Hari Ke 34 Saksi Tak Dimaklumkan Keputusan Kwap Tak Beri Pinjaman Terus Pada Src


Hidir Reduan Abdul Rashid dan Hariz Mohd 
   
LANGSUNG | Perbicaran terhadap bekas perdana menteri Najib Razak berkaitan dakwaan salahguna dana SRC International sebanyak RM42 juta memasuki hari ke-34 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Malaysiakini melaporkan perbicaraan ini secara langsung:
Tak tahu keputusan Panel Pelaburan KWAP dan pilihan MOF
9.30 pagi: Bekas pegawai Kementerian Kewangan Maliami Hamad berkata dia tidak pernah dimaklumkan oleh pegawai atasannya bahawa Panel Pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) telah memutuskan pada tahun 2011 untuk tidak memberi pinjaman secara terus kepada SRC International, sebaliknya kepada 1MDB atau kerajaan

Ini berlaku walaupun pegawai atasannya - Ketua Setiausaha Perbendaharaan Wan Abd Aziz Wan Abdullah dan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Nurzirah Bahari - tahu mengenai keputusan itu ketika duduk dalam mesyuarat Panel Pelaburan tersebut yang membuat keputusan itu pada 19 Julai 2011.
Maliami yang pada masa itu merupakan setiausaha di Bahagian Pengurusan Pinjaman, Pasaran Kewangan dan Aktuari Kementerian Kewangan berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh peguam Farhan Read

Maliami berkata dia tidak pernah tahu bahawa panel pelaburan KWAP membuat keputusan itu termasuk dalam pertemuan pertamanya dengan wakil SRC International pada 12 Ogos 2011 di mana mereka membincangkan mengenai permohonan syarikat itu untuk jaminan kerajaan ke atas bahagian pertama pinjaman berjumlah RM2 bilion.

Maliami berkata dia juga tidak tahu bahawa kementerian telah memutuskan untuk memilih pilihan kedua - yang mana KWAP memberi pinjaman RM2 bilion kepada kerajaan yang seterusnya akan memberi pinjaman kepada 1MDB.

Untuk makluman, pada masa permohonan pinjaman pertama oleh SRC International pada tahun 2011, syarikat itu masih merupakan anak syarikat 1MDB.

Farhan: Jadi Datuk menyatakan bahawa MGS (Malaysia Government Security) ni bawah seliaan Datuk? Dalam minit ini nyatakan apa berlaku adalah KWAP beri dua option (pilihan), dan option MGS dipilih oleh MOF (Kementerian Kewangan).
Maliami: Saya tidak punyai pengetahuan apa dibincangkan dalam panel pelaburan.
Farhan: Datuk setuju, dalam pertimbangan kedua-dua option ini, MOF akan buat kajian terhadap option yang diberikan, dan pilih option terbaik untuk kerajaan.
Maliami: Saya tidak pasti.
Farhan: Tapi dinyatakan di sini MOF pilih option B untuk MGS?
Maliami: Saya tak mengetahui cadangan ini.
Farhan: Tapi jika perkara ini benar, bahagian manakah bertanggungjawab untuk lihat option ini?
Maliami: BPKA (Bahagian Pengurusan Pinjaman, Pasaran Kewangan dan Aktuari Kementerian).
Farhan: Tapi Datuk tak terlibat?
Maliami: Saya tak tahu cadangan ini. Dan saya terlibat dalam MGS.
Farhan: Nampaknya dalam perkara-perkara dinyatakan ini bawah pengetahuan TSKP dan Nurzirah?
Maliami: Betul.
Farhan: Mereka tak bincangkan dengan Datuk perkara ini sebelum mesyuarat?
Maliami: Tidak.
9.10 pagi: Najib memasuki kandang tertuduh
9.05 pagi: Tertuduh Najib Razak memasuki mahkamah dan mengambil tempat duduk di barisan hadapan galeri awam sambil menunggu perbicaraan bermula

Turut kelihatan di mahkamah ialah Peguam Negara Tommy Thomas dan anggota pasukan pendakwaan serta barisan peguam Najib.

Peguam Najib Farhan Read dilihat bersedia untuk pemeriksaan balas terhadap saksi ke-43, bekas setiausaha di bahagian Pengurusan Pinjaman, Pasaran Kewangan dan Aktuari Kementerian Kewangan, Maliami Hamad.

Pemeriksaan balas oleh pihak pembelaan dijangka membantu mendedahkan lebih terpeinci apa yang dimaksudkan oleh saksi ke-43, Maliami Hamad bahawa SRC International mendapat perhatian istimewa daripada Najib dalam permohonan syarikat itu untuk mendapatkan jaminan kerajaan bagi mendapatkan pinjaman RM2 bilion

Pasukan pembelaan dijangka menyoal bekas setiausaha di Bahagian Pengurusan Pinjaman, Pasaran Kewangan dan Aktuari Kementerian Kewangan itu berhubung keterangan beliau bahawa perhatian khas ini merujuk kepada jaminan untuk mendapatkan pinjaman daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) pada bulan Ogos 2011.

Semalam semasa pemeriksaan utama oleh pihak pendakwaan, Maliami memberi keterangan bahawa dia diberitahu untuk mempercepatkan permohonan jaminan kerajaan bagi SRC International oleh bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Wan Abd Aziz Wan Abdullah kerana permohonan itu mendapat perhatian khas Najib.

Pihak pembelaan hari ini mungkin menyoal keterangan Maliami semalam bahawa SRC International hanya memberikan justifikasi satu perenggan dalam permohonannya untuk mendapatkan jaminan kerajaan pada sekitar tahun 2011.

Satu lagi yang mungkin diperiksa balas ialah keterangan bahawa Wan Abd Aziz dikatakan enggan menandatangani surat meminta KWAP membayar bahagian pinjaman kedua sebanyak RM2 bilion kepada SRC sebelum jaminan kerajaan dikeluarkan pada awal 2012.

Dia dikatakan sebaliknya mengarahkan Maliami untuk meletakkan tandatangan di atas surat yang ditujukan kepada Ketua Pegawai Eksekutif KWAP Azian Mohd Noh.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/07/hari-ke-34-saksi-tak-dimaklumkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Rasuah Ku Nan Arahan Menteri Jadi Keutamaan Ketika Buat Sebarang Keputusan Saksi

Kes Rasuah Ku Nan Arahan Menteri Jadi Keutamaan Ketika Buat Sebarang Keputusan Saksi

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 189 hits
KUALA LUMPUR Bekas pengarah Jabatan Perancangan Ekonomi dan Penyelarasan Pembangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Ab Salim Mansor memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa pihaknya menjadikan arahan daripada Menteri Wilayah Persek...
Pinjaman Rm4b Src Tanpa Projek Antara Perbicaraan Kes Najib Minggu Ini

Pinjaman Rm4b Src Tanpa Projek Antara Perbicaraan Kes Najib Minggu Ini

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 198 hits
KUALA LUMPUR Ke mana perginya RM4 bilion yang dipinjam SRC International Sdn Bhd daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan Mahkamah Tinggi diberitahu tiada sebarang projek yang wujud menggunakan wang RM4 bilion yang dipinjam oleh syari...
Kes Src Najib Percepat Jaminan Pinjaman Bukan Amalan Biasa Maliami

Kes Src Najib Percepat Jaminan Pinjaman Bukan Amalan Biasa Maliami

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 340 hits
Datuk Seri Najib RazakKUALA LUMPUR Pertimbangan Jemaah Menteri untuk mempercepatkan jaminan kepada SRC International terhadap pinjaman RM2 bilion bukanlah amalan biasa Kementerian Kewangan Bekas Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kemen...
Najib Tandatangan Draf Pindahan Src Ke Mkd Sambil Berdiri Kata Saksi

Najib Tandatangan Draf Pindahan Src Ke Mkd Sambil Berdiri Kata Saksi

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 239 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak menandatangani draf memorandum berhubung permohonan pemindahan syarikat SRC International Sdn Bhd untuk diletakkan di bawah Menteri Kewangan Diperbad...
Ainul Sampai Tengah Hari Ini Terus Ke Hospital Buat Pemeriksaan

Ainul Sampai Tengah Hari Ini Terus Ke Hospital Buat Pemeriksaan

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 191 hits
Kepulangan si kecil Ainul Mardhiah ke Malaysia adalah berita gembira yang dinanti nantikan seluruh rakyat Malaysia Kesihatan yang semakin baik selepas pembedahan selama 5 jam membuang tumor seberat 200gram yang berisiko tinggi oleh pakar di...
Terus Buntu Walaupun Pencemaran Sudah 10 Hari Berlaku

Terus Buntu Walaupun Pencemaran Sudah 10 Hari Berlaku

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 242 hits
Walaupun pencemaran udara di daerah ini sudah berlarutan sehingga 10 hari kerajaan masih tidak dapat mengenal pasti puncanya selepas melakukan pelbagai usaha Bagaimanapun Menteri Tenaga Teknologi Sains Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Yeo B...
Luar Biasa Najib Arah Kwap Beri Pinjaman Sebelum Ada Surat Jaminan

Luar Biasa Najib Arah Kwap Beri Pinjaman Sebelum Ada Surat Jaminan

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 380 hits
KUALA LUMPUR 10 Julai Mahkamah Tinggi di sini diberitahu bahawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengarahkan supaya Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan mempercepatkan pengeluaran wang pinjaman kepada SRC International Sd...
Skandal Seks Bill Clinton Monica Lewinsky Yang Terus Segar Sehingga Ke Hari Ini

Skandal Seks Bill Clinton Monica Lewinsky Yang Terus Segar Sehingga Ke Hari Ini

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 316 hits
Sepanjang lipatan sejarah AS bukan sekali dua Oval Office dilanda ribut taufan skandal yang menyelubungi Presiden namun apabila berbicara tentang skandal seks Bill Clinton ia masih memberi impak kepada Washington sehingga hari ini walaupun ...
Hari Ke 37 Najib Tak Lapor Perbelanjaan Rm3 2 Juta Guna Kad Kreditnya Saksi

Hari Ke 37 Najib Tak Lapor Perbelanjaan Rm3 2 Juta Guna Kad Kreditnya Saksi

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 259 hits
LANGSUNG Perbicaraan bekas perdana menteri Najib Razak berkenaan dakwaan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd masuk hari ke 37 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Malaysiakini membawakan laporan langsung perbicaraan Iklan Ringkasan kes ...
Cara Memasarkan Homestay Anda

8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda

Dr Zaliha Terus Kunci Mulut Berkaitan Titah Adendum Minta Rujuk Ulasan Pm

Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Moisturizer Terbaik 2024 Tekstur Water Based 9 Kebaikan Yang Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Moto Distracto Steady Garage Customizes The New Honda Motocompacto



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Cops Tracking Down Duo Involved In Pasir Mas Shooting

Issue Warning Not Rm250 000 Fine For First Time No Palm Oil Label Offences Urges Mydin Boss

There Are Many Types Of Indians

Pengalaman Kerja Sambil Belajar

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Terkejut Dr M Rakib Sampai Di Pelabuhan Udara Bandung