Hartanah Tidak Terjual Terus Meningkat Pada 2021


fazleensafinaJohor, Selangor, Kuala Lumpur rekod bilangan tertinggi
KUALA LUMPUR – Jumlah hartanah tidak terjual dijangka terus meningkat pada 2021 berdasarkan tingkat pendapatan, lokasi dan harga, demikian menurut Rahim & Co International Sdn Bhd.
Pengarah Penyelidikannya Sulaiman Saheh, yang merujuk Kajian Semula Pasaran Hartanah Rahim & Co 2020/2021 mendapati tiga negeri iaitu Johor, Selangor dan Kuala Lumpur merekodkan bilangan tertinggi hartanah tidak terjual iaitu masing-masing berjumlah 33,000 unit, 8,700 unit dan 7,800 unit.
Perak dan Pulau Pinang turut mencatatkan bilangan yang tinggi iaitu masing-masing berjumlah kira-kira 4,000.
Sulaiman berkata, hartanah dalam bandar atau kawasan bandar akan menyaksikan permintaan yang kukuh dan jumlah hartanah tidak terjual dijangka berkurangan sekiranya harga diselaraskan.
“Apa yang kita lihat pada masa ini ialah pemaju memberi lebih banyak diskaun pada Kempen Pemilikan Rumah (HOC) yang akan berakhir pada 31 Mei.
“Secara keseluruhannya, kami masih berpandangan, jumlah tidak terjual tidak mungkin berkurangan atau menyusut dengan ketara pada 2021; ia mungkin stabil namun diunjurkan kekal tinggi bukan sahaja disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Hartanah Rahim & Co Siva Shanker berkata, ketersediaan vaksin COVID-19 dan sentimen yang lebih baik pada 2021 akan membantu mengurangkan lambakan itu.
“Saya bersetuju dengan Sulaiman yang memaklumkan (hartanah) tidak terjual itu tidak banyak berkurang, kita mempunyai terlalu banyak yang tidak terjual, namun, kita boleh mengandaikan pasaran hartanah akan pulih dan diharap mencatatkan sedikit kenaikan didorong oleh kejayaan program vaksin dan sentimen yang meningkat kembali,” katanya.
Berdasarkan laporan itu, unit kediaman tidak terjual adalah semakin meningkat (termasuk kategori pangsapuri perkhidmatan dan SOHO yang mencecah 55,415 unit bernilai RM39.69 bilion).
Bagi menyelesaikan masalah berkenaan, Pengarah Rahim & Co bagi pejabat Petaling Jaya Choy Yue Kwong menyarankan pelaksanaan kajian terperinci mengenai punca lambakan ini.
“Menambahkan lagi kekompleksan terhadap unit siap-belum terjual ini adalah penambahbaikan yang dilihat ke atas unit tidak terjual yang masih dalam pembinaan atau belum dibina.
“Sebahagian daripada penyelesaian itu termasuklah keputusan yang lebih tepat mengenai perancangan dan kelulusan projek menerusi kajian pasaran bebas serta sistem data yang kukuh dan telus bagi pasaran itu,” katanya.
Beliau berkata, secara keseluruhannya, 2020 adalah tahun penyesuaian semula dan penggunaan teknologi yang dipercepatkan dan adalah ujian ketika rakyat dilanda  kebimbangan terhadap pandemik global dan keadaan ekonomi tidak menentu,  yang dicerminkan oleh penurunan kadar pertumbuhan dan pengangguran yang meningkat.
“Bagaimanapun, daya tahan dan keazaman yang positif kekal antara aspek lebih utama dan ketika adanya bantuan daripada sekatan ini, wujud permintaan sebagai membuktikan masih ada pasaran di sebalik sekatan pergerakan dan prosedur operasi standard,” katanya.
Katanya,  dengan peningkatan semula kes dan pelaksanaan semula sekatan pergerakan, adalah tidak mengejutkan sekiranya pemulihan yang selanjutnya akan tertangguh sehingga 2022.
Selain pandemik, beliau berkata, masalah sedia ada seperti ketidakmampuan, lebihan bekalan dan tahap pendapatan sehingga kos sara hidup masih wujud dan perlu ditangani dengan berkesan dan holistik untuk memastikan kelestarian jangka panjang pasaran hartanah negara. -Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/hartanah-tidak-terjual-terus-meningkat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4 Pelakon Lelaki K Drama Ini Dijangka Bakal Terus Bersinar Untuk Tahun 2021

4 Pelakon Lelaki K Drama Ini Dijangka Bakal Terus Bersinar Untuk Tahun 2021

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 406 hits
Masuk 2021 ini sudah pasti semakin ramai yang dah tak sabar nantikan apakah yang bakal terjadi dalam dunia K Drama Sama juga dengan YTN yang menjangkakan 4 pelakon lelaki ini bakal memberikan impak yang besar dalam tahun ini nanti Kim Seon ...
Kluster Binaan Kilang Terus Meningkat Tapi Dibenar Operasi Prinsip Apa Diguna Pakai

Kluster Binaan Kilang Terus Meningkat Tapi Dibenar Operasi Prinsip Apa Diguna Pakai

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 160 hits
ismaweb comBezakan jerung dan ikan bilis tak bantu kembang ekonomi rakyatBANGI 12 Jamadilakhir 1442H Isnin Walaupun kluster tapak binaan dan kilang menjadi penyumbang terbesar kepada peningkatan kes COVID 19 sektor berkenaan bagaimanapun ma...
Sultan Hb X Nilai Ptkm Bisa Diperpanjang Jika Positif Covid 19 Terus Meningkat

Sultan Hb X Nilai Ptkm Bisa Diperpanjang Jika Positif Covid 19 Terus Meningkat

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 272 hits
Gubernur DIY Sri Sultan HB X berharap dengan penerapan PTKM ini penularan Covid 19 ini bisa ditekan Kedisplinan dalam penerapan PTKM diharapkan Sultan bisa membawa dampak baik
Harga Minyak Terus Meningkat Di Tengah Data As

Harga Minyak Terus Meningkat Di Tengah Data As

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 214 hits
Harga minyak global yang menutup perdagangan Selasa pada tahap tertinggi sejak Februari 2020 terus meningkat pada hari Rabu Ini disebabkan oleh data dari American Petroleum Institute Khususnya API melaporkan sehari sebelumnya bahawa penurun...
Tahun Baru 2021 Covid19 Banjir Dan Pkp 2 0

Tahun Baru 2021 Covid19 Banjir Dan Pkp 2 0

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 391 hits
Assalamualaikum semua hai kawan kawan Dah 19 hari berlalu dalam tahun 2021 ni barulah Cik Sue ada semangat dan sedikit rasa nak menulis kat blog kesayangan ni Tak tahu la kenapa macam tenggelam punca pula nak menulis cerita dari hati dan ki...
Doraemon Muncul Untuk Tawan Tahun Lunar 2021

Doraemon Muncul Untuk Tawan Tahun Lunar 2021

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 254 hits
Alessandro Michele menggambarkan koleksi Epilgue Gucci 2021satu koleksi yang fun Melihat koleksi itu langsung mengimbau kenangan ketika membesar Watak kucing yang menghiasi koleksi ini cukup familiar Ia adalah kucing robot yang datang darip...
Pembukaan Sesi Persekolahan 2021 Lakar Sejarah Tersendiri

Pembukaan Sesi Persekolahan 2021 Lakar Sejarah Tersendiri

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 323 hits
Oleh Pelajar SMK St Mary memakai pelitup muka ketika berada di perkarangan sekolah selepas tamat waktu persekolahan pada hari pertama pembukaan sekolah Pelajar dan calon peperiksaan utama termasuk bagi SPM bagi sesi 2020 dan 2021 dibenarkan...
Redmi Mengesahkan Akan Melancarkan Sebuah Telefon Pertama Memfokuskan Permua Dan Esukan Pada 2021

Redmi Mengesahkan Akan Melancarkan Sebuah Telefon Pertama Memfokuskan Permua Dan Esukan Pada 2021

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 153 hits
Redmi hari ini mengesahkan mereka akan memperkenalkan sebuah telefon pintar baharu pada tahun 2021 ini yang mana memfokuskan kepada sokongan permainan mudah alih dan juga esukan Telefon ini dijangka hadir dengan spesifikasi mercu dan tidak
Welcome Back To School 2021

Welcome Back To School 2021

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 964 hits
Sepatutnya hari ini 20 1 2021 permulaan sekolah buat anak anak mama Pastinya mama akan sedikit kelam kabut untuk pastikan keperluan anak anak ke sekolah sempurna Yang pasti bekal mesti kene ada Namun apakan daya kan kita untuk menolak takdi...
Cara Mohon Cash Loan Tng Dan Touch N Go Loan Interest Rate

Biodata Jefri Nichol Karier Kontroversi

Home Minister Saifuddin Warns Of Fake Clinics As Malaysia S Medical Tourism Grows

Sarapan Di Pasar Larkin

Cerita Malam Pertama Berjumpa Dengan Gadis Jiran Sebelah Rumah

Celebrate Lunar New Year With Elevete Patisserie S Exquisite Festive Delights

225 Confesssion In Bahasa Malaysia

Hiburan Terlalu Bergantung Pada Teknologi Wanita Anggap Guna Ai Chatgpt Buat Manusia Makin Lembab Jadi Malas B Doh Slow


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Cara Mengatasi Tekanan Emosi Dalam Kehidupan Sehari Hari

Trump Mahu Penduduk Gaza Dipindahkan Ke Negara Jiran

Suspek Ugut Harith Iskander Direman Hingga Selasa

Ulama Perlu Utama Keredaan Allah Bukan Populariti

Fail Rpm2025 Fail Rekod Persediaan Mengajar Sesi 2025 2026

Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina