapatkan susu seseorang perempuan atau susu yang masuk ke dalam perut seorang kanak-kanak.
Hukum seorang perempuan menyusukan bayi yang bukan anaknya adalah harus mengikut syarak. Ini kerana perbuatan tersebut telah diamalkan sebelum dan selepas kedatangan Islam dan Islam memperakuinya bahkan tidak mengharamkannya.
Terdapat kebaikan ketika seseorang perempuan menyusukan seorang anak yang bukan anaknya, contoh seorang ibu meninggal dunia dan tidak dapat menyusu anaknya.
Oleh itu, keadaan ini memerlukan perempuan lain menyusukan anak tersebut bagi membolehkan anak itu meneruskan hidupnya.
Haruslah diingat bahawa terdapat kesan daripada penyusuan terhadap hubungan kekeluargaan kerana apabila seseorang perempuan menyusukan seorang anak yang bukan anaknya, anak itu akan menjadi anak susuannya dan suami perempuan tersebut turut menjadi bapa susuan kepada anak itu.
Justeru, anak yang disusukan haram berkahwin dengan ibu susuannya. Dia juga haram berkahwin dengan beberapa golongan daripada keturunan ibu susuannya.
Golongan tersebut termasuklah:
1. Adik-beradik perempuan ibu susuan kerana mereka adalah ibu saudara susuan.
2. Anak perempuan ibu susuan kerana mereka adalah adik-beradik susuan.
3. Cucu perempuan kepada ibu susuan (anak perempuan kepada anak lelaki ibu susuan, atau anak perempaun kepada anak perempuan ibu susuan) kerana mereka adalah anak perempuan adik-beradik lelaki susuan atau anak perempuan adik-beradik perempuan susuan.
4. Ibu kepada ibu susuan (nenek susuan).
Begitu juga dengan beberapa keturunan dari sebelah bapa susuan yang haram dikahwini adalah sama seperti golongan keturunan ibu susuan. Golonga tersebut adalah:
1. Adik-beradik perempuan bapa susuan kerana mereka adalah ibu saudara susuan.
2. Anak perempuan bapa susuan walaupun dengan isteri yang lain kerana mereka adalah adik-beradik perempuan susuan.
3. Cucu perempuan kepada bapa susuan (anak perempuan kepada anak lelaki bapa susuan, atau anak perempuan kepada anak perempuan bapa susuan) kerana mereka adalah anak perempuan adik-beradik lelaki susuan atau anak perempuan adik-beradik perempuan susuan.
4. Ibu kepada bapa susuan (nenek susuan).
Pengharaman tersebut adalah berpandukan al-Quran dan hadis sebagaimana Allah SWT telah berfirman dalam surah an-Nisa’, ayat 23:
Maksudnya: “Dan (diharamkan juga kamu mengahwini) ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu dan saudara-saudara susuan kamu.”
Rasulullah S.A.W juga telah bersabda yang bermaksud:
“Penyusuan mengharamkan apa yang diharamkan disebabkan kelahiran (keturunan).”
(Hadis Riwayat Muslim & Bukhari)
Oleh itu, kedudukan ibu kepada ibu susuan adalah nenek susuan kepada anak susuan. Justeru ia merupakan mahram kepada anak susuan sebagaimana penjelasan di atas.
Sumber: Kashoorga
Kepada mama-mama yang tengah pregnant, masih sempat lagi nak join webinar Aku Tak Serik Bersalin yang akan berlangsung hari Ahad ni (26hb Jun 2022) secara online.
Daftar secara percuma di sini Webinar Aku Tak Serik Bersalin

 
 
The post Hasilkan Susu Badan Melimpah Ruah, Ibu Jangan Ambil Mudah Hukum Beri Susu Kepada Anak Susuan   appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/hasilkan-susu-badan-melimpah-ruah-ibu-jangan-ambil-mudah-hukum-beri-susu-kepada-anak-susuan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Jangan Sampai Aku Pecahkan Kepala Kau Ibu Terkejut Jumpa Voice Note Anak Diugut Rakan Sekelas

Hiburan Jangan Sampai Aku Pecahkan Kepala Kau Ibu Terkejut Jumpa Voice Note Anak Diugut Rakan Sekelas

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 163 hits
Baru baru ini pengacara terkenal Fedtri Yahya telah memuat naik satu ciapan di laman Twitter miliknya yang memaparkan gambar tangkap layar pendedahan daripada seorang ibu telah mendapat perhatian orang ramai Menerusi hantaran tersebut wanit...
Jangan Sampai Aku Pecahkan Kepala Kau Ibu Terkejut Jumpa Voice Note Anak Diugut Rakan Sekelas

Jangan Sampai Aku Pecahkan Kepala Kau Ibu Terkejut Jumpa Voice Note Anak Diugut Rakan Sekelas

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 140 hits
Baru baru ini pengacara terkenal Fedtri Yahya telah memuat naik satu ciapan di laman Twitter miliknya yang memaparkan gambar tangkap layar pendedahan daripada seorang ibu telah mendapat perhatian orang ramai Menerusi hantaran tersebut wanit...
Cara Mudah Ibu Ini Ajar Anak Kemas Mainan Lepas Main Sekali Suruh Je Buat

Cara Mudah Ibu Ini Ajar Anak Kemas Mainan Lepas Main Sekali Suruh Je Buat

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 218 hits
Bersepahnya rumah penatnya ibu nak kena kemas semua ini Kenapa lepas main tak kemas semula ni Ini antara ayat paling biasa ibu ibu akan luah setiap kali lihat rumah sepah dengan mainan Namun ada juga yang tidak kisah dengan keadaan itu asal...
Ibu Bapa Akan Didenda Jika Biar Anak Ponteng Tidak Hadir Sekolah

Ibu Bapa Akan Didenda Jika Biar Anak Ponteng Tidak Hadir Sekolah

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 158 hits
PENAFIAN GAMBAR YANG DIGUNAKAN HANYA SEKADAR HIASAN Golongan ibu bapa yang sengaja menyebabkan anak mereka ponteng sekolah tanpa sebab yang munasabah bakal dikenakan denda Lapor Mirror pihak berkuasa United Kingdom menegaskan langkah
Hiburan Muka Dia Pucat Macam Dah Meninggal Ibu Sangka Lemas Rupanya Anak Umur 5 Tahun Diberi Syabu Oleh Sepupu

Hiburan Muka Dia Pucat Macam Dah Meninggal Ibu Sangka Lemas Rupanya Anak Umur 5 Tahun Diberi Syabu Oleh Sepupu

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 204 hits
Ibu mana yang tidak tergamam apabila mendapati keadaan anak yang baru berusia lima tahun berubah akibat diberikan dadah sejenis methamphetamine selepas pulang dari rumah sepupu Menurut ibu mangsa dia tidak mengetahui sepupu membawa anak bon...
Ibu Ini Kongsi Pengalaman Bawak Anak Kecil Naik Train Dmu Murah Je Tiketnya

Ibu Ini Kongsi Pengalaman Bawak Anak Kecil Naik Train Dmu Murah Je Tiketnya

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 159 hits
Kanak kanak biasanya akan teruja apabila ibu ayah selalu membawa mereka berjalan jalan Lebih teruja bila si kecil dapat menaiki train bersama keluarga Tentu sekali ianya akan menjadi memori yang sukar dilupakan Nak bawa anak berjalan tak pe...
Anak Syurga Ibu Ngoh

Anak Syurga Ibu Ngoh

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 390 hits
Akhirnya penderitaan adik hani terhapus jua Ucapan takziah buat adik aku dan adik ipar kerana korang sangat2 penyabar dan sangat kuat dalam menempuhi dugaan ini jika dibandingkan kami yang hanya menerima serpihan sahaja assalamualaikum semu...
Tak Ada A Yang Penting Dapat Laki Ibu Anak Sependapat Terus Kahwin Lepas Spm Ada Ijazah Pun Masuk Dapur Juga

Tak Ada A Yang Penting Dapat Laki Ibu Anak Sependapat Terus Kahwin Lepas Spm Ada Ijazah Pun Masuk Dapur Juga

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 254 hits
ORANG lain lepas SPM dapat sambung belajar anak saya lepas SPM dapat laki Walaupun tak ada A yang penting dapat laki Begitulah kata kata seorang ibu tentang anaknya Shakilla Miezam 17 susulan keputusan SPM yang diumumkan baru baru ini View ...
Ibu Bekerja Atau Suri Rumah Tiada Istilah Cuti Sakit Pun Fikir Anak Dulu

Ibu Bekerja Atau Suri Rumah Tiada Istilah Cuti Sakit Pun Fikir Anak Dulu

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 195 hits
Hebat sungguh seorang ibu Saat pertama kali dirinya hamil dalam hati dah bertekad anak yang dilahirkan nanti akan dijaga sebaik mungkin Tanpa kenal erti penat dan lelah seawal mengandung pun tak kisah bila perlu berulang ke klinik untuk bua...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids