Satu Lagi Kanak Kanak Mati Angkara Difteria Di Johor Bharu Kerana Tidak Pernah Divaksinkan


Sebentar tadi KKM dalam satu kenyataan memaklumkan seorang kanak-kanak lelaki yang berusia dua tahun mati angkara terkena jangkitan difteria. Rekod kesihatan menunjukkan kanak-kanak itu tidak pernah menerima sebarang vaksinisasi semenjak dilahirkan.

Berikut adalah kenyataan penuh;

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan kejadian satu (1) kes kematian disyaki akibat jangkitan difteria di daerah Johor Bahru pada 21 Februari 2019. Kes adalah seorang kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun 1 bulan. Kes tidak pernah menerima sebarang imunisasi sejak lahir. Kanak-kanak tersebut mula mengalami demam, batuk dan bengkak tonsil pada 16 Februari 2019. 



Kes telah dibawa ke unit kecemasan hospital pada 18 Februari 2019 dalam keadaan yang lemah dan dimasukkan ke unit rawatan rapi pediatrik untuk bantuan pernafasan serta rawatan antitoksin difteria. 

Malangnya, kanak-kanak tersebut tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia pada 21 Februari 2019 dengan sebab kematian Severe Diphtheria with multiorgan failure. Ujian pengesanan ke atas sampel calitan tekak kes menunjukkan kehadiran bakteria Corynebacterium diphtheriae dan pihak kementerian kini menunggu keputusan makmal untuk pengesahan toksin difteria.

Penyakit difteria disebabkan oleh jangkitan bakteria Corynebacterium diphtheriae yang menyebabkan gejala sakit tekak dengan selaput di dalam tekak, bengkak tonsil dan kemungkinan berlaku komplikasi bacteremia (infeksi darah) dan endokarditis (infeksi pada jantung) sehingga menyebabkan kegagalan organ, yang seterusnya boleh membawa maut. Pemberian imunisasi difteria dapat mengelak daripada jangkitan atau jika terkena jangkitan, gejala adalah lebih ringan dan tiada komplikasi.

KKM telah mengambil tindakan bagi membendung penularan jangkitan ini termasuk pencarian kes secara aktif di kawasan kediaman kes, aktiviti pemberian imunisasi dan pendidikan kesihatan.

Bagi tahun 2019 sehingga kini, terdapat satu kes difteria yang telah disahkan di Malaysia. Pada tahun 2018, sebanyak 18 kes dengan lima (5) kematian dilaporkan di Malaysia di mana empat (4) daripada lima (5) kematian ini tiada menerima imunisasi. Kesemua kematian difteria bagi tahun 2018 melibatkan kanak-kanak di bawah 10 tahun.

Sehubungan dengan itu, KKM ingin menasihati orang awam terutamanya ibu-bapa agar sentiasa berwaspada terhadap penyakit berjangkit yang boleh dicegah melalui imunisasi seperti difteria, demam campak (measles), batuk kokol (pertussis) dan lain-lain. Pastikan anak anda diberikan imunisasi. Imunisasi adalah cara pencegahan penyakit yang berkesan dan selamat. 

Perkhidmatan imunisasi ini boleh diperolehi daripada klinik kesihatan kerajaan dan swasta. Kegagalan memberikan imunisasi kepada kanak-kanak bukan sahaja mendedahkan anak anda kepada jangkitan kuman malahan boleh membahayakan kanak-kanak lain.

Sehubungan itu, ibu bapa yang masih belum memberikan imunisasi kepada anak-anak mereka dinasihatkan agar tampil untuk mendapatkan imunisasi mengikut jadual yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Bagi kanak – kanak yang telah tercicir suntikan, bolehlah segera mendapatkan perkhidmatan imunisasi di mana-mana fasiliti kesihatan yang terdekat.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
23 Februari 2019

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2019/02/satu-lagi-kanak-kanak-mati-angkara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kanak Kanak 2 Tahun Meninggal Akibat Difteria Tak Pernah Imunisasi Sejak Lahir Dr Noor Hisham

Kanak Kanak 2 Tahun Meninggal Akibat Difteria Tak Pernah Imunisasi Sejak Lahir Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 505 hits
Seorang kanak kanak lelaki berusia dua tahun satu bulan di Johor Bahru meninggal dunia disyaki akibat jangkitan difteria pada 21 Februari lalu Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kanak kanak berkenaan tidak pernah...
Satu Demi Satu Meninggal Doktor Dedah Pengalaman Kendali Kes Kanak Kanak Mati Akibat Tidak Dapat Imunisasi

Satu Demi Satu Meninggal Doktor Dedah Pengalaman Kendali Kes Kanak Kanak Mati Akibat Tidak Dapat Imunisasi

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 374 hits
Isu mengenai suntikan imunisasi atau vaksin menjadi tular dan memuncak baru baru ini ekoran perdebatan antara seorang doktor pakar pediatrik dan doktor freelance Seorang doktor telah mendedahkan pengalamannya mengendalikan kes kanak kanak y...
Posisi Tidur Ibu Hamil Salah Satu Sebab Bayi Mati Mengejut Doktor O G Jelaskan Posisi Tidur Yang Betul Untuk Ibu Hamil

Posisi Tidur Ibu Hamil Salah Satu Sebab Bayi Mati Mengejut Doktor O G Jelaskan Posisi Tidur Yang Betul Untuk Ibu Hamil

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 1044 hits
Posisi tidur ibu mengandung salah satu sebab bayi mati secara mengejut dalam kandungan Betul ke Pegawai perubatan Kesihatan wanita Kehamilan menjelaskan posisi sebenar untuk tidur bagi ibu hamil Mesti takda orang bagitahu pasal mende ni kan...
Mati Pucuk Angkara Sihir

Mati Pucuk Angkara Sihir

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 538 hits
Allah SWT telah berfirman dalam surah Al Baqarah ayat 102 dalam pada itu ada juga orang orang mempelajari dari mereka berdua ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya padahal mereka tidak akan dapat sama sekali...
Lirik Lagu Satu Hati Sampai Mati Thomas Arya Elsa Pitaloka

Lirik Lagu Satu Hati Sampai Mati Thomas Arya Elsa Pitaloka

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 482 hits
Lirik Lagu Satu Hati Sampai Mati Thomas Arya Elsa Pitaloka Walau menangis pilu hati ini Sayang ku akan tetap abadi Sampai akhir masa kau ku nanti Hanya kau yang aku sayangi Sumpah mati bukan maksud di hati Tuk meninggalkan dirimu oh kasih K...
Hiburan Pernah Dengar Mati Mengejut Sharnaaz Ahmad Sindir Netizen Suka Fitnah Jatuhkan Orang

Hiburan Pernah Dengar Mati Mengejut Sharnaaz Ahmad Sindir Netizen Suka Fitnah Jatuhkan Orang

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 2017 hits
Semakin hari status rumahtangga Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila semakin hangat diperkatakan oleh para netizen Paling mengejutkan ada sesetengah netizen yang mengungkit kisah lama Menurut netizen apa yang terjadi kepada Sharnaaz hari ini adal...
Wakil Rakyat Ph Mati Satu Persatu Petanda Dari Allah Kepada Rakyat Mohamed Satim

Wakil Rakyat Ph Mati Satu Persatu Petanda Dari Allah Kepada Rakyat Mohamed Satim

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 352 hits
The ReporterKetua UMNO Bahagian Puchong Mohamed Satim Diman menyifatkan kematian wakil wakil rakyat Pakatan Harapan sejak PRU14 yang lalu adalah petanda amaran daripada Allah agar rakyat Malaysia memilih parti yang tepat Mohamed yang member...
Kanak Kanak Lelaki Tanpa Vaksin Meninggal Dunia Dijangkiti Difteria

Kanak Kanak Lelaki Tanpa Vaksin Meninggal Dunia Dijangkiti Difteria

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 463 hits
KUALA LUMPUR Seorang kanak kanak lelaki berusia dua tahun disahkan meninggal dunia disyaki akibat jangkitan difteria di Johor Bahru Johor kelmarin Kementerian Kesihatan dalam kenyataan memaklumkan kanak kanak tersebut tidak pernah menerima ...
Difteria 5 Lagi Budak Positif Di Johor

Difteria 5 Lagi Budak Positif Di Johor

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 312 hits
Lima lagi kanak kanak disyaki positif jangkitan difteria dan kini ditahan di wad isolasi pediatrik Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru
Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Consultant

Slot168 Top 10 By Dawna Happy168 Life Slot168 25 2568

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Lima Lelaki Direman Bantu Siasatan Kes Langgar Remaja

Tiga Ditahan Disyaki Bunuh Wanita Dalam Perodua Alza

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Majlis Annual Dinner Sekolah Paling Happening Dengan Tema Movie Character

Cubaan Sekat Demo Akan Cemar Kredibiliti Ph Kata Mp Dap