Hasil Analisis Sistematik Berpuasa Terapi Penyakit Kronik


Berpuasa terbukti memberi banyak manfaat terhadap kesihatan termasuk pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti jantung.
Hasil analisis sistematik mendedahkan, amalan berpuasa tidak mempunyai kaitan dengan keburukan yang menjadi penyebab kepada serangan jantung, serangan angin ahmar dan kegagalan fungsi jantung.
Perunding Kardiologi Intervensi dan Perubatan Dalaman Hospital Pakar An-Nur, Datuk Dr Oteh Maskon berkata, beberapa hasil kajian menunjukkan amalan puasa adalah selamat dan didapati tiada peningkatan serangan penyakit jantung berlaku ketika berpuasa.
Menurutnya, banyak kajian mendedahkan berpuasa adalah satu terapi kepada penyakit jantung dan penyakit kronik lain.
“Ini kerana berpuasa memberikan perubahan fisiologi seperti hormon dan kawalan faktor risiko penyakit itu sendiri.
“Berpuasa dapat menurunkan tekanan darah, paras gula dan paras kolesterol (LDL) juga penurunan berat badan.
“Kawalan faktor risiko membawa kesan positif jangka panjang, contohnya menurunkan tekanan darah kira-kira dua milimeter merkuri (mmHg), ia boleh merendahkan risiko kematian yang berpunca daripada jantung iaitu serangan jantung dan angin ahmar,” katanya.
Dr Oteh berkata, berpuasa juga boleh mengawal sindrom metabolik yang menggabungkan masalah tekanan darah tinggi, tinggi kolesterol, berat badan berlebihan dan tinggi paras gula.
Kata Dr Oteh, sindrom metabolik mendedahkan individu kepada risiko penyakit jantung.
Kajian saintis dari Jepun, Yoshinori Ohsumi yang membangunkan konsep ‘autophagy’ mendapati berpuasa akan mengaktifkan proses ‘autophagy’ ini yang baik untuk pembaharuan sel melewatkan proses penuaan juga dapat mencegah barah.
Penemuan kajian yang luar biasa Yoshinori ini turut memenangi Anugerah Nobel Perubatan pada 2016.
Dr Oteh berkata, dalam kajian lain pula mendedahkan, sekiranya ada insiden serangan jantung pada Ramadan, berkemungkinan ia terjadi selepas berbuka.
“Mungkin ini berpunca daripada pola pemakanan tidak sihat semasa berbuka seperti pengambilan garam atau lemak yang banyak,” katanya.
Kata Dr Oteh, oleh itu, pesakit jantung usah bimbang untuk melaksanakan Rukun Islam ketiga ini.
“Kita tahu, pesakit jantung atau golongan yang menghidap penyakit kronik lain tidak diwajibkan berpuasa.
“Jika mereka ingin melaksanakan ibadat ini secara sukarela, ia digalakkan.
“Bagaimanapun, pesakit jantung perlu terlebih dahulu mendapatkan khidmat nasihat dan perundingan daripada pakar kardiologi sebelum berpuasa Ramadan.
“Mereka juga diingatkan supaya bersedia untuk berbuka pada bila-bila masa sekiranya tahap kesihatan tidak mengizinkan,” katanya.
Beliau berkata, dianggarkan 30 hingga 40 peratus pesakit jantung turut menghidap penyakit kencing manis.
“Sebahagian penyakit kencing manis yang mereka alami adalah pada tahap tidak terkawal, mengakibatkan pesakit menjadi lemah apabila berpuasa.

“Pesakit yang mengambil insulin tiga atau empat kali sehari contohnya, apabila kawalan gula tidak stabil tak digalakkan berpuasa.
“Selain itu, pesakit kencing manis yang makan ubat dan kawalannya stabil, tiada halangan untuk berpuasa malahan mungkin membantu kawalan penyakit,” katanya.
Menyentuh rawatan penyakit jantung yang membatalkan puasa, Dr Oteh berkata, rawatan itu seperti ‘angioplasty’ apabila pesakit perlu menelan ubat ketika prosedur dijalankan.
“Begitu juga dengan pesakit yang mendapat serangan jantung dan mereka perlu mengambil ubat kerana berisiko.
“Bagi pesakit yang menjalani rawatan angiogram atau prosedur lain (tidak membabitkan menelan ubat), mereka masih boleh meneruskan ibadat puasa.
“Pesakit jantung yang mengalami sakit dada (angina) juga masih boleh berpuasa walaupun mengambil ubat ‘Glyceryl Trinitrate’ (GTN).
“Namun, dengan syarat ubat ini diletakkan di bawah lidah dan bukan menelannya (batal puasa),” katanya.
Sementara itu, Pegawai Dietatik Hospital Pakar An-Nur, Nurul Zulaika Habib Rahman berkata, diet berpuasa Ramadan untuk pesakit jantung ialah makanan yang rendah garam, rendah lemak dan tinggi serat.
Selain itu, katanya, bagi mengelakkan dehidrasi, pesakit juga perlu memastikan pengambilan air minuman yang mencukupi iaitu di antara enam hingga lapan gelas sehari.
“Amalkan konsep Pinggan Suku-Suku Separuh yang disyorkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu suku pinggan karbohidrat, suku pinggan protein dan separuh pinggan adalah serat.
“Untuk karbohidrat, pengambilan yang disarankan ialah dua atau tiga senduk untuk sekali makan,” katanya.
Katanya, suku untuk protein pula adalah terdiri daripada ikan, ayam daging dan sebagainya.
“Digalakkan memilih ayam di bahagian dada kerana kurang lemak berbanding paha dan kepak.
“Jika bahagian ayam yang ada banyak kulit, hendaklah buang kulit berkenaan. Begitu juga lemak pada daging lembu,” katanya.
Nurul Zulaika berkata, makanan berserat pula pula perlu diambil antara 20 hingga 30 gram sehari bersamaan tiga senduk sayur dan dua genggam buah.
“Pilih minyak tidak tepu sebagai pengganti minyak tepu dalam masakan kerana penggunaannya membantu merendahkan bacaan lipoprotein ketumpatan rendah (LDL).
“Ia boleh meningkatkan risiko penyakit jantung disebabkan paras LDL yang tinggi,” katanya.
Jelasnya, kadar kolesterol LDL yang tinggi akan menempel di bahagian pembuluh arteri dan membentuk plak.
“Ia akan menyebabkan pembuluh darah di bahagian jantung dan otak tersumbat seterusnya menyumbang ke arah sakit jantung atau/dan angin ahmar,” katanya.
The post Hasil analisis sistematik, Berpuasa terapi penyakit kronik appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/hasil-analisis-sistematik-berpuasa-terapi-penyakit-kronik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketahui 12 Bahan Utama Phytax Boleh Mencegah Penyakit Kronik

Ketahui 12 Bahan Utama Phytax Boleh Mencegah Penyakit Kronik

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 377 hits
Ketahui 12 bahan utama Phytax boleh mencegah penyakit kronik Banyak faktor yang boleh mengakibatkan seseorang mengalami penyakit kronik seperti diabetes masalah jantung darah tinggi strok dan sebagainya Kalau kita perasan hari ini mereka ya...
Alvin Chong Ambil Peluang Berpuasa Pesan Umat Islam Jangan Tinggal Solat

Alvin Chong Ambil Peluang Berpuasa Pesan Umat Islam Jangan Tinggal Solat

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 263 hits
Seperti kebiasaan yang dilakukan pada tahun tahun sebelumnya pelakon berbangsa Cina Alvin Chong tidak ketinggalan untuk turut berpuasa di bulan Ramadan Bukan hanya Alvin ada beberapa lagi artis non muslim yang berpuasa penuh setiap tahun da...
Selamat Menyambut Ramadan Dan Selamat Berpuasa

Selamat Menyambut Ramadan Dan Selamat Berpuasa

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 1285 hits
Assalamualaikum Di kesempatan ini Cik Nor ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan yang mulia dan selamat berpuasa buat pembaca blog Cik Nor tak kira dimana berada Cik Nor doakan semoga korang semua dibawah lindungan Allah sepanjan...
15 Resipi Air Minuman Penghilang Dahaga Yang Dicari Selepas Seharian Berpuasa

15 Resipi Air Minuman Penghilang Dahaga Yang Dicari Selepas Seharian Berpuasa

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 1109 hits
Selalu fikir nak minum air sedap untuk berbuka puasa selepas eharian berpuasa mesti air yang dicari dulu Hah sini ada senarainya selalu kita jumpa air air di bawah ni dijual di bazar ramadan apa kata selepas ini cuba buat sendiri je Jom kit...
Menyusu Jadi Lancar Walau Berpuasa Pilih Makanan Sihat Tepat Baru Ibu Makin Kuat

Menyusu Jadi Lancar Walau Berpuasa Pilih Makanan Sihat Tepat Baru Ibu Makin Kuat

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 300 hits
Masuk sahaja bulan puasa ramai ibu sudah mula bimbang kerana menyusu membuatkan mereka lapar lesu haus mengantuk susu drop pening dan sebagainya Malah hampir 90 ibu mengeluh susu mengalami penurunan ketika mereka berpuasa manakala 10 pula t...
Berpuasa Sambil Menyusukan Anak Sudahkah Anda Bersedia

Berpuasa Sambil Menyusukan Anak Sudahkah Anda Bersedia

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 222 hits
BULAN Ramadan merupakan antara bulan yang paling mencabar untuk ibu hamil dan ibu yang sedang menyusukan anak Keletihan kurang zat dan nutrisi antara isu yang dihadapi golongan tersebut sekiranya diet yang diamalkan sepanjang bulan puasa in...
Niat Berpuasa Ramadhan

Niat Berpuasa Ramadhan

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 529 hits
Assalamualaikum Selamat menyambut Ramadhan buat semua Jangan lupa berniat puasa ye Agar tak terlupa sebaiknya niat sebulan juga agar takda kes terlupa niat Moga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun tahun sudah Amin
Umat Islam Di Merata Dunia Mula Berpuasa Hari Ini Antara 10 Dengan 21 Jam

Umat Islam Di Merata Dunia Mula Berpuasa Hari Ini Antara 10 Dengan 21 Jam

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 208 hits
KONGSI ARTIKEL QATAR Tahun ini bulan Ramadan bermula hari ini bagi kebanyakan negara iaitu 13 April 2021 Tempoh berpuasa pula antara 10 dengan 21 jam bergantung kepada lokasi di mana anda berada Setiap tahun bulan Ramadan bermula sekita
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Naim Garcia Calon Pemain Warisan Baru Perkuat Harimau Malaya

Can We Afford To Dream

Menu Egg Stra Ong Kembali Di Marrybrown

Rumc Your Gateway To A World Class Medical Degree In Malaysia

Surat Al Baqarah Ayat 284 286 Arti Perkata Dan Hukum Tajwid

Arief Ujian Rindu Chord