Untuk mengelakkan anak terganggu dengan lambakan mainan secara visual, seterusnya menyebabkan anak cepat bosan. Sebaiknya asing ikut kategori dan bukan main banyak mainan dalam satu masa. Kita penat kemas, anak cepat bosan main.
Salah satu perkara yang boleh trigger mak-mak ialah bab mainan anak.
Bila bekas yang digunakan transparent, anak boleh nampak isi di dalam bekas. Anak tahu untuk menyimpan mainan yang mempunyai kategori sama dalam satu bekas.
Lagi penat bila anak tak reti simpan dan harapkan kita simpan seratus peratus. Padahal ikut kanak-kanak sukakan Routine, Regularity dan Order. Saya pernah baca, Maria Montessori ada menyatakan tempoh 18 bulan hingga 5 tahun merupakan fasa sensitivity to order.
Mainan berbentuk constructive yang paling best dan saya recommend ialah Jointix Tiles, Marble Run dan Lego. Saya pernah share dekat sini aktiviti Jointix Tiles Guna bekas besar yang ringan dan memudahkan untuk anak keluar dan simpan semula mainan.
Jadi masa ni anak belajar untuk mengenali keperluan ketertiban sesuatu benda perlu ada tempatnya sendiri. Macam yang kita tengok dekat shelves dalam kelas-kelas Montessori.
Untuk bekas mainan kecil seperti manipulative toys and counters saya suka letak dalam bekas macam ni. Saya beli 3 set dan muat letak barang² yang kecil. Boleh dapat dekat sini
Cara susun atur dan penyimpanan mainan ni kami anak beranak dah aplikasi secara bertahun-tahun. Jadi sebab tu boleh tengok bekas dan label dah ada yang tercabut dah hehe.
Mainan yang mudah bersepah dan mudah hilang saya suka letak plastik bertutup atau ziplock. Lepas je guna, anak boleh terus simpan. Saya label guna marker saja dan bila anak nak main mereka boleh keluarkan.
Setiap bulan atau rajin beberapa minggu, kami akan buat toys rotation. Anak pilih mainan yang jenis open ended atau pun learning toys yang anak guna hari² untuk dipaparkan secara terbuka. Jadi anak senang untuk ambil. Saya letak atas wooden tray untuk memudahkan anak keluarkan.
Last, enjoy. Bab mainan anak sebaiknya kita ajar anak kemas supaya mereka bertanggungjawab atas barang mereka sendiri.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |