Hasil Eksport Sarung Tangan Getah Mampu Raih Pertumbuhan Dua Digit


 
Industri sarung tangan getah negara menunjukkan daya tahan dan fleksibiliti luar biasa dalam menghadapi keadaan global mencabar, kata Presiden MARGMA Oon Kim Hung.PETALING JAYA: Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) optimis hasil eksport sarung tangan getah Malaysia dijangka mampu meraih pertumbuhan dua angka pada tahun ini.
Timbalan Menterinya Chan Foong Hin berkata setakat tahun lepas, Malaysia mengeksport sarung tangan getah bernilai lebih RM11 bilion yang menyumbang 58% daripada jumlah eksport produk getah, menurut laporan Bernama.
“Malaysia merupakan peneraju global dalam industri sarung tangan getah. Pada era pasca-Covid, kita telah menyaksikan pertumbuhan permintaan kira-kira 12-15% bagi setiap tahun,” katanya selepas majlis pelancaran Persidangan dan Pameran Sarung Tangan Getah Antarabangsa (IRGCE) ke-11.
Malaysia mencatatkan pendapatan eksport sarung tangan getah sebanyak RM3.3 bilion pada suku pertama 2024.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) Oon Kim Hung berkata industri itu menunjukkan daya tahan dan fleksibiliti luar biasa dalam menghadapi keadaan global mencabar.
“Di sebalik penurunan yang berlaku pada 2023 apabila permintaan terhadap sarung tangan getah merosot ketara akibat lebihan stok simpanan dan penyusutan ketara harga jualan, kalangan penggiat kita di Malaysia kekal gigih dalam perniagaan dan terus memajukan industri ini,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Oon berkata MARGMA sedang dalam proses meninjau usaha mewujudkan piawaian industri sarung tangan getah Malaysia dan melaksanakan inisiatif ‘Getah Asli Mampan Malaysia,’ termasuk sarung tangan hijau dan pilihan mesra alam lain.
Beliau berkata usaha itu hanya membuktikan dedikasi ke arah amalan mampan dan pemuliharaan alam sekitar.
“Bekerjasama erat dengan kalangan pihak berkepentingan serta memanfaatkan teknologi seperti Internet Kebendaan dan kecerdasan buatan yang boleh meningkatkan kecekapan rantaian bekalan, memperkemas operasi dan meningkatkan tindakan membuat keputusan, sekali gus membawa kepada daya saing global serta pengurusan cabaran mendatang secara berkesan,” katanya.
Bertemakan ‘Ke Arah Industri Sarung Tangan yang Cekap, Mampan dan Inovatif,’ acara IRGCE ke-11 itu dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur pada 3-5 Sept, 2024, dianjurkan oleh MARGMA dan dihoskan bersama oleh Majlis Getah Malaysia.
Acara itu antara lainnya akan mengetengahkan pembentangan kertas teknikal dan ucaptama oleh pakar antarabangsa serta tempatan berkaitan topik seperti piawaian alam sekitar dan kebolehbiodegrasi untuk sarung tangan getah pakai buang selain pendekatan praktikal untuk menggunapakai teknologi Industri 4.0 dalam usaha pembuatan mampan.
Pakar-pakar akan turut membincangkan persediaan bagi peraturan penebangan hutan baharu Kesatuan Eropah, memanfaatkan teknologi digital untuk rantaian bekalan mampan dan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam memastikan amalan perniagaan beretika dan bertanggungjawab.
Pada masa ini, 550 gerai telah ditempah 171 peserta dari 17 negara.
“Kita menjangkakan penyertaan terbesar bagi tahun ini dengan 12,000 peserta yang mewakili lebih daripada 30 negara.
“KPK bersama pihak berkepentingan lain iaitu Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Lembaga Getah Malaysia dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), telah berbesar hati untuk menyokong acara ini,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/06/hasil-eksport-sarung-tangan-getah-mampu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Punca Dua Digit Terakhir Terbalik Tersalah Transfer Rm30 000 Wanita Dipuji Tak Ambil Kesempatan

Punca Dua Digit Terakhir Terbalik Tersalah Transfer Rm30 000 Wanita Dipuji Tak Ambil Kesempatan

papar berkaitan - pada 9/6/2024 - jumlah : 226 hits
FATIN FILZATI BADRULPaparan menunjukkan seorang individu telah melakukan kesilapan dalam transaksi duit bernilai RM30 000 kepada seorang wanita PETALING JAYA Tindakan seorang wanita yang masih menyimpan wang bernilai RM30 000 oleh individu ...
Polisi Ungkap Dua Motif Kasus Pembunuhan Bocah Perempuan Terbungkus Karung Di Bekasi

Polisi Ungkap Dua Motif Kasus Pembunuhan Bocah Perempuan Terbungkus Karung Di Bekasi

papar berkaitan - pada 7/6/2024 - jumlah : 212 hits
Dari hasil penyelidikan dan penyidikan polisi menemukan dua motif pada kasus dengan pelaku berinisial DS ini
Hilang Tiga Hari Dalam Hutan Dua Lelaki Ditemukan Selamat

Hilang Tiga Hari Dalam Hutan Dua Lelaki Ditemukan Selamat

papar berkaitan - pada 7/6/2024 - jumlah : 281 hits
Juwan Riduanam hmetro com myDUA mangsa yang dilaporkan hilang di hutan ditemukan selamat FOTO Ihsan BombaKeningau Dua lelaki yang dikhuatiri hilang selepas masuk ke hutan di Forest Tibow Sepulut Sook di sini Selasa lalu ditemukan selamat ha...
Bekas Ceo Prolintas Rosak Otak Akibat Pembedahan Pusat Perubatan Dan Dua Doktor Diarah Bayar Pampasan Rm5 1 Juta

Bekas Ceo Prolintas Rosak Otak Akibat Pembedahan Pusat Perubatan Dan Dua Doktor Diarah Bayar Pampasan Rm5 1 Juta

papar berkaitan - pada 8/6/2024 - jumlah : 299 hits
Suraya Roslansurayaroslan mediaprima com myKuala Lumpur Pusat Pakar Tawakal Sdn Bhd dan dua doktornya diperintah Mahkamah Tinggi di sini membayar RM5 1 juta kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd Datuk Za...
Kerajaan Akan Perkenal Dua Program Baharu Berkaitan Teknologi Digital

Kerajaan Akan Perkenal Dua Program Baharu Berkaitan Teknologi Digital

papar berkaitan - pada 7/6/2024 - jumlah : 271 hits
Program Data untuk Rakyat dan Cyber Security untuk Rakyat bakal diperkenalkan bagi melengkapkan rakyat Malaysia dengan pengetahuan dan kefahaman mendalam berkaitan teknologi digital suggest Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata cadangan ...
Baling Pasu Pagar Balai Polis Dua Remaja Mengaku Salah

Baling Pasu Pagar Balai Polis Dua Remaja Mengaku Salah

papar berkaitan - pada 9/6/2024 - jumlah : 423 hits
Oleh Syeikh Baran Gambar Hiasan Dua lelaki berusia 17 tahun yang ditahan kerana membaling pasu ke arah pagar Balai Polis Serdang minggu lalu mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan khianat Kedua dua mereka yang ...
Dua Wanita Maut Nahas Lori Gagal Memotong

Dua Wanita Maut Nahas Lori Gagal Memotong

papar berkaitan - pada 10/6/2024 - jumlah : 530 hits
DIYANATUL ATIQAH ZAKARYAKEADAAN Myvi dinaiki mangsa selepas dilanggar sebuah lori yang gagal memotong di Jalan Jasin Merlimau Melaka JASIN Dua wanita maut selepas Perodua Myvi dinaiki mereka dilanggar sebuah lori yang gagal memotong dalam n...
Saat Dua Jenderal Tni Tegas Tepis Isu Revisi Uu Tni Hidupkan Kembali Dwifungsi Abri

Saat Dua Jenderal Tni Tegas Tepis Isu Revisi Uu Tni Hidupkan Kembali Dwifungsi Abri

papar berkaitan - pada 6/6/2024 - jumlah : 304 hits
Panglima TNI Jenderal Agus Subianto menegaskan Revisi Undang undang TNI tidak akan menimbulkan dwifungsi
Laman Ppdb Depok Dua Kali Diserang Hacker Titik Koordinat Smp Negeri Sempat Pindah Ke Afrika

Laman Ppdb Depok Dua Kali Diserang Hacker Titik Koordinat Smp Negeri Sempat Pindah Ke Afrika

papar berkaitan - pada 4/6/2024 - jumlah : 377 hits
Titik koordinat sekolah pada laman web https ppdbkota depok go id bahkan sempat pindah ke sekitar benua Afrika
Groups Call Pro Palestine Protester S Assault Charge Unjust

Police Quiz Malaysiakini Editor Over Sabah Scandal Laptop Seized

Ppim Gesa Hapus Sistem Tawar Menawar Tetapkan Tambang Lantai E Hailing Sinar Harian 31 12 2025

Kenapa Ramai Bercerai Sebab Tiktok

Panduan Lengkap Guna Aplikasi Moomoo Untuk Beginner

Hari Bonus 2025 30 12 25

Liga Wanita Nasional 2025 Pertarungan Hebat Antara Selangor Fc Dan Sabah Fa

Takbir Untuk Mas Ermieyati


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Selamat Datang 2026

Hari 1 Di Awal Yang Baru Aku Memilih Diriku

I Simpan Kwsp Syarat Mencarum Kaedah Caruman

Family Gathering Laman Casa Tangkak

Brunch Di Rumah Makan Haji Sendot

Sicily Lifestyle A Guide To Trends Cinema And Luxury Tours