Bayi Tersenyum Masa Tidur Adakah Sebab Mimpi Indah Ibu Ayah Kena Tahu Ini


Melihat bayi senyum adalah perkara yang membahagiakan. Tetapi bagaimana pula jika bayi tersenyum saat tidur atau mungkin ketawa, adakah ia sesuatu yang perlu dibimbangkan?
Artikel Menarik: Tak Keluar Rumah Pun Ibu Risau Kesihatan Anak. Ini Apa Yang Boleh Dibuat

Bolehkah bayi tersenyum saat tidur?
Apabila ada bayi senyum atau ketawa ketika terjaga adalah keadaan yang normal, bahkan ia boleh mencairkan hati sesiapa yang melihatnya. Pun begitu, ada kalanya anda mungkin akan melihat bayi tersenyum saat tidur.

Jika anda baru melahirkan bayi dan kerap memerhatikan mereka saat sedang tidur, pastinya anda akan perasan bahawa sesekali si manja kelihatan seperti tersenyum atau tersengih.
Pastinya ia momen yang sangat membahagiakan hati mommies. Tetapi mengapa anak yang tidur boleh tersenyum? Jom bongkar mengenainya.
Memahami punca bayi tersenyum saat tidur
Kebanyakan daripada kita, bahkan penulis sendiri berpendapat bahawa bayi yang tersenyum saat sedang terlena adalah kerana mengalami mimpi yang indah. Malangnya tidak banyak bukti saintifik untuk mengesahkannya.
Pun begitu, bayi tersenyum saat tidur mungkin kerana 4 sebab berikut:
1. Perkembangan emosi
Semasa terjaga, bayi terdedah kepada pelbagai bunyi dan pemandangan baharu. Dalam tempoh itu, otak mereka yang sedang berkembang cenderung untuk mencatatkan semua pengalaman dan maklumat harian tersebut yang mungkin akan diproses ketika sedang tidur.
Emosi gembira yang dirasakan semasa mengendalikan pengetahuan dan pemahaman baharu itu akan dipamerkan melalui senyuman dan tawa saat bayi sedang tidur.
Oleh yang demikian, bayi tersenyum, ketawa atau tersengih saat mata terpejam lena mungkin disebabkan sebahagian daripada proses perkembangan emosi si manja.
2.Melepaskan gas
Dipercayai bayi akan mula mempamerkan senyuman sosial apabila berusia 3 hingga 4 bulan. Namun jika si manja tersenyum pada beberapa minggu pertama kelahirannya, ia mungkin menunjukkan bahawa bayi anda mengeluarkan gas.
Pun begitu, tanggapan tersebut tidak mendapat sokongan daripada sebarang penyelidikan saintifik yang konkrit.
Walau apa pun, adalah fakta bagi bayi yang mengalami kolik untuk cenderung berasa terganggu, dan kentut dipercayai membantu mereka berasa lebih selesa.
Kelegaan melepaskan angin mungkin antara sebab mengapa bayi yang sedang tidur kelihatan tersenyum.
youtube.com/watch?v=WKpSzk5kpII
3.Kitaran tidur REM
Semasa peringkat tidur REM, bayi mungkin akan mengalami perubahan fisiologi tertentu yang mencetuskan beberapa refleks dan salah satunya mungkin tersenyum.
Fasa tidur REM juga akan mengakibatkan pergerakan mata yang cepat dan mimpi yang jelas. Sekiranya anda menyedari si manja yang sedang terlena tertawa atau memberikan senyuman, dia mungkin berada dalam kitaran tidur REM – mungkin mengingatkannya tentang beberapa episod lucu yang berlaku pada awal hari.

4.Masalah berkaitan perubatan
Dalam kes yang jarang berlaku, kekejangan dan ketegangan mungkin terhasil sebagai ketawa yang tidak berhenti. Jika anda menyedari sebarang simptom lain kepada bayi seperti penurunan berat badan, masalah ketika tidur, kerap merengek atau ketawa mahupun tersengih tanpa sebab yang jelas, dapatkan pemeriksaan doktor segera.
Masalah bayi ketawa dalam tidur yang berpanjangan boleh mengganggu waktu rehatnya sehingga menjejaskan tahap kesihatannya.
Perbezaan bayi tersenyum saat tidur
Jadi kini anda sudah memahami mengapa bayi tersenyum saat tidur atau ketawa. Tetapi tahukah anda bahawa terdapat perbezaan jenis senyuman yang boleh dihasilkan si manja?
Jika bayi yang terlena dan tersenyum, ia mungkin terdiri daripada 3 jenis senyuman ini:
i. Senyuman sosial
Bayi cenderung mengalami banyak perubahan emosi dalam beberapa tahun pertama kehidupan mereka.
Seiring peningkatan usia, mereka akan menjadi lebih responsif, waspada dan berinteraksi dengan individu lain. Jika si manja anda mempamerkan senyuman sosial, itu menunjukkan 1 perkembangan penting dan ekspresi kemesraan terhadap anda.
Ia juga bermakna kemahiran komunikasi bayi semakin meningkat. Pada waktu ini, anda mungkin mahu berinteraksi lebih banyak dengan si comel melalui pelukan atau dengan berbual dengannya.
ii. Senyuman refleksif
Bayi yang sedang tidur juga mungkin akan menunjukkan senyuman sekilas terutamanya dalam beberapa hari pertama selepas kelahiran mereka. Pakar berpendapat episod senyuman itu adalah tindakan refleks yang serupa dengan refleks lain yang ditunjukkan si manja seperti menghisap.
Bahkan senyuman refleksif ini mungkin telah bermula semasa bayi masih di dalam kandungan ibu. Selepas dilahirkan, bayi akan menghasilkan senyuman refleks ini semasa fasa tidur REM.

iii. Senyuman responsif
Jenis senyuman ini biasanya dapat dilihat pada usia bayi mencecah sekitar 6 hingga 8 minggu selepas dilahirkan. Senyum responsif semasa tidur mungkin tindak balas bayi terhadap pengalaman deria atau perkara yang dia nikmati seperti suara yang menenangkan, pelukan dan lain-lain.
Senyum responsif bukanlah reaksi sosial tetapi hanya tindakan berulang-ulang mengikut pada apa yang dirasakan oleh bayi.
1 keadaan normal
Bayi yang ketawa atau tersenyum semasa tidur adalah bahagian normal fasa tidur. Bahkan individu dewasa juga boleh tersenyum, tersengih atau ketawa ketika tidur dan ini adalah wajar.
Apa yang mustahak adalah si manja anda masih membesar dan mengikut proses tumbesaran dengan baik mengikut usianya.
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Bayi Tersenyum Masa Tidur, Adakah Sebab Mimpi Indah? Ibu Ayah Kena Tahu Ini appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bayi-tersenyum-masa-tidur-adakah-sebab-mimpi-indah-ibu-ayah-kena-tahu-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masa Nak Sujud Tu Rasa Gelap Dunia Anak Berebut Chopstick Tercucuk Mata Ibu Tengah Solat

Masa Nak Sujud Tu Rasa Gelap Dunia Anak Berebut Chopstick Tercucuk Mata Ibu Tengah Solat

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 565 hits
Malang tak berbau Itu yang berlaku pada seorang ibu apabila matanya mengalami kecederaan yang agak serius gara gara anak berebut chopstick dan tercucuk ke dalam matanya ketika sedang solat berjemaah dengan suami Menerusi perkongsian oleh Um...
Kerap Peluk Anak Akan Hasilkan Hormon Oxytocin Anak Akan Lebih Mudah Dengar Cakap Ibu Ayah

Kerap Peluk Anak Akan Hasilkan Hormon Oxytocin Anak Akan Lebih Mudah Dengar Cakap Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 237 hits
Emosi ibu kadang kadang tak terkawal bila penat seharian dengan tugas tugas yang sentiasa menanti Tapi bila emosi tak terkawal jangan pula kita lepaskan pada anak kesian anak anak jadi mangsa Emosi anak juga akan tergangu Artikel Menarik Ma...
Ramai Datang Scan Sebab Bayi Kurang Gerak Ada Bayi Meninggal Ibu Hamil Tak Perlu Paksa Diri Berpuasa

Ramai Datang Scan Sebab Bayi Kurang Gerak Ada Bayi Meninggal Ibu Hamil Tak Perlu Paksa Diri Berpuasa

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 325 hits
Sepanjang bulan Ramadan ramai di kalangan kita yang bersungguh sungguh mengejar barakah yang berada di dalamnya dengan mengerjakan amalan berpuasa dengan sempurna Bagi lelaki dan wanita yang tidak hamil tentunya ia tidak menjadi masalah Bag...
Huawei Vision S Paling Sesuai Dijadikan Hadiah Untuk Ibu Ayah Di Kampung Dengan Fungsi Menarik

Huawei Vision S Paling Sesuai Dijadikan Hadiah Untuk Ibu Ayah Di Kampung Dengan Fungsi Menarik

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 337 hits
Memang banyak yang berubah sepanjang tempoh pandemik Covid 19 melanda dunia dan tahun ini juga merupakan tahun kedua kita merayakan Hari Raya Aidilfitri dengan norma baharu Walaupun agak sedih tidak dapat pulang ke kampung berikutan kes mas...
Rasa Tak Sedap Hati Suami Selamatkan Isteri Ibu Lahirkan Bayi Kembar Bertindak Luar Kawalan

Rasa Tak Sedap Hati Suami Selamatkan Isteri Ibu Lahirkan Bayi Kembar Bertindak Luar Kawalan

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 259 hits
Panggilan kecemasan pada bomba terpaksa dibuat setelah seorang suami rasa tidak sedap hati setelah isterinya yang sedang berpantang mendiamkan diri dan mengunci dari dalam bilik Situasi ini cukup mendebarkan kerana setelah dipanggil beberap...
Diduga Stres Ditinggal Suami Merantau Ibu Di Oki Bunuh Anak Saat Tidur

Diduga Stres Ditinggal Suami Merantau Ibu Di Oki Bunuh Anak Saat Tidur

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 285 hits
Dari pemeriksaan tersangka mengalami gangguan kejiwaan setelah ditinggal suami bekerja di luar kota Tersangka tinggal bersama korban di rumah itu
Masa Marah Tak Sedar Bukan Besar Pun Salah Anak Bila Anak Dah Tidur Baru Menyesal

Masa Marah Tak Sedar Bukan Besar Pun Salah Anak Bila Anak Dah Tidur Baru Menyesal

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 523 hits
Kenapa buat macam tu diherdik si kecil yang masih tak mengerti dicubit peha gebu kerana terlalu geram dengan keletahnya yang sangat mencabar jiwa dan emosi Setelah tersedar dari kemarahan barulah rasa bersalah datang bertubi tubi Baca Saat ...
Rapat Sekalipun Anak Dengan Ibu Bab Tingkah Laku Apa Ayah Buat Anak Ikut Satu Satu

Rapat Sekalipun Anak Dengan Ibu Bab Tingkah Laku Apa Ayah Buat Anak Ikut Satu Satu

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 322 hits
Baik macam mana pun si ibu anak tetap akan lebih ikut cara ayah berbanding ibu Sejauh mana kebenaran ini Ya anak anak memang mewarisi genetik ibu dan ayah Dan tiada lagi kajian spesifik mengatakan anak ikut mana lebih Namun anak anak meliha...
Anak Terpaksa Bersaing Dengan Phone Untuk Dapat Perhatian Ibu Ayah Bayangkan Perasaan Mereka

Anak Terpaksa Bersaing Dengan Phone Untuk Dapat Perhatian Ibu Ayah Bayangkan Perasaan Mereka

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 250 hits
Ibu ayah menyedari bahaya sekiranya anak anak terdedah secara berlebihan pada skrin gajet Jika anak anak minta untuk pinjam sebentar pun banyak syarat yang kita kenakan Bimbang anak anak terlalu obses dengan gajet Namun pernahkah anda terfi...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia

Update Youtube 2025 Semua Video Dengan Judul Thumbnail Clickbait Dihapus