Hasanah Tarik Balik Rayuan Berhubung Saman Terhadap Sprm Kerajaan


PUTRAJAYA, 26 Feb (Bernama) — Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid hari ini menarik balik rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak tuntutan samannya ke atas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan kerajaan Malaysia, kerana tidak membenarkannya berunding dengan peguamnya, semasa beliau ditahan reman pada 2018.
Hasanah, 62, memberitahu Mahkamah Rayuan bahawa dia tidak lagi menggunakan khidmat peguamnya, Datuk Shaharudin Ali dan tidak mahu meneruskan rayuan itu.
Timbalan Pendakwa Raya Wong Poi Yoke tidak membantah penarikan balik rayuan itu.
Hakim Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer yang bersidang bersama Hakim Datuk Seri Kamaludin Md Said dan Datuk Hanipah Farikullah kemudiannya membatalkan rayuan itu, tanpa sebarang perintah kos.
Pada prosiding terdahulu, mahkamah telah meminta pihak pembelaan mengemukakan hujahan lanjut mengenai isu sama ada Hasanah adalah “orang yang terkilan” di bawah undang-undang dan menetapkan hari ini untuk sebutan semula kes.
Hasanah menyaman SPRM dan kerajaan kerana tidak membenarkan beliau berunding dengan peguamnya ketika ditahan reman selama enam hari bermula 29 Ogos 2018 bagi membantu siasatan mengenai dakwaan menyalahgunakan kuasa dan pecah amanah dana kerajaan untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU).
Dalam saman pemulanya, Hasanah memohon satu perintah deklarasi bahawa surat pemberitahuan yang dikeluarkan oleh SPRM mengikut Seksyen 28A (8) dan (9) Kanun Tatacara Jenayah yang melarangnya daripada berunding dengan peguam ketika dia ditahan reman, adalah bertentangan dengan Perkara 5(3) dan 8 Perlembagaan Persekutuan.
Dia mendakwa bahawa Seksyen 28A adalah melanggar undang-undang, tidak sah dan terbatal serta tidak boleh dikuatkuasakan terhadapnya.
Pada Oktober 2018, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nordin Hassan memutuskan bahawa Seksyen 28A (8) dan (9) tidak bersifat mendiskriminasi, kerana ia tidak menafikan hak untuk mendapatkan nasihat peguam, tetapi ia lebih kepada penggantungan hak-hak itu ketika dalam tempoh tahanan reman.
Hasanah, pada 25 Okt 2018, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sebagai seorang penjawat awam iaitu Ketua Pengarah Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri melakukan pecah amanah wang berjumlah AS$12.1 juta (RM50.4 juta) milik kerajaan.
— BERNAMA
The post Hasanah Tarik Balik Rayuan Berhubung Saman Terhadap SPRM, Kerajaan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/02/26/hasanah-tarik-balik-rayuan-berhubung-saman-terhadap-sprm-kerajaan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rampasan Kuasa Gagal Umno Pas Tarik Balik Sokongan

Rampasan Kuasa Gagal Umno Pas Tarik Balik Sokongan

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 266 hits
Rampasan kuasa yang diketuai Azmin Ali boleh dianggap gagal mutlak apabila Umno dan Pas menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri Interim Tun Mahathir Mohamad Sebelum ini blok pembangkang itu merupakan penyumbang utama kerusi menubuhkan...
Fitnah Fmt Tuntut Mohon Maaf Tarik Balik

Fitnah Fmt Tuntut Mohon Maaf Tarik Balik

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 110 hits
HJ MOHD ADRAM MUSA MERUJUK kepada hantaran di Facebook Free Malaysia Today pada hari ini yang menyatakan Naib Presiden PAS Ahmad Samsuri Mokhtar berkata parti Islam itu dan Umno tidak mengiktiraf kewujudan rakyat berbilang kaum serta agama ...
Najib Rosmah Beri Keterangan Berhubung Rakaman Audio Sprm

Najib Rosmah Beri Keterangan Berhubung Rakaman Audio Sprm

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 287 hits
Pagi tadi kira kira jam 11 40 pagi Datuk Seri Najib Razak Bekas Perdana Menteri dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor baru saja memberi keterangan di Bukit Aman Mereka dikatakan tiba di Bukit Aman melalui pintu belakang pada jam 10 15 pagi...
Umno Dan Pas Tarik Balik Sokongan Pada Dr Mahathir

Umno Dan Pas Tarik Balik Sokongan Pada Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 436 hits
Barisan Nasional dan PAS memutuskan untuk menarik balik akuan bersumpah menyokong Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad Loading Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata pendirian itu terpaksa dibuat berikutan wujud cadang...
Hiburan Hati Terguris Dan Maruah Tercalar Dsv Nekad Saman Malu Terhadap Azwan Ali

Hiburan Hati Terguris Dan Maruah Tercalar Dsv Nekad Saman Malu Terhadap Azwan Ali

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 506 hits
Terasa dirinya begitu terhina dengan permohonan maaf Azwan Ali yang didakwa tidak ikhlas dan tidak menunjukkan sebarang kekesalan Datuk Seri Vida nekad meneruskan tuntutan saman malu terhadap selebriti sensasi itu Bukan sahaja maruahnya ter...
Anggota Penguatkuasa Mpsj Digantung Tugas Cuepacs Gesa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Warga Emas Pukul Penjawat Awam

Anggota Penguatkuasa Mpsj Digantung Tugas Cuepacs Gesa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Warga Emas Pukul Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 454 hits
Anggota penguatkuasa MPSJ digantung tugas CUEPACS gesa kerajaan ambil tindakan terhadap warga emas pukul penjawat awamSusulan viral video anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya bergelut dengan lelaki warga emas yang memukulnya ...
Dap U Turn Punca Muafakat Nasional Tarik Diri Dari Kerajaan Perpaduan

Dap U Turn Punca Muafakat Nasional Tarik Diri Dari Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 306 hits
Di antara ahli Bersatu yang hadir untuk menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai Perdana Menteri pada Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana Putrajaya foto AFIQ RAZALI KUALA LUMPUR Datuk Dr Asyraf Waj...
Guan Eng Dapat Penghakiman Ingkar Saman Terhadap Raja Petra

Guan Eng Dapat Penghakiman Ingkar Saman Terhadap Raja Petra

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 272 hits
Guan Eng dapat penghakiman ingkar saman terhadap Raja Petra Dikemas kini 55 minit yang lalu Diterbitkan pada 28 Feb 2020 2 08
Suspek Jatuh Selepas Terlanggar Lopak Air Polis Keluarkan 5 Saman Terhadap Remaja 16 Tahun

Suspek Jatuh Selepas Terlanggar Lopak Air Polis Keluarkan 5 Saman Terhadap Remaja 16 Tahun

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 437 hits
Timbalan Ketua Polis Kelantan Senior Asisten Komisioner Abdullah MUhammad Piah mengesahkan remaja yang menunggang motosikal secara berbahaya dalam video viral baru baru ini terjatuh kerana terlanggar lopak air bukannya akibat ditendang angg...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Difference Between Pickleball And Badminton

Panduan Praktis Mengurangi Konsumsi Listrik Di Pabrik Konveksi

Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet