Hari Tanpa Kepala


 Oleh Tramizi Hussin
SAYA patut mulakan dengan sesuatu yang luar biasa.
Misalnya, pagi tadi saya bangkit tanpa kepala selepas matahari hampir membuka separuh matanya.
Saya gagau telefon bimbit, walaupun saya maklum benar yang tidak pernah ada mesej diterima selain daripada kumpulan borak “Geng Encik Bos” yang terpaksa saya bisukan selepas setiap kali habis waktu bekerja. Setengah jam di atas tilam, membuka media sosial yang sepi sapaan dan membaca berita terkini pagi hari yang saya cuba ambil peduli. Bagaimana saya melihat semua itu tanpa mata yang letaknya di kepala? Saya tidak pasti.
Waktu saya berdiri di depan cermin di dalam bilik air, mengelak mata bertemu bayangan sendiri, saya masih tidak sedar saya sudah tidak berkepala. Hanya waktu saya ingin menggosok gigi, barulah saya sedar mulut sudah tiada. Bukan sekadar mulut, tetapi juga seluruh kepala. Yang tinggal hanyalah leher dengan halkum bergerak naik turun. Sesak.
Saya kejur, bagaimana hendak hadapi dunia? Tidak, saya tidak rindukan kepala berwajah saya itu. Apalah yang hendak dirindukan kepada wajah bukan hero filem? Orang tidak berupa tidak patut melihat cermin selepas bangun tidur.
Anehnya, saya masih boleh melihat walaupun tidak bermata. Di cermin, leher berlapis lemak saya masih berombak mengagau nafas dan berusaha menahan tarikan graviti daripada menariknya lembik ke bahu. Saya masih boleh menghidu bau nasi lemak ditanak jiran sebelah dan saya masih mendengar anjing mengggonggong di luar rumah.  Adakah saya sudah jadi amoeba yang tidak perlukan organ?
Terlalu banyak pertanyaan pagi hari adalah perkara yang memenatkan. Jadi saya teruskan mandi membasuh badan tanpa kepala.
Saya mahu minta cuti hari ini. Tetapi, cuti tahunan sudah habis, mahu ambil MC adalah penyeksaan kerana pintu klinik terhampir rumah saya terpampang poster Dr Mahathir tersengih dengan tulisan Comis Sans besar warna merah darah: “Saya 93 tahun masih bekerja, awak mahu minta MC?”
Jadi, saya terus bersiap untuk bekerja. Keluar bilik, teman serumah sedang berlari-lari anak keliling ruang tamu. Dia mahu sihat untuk hidup seribu tahun lagi, saya tidak mahu. Di rumah bujang, kami mengelak bertembung muka di awal pagi, sesuatu yang tidak mengasyikkan untuk dipandang. Jadi, dia tidak sedar saya sudah tidak berkepala.
Kerana saya tidak berkepala, saya tidak memandang ke bawah, juga tidak mendongak ke atas di pejabat. Saya hanya memastikan leher stabil dan tidak terlesu di bahu.
Bos saya masuk kerja dengan marah-marah, menjerkah: “Mana otak kau? Buat kerja macam ni!”
Saya hanya tegakkan leher tanpa kepala.
Selepas itu, tiada siapa lagi yang menganggu. Seperti lipas, orang tidak halau kerana bimbang terbang mengacau, tetapi juga tidak hampir kerana kotor. Lipas boleh hidup tanpa kepala selama seminggu. Mungkin juga saya boleh.
Saya patut mulakan dengan sesuatu yang luar biasa.
Misalnya, di stesen KL Sentral selepas habis kerja, walau sudah sepuluh buah gerabak berlalu, saya masih tidak berganjak.
Saya menunggu Dia. Saya tidak berkepala, tetapi saya masih berdada yang dalamnya ada jantung berdegup kencang. Hati saya masih berdiam menjalankan kerjanya supaya saya tidak jadi manusia kuning tanpa kepala.
Dia selalu muncul tepat jam enam petang, menunggu di platform yang sama dengan saya. Bertahun, saya setia menanti tetapi tidak sekalipun bertegur.
Saya turun di stesen sebelum Dia, saya tidak pasti Dia turun di mana. Dia mungkin turun di stesen terakhir, mungkin juga di salah sebuah stesen sebelum yang terakhir, saya tidak tahu.
Hari ini, saya berdiri di sebelahnya dan buat pertama kali Dia memandang. Tetapi kerana saya tidak bermata walaupun leher saya berputar ke arahnya, pandangan itu tidak jatuh ke jantung. Barulah saya menyesal tidak berkepala dan bermata hari ini. Tetapi, bukankah lebih menyakitkan jika saya berkepala?
Gerabak tiba dan pintu terbuka. Dia masuk ke dalam dan saya membontotinya, lagak lelaki penyumbaleweng cari peluang. Di dalam gerabak, manusia kepam berhimpit menolak saya ke arahnya. Dia memalingkan badan ke luar gerabak, tidak mahu mendepani saya.
Leher saya longlai ke bahu, mahu masuk ke dada membelit jantung pecah. Mungkin saya tidak perlukan jantung, seperti obor-obor yang hanya ikut arus. Obor-obor tanpa jantung boleh hidup berpuluh tahun. Mungkin juga saya begitu.
Saya patut mulakan dengan sesuatu yang luar biasa.
Misalnya, waktu saya duduk luar rumah mengharapkan ada mulut untuk merokok, ada hantu yang mengensot datang. Hantu itu rambutnya panjang lurus menutup muka, sekurang-kurangya dia ada kepala, cuma tidak berkaki. Saya tidak pasti tentang jantung, saya tidak tanya.
“Berikan aku kaki kau, bukan kau guna pun. Aku datang pun kau tak lari,” katanya.
Saya berdehem tanda tidak senang dan tidak mahu.
“Bolehlahhhh,” rayunya dan mengengsot makin dekat.
Saya tidak jadi berdehem untuk kali kedua.
Perlahan-lahan hantu itu melilit kaki saya dengan tubuh bawahnya yang seperti ekor ular itu.
Bunyi tulang pecah kedengaran. Saya tidak berasa sakit dan saya tidak mahu melawan. Saya hanya mahu merokok sebenarnya.
Tahu-tahu sahaja, kaki saya sudah tiada. Saya pula yang kini mengengsot. Hantu itu sudah berdiri dengan kaki yang pernah jadi milik saya. Tersenyum lebar menampakkan deretan gigi tajamnya. Mukanya masih pucat lesu, matanya merah menyala. Saya tidak tahu apa jenis hantu, jangan tanya.
Dalam ruang kesedaran yang hampir lenyap, saya bertelapati kepadanya.
“Aku tiada kepala, tiada jantung, tiada kaki, apa aku nak buat?”
“Dasar pemalas. Meninggal je lah,” ejeknya sebelum berlari-lari anak masuk ke dalam semak.
Mungkin saya boleh hidup seribu tahun lagi.

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/02/hari-tanpa-kepala.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doktor Jangka Tak Dapat Hidup Lama Bayi Tanpa Tempurung Kepala Masih Bertahan Hingga Ke Hari Ini

Doktor Jangka Tak Dapat Hidup Lama Bayi Tanpa Tempurung Kepala Masih Bertahan Hingga Ke Hari Ini

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 508 hits
Kehadiran seorang anak tentunya sesuatu yang indah untuk setiap ibu bapa Meskipun anak dalam kandungan disahkan bakal lahir dengan keadaan yang tidak sempurna dan pernah dinasihatkan oleh doktor untuk tidak meneruskan kandungan kerana anak ...
Bosan Hari Hari Makan Nasi Pasta Creamy Chicken Dengan Keledek Ni Buat Bangkit Selera Anak

Bosan Hari Hari Makan Nasi Pasta Creamy Chicken Dengan Keledek Ni Buat Bangkit Selera Anak

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 653 hits
Sesekali tukar selera anak pastinya buat anak rasa gembira Rasa yang baru dan jarang jarang dirasa selalunya dapat membangkitkan selera anak kecil Inilah yang seharusnya cuba dilakukan oleh semua ibu Pasta Creamy Chicken antara yang boleh d...
Pos Malaysia Akan Dibuka Pada Hari Sabtu Mulai 1 Februari Ini

Pos Malaysia Akan Dibuka Pada Hari Sabtu Mulai 1 Februari Ini

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 574 hits
Pejabat Pos Malaysia Akan Dibuka Pada Hari Sabtu Mulai 1 Februari Ini Pejabat Pos Malaysia Akan Dibuka Pada Hari Sabtu Mulai 1 Februari Ini Mulai 1 Februari 2020 ini Pos Malaysia akan beroperasi pada waktu yang baru Semua cawangan pejabat P...
Hanya 50 Hari Bernikah Isteri Luah Rasa Rindu Tak Berpenghujung Terhadap Arwah Suami

Hanya 50 Hari Bernikah Isteri Luah Rasa Rindu Tak Berpenghujung Terhadap Arwah Suami

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 394 hits
Bukan perkara yang mudah untuk membuang memori terindah dengan orang tersayang apatah lagi dia meninggalkan kita buat selama lamanya Kehilangan suami diibaratkan seperti hilang separuh jiwa tempat bergantung dan tempat bermanja Ya jodoh aja...
Divonis 4 Bulan Penjara Luthfi Alfiandi Langsung Bebas Hari Ini

Divonis 4 Bulan Penjara Luthfi Alfiandi Langsung Bebas Hari Ini

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 250 hits
Luthfi dijebloskan ke bui tanggal 1 Oktober 2019 lalu Jaksa Penuntut Umum Andri Saputra mengatakan Lutfi direncanakan bebas pada usai magrib pukul 18 30 WIB di Rutan Salemba Saat ini jaksa sedang melakukan eksekusi terhadap Lutfi
50 Hari Kahwin Ibarat 50 Tahun Bahagia Isteri Kenang Arwah Suami

50 Hari Kahwin Ibarat 50 Tahun Bahagia Isteri Kenang Arwah Suami

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 387 hits
Perkahwinan seorang wanita Ateng selama 50 hari sebelum suaminya meninggal dunia Foto ihsan Facebook AtengKUALA LUMPUR 31 Jan Masih terkenangkan arwah suami selepas hampir tiga tahun pemergian seorang wanita mengakui masih rindu walaupun ha...
Bercuti 3 Hari 2 Malam Di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel

Bercuti 3 Hari 2 Malam Di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 592 hits
Bercuti 3 Hari 2 Malam di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel Assalamualaikum semua Amboi baru je melangkah tahun baru 2020 dah sibuk bercuti ye Alaaa macam ni la nasib orang yang bekerja sendiri wakk Time orang sibuk bercuti time tu la ke...
Tempat Tempat Di Bali Yang Asyik Dikunjungi Di Siang Hari

Tempat Tempat Di Bali Yang Asyik Dikunjungi Di Siang Hari

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 296 hits
Apakah kamu seperti saya jika liburan menghabiskan waktu melihat lihat tempat wisata di siang hari dan malamnya berburu kuliner atau update blog di penginapan Itu juga yang akan saya lakukan saat berlibur di Bali Di siang hari saya akan men...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut