Hari Ini Dalam Sejarah Mati Katak Akibat Percaya Pada Munafik Yang Akhirnya Bersekongkol Dengan Kumpulan Tebuk Atap


 HARI INI DALAM SEJARAH...


GENAP 36 TAHUN TRAGEDI PERISTIWA MEMALI...


‪Peristiwa Memali Berlaku Pada 19 November 1985 Di Kampung Memali, Mukim Siong, Baling, Kedah Yang Mengorbankan 14 Orang Kampung Diketuai Ustaz Ibrahim Mahmud Dan 4 Anggota Polis.‬


Ustaz Ibrahim bin Mahmud juga dikenali sebagai Ibrahim Libya merupakan seorang tokoh agama dan pendakwah islam. Beliau dilahirkan pada tahun 1942 dan tinggal di Kampung Memali, mukim Siong, Baling, Kedah. Ustaz Ibrahim Mahmud adalah salah seorang yang terbunuh dalam Peristiwa Berdarah Memali 1985...Ketika meninggal, beliau berusia 43 tahun.


Ustaz Ibrahim Mahmud memulakan pengajian di Madrasah al-Khairiyah al-Islamiyyah, Pokok Sena, Kepala Batas. Beliau merupakan lulusan Universiti al-Azhar, Mesir, dan kemudian belajar lagi di India dan Libya. Bekerja sebagai pegawai pendakwah di Bahagian Agama (JAKIM) di Jabatan Perdana Menteri. Kemudian, beliau meletak jawatan lalu pulang ke kampung halamannya di Baling.


Beliau kerap berceramah mengenai Islam di saluran RTM 1 Malaysia. Kemudian memulakan kelas agama dan sekolah agama di kampungnya di Kampung Memali. Beliau ingin meneruskan usaha tuan² guru pada masa dahulu yang membuka sekolah pondok atau sekolah agama.


Ustaz Ibrahim didakwa membawa ajaran sesat. Pada 19 November 1985, polis datang untuk menahannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Beliau enggan menyerah diri menyebabkan berlaku pertempuran antara polis dan pengikutnya dan beliau turut terkorban.


𝒊𝒏𝒏𝒂𝒍𝒊𝒍𝒍𝒂𝒉𝒊𝒘𝒂𝒊𝒏𝒏𝒂𝒊𝒍𝒂𝒊𝒉𝒊𝒓𝒐𝒋𝒊𝒖𝒏...
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ...


SENARAI 18 ORANG YANG TERKORBAN DALAM PERISTIWA BERDARAH MEMALI...


✅ INSP-I/8042 AZMI HAMZAH.
DARI UNIT 5 FRU IPOH, PERAK.


✅ SJN 24195 ABDUL RAHMAN.
DARI UNIT 3 FRU PULAU PINANG.


✅ LKPL 46940 JAAFAR SAIN
DARI UNIT 3 FRU PULAU PINANG.


✅ LKPL 63302 MD SULI OTHMAN.
DARI UNIT 3 FRU PULAU PINANG.


✅ USTAZ IBRAHIM MAHMUD & IBRAHIM LIBYA.
Kampung Charok Puteh, Siong, Baling, Kedah 43 tahun, guru dan pendakwah Islam. Beliau meninggalkan seorang balu yang juga telah ditahan beberapa minggu dalam kem tahanan di markas Polis Hutan Sungai Petani, kemudian dipindahkan ke Penjara di Alor Setar sehingga dibebaskan. Beliau meninggalkan lima orang anak, dua orang sedang bersekolah dan tiga orang lagi masih kecil.


✅ AHMAD HASSAN.
Kampung Alor Melentang, Gunung, Alor Setar, 30 tahun, kerja sendiri, bekas pegawai LPN, bekas Setiausaha Kerja DPPN Kedah 1981-1983. Beliau meninggalkan seorang balu dan empat orang anak yang masih belum bersekolah.


✅ SYAFIE BIN DAHAMAN.
Sekolah Menengah Siong, Baling, 30 tahun, guru Sekolah Menegah Siong, meninggalkan seorang balu dan seorang anak.


✅ HAJI ABDULLAH BIN HAJI ABDUL RAHMAN.
Mukim Siong Baling, 72 tahun, penoreh getah. Beliau meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak.


✅ ABDUL MANAF BIN WADEN.
Kampung Becah Sawa, 58 tahun, penoreh getah, meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.


✅ GHAZALI BIN MOHD SAMAN.
Kampung Becah Sawa, 36 tahun, merinyu malaria, meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.


✅ MOHD RADZI BIN AHMAD.
Kampung Ubi Memali, 27 tahun, penoreh getah, meninggalkan empat orang anak dan isterinya telah meninggal sejak beberapa lama.


✅ WAN ABDULLAH @ IDRIS BIN LEBAI KADIR.
Kampung Charok Bunting, Siong, Baling, 32 tahun, penoreh getah, meninggalkan seorang balu dan enam orang anak sebahagiannya masih bersekolah ketika itu.


✅ MOHD AROFF BIN HASHIM.
Kampung Becah, Siong, 36 tahun, penoreh getah, meninggalkan seorang balu dan enam orang anak.


✅ ZAMRI BIN MD ISA.
Kampung Charok Puteh, 37 tahun, pemandu, meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.


✅ ABDULLAH BIN YASIN.
Kampung, Guar Reban, Kupang, 33 tahun, berniaga, meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.


✅ MOHD DAUD BIN KADIR.
Kampung Becah Sawa, 53 tahun, penoreh getah, meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.


✅ AHMAD BIN ISMAIL.
 Kampung Cepir, Sik, 30 tahun, mekanik motosikal, meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak.


✅ HAJI ABDUL RAHMAN BIN JUSOH.
Siong, Baling, 69 tahun. Beliau cedera parah dan akhirnya meninggal dunia kerana kecederaan tersebut pada 31 Jan 1986.


KEPADA MEREKA YANG TELAH TERKORBAN DALAM TRAGEDI TERSEBUT, BAIK ORANG KAMPUNG MAHUPUN ANGGOTA POLIS.


Allaahummaghfir lahu warham hu wa’aafi hu wa’fu anhu


  اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُا وَارْحَمْهُا وَعَافِهِا وَاعْفُ عَنْهُا ۞


AL FATIHAH...
بِسْـــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِاٌلرَّحِيْـــمِ


أٌلحَمْدُلِلَّهِ رَبِ اٌلْعَلَمِينَ * اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْمِ * مَلِكِ يَوْمِ اٌلدِّيْنِ * إِيَّاكَ نَعْبُوْدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ * إٌهْدِنَا الصِّرَطَ اٌلْمُسْتَقِيْمُ * صِرَطَ اٌلَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِّمْ غَيْرِاٌلْمَغْضُبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ اٌلضَّآلِّينَ *
آمِـــــــــين


Semoga Roh Mereka Semua Ditempatkan Dikalangan Orang² Yang Beriman...Aaaaminnn Ya Rabbal Alaminnn.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/11/hari-ini-dalam-sejarahmati-katak-akibat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akibat Ganja Suami Isteri Digantung Sampai Mati

Akibat Ganja Suami Isteri Digantung Sampai Mati

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 208 hits
JOHOR BAHRU 22 Mac Seorang wanita pengsan apabila Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas suaminya kerana mengedar ganja seberat 500 gram tiga tahun lalu Suasana mahkamah yang sunyi ketika itu turut ...
Hiburan Kumpulan Lhdn Cari Siapa Hari Ini Tulis Memorandun 18 Tuntutan Terhadap Lhdn

Hiburan Kumpulan Lhdn Cari Siapa Hari Ini Tulis Memorandun 18 Tuntutan Terhadap Lhdn

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 226 hits
Kumpulan Facebook telah diwujudkan pada 21 Julai tahun ini bertujuan untuk menentang sikap tidak berhati perut Lembaga Hasil Dalam Negeri menuntut cukai buat mereka yang terkesan sejak pandemik Covid 19 melanda negara Di saat negara sedang ...
Hari Ini Dalam Sejarah Today S History 1492 Columbus Reaches The New World

Hari Ini Dalam Sejarah Today S History 1492 Columbus Reaches The New World

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 162 hits
1492After sailing across the Atlantic Ocean Italian explorer Christopher Columbus sights a Bahamian island believing he has reached East Asia His expedition went ashore the same day and claimed the land for Isabella and Ferdinand of Spain w...
Sarapan Pagi Hari Malaysia Penuh Sejarah

Sarapan Pagi Hari Malaysia Penuh Sejarah

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 203 hits
Assalamualaikum dan Selamat Malam Hai Pembaca semua Selamat Hari Malaysia Anda sarapan apa pagi tadi Semalam Bonde beli Ubi Kayu dengan kawan pejabat Bonde pula teringin nak makan pelbagai This is a content summary only Visit my website for...
Tanda 100 Hari Sebelum Mati

Tanda 100 Hari Sebelum Mati

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 190 hits
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendainya walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja tanda ini akan berlaku ...
Ditidurkan 10 Hari Akibat Covid 19 Bekas Adun Asahan Meninggal Dunia

Ditidurkan 10 Hari Akibat Covid 19 Bekas Adun Asahan Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 217 hits
Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA ABDUL GHAFAAR ATAN MELAKA Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Asahan Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan meninggal dunia di Hospital Melaka di sini petang tadi Allahyarham yang berusia 65 tahun itu dilaporkan meninggal ...
Koleksi Cerita Teladan Kanak Kanak Raja Katak Ditipu Ular

Koleksi Cerita Teladan Kanak Kanak Raja Katak Ditipu Ular

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 1483 hits
Koleksi Cerita Teladan Kanak Kanak Raja Katak Ditipu Ular l Sementara menunggu sesi persekolahan dibuka ambil peluang yang ada ini untuk mengisi masa bersama anak anak dengan membaca cerita teladan kanak kanak yang berunsurkan pengajaran Ia...
Makan Katak Adalah Haram

Makan Katak Adalah Haram

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 159 hits
Di dalam mazhab Syafie katak adalah haiwan yang tidak halal untuk dimakan Makan daging katak hukumnya HARAM
Trump Mahu Penduduk Gaza Dipindahkan Ke Negara Jiran

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Biodata Soloz Kerjaya Filem Terbaru Game Of Life

Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Kemalangan Di Mesir 8 Pelajar Malaysia Cedera Dapat Bantuan Wisma Putra

Cara Mengatasi Tekanan Emosi Dalam Kehidupan Sehari Hari

Resepi Bbq Kambing


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Ikan Siakap Bakar Kerabu Bunga Betik

Lirik Lagu Anak Raja De Fam

Monday Blues

Telefilem Buah Hati

Aprilian Terbujuk Rayu Chord

Maxwel Franklin Saran Telempai Ke Bukai Chord