Hasilkan Emas Putih Dari Ekzos Kereta Lama


Sindiket curi ekzos kereta terbiar di tempat letak kenderaan bawah tanah dan bangunan kediaman sekitar Lembah Klang tumpas dalam satu serbuan pada 6 Oktober lalu.


Tangkapan terhadap dua lelaki berusia 36 dan 43 tahun itu dibuat selepas pihak polis menerima satu aduan daripada pengawal keselamatan sebuah bangunan kediaman di Puchong berhubung kegiatan dua suspek mencuri komponen daripada kereta terbiar di kawasan tersebut.


Bertindak atas maklumat polis menahan dua lelaki berkenaan di sebuah hotel di Jalan Imbi, Kuala Lumpur sebelum membawa kepada penangkapan seorang lagi suspek yang juga pembeli utama barang curi itu di kawasan tepi jalan SS2, Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, hasil siasatan terhadap suspek ketiga berusia 54 tahun itu mendapati setiap satu ekzos yang dicuri suspek akan dibeli dengan harga lingkungan RM350 hingga RM650 mengikut jenis kenderaan.


Katanya, suspek akan menjual ekzos tersebut kepada sebuah syarikat yang dipercayai pembekal barang kemas dengan kadar RM1,500 setiap satu.


“Hasil siasatan mendapati di dalam tabung ekzos itu mempunyai tiga bahan iaitu paladium, rodium, platinum yang akan dicampur dengan bahan kimia tertentu bagi menghasilkan emas putih.


“Siasatan lanjut juga mendapati, suspek utama ini aktif membeli ekzos curi daripada suspek sekitar Lembah Klang sejak tahun 2018,” katanya pada sidang akhabr di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang hari ini.


Menurutnya lagi, pihak polis berjaya merampas 15 buah tabung ekzos yang disimpan suspek di kawasan semak di Petaling Jaya.


Katanya, siasatan juga mendapati kereta jenis Kia dan Hyundai menjadi sasaran utama suspek-suspek yang terlibat dalam kegiatan curi komponen kenderaan sebelum dijual kepada suspek utama itu.


“Selain itu, kereta tahun 2010 turut menjadi sasaran kerana lebih lama sesebuah kenderaan itu banyak bahan untuk menghasilkan emas putih,” ujarnya.


Tambah Razali, ketiga-tiga tangkapan direman mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA).


“Kita minta orang ramai khususnya yang kehilangan ekzos tampil membuat laporan bagi membolehkan siasatan dan tindakan lanjut diambil,” katanya. – K! ONLINE
Curi ekzos kereta untuk hasilkan emas putih
Pautan : https://www.kosmo.com.my/2020/11/16/curi-ekzos-kereta-untuk-hasilkan-emas-putih/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.simiey.info/2020/11/hasilkan-emas-putih-dari-ekzos-kereta.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+simiey/nQtu+(simiey%5Bdot%5Dcom)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahu Kereta Kelihatan Berkilat Ini Tips Cara Membasuh Kereta Yang Betul

Mahu Kereta Kelihatan Berkilat Ini Tips Cara Membasuh Kereta Yang Betul

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 261 hits
Bagi yang memiliki kenderaan empat roda pastinya korang berasa stress dan tidak keruan apabila kenderaan terlihat kotor biarpun baru sahaja mencuci beberapa hari yang lalu betul tak Secara umumnya kita tahu bahawa kenderaan perlu dicuci sem...
Teknik Jimat Polish Kereta

Teknik Jimat Polish Kereta

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 495 hits
Hari ini saya ingin berkongsi salah satu teknik yang dapat menjimatkan wang anda untuk masa yang lama Cara menjadikan kereta anda kalis air dengan cara yang mudah kalis air je tau tidak tahan banjir biasanya kereta kalis air ini biasanya ke...
Tidur Dalam Kereta Masa Sarat Tak Mampu Bayar Bil Bersalin Sedih Tengok Bayi Comel Ni

Tidur Dalam Kereta Masa Sarat Tak Mampu Bayar Bil Bersalin Sedih Tengok Bayi Comel Ni

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 360 hits
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya Begitulah nasib yang menimpa ibu bapa muda ini Walaupun dalam keadaan susah mereka tetap berusaha mencari rezeki Perkongsian sayu ini dikongsi oleh cikgu yang juga penggerak Pertubuhan Ke...
Hiburan Kikis Apanya Rumah Dan Kereta Pun Saya Tiada Lagi Usop Sedih Teman Wanita Dituduh Kaki Kikis

Hiburan Kikis Apanya Rumah Dan Kereta Pun Saya Tiada Lagi Usop Sedih Teman Wanita Dituduh Kaki Kikis

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 438 hits
Baru sahaja penyanyi Usop mendedahkan identiti kekasihnya selepas lama mendiamkan diri namun wanita itu kini menerima pelbagai kecaman daripada netizen Antara tuduhan yang sering dilemparkan kepada kekasih penyanyi itu ialah kaki kikis Wala...
Video Bengang Sering Rosak Pemuda Nekad Bakar Kereta Mercedes Amg Gt63 Miliknya Itu

Video Bengang Sering Rosak Pemuda Nekad Bakar Kereta Mercedes Amg Gt63 Miliknya Itu

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 449 hits
Tertekan dengan prestasi kereta yang asyik asyik rosak seorang lelaki dari Moscow nekad membakar kereta miliknya jenis Mercedes AME G63 Difahamkan kereta yang dibeli dengan harga 13 juta rubel itu sering sahaja rosak meskip
Tiket Kereta Jarak Jauh Dibagikan Gratis Untuk Guru Dan Tenaga Medis

Tiket Kereta Jarak Jauh Dibagikan Gratis Untuk Guru Dan Tenaga Medis

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 232 hits
Tiket Kereta Jarak Jauh Dibagikan Gratis untuk Guru dan Tenaga Medis PT KAI membagikan 10 000 voucher tiket KA Jarak Jauh secara cuma cuma kepada guru dan tenaga kesehatan untuk keberangkatan tanggal 8 hingga 30 November 2020
Kereta Langgar Lampu Merah Rider Food Panda Jadi Mangsa

Kereta Langgar Lampu Merah Rider Food Panda Jadi Mangsa

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 328 hits
Seringkali diberi peringatan untuk memperlahankan kenderaan sebelum tiba di persimpangan lampu isyarat malah papan tanda pemberitahuan juga telah disediakan Malangnya masih ada segelintir pengguna jalan raya tidak mematuhi dan memandang rem...
Lampu Kereta Cerah Seperti Baru Tanpa 1 Sen Buat Anda Terperanjat

Lampu Kereta Cerah Seperti Baru Tanpa 1 Sen Buat Anda Terperanjat

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 340 hits
Minyak brek untuk mengikis lapisan kusam dan kuning setelah siap di gosok sebaiknya tunggu biarkan ia kering dahulu lebih kurang 20minit kemudian mula sapukan minyak power stereng supaya ia akan menjernihkan kilauan lampu selepas itu biarka...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Meronda Hospital

Kejahilan Politik Abdul Hadi Merugikan Pas

Bufet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson Merentasi Tradisi

Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf