Hari Yang Dinanti Telah Tiba Majlis Konvokesyen Ukm Ke 51
Hari yang dinanti telah pun tiba. Usai solat subuh, terus bersiap dan check out dari Hotel OYO. Ingatkan dah cukup awal gerak ke UKM. Rupanya tidak ye. Kenalah hadap jem kejap. Mujur tak lama.
Kononnya nak parkir di masjid jalan kaki je ke DECTAR (Dewan Canselor Tun Abdul Razak). Tapi jalan di tutup pula. Terpaksalah parkir di Dewan Gemilang dan naik bas untuk ke DECTAR. Bas banyak dan tak perlu tunggu lama pun. Park kereta terus naik bas je.
Kami tak lah lambat sangat. Mengikut kad jemputan, kami tetamu yang masuk di pintu B. Masuk je staff akan tunjuk di mana kita perlu duduk. Dapatlah duduk bahagian depan pentas di belakang para graduan. Okay juga spot ni, dapat ambil gambar elok sikit kan
Ikutkan majlis mula pukul 8:00 sebab masa untuk tetamu dan graduan masuk antara pukul 7:30 hingga 8:00 pagi. Majlis berlangsung tak lama selepas itu. Yang bestnya majlis konvokesyen sekarang boleh tengok live juga di media sosial. Jadi, keluarga di rumah yang tak dapat datang pun boleh tengok live
baca juga
road to convocation, ambil jubahucapan konvokesyen untuk graduan
Tetamu yang lain boleh juga tonton di skrin besar dalam dewan panggung seni belakang DECTAR ni. Adik ipar, anak buah dan biras saya tengok dari situ je. Saya dan mak je masuk dalam dewan. Hanya 2 orang tetamu graduan dibenarkan masuk dengan kad jemputan
Majlis bermula dengan perarakan masuk para graduan. Peringkat PhD masuk awal bersama master. Dapatlah kita ambil gambar dan video encik suami dari dekat sikit
Selepas ambil scroll, graduan lalu depan kami. Sekali lagi dapat ambil gambar encik suami. Mujur juga dia perasan. Dapatlah ambil gambar elok sikit.
terpaling muka happy sebab dah habiskan PhD
Keluar dari dewan, kami pergi ambil gambar studio dulu satu family. Lepas tu barulah bergambar di luar. Lupa pula nak ambil gambar ramai-ramai. Cuaca panas dan kepenatan juga menunggu lama-lama kan
bersama mak dan anak-anak buah
happy wife sebab husband dah konvo!
bersama adik ipar, adik encik suami
bersama biras dan anak-anaknya wakil adik ipar yang kerja
Sementara menunggu anak buah sampai, encik suami menghabiskan masa kejap dengan Prof selaku penyelia dia dan bersama pensyarah, para Doktor Falsafah dan bakal Doktor Falsafah. Terasa kerdil di situ sebab kita ni level degree je mampu. Huhu..
Disebabkan macam dah lewat, mak, adik ipar, biras dan anak buah balik awal. Anak buah saya pun sampai pada masa yang sama. Then kami terus gerak ke tempat berlangsung robing ceremony semalam tu untuk sesi photoshoot pula.
bersama anak buah saya, photographer terjun of the day
Mereka sibuk bergambar, kita tukang ambil gambar mereka. Tak sabar nak tengok outputnya nanti
Fuhh..letih dia jangan cakaplah. Tapi itu semua pengalaman manis yang berharga tak terbeli dengan nilai ringgit. Alhamdulillah kepayahan berakhir dengan kesenangan
Bukan mudah belajar dengan kerja lagi. Belum lagi kesusahan dari segi kewangan. Semuanya bercampur bagai air batu campur. Cabaran yang berliku. Begitulah liku-liku kehidupan yang perlu dihadap demi menghabiskan pelajaran sampai tahap tertinggi ni.
Perkara yang tidak mudah. Tapi dengan izin Allah, Allah permudah segalanya. Syukur..Alhamdulillah...
Terima kasih buat semua yang membantu, mendoakan, mengucapkan dan memberikan hadiah. Banyak betul encik suami dapat bunga dan hadiah. Rezeki encik suami.
Ini sebahagian bunga. Hadiah coklat dah selamat masuk perut dan dikongsikan bersama keluarga. Hihi..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2023/12/konvokesyen-ukm.html