Hari Sepatutnya Hessa Fateema Lahir Allah Ambil Selamanya Ibu Macam Mimpi Sayang


Andai sampai ajal tak cepat tak lambat. Hari yang sepatutnya serah diri untuk bersalin, menjadi pengalaman yang tak akan dilupakan sampai bila-bila apabila anak syurga pergi buat selamanya.
Berat sungguh hati seorang ibu saat diberitahu doktor bayi yang dah bersedia lahir, denyutan jantungnya terhenti. Macam mimpi kerana sebelum itu setiap pergerakan kamu ibu rasa dan sangat aktif.
Menerusi perkongsian Puan Nadhirah Mukhtar, perginya bidadari syurganya, Hessa Fateema Binti Mohamad Fakhrul Tahfiz genap 40 minggu sesuatu yang sangat tak disangka sama sekali.

Kamu lahir dengan sangat comel sekali. Terima kasih Ya Allah atas pinjaman yang sangat berharga ini. Disebabkan ramai sangat tanya apa yang berlaku pada Hessa, ibu akan ceritakan lebih lanjut.
Hessa Fateema lahir dengan berat 4.53 kilogram secara normal. Tiada punca tapi doktor  decide kata anggap sebab GDM masa mengandung. Tak sampai setengah jam sebelum nak jumpa doktor untuk buat pemeriksaan sebelum bersalin, Hessa berhenti bergerak. Padahal sepanjang mengandung bacaan gula semua elok walaupun perlu diet control.

30 Disember 2020 merupakan hari di mana iboo kena serah diri ke HSI disebabkan iboo ade GDM on diet control, tak boleh lebih dari 40w.. Semasa tunggu di ruang menunggu sebelum ke PAC untuk cek ctg baby dan (VE) cek bukaan jalan semua, jam menunjukkan 9 pagi. Iboo mula mengira pergerakan baby seperti hari-hari biasa. Jam 9 lebih Hessa iboo masih bergerak dalam perut.
Kemudian, pukul 10 pagi, sampai turn iboo buat ctg, nurse cari-cari jantung, tak jumpa. Masa tu, jantung iboo dah mula nak luruh. Doktor terus scan dan sahkan memang dah stop jantungnya. Masa tu, jantung iboo yang rasa berhenti sekali.
Doktor suruh call husband dan husband tengok sekali scan. Kami berdua lemah lutut dan saling berpelukan kerana hilang kekuatan dalam diri. Tujuan utama ke HSI berubah menjadi 100%.

Masa tu iboo cuba untuk mengawal kesediaan, masih berfikir kemungkinan bila Hessa lahir nanti, ada keajaiban.. Baby akan menangis lepas skin to skin dengan ibunya macam dalam iklan-iklan yang pernah iboo tengok.
Dipendekkan cerita, doktor cadangkan biar baby lahir sendiri, maksudnya iboo balik dulu, nanti tunggu baby lahir sendiri. Tapi iboo ayah decide untuk induce je. Tak sanggup biar baby lama-lama dalam perut tanpa nyawa. Jadi, plan doktor iboo akan warded untuk induce belon esoknya.
Jutaan terima kasih kepada Dr Wan Noor Asma kerana sudi datang tanpa jemu lawat iboo dan tak putus bagi semangat. Alhamdulillah Allah sentiasa hadirkan insan-insan yang baik di sekeliling iboo.
Pada 31 Disember 2020
Allah Maha Kuasa, sepatutnya pukul 3 petang iboo akan di induce belon.. Jadi, Iboo di panggil ke bilik untuk induce. Sebelum induce, doktor VE dulu dan terkejut, jalan dah buka 8cm. Doktor pelik sebab iboo boleh berjalan macam biasa dan tak sakit. Allah Maha Baik.
Allah uji iboo, tapi Allah mudahkan semua urusan kelahiran Hessa.. Alhamdulillah… Bila iboo rasa nak bersalin, terus hantar iboo ke Labour Room dan proses bersalin bermula.
Tepat azan Asar, baby Hessa selamat dilahirkan ke dunia.. Doktor terus skin to skin kan Hessa pada iboo. Iboo peluk kuat-kuat Hessa dan cium tanpa henti. Allah..rindunya bau Hessa.. Bau Hessa lain dari bau baby-baby iboo yang lain. Baunya unik, sedappp sangat. Sampai kat tudung iboo melekat baunya.
Masa Hessa lahir, kulit-kulit di badan dah mula tanggal sebab seharian meninggal dalam perut. Tapi kuasa Allah, muka Hessa tiada satu kulit yang tanggal. Allah nak tunjukkan pada iboo macam mana rupa anak syurga iboo seorang ni.. Allahuakhbar.. Cantikkk sangat Hessa iboo.. Subhanallah.. Indah sangat ciptaan Allah.
Sampaikan iboo cakap, patutla kamu dipilih utk menjadi bidadari… Iboo redha. Bila lahir je Hessa, redha datang sendirinya. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana memberikan kami pertolongan dan dipermudahkan urusan walaupun kami diberi dugaan sebegini.
P/s: Yg dalam gambar ni selepas Hessa dibersihkan.. Sbb tu lagi banyak merah-merah.. Kulit dah banyak tanggal lepas dibersihkan. Bukan kesan air panas/lecur.

Kena panic attack ketika berpantang
Malah ketika berpantang, saya kena panic attack. Nak mandi atau tidur tak boleh tutup pintu. Seolah-olah rasa tak cukup nafas, jantung jadi laju. Nasib baik tak meroyan sebab suami banyak bagi sokongan emosi.
Punca kena panic attack ni mungkin sebab saya cuba lawan. Jadi signal badan react macam tu. Apabila saya belajar teknik pernafasa yang betul, barulah lama-lama semakin ok.

Kalau tak dalam sehari berkali-kali saya kena serangan ni. Sekarang ni pun selepas 3 bulan masih lagi ada cuma hanya datang sesekali je. Lagi satu, saya jadi tak kuat sebab anak sulung asyik menangis rindukan adiknya.
Kaka dan abang masing-masing menantikan kelahiran adik sebab mereka dah besar dan faham nak sayang adik. Namun lain pula jadinya apabila mereka tengok sekujur badan yang kaku depan mereka ketika menunggu kehadiran adik pulang ke rumah.
Nasihat saya, buat ibu yang sedang mengandung, jagalah kandungan elok-elok kerana kita tak tahu keadaan bayi dalam perut.
Doakan semoga iboo dan ayah sentiasa diberikan kekuatan dan ketabahan untuk menempuh ujian ini.. Akan kami cerita kan yang indah2 tentangmu wahai anak syurgaku…
Iboo sentiasa menyayangimu
Kredit: Nadhirah Mukhtar

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Hari Sepatutnya Hessa Fateema Lahir, Allah Ambil Selamanya. Ibu Macam Mimpi Sayang..” appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/hari-sepatutnya-hessa-fateema-lahir-allah-ambil-selamanya-ibu-macam-mimpi-sayang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
17 Puasa Eat All U Can Di Hari Lahir Ketua Keluarga

17 Puasa Eat All U Can Di Hari Lahir Ketua Keluarga

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 262 hits
Assalamualaikum TETIBA teringat PKP 1 0 yang lepas bila mana cuma Ketua Keluarga sahaja yang dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan rumahtangga Masa tu memang Sk langsung tak keluar rumah la Semua harap pada Pak Inche Sebetulnya...
Hukum Sambut Hari Ibu Menurut Islam

Hukum Sambut Hari Ibu Menurut Islam

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 592 hits
9 Mei 2021 tarikh hari ibu sedunia 2021 Sambutan hari ibu yang diraikan sebagai tanda menghargai pengorbanan dan usaha ibu dalam membesarkan sehingga menjadi manusia yang berjaya Hari ibu 2021 Malaysia tak kurang juga meriahnya Ramai yang m...
Istimewa Untuk Hari Wanita Paling Disayangi Iaitu Ibu

Istimewa Untuk Hari Wanita Paling Disayangi Iaitu Ibu

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 428 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Korang tiada alasan untuk tidak meraikan permaisuri hati korang tetapi Hari Ibu pasti adalah hari istimewa untuk Ibu Bagi memb...
8 Idea Hadiah Menarik Untuk Hari Ibu

8 Idea Hadiah Menarik Untuk Hari Ibu

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 666 hits
Bulan Mei yang bakal diserikan dengan sambutan Hari Ibu sudah tentu akan diceriakan lagi dengan pemberian hadiah ataupun sambutan bersama ibu tersayang Namun ada juga yang masih keliru dengan jenis hadiah unik dan sesuai bukan Untuk perkong...
Sebab Allah Sayang

Sebab Allah Sayang

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 174 hits
Assalamualaikum dan salam Ramadhan Masuk kereta dengar bunyi lagu Raya buka tv dah banyak iklan cerita raya program raya Adusss Gambar last day kerja di tempat kerja sebelum raya Sambung kerja dari rumah sebab zon merah Tahun ni yang ke sek...
Raikan Hari Ibu Dengan Hadiah Istimewa

Raikan Hari Ibu Dengan Hadiah Istimewa

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 266 hits
Sempena Hari Ibu Sedunia raikan insan tersayang dengan pemberian hadiah istimewa daripada hujung rambut hingga ke hujung kaki Pemberian hadiah dari anak kesayangan adalah momen paling istimewa buat setiap ibu di seluruh dunia Dirinya sepert...
Periuk Lebih 8 Tahun Berkilatnya Macam Baru Pesan Ibu Ni Lepas Guna Terus Sental

Periuk Lebih 8 Tahun Berkilatnya Macam Baru Pesan Ibu Ni Lepas Guna Terus Sental

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 470 hits
Bila pergi rumah orang tengok kuali periuk berkilat kadang terdetik dalam hati Rajinnya cuci periuk tak nampak langsung kesan hitam atau minyak yang melekat Ini respon secara automatik Mungkin bagi sesetengah individu tak kisah sangat bab p...
Bayi Tersenyum Masa Tidur Adakah Sebab Mimpi Indah Ibu Ayah Kena Tahu Ini

Bayi Tersenyum Masa Tidur Adakah Sebab Mimpi Indah Ibu Ayah Kena Tahu Ini

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 282 hits
Melihat bayi senyum adalah perkara yang membahagiakan Tetapi bagaimana pula jika bayi tersenyum saat tidur atau mungkin ketawa adakah ia sesuatu yang perlu dibimbangkan Artikel Menarik Bolehkah bayi tersenyum saat tidur Apabila ada bayi sen...
Video 2 Hari Je Lg Nak Raya Allah Ambil Abah Wanita Kongsi Rakaman Call Dari Doktor Buat Netizen Sebak

Video 2 Hari Je Lg Nak Raya Allah Ambil Abah Wanita Kongsi Rakaman Call Dari Doktor Buat Netizen Sebak

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 304 hits
Jodoh rezeki dan ajal seseorang itu merupakan rahsia Allah S W T Tiada siapa dapat menduga jalan kehidupan dan juga pengakhiran seseorang di dunia ini Siapa sangka disaat orang lain berseronok dan sibuk membuat persediaan menyambut Hari Ray...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp