Hasil Siasatan Sprm Terhadap Projek Lcs Jadi Tanda Tanya


bharian.com.my
Oleh Zanariah Abd Mutalib
[email protected]
- Ogos 5, 2022 @ 12:10pm

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang, mempersoalkan sama ada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bertindak berdasarkan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung kepincangan projek pembinaan enam kapal tempur (LCS) bernilai RM9 bilion

Veteran DAP itu turut meminta Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, menjelaskan kepada rakyat, mengapa badan itu tidak bertindak lebih awal dalam isu projek yang dilaksanakan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) bagi kegunaan Tentera Diraja Malaysia (TLDM) itu.

Katanya, pada 2020, bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong, menggesa siasatan terhadap kehilangan RM1 bilion yang dikaitkan dengan projek LCS, namun dakwa beliau, tiada sebarang siasatan diumumkan kerajaan atau tindakan diambil SPRM sejak itu.

"Amat menyedihkan untuk melihat bagaimana kerajaan sekali lagi mengecewakan rakyat Malaysia, dengan satu lagi skandal mega, yang mendedahkan kerugian RM6 bilion.

"Kini menjadi tugas SPRM untuk menyiasat setiap aspek perbelanjaan dan memaklumkan kepada rakyat, sama ada wang itu benar-benar diseleweng dan siapa yang akhirnya mendapat manfaat daripadanya.

"Laporan PAC mungkin memberi sedikit petunjuk kepada SPRM jika SPRM tidak tahu mengenai wang yang hilang itu. Adalah mengejutkan apabila laporan PAC mendedahkan bukan saja RM1 bilion tetapi RM1.4 bilion yang hilang," dakwanya.

Semalam, selepas dua tahun tahun disiasat dan sembilan prosiding, PAC mengumumkan sembilan rumusan sebagai punca kepincangan projek LCS.

Rumusan berkenaan termasuk kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion untuk projek lima kapal LCS kepada BNS bagi projek runding terus itu, namun tiada kapal yang diterima setakat ini.

Selain itu, kajian daya maju oleh kerajaan terhadap BNS gagal mengesan masalah kewangan syarikat itu sehingga menyebabkan kerajaan terpaksa membayar pendahuluan RM1.36 bilion kepada BNS, bertentangan dengan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil 5 Tahun 2007 yang berkuat kuasa ketika itu.

Kit Siang mendakwa, laporan PAC itu membuktikan "semuanya salah" dalam projek itu, daripada pelantikan kontraktor, pilihan reka bentuk kapal sehingga bagaimana wang pembayar cukai dibelanjakan dan disia-siakan.

Dakwa beliau, Menteri Pertahanan ketika itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memilih untuk berdiam diri dalam tempoh 24 jam lalu, walaupun namanya disebut dalam laporan PAC atas keputusan beliau memilih reka bentuk GOWIND oleh Kumpulan Tentera Laut Perancis untuk LCS, bertentangan dengan kehendak TLDM sebagai pengguna akhir yang memilih reka bentuk SIGMA dari Belanda.

"Zahid perlu menjelaskan kepada negara, mengapa beliau membuat keputusan sedemikian yang memihak kepada kontraktor.

"Ini adalah isu yang membabitkan keselamatan negara dan TLDM adalah pihak yang pergi berperang menggunakan LCS," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/08/hasil-siasatan-sprm-terhadap-projek-lcs.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Teruskan Projek Lcs Dengan Pantau Rapi

Ph Teruskan Projek Lcs Dengan Pantau Rapi

papar berkaitan - pada 10/8/2022 - jumlah : 215 hits
PH teruskan projek LCS dengan pantau rapiPosted By on August 10 2022 Pakatan Harapan tidak meluluskan projek pembinaan kapal LCS Tentera Laut Diraja Malaysia namun cuba untuk memperbaiki keadaan dan meneliti apakah yang berlaku selepas RM6 ...
Lcs Sprm Saran Jabatan Peguam Negara Tuduh Beberapa Individu

Lcs Sprm Saran Jabatan Peguam Negara Tuduh Beberapa Individu

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 196 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkata agensi itu sudah melengkapkan siasatan terhadap beberapa individu berhubung projek kapal tempur pesisir PETALING JAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyarankan kepada Jabatan Peguam Ne...
Rm19 Juta Dibayar Untuk Tutup Siasatan Terhadap Guan Eng

Rm19 Juta Dibayar Untuk Tutup Siasatan Terhadap Guan Eng

papar berkaitan - pada 6/8/2022 - jumlah : 383 hits
KUALA LUMPUR Seorang ahli perniagaan memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini beliau sanggup membayar RM19 juta kepada seorang kaki tipu agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menutup siasatan kes rasuah berkaitan projek terowong t...
Penyelewengan Projek Kapal Perang Lcs Hanguskan Rm890 Juta Najib Zahid Dan H2o Wajib Jawab

Penyelewengan Projek Kapal Perang Lcs Hanguskan Rm890 Juta Najib Zahid Dan H2o Wajib Jawab

papar berkaitan - pada 5/8/2022 - jumlah : 457 hits
Saya mengalu alukan tumpuan masyarakat kepada nasib perajurit negara yang secara langsung berkait dengan dana awam Isu ini lebih kritikal berbanding skandal skandal lain kerana ia melibatkan pelbagai dimensi seperti 1 Penyelewengan dana rak...
Projek Lcs Tetap Diteruskan Persoalannya Bila Nak Siap

Projek Lcs Tetap Diteruskan Persoalannya Bila Nak Siap

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 309 hits
PENAFIAN TV Wau tidak bertanggungjawab sebarang komen dan respon balas penonton TV Wau berpendapat tidak menjadi kesalahan untuk penonton juga memberikan pandangan selepas menonton video ini selagi ianya tidak menyentuh sensitiviti dan tida...
Cabar Kerajaan Nyahklasifikasikan 3 Dokumen Projek Lcs

Cabar Kerajaan Nyahklasifikasikan 3 Dokumen Projek Lcs

papar berkaitan - pada 10/8/2022 - jumlah : 353 hits
Cabar kerajaan nyahklasifikasikan 3 dokumen projek LCSPosted By on August 10 2022Kerajaan BN PN dicabar untuk nyahklasifikasikan 3 dokumen penting dalam Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus Perolehan dan Kewangan Kerajaan yang dibentuk oleh Ke...
Panas Rafizi Dcns Sudah Diberi Surat Niat Sebelum Pun Bns Dapat Kontrak Projek Kapal Perang Lcs

Panas Rafizi Dcns Sudah Diberi Surat Niat Sebelum Pun Bns Dapat Kontrak Projek Kapal Perang Lcs

papar berkaitan - pada 10/8/2022 - jumlah : 293 hits
Sebahagian besar dari masalah masalah yang menyebabkan penyelewengan dan kelewatan projek kapal perang LCS berpunca dari dua keputusan utama 1 Penukaran reka bentuk kapal dari kelas Sigma yang dipilih oleh TLDM kepada kelas Gowind 2 Pelanti...
Hiburan Padam Gambar Nikah Amp Foto Bersama Engku Emran Status Rumah Tangga Noor Nabila Jadi Tanda Tanya

Hiburan Padam Gambar Nikah Amp Foto Bersama Engku Emran Status Rumah Tangga Noor Nabila Jadi Tanda Tanya

papar berkaitan - pada 31/7/2022 - jumlah : 237 hits
Tindakannya memadam gambar bersama suami termasuk oto perkahwinan mereka menimbulkan tanda tanya ramai netizen tentang status rumah tangga mereka Menurut mStar tinjaun ke Instagram Noor Nabila 37 mendapati usahawan itu juga turut menukar ga...
Sprm Ditanya Mengapa Tak Kedengaran Siasat Kes Pembelian Kapal Perang Lcs

Sprm Ditanya Mengapa Tak Kedengaran Siasat Kes Pembelian Kapal Perang Lcs

papar berkaitan - pada 6/8/2022 - jumlah : 360 hits
LCS SCANDALJawatankuasa Kira kira Wang Negara Parlimen semalam telah membentangkan laporan mengenai Perolehan Kapal Tempur Pesisir Pantai kepada Dewan Rakyat Amat menyedihkan untuk melihat bagaimana Kerajaan sekali lagi gagal terhadap rakya...
Cuktech Unveils Smart Charging Essentials For Every Modern Device

Local Pharma Players Pivot Toward High Value Exports To Protect Margins

Lebih Dari Sekadar Kesedihan Memahami Pelbagai Bentuk Gangguan Mental

Jadual Acara Berpasukan Sukan Sea 2025 Thailand Bola Sepak Lelaki Bola Sepak Wanita Bola Jaring Dan Bola Tampar

Tips Berkesan Menjaga Hubungan Jarak Jauh

Detractors Troll Pmx For Getting Syiok Over Light Stick Gift From South Korean Rapper G Dragon

Alam Dan Manusia Another Confusing Experiment At The Expense Of Malaysian Students

Iium S Weak Defence Of Academic Irresponsibility


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Togel Explained Smart Ways To Play And Predict Like A Pro

Jogja Travel Diary Dari Pendopo Lawas Ke Jalan Jalan Di Malioboro

Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Turap Jalan Yang Rosak Teruk

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Beli Pokok Landskap Pisonia Grandis Online