Pembukaan Sesi Persekolahan 2021 Lakar Sejarah Tersendiri


Oleh Muhammad Yusri Muzamir Pelajar SMK St Mary memakai pelitup muka ketika berada di perkarangan sekolah selepas tamat waktu persekolahan pada hari pertama pembukaan sekolah. Pelajar dan calon peperiksaan utama termasuk bagi SPM bagi sesi 2020 dan 2021 dibenarkan hadir ke sekolah, namun dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. - Foto ASYRAF HAMZAH KUALA LUMPUR: Sesi persekolahan tahun ini melakar sejarah tersendiri apabila hanya calon peperiksaan utama dibenarkan ke sekolah bagi mengikuti proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka.
Bagaimanapun, pelajar Tingkatan Satu hingga Lima serta murid Tahun Satu hingga Enam di seluruh negara pula perlu menjalani kaedah pembelajaran secara PdP di Rumah (PdPR).
Tinjauan BH di beberapa sekolah sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, mendapati sekolah menetapkan garis panduan ketat apabila hanya calon peperiksaan utama dan guru sahaja dibenarkan masuk ke sekolah.
Mereka perlu mengimbas aplikasi MySejahtera dan membuat saringan suhu badan disediakan di pintu masuk sekolah sebelum dibenarkan menyertai PdP di kelas masing-masing.
Disyorkan Untuk Anda Operasi institusi pendidikan di Kelantan, Sibu tertakluk SOP PKPPKP: Hanya pelajar duduki peperiksaan utama ke sekolahPKP: Hanya pelajar duduki peperiksaan utama 2020, 2021 ikuti pembelajaran bersemukaCapaian internet, pemilikan gajet antara punca PdPR kurang berkesanPergerakan ibu, bapa atau penjaga yang menghantar anak masing-masing pula dihadkan sehingga di luar pagar sekolah sahaja.
Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Mary, Salsyabila Mohd Saim, 18, mengakui teruja berpeluang menghadiri sesi PdP bersemuka di sekolah.
Katanya, susunan meja diatur secara 'zig-zag' bagi memastikan penjarakan fizikal antara murid, selain mereka diingatkan supaya mengelak sebarang persentuhan sesama rakan.
"Saya sangat seronok dapat bertemu rakan dan lebih gemar kaedah bersemuka dengan guru kerana lebih faham berbanding secara PdPR.
"Pihak sekolah menetapkan hanya empat subjek diajar setiap hari dengan tempoh sejam setengah diperuntukkan bagi setiap mata pelajaran," katanya ketika ditemui BH, hari ini.
Pandangan berbeza pula diketengahkan calon SPM dari sekolah sama, Nur Azina Azmi, 18, yang mengakui lebih menggemari kaedah PdPR berbanding secara bersemuka.
"Kalau PdPR murid tak perlu hadir ke sekolah, selain boleh mengikuti kelas walaupun belum mandi dan tidak perlu berpakaian seragam," katanya.
Baru-baru ini, Kementerian Pendidikan mengumumkan sesi persekolahan secara bersemuka mulai 20 Januari ini di seluruh negara dihadkan kepada calon peperiksaan utama bagi 2020.
Sehubungan itu, hanya calon SPM, Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2020, perlu ke sekolah bagi mengikuti pembelajaran bersemuka.
Turut tersenarai, calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) 2020 serta peperiksaan antarabangsa setara.
Sementara itu, pelajar Tingkatan Dua, SMK Seri Gombak, Muhammad Ammar Uzair Muzhafar, 14, turut berkongsi kegembiraan dapat memulakan sesi persekolahan walaupun secara PdPR.
"Saya memulakan sesi persekolahan dengan pembelajaran subjek Bahasa Melayu. Cikgu mengajar jenis struktur ayat menerusi topik 'Anda Sihat, Anda Ceria' dalam kelas selama sejam, hari ini.
"Peluang ini digunakan sebaiknya, sama ada untuk bertanya dengan guru atau pun berkomunikasi dengan rakan sekelas yang lain," katanya.
Pelajar Tingkatan Dua, SMK Bukit Jalil, Al-Rayyan Saniboey, 14, juga menyuarakan pandangan hampir sama apabila menjalani PdPR bagi subjek Matematik pada hari pertama pembukaan semula sesi persekolahan, hari ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/pembukaan-sesi-persekolahan-2021-lakar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sesi Persekolahan Pada 20 Januari 2021 Di Tangguhkan

Sesi Persekolahan Pada 20 Januari 2021 Di Tangguhkan

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 606 hits
Sesi Persekolahan Pada 20 Januari 2021 Di Tangguhkan Terkini dari Kementerian Pendidikan Malaysia Sesi persekolahan pada 20 Januari 2021 di tangguhkan pada satu tarikh baru yang akan di umumkan kemudian Ini bermakna semua pelajar di seluruh...
Hari Pertama Sesi Persekolahan 2021

Hari Pertama Sesi Persekolahan 2021

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 303 hits
Hari pertama sesi persekolahan baharu dibuka hari ini bagi calon calon SPM 2020 Para pelajar dan guru begitu bersemangat untuk memulakan sesi persekolahan Hari ini pihak sekolah begitu bertuah kerana menerima kunjungan Pegawai Perhubungan S...
Rpt Penjajaran 2021 Rancangan Pengajaran Tahunan Bagi Sesi Persekolahan 2021

Rpt Penjajaran 2021 Rancangan Pengajaran Tahunan Bagi Sesi Persekolahan 2021

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 11438 hits
Assalamualaikum dan Salam SejahteraCikgu Jumrah ingin berkongsi RPT yang terkini mengikut Tahun Perkongsian ini diperoleh daripada group yang terdapat dalam telegram Untuk mendapatkan secara pantas dan terawal cikgu cikgu boleh join Berikut...
Sesi Persekolahan Sepanjang Pkp Pkpb Dan Pkpp 2021

Sesi Persekolahan Sepanjang Pkp Pkpb Dan Pkpp 2021

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 653 hits
Kementerian Pendidikan Malaysian telah kongsikan pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM termasuk sesi persekolahan bagi kawasan PKP PKPB dan PKPP untuk tahun 2021 Keputusan dibuat berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Peri...
Najib Cadang Sesi Persekolahan Ditangguhkan

Najib Cadang Sesi Persekolahan Ditangguhkan

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 260 hits
Umavathi RamayahJanuari 9 2021Najib Tun Razak mengesyorkan agar pemulaan sesi persekolahan 2021 ditangguhkan selepas Cuti Tahun Baru Cina Gambar fail BERNAMAKUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesyorkan agar pem...
Hadiah Perpisahan Untuk Cikgu Cikgu Sesi Persekolahan 2020

Hadiah Perpisahan Untuk Cikgu Cikgu Sesi Persekolahan 2020

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 553 hits
Hadiah Perpisahan Untuk Cikgu cikgu Sesi Persekolahan 2020 2020 merupakan tahun norma baru buat kita semua kan Sesi persekolahan juga amatlah sekejap secara bersemuka Selebihnya anak anak bersekolah online sahaja sehinggalah ke hujung tahun...
Peluang Kerjaya Bersama Majlis Amanah Rakyat Mara Sesi 2021

Peluang Kerjaya Bersama Majlis Amanah Rakyat Mara Sesi 2021

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 354 hits
Salam to all readers Peluang Kerjaya Bersama Majlis Amanah Rakyat MARA Sesi 2021 I know tahun ini tahun struggle nak teruskan kehidupan hakiki Tadi tengah scroll Facebook nampak Mara punya posting tengah cari orang untuk bekerja Justeru man...
Sesi Persekolahan Di Negeri Pkp Ditangguh

Sesi Persekolahan Di Negeri Pkp Ditangguh

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 323 hits
Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM PUTRAJAYA Sesi persekolahan 2021 yang sepatutnya bermula 20 Januari ini ditangguhkan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan selama dua minggu bermula Rabu ini di enam buah negeri Kementerian Pendidikan ...
Permohonan Bantuan Awal Persekolahan Rm100 Kpm 2021

Permohonan Bantuan Awal Persekolahan Rm100 Kpm 2021

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 2467 hits
Bantuan Awal Persekolahan adalah satu inisiatif dari Kementerian Pelajaran Malaysia dengan memberi bantuan RM100 kepada semua murid dari sekolah rendah dan sekolah menengah kerajaan yang layak Pengenalan Bantuan Awal Persekolahan Mula diper...
Betulkan Dulu Sekolah Kerajaan Sebelum Cari Salah Sekolah Islam

Bom Jangka Mula Meledak Krisis Kewangan Jepun Lebih Teruk Daripada Greece

777 8 Jul 2568 Punpro777 24 Top 85 By Marsha Punpro777 World

What Are The Benefits Of Custard Apples Or Nona

Sumbangan Gamuda Dalam Industri Kereta Api

Uk S Royal Society Welcomes First Malaysian Based Scientist

Program Wacana Manuskrip Melayu Rahsia Keagungan Cap Mohor Manuskrip Melayu

Malang Tidak Berbau


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bagaimana Pencipta Kandungan Kekal On Trend Tanpa Berbelanja Besar

Hampir 3 000 Kura Kura Berjaya Diseludup Dari Klia Pelik Macamana Pihak Berkuasa Malaysia Bekerja

Ni Saja Mampu Harap Cukuplah Buat Kejutan Untuk Isteri Prince Syed Beri Nafkah Bulanan Cash Rm125k

Lesen Memandu Malaysia Kini Berwajah Baru Tapi Bukan Untuk Semua

Results Of Pkr Party Elections To Be Known As Early As 2 30pm This Saturday

Muah Kajang Chord