Palestin Satu Hari Tambahan Serangan Makin Banyak Korban Berjatuhan




Perang di antara Palestin dan Israel diberi fokus utama dalam lawatan kerja dan menghadiri persidangan oleh Perdana Menteri di luar negara sejak seminggu lalu.

Hal itu ditegaskan dalam jawapan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH - Tambun) di Dewan Rakyat pagi ini bagi menjelaskan pertanyaan Ahli Parlimen Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) yang bertanya apakah hasil lawatan PM keluar negara menghadiri persidangan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) serta Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

"Sebagai tamu (di APEC) tentu ada beberapa peraturan yang kita patuhi. Tetapi kerana hal ini (kekejaman Israel) terlalu parah dan pembunuhan berterusan maka saya tidak ada pilihan menggunakan setiap ruang, sementara membicarakan hal ekonomi, saya juga bangkitkan soal penindasan berterusan.

"Walaupun tidak dalam perencanaan awal, saya sebut bahawa negara kita membantah tindakan Rusia menakluki wilayah yang dianggap miliknya di Ukraine (ditentang negara Barat) dan kemudian tidak bersama (pula) membantah tindakan Israel.

"Memang tidak ada jawapan, sebab itu dalam sidang akhir (APEC), kebetulan kedudukan kerusi Malaysia itu betul betul berdepan Joe Biden (Presiden Amerika Syarikat), sebelah kanan saya itu, setiausaha negara (AS) Blinken. Saya suarakan dengan tegas bahawa ada permasalahan, manakala kita diminta mengutuk Rusia soal Ukraine tetapi membisu apabila ada pembunuhan kejam (oleh Israel).

"Saya sebut ungkapan agak penting, 'jangan lagi orang Barat menganggap ini (amalan era) kolonial, menentukan dasar dan bentuk tindakan kita'.

"Dia tidak boleh memaksa kita menentukan pendirian kita. Saya kata mesti sekurang kurangnya (Israel) menghentikan serangan sekarang. Saya sebut, satu hari tambahan (perang) bermakna masih ada anak anak, wanita dan orang awam dijadikan korban," kata Anwar pada sesi pagi Dewan Rakyat.

Sebelum itu, PM turut menjelaskan hasil persidangan negara negara Islam di atas jemputan Perdana Menteri Arab Saudi, Putera Mohamad bin Salman.

Kata Anwar, selepas mesyuarat negara Islam beliau berunding dengan Presiden Turkiye, Reccep Tayyib Erdogan dan Presiden Mesir Adbel Fatah el Sisi berkenaan kedudukan terkini konflik Palestin - Israel.

"Malaysia mempunyai pendirian tegas dan kita tidak mahu sidang hanya mengemukakan usul atau desakan tetapi mesti ada tindakan lebih berkesan. Sebab itu selepas di Riyadh saya ambil kesempatan berunding dengan Tayyib Erdogan dan Abdel Fatah Sisi, Mesir

"Apa yang dibangkitkan, setakat yang dirumuskan di Riyadh adalah menyegerakan keputusan menghentikan serangan ke atas Gaza yang belum berhasil sampai sekarang.

"Ada cadangan Mesir, Jordan, negara jiran ambil pelarian Palestin dan itu tidak disetujui negara Islam kerana beri peluang Israel menakluki Gaza. Yang dilakukan oleh UAE adalah mengambil yang sakit parah terutama bayi dan anak kecil untuk rawatan di Abu Dhabi atau Dubai.

"Keputusan berikutnya untuk mendapatkan penyertaan 10 negara utama memikirkan strategi dan menteri luar dimasukan. 5 - 6 orang dari satu rantau dan kita mengusulkan Indonesia sebagai negara terkesan dalam hal ini.

"Terakhir serangan ke atas hospital milik Indonesia, dan mereka mengambil sikap yang keras membantah dan kita turut mengeluarkan kenyataan. Tetapi sebagaimana kita tahu, hal ini tidak memberikan kesan kerana keangkuhan kuasa (Israel) kerana didukung oleh negara Barat," katanya.

Dalam kesempatan pagi tadi juga PM menyuarakan rasa tekilan terhadap beberapa suara penentangan di dalam negara mengenai keprihatinannya terhadap rakyat Palestin.

Mengenai isu kaum minioriti, kata beliau, keadaan di Malaysia bukan seperti di Palestin yang memerlukan pembelaan yang lebih intensif.

Begitu juga terhadap nasib warga Palestin itu sendiri yang bukan sahaja terdiri daripada umat Islam tetapi juga orang Kristian dan terdapat rumah ibadat mereka dimusnahkan oleh Israel.

"Bahawa ini bukan sahaja isu agama Islam, penduduk Kristian juga terlibat. Walaupun kebanyakan masjid diroboh namun 7 gereja dimusnahkan di Gaza. Sekali lagi ditegaskan keperluan kita melihat isu ini sebagai isu kemanusiaan yang harus difahami dan mencuit perasaan kita, dan mendorong tindakan kemanusiaan diambil," katanya lagi.



 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/11/palestin-satu-hari-tambahan-serangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
14 128 Rakyat Palestin Disembelih Mati Israel Hari Ke 46 Serangan

14 128 Rakyat Palestin Disembelih Mati Israel Hari Ke 46 Serangan

papar berkaitan - pada 22/11/2023 - jumlah : 162 hits
Mohd Jamilul Anbia Md Deninanbia hmetro com myKuala Lumpur Angka korban rakyat Palestin akibat serangan berterusan tentera Israel di Semenanjung Gaza terus melonjak kepada 14 128 mangsa setakat jam 6 petang semalam Angka terkini itu menunju...
Menteri Kesihatan Palestin Minta Icrc Desak Israel Hentikan Serangan

Menteri Kesihatan Palestin Minta Icrc Desak Israel Hentikan Serangan

papar berkaitan - pada 14/11/2023 - jumlah : 270 hits
MENTERI Kesihatan Palestin Mai Al Kaila pada Ahad menyeru Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa untuk mendesak Israel menghentikan serangan ke atas Semenanjung Gaza Beliau berkata demikian ketika mengadakan mesyuarat tergempar dengan perwa...
Car Free Day Paser Banyak Tenan Umkm Warga Makin Ramai Berkunjung Setiap Pekan

Car Free Day Paser Banyak Tenan Umkm Warga Makin Ramai Berkunjung Setiap Pekan

papar berkaitan - pada 14/11/2023 - jumlah : 170 hits
Gelaran CFD telah diketahui secara luas oleh masyarakat Kabupaten Paser Bahkan katanya telah menjadi ikon di Bumi Daya Taka
Prabowo Minta Tak Banyak Tuntut Upah Naik Buruh Gaji Kecil Daya Beli Juga Makin Rendah

Prabowo Minta Tak Banyak Tuntut Upah Naik Buruh Gaji Kecil Daya Beli Juga Makin Rendah

papar berkaitan - pada 11/11/2023 - jumlah : 266 hits
Pernyataan Bacapres Prabowo Subianto meminta buruh tidak banyak menuntut kenaikan upah menuai polemik
Video Parkiran Kafe Dekat Stadion Pakansari Cibinong Longsor Satu Mobil Pengunjung Jadi Korban

Video Parkiran Kafe Dekat Stadion Pakansari Cibinong Longsor Satu Mobil Pengunjung Jadi Korban

papar berkaitan - pada 15/11/2023 - jumlah : 197 hits
Viral sebuah mobil terperosok di kali kecil saat sedang parkir di kafe dekat Pakansari Cibinong
Hiburan Saya Sangat Berharap Satu Hari Akan Jumpa Seseorang Lebih Baik Apabila Tiba Waktunya Aisyah Hijanah

Hiburan Saya Sangat Berharap Satu Hari Akan Jumpa Seseorang Lebih Baik Apabila Tiba Waktunya Aisyah Hijanah

papar berkaitan - pada 28/11/2023 - jumlah : 246 hits
Kisah hidup poligami dalam rumah tangga pempengaruh Aisyah Hijanah dan suami Alif Teega sehingga kini masih panas dalam media sosial Isu yang berlaku bukan saja menarik perhatian netizen malah rakan rakan nbsp influencer serta selebriti yan...
Raya Korban Di Kelantan Tak Pernah Tak Meriah Selamat Hari Raya Aidil Adha 2023

Raya Korban Di Kelantan Tak Pernah Tak Meriah Selamat Hari Raya Aidil Adha 2023

papar berkaitan - pada 16/11/2023 - jumlah : 450 hits
Assalamualaikum Nak jadikan cerita tahun 2023 nie kami balik raya haji naik flight Memang cepat sampai tak yah nak pikir jalan jem Teringin la jugak nak merasa naik flight balik kampung nie asyik dengar orang sembang je kali nie kita pulak ...
Gibran Banyak Serangan Fitnah Dan Nyinyiran Enggak Usah Dibalas Kita Diamkan Saja

Gibran Banyak Serangan Fitnah Dan Nyinyiran Enggak Usah Dibalas Kita Diamkan Saja

papar berkaitan - pada 25/11/2023 - jumlah : 154 hits
Sekarang sedang banyak banyaknya serangan fitnah dan nyinyiran Saya mohon bapak ibu enggak usah membalas
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco

Lauk Paling Sedap

Hiburan Aktif Kegiatan Mencuri Ayam Di Pasar Awam Sekitar Daerah Batang Padang Tiga Lelaki Akhirnya Ditangkap