Hari Bahagia Bertukar Duka Wanita Terkejut Disahkan Hamil Meski Masih Dara


Hari Bahagia Bertukar Duka, Wanita Terkejut Disahkan Hamil Meski Masih Dara
Dunia ini memang penuh dengan misteri yang kadangkala sukar dijelaskan dengan logik akal. Ada perkara yang kita dengar dan terus rasa mustahil untuk dipercayai, tetapi hakikatnya ia benar-benar berlaku.
Begitulah kisah yang dikongsikan oleh Dr. Christabel Akinola. Menerusi Instagram, doktor ini membongkar kisah seorang wanita yang disahkan hamil pada hari perkahwinannya, sedangkan dia masih dara.
Hari bahagia bertukar jadi hari paling menakutkan Menurut Dr. Christabel Akinola, hari itu sepatutnya menjadi hari paling bahagia buat wanita berkenaan.
Dengan gaun putih tersarung indah, wanita itu melangkah perlahan menuju ke pelaminan. Tapi belum sempat majlis itu bermula, sesuatu di luar jangkaan telah berlaku.
Di tengah-tengah dewan, pandangannya tiba-tiba menjadi kabur. Dalam sekelip mata, dia rebah di hadapan semua tetamu.
Beberapa saat kemudian, dia tersedar di atas pengusung di hospital dengan tubuh yang masih lemah.
Namun, wajah pertama yang muncul di hadapannya ialah seorang jururawat yang menyampaikan berita mengejutkan. Dia disahkan hamil.
Wanita itu terpaku dan menafikan sekeras-kerasnya, kerana menurutnya, dia masih dara.
Bakal suami tinggalkan hospital, ibu menangis Mendengar penjelasan itu, bakal suaminya terus melangkah keluar dari hospital tanpa sepatah kata. Ibunya pula menangis teresak-esak. Namun dia tahu, dia tidak bersalah. Dia tidak melakukan apa-apa.
Pihak hospital kemudiannya mengambil beberapa sampel darah dan melakukan ujian lanjut, sebelum membenarkannya pulang. Namun hidupnya selepas itu tidak lagi sama, kongsi Dr. Christabel Akinola.
Kebenaran terbongkar Beberapa minggu kemudian, keadaannya semakin teruk. Dia mula mengalami sawan dan pengsan berulang kali. Dihantar semula ke hospital, doktor segera melakukan imbasan otak. Di situlah, kebenaran mula terbongkar.
Terdapat satu ketumbuhan (tumor) di bahagian dalam otaknya. Apabila ujian biopsi dilakukan, keputusan menunjukkan ia adalah teratoma otak.
Untuk info, ia sejenis tumor yang berpunca daripada sel pembiakan yang ‘tersesat’ ke dalam otak semasa proses pembentukan janin, jelas Dr. Christabel Akinola.
Lebih mengejutkan, tumor itu menghasilkan hormon kehamilan (hCG) yang sama seperti wanita hamil. Malah, ia mengandungi tisu seperti rambut, kuku dan gigi, tambah Dr. Christabel Akinola.
Tanpa berlengah, pembedahan kecemasan dilakukan segera. Menurut doktor, tumor itu berjaya dibuang tepat pada masanya. Jika lambat beberapa bulan lagi, ia mungkin meragut nyawanya.
“Tolonglah, jika anda pernah mendapat keputusan ujian kehamilan positif selepas menopaus, masih dara, atau sudah menjalani pembedahan membuang rahim (histerektomi), lakukan pemeriksaan segera untuk mengesan kemungkinan wujudnya ketumbuhan atau kanser.
“Lakukan ujian kehamilan sekali-sekala kerana kadangkala, tubuh boleh ‘menipu’, dan hanya kebenaran yang mampu menyelamatkan nyawa anda,” nasihat Dr. Christabel Akinola.
BACA: Kajian Terkini Dedah Fakta Mengejutkan Pasal ‘Telur’ Lelaki
Sumber: Dr. Christabel Akinola
The post Hari Bahagia Bertukar Duka, Wanita Terkejut Disahkan Hamil Meski Masih Dara appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/13/hari-bahagia-bertukar-duka-wanita-terkejut-disahkan-hamil-meski-masih-dara/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Masih Sayangkan Keluarga Saya Isteri Nubhan Dedah Diceraikan Kali Pertama Ketika Hamil Anak Sulung

Saya Masih Sayangkan Keluarga Saya Isteri Nubhan Dedah Diceraikan Kali Pertama Ketika Hamil Anak Sulung

papar berkaitan - pada 17/10/2025 - jumlah : 210 hits
Isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek mendedahkan bahawa dirinya pernah diceraikan kali pertama ketika sedang hamil enam bulan anak sulung mereka Ketika ditemui portal OhBulan selepas prosiding pengesahan lafaz ...
Tahanan Palestin Terkejut Lihat Keluarga Masih Hidup Selepas Dibebaskan

Tahanan Palestin Terkejut Lihat Keluarga Masih Hidup Selepas Dibebaskan

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 168 hits
GAZA Sungguh berat ujian yang ditanggung namun indah cara Allah menggantikannya Tular sebuah video menyayat hati memaparkan jurufoto Palestin Shadi Abu Sido yang akhirnya dibebaskan selepas menjalani tempoh tahanan panjang di penjara Israel...
Cerita Hari Bahagia Kawan

Cerita Hari Bahagia Kawan

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 200 hits
Hari ini istimewa buat seorang sahabat saya Dia melangkah sekali lagi ke alam rumah tangga sebuah perjalanan baru yang penuh harapan dan doa Walaupun ini adalah perkahwinan kali kedua tetap terasa indahnya senyuman meriahnya suasana dan han...
Wanita Nekad Tuntut Hutang Mas Kahwin Terjah Bekas Suami Di Masjid Saat Akad Nikah

Wanita Nekad Tuntut Hutang Mas Kahwin Terjah Bekas Suami Di Masjid Saat Akad Nikah

papar berkaitan - pada 7/10/2025 - jumlah : 158 hits
KUALA LUMPUR Tular di laman sosial apabila seorang wanita dikenali sebagai Nurin nekad terjah bekas suaminya di masjid ketika majlis akad nikah lelaki itu bersama pasangan baharu demi menuntut hak yang tertangguh sekian lama Tuntut Hak Yang...
Gaya Rambut Wanita Sesuai Zodiak 12 Inspirasi Unik Dan Powerful Untuk Tampil Memikat

Gaya Rambut Wanita Sesuai Zodiak 12 Inspirasi Unik Dan Powerful Untuk Tampil Memikat

papar berkaitan - pada 7/10/2025 - jumlah : 206 hits
Menjelang akhir tahun siapa sih yang nggak pengin tampil lebih fresh Kadang cukup dengan ganti gaya rambut aja suasana hati langsung berubah Gaya rambut wanita ternyata bisa menggambarkan kepribadian bahkan cocok banget dikaitkan sama zodia...
Jadwal Timnas Garuda Indonesia Putra Putri Oktober 2025 Perjuangan Hidup Mati Di Babak 4 Kualifikasi Turnamen Wanita

Jadwal Timnas Garuda Indonesia Putra Putri Oktober 2025 Perjuangan Hidup Mati Di Babak 4 Kualifikasi Turnamen Wanita

papar berkaitan - pada 8/10/2025 - jumlah : 165 hits
Timnas Indonesia Putra Putri 2025 menghadapi momen krusial Babak 4 Kualifikasi Piala Dunia untuk putra dan turnamen resmi untuk putri jadi bukti semangat Garuda Artikel ini menyajikan jadwal lokasi dan fakta penting tiap pertandingan agar k...
Tiba Tiba Dia Ketawa Rider Cabut Lari Lepas Sapa Wanita Berbaju Merah

Tiba Tiba Dia Ketawa Rider Cabut Lari Lepas Sapa Wanita Berbaju Merah

papar berkaitan - pada 8/10/2025 - jumlah : 205 hits
Tiba Tiba Dia Ketawa Rider Cabut Lari Lepas Sapa Wanita Berbaju Merah Sebuah terowong di bandar Semarang wilayah Jawa Tengah menjadi buah mulut warganet selepas tular kisah seram melibatkan seorang penunggang motosikal penghantar makanan ya...
Kedah Wanita Terselamat Jatuh Longkang 3 Meter Akibat Kemalangan

Kedah Wanita Terselamat Jatuh Longkang 3 Meter Akibat Kemalangan

papar berkaitan - pada 7/10/2025 - jumlah : 140 hits
Zuliaty ZulkiffliAnggota Bomba menyelamatkan wanita yang terjatuh dalam longkang berkedalaman tiga meter selepas kemalangan di Tawar Baling Foto JBPMBALING Seorang penunggang motosikal wanita yang jatuh dalam longkang berkedalaman hampir ti...
Lepas Wanita Ni Tanya Soalan Penumpang Dari Mengantuk Terus Offer Nak Pandu Buat Ramai Terhibur

Lepas Wanita Ni Tanya Soalan Penumpang Dari Mengantuk Terus Offer Nak Pandu Buat Ramai Terhibur

papar berkaitan - pada 7/10/2025 - jumlah : 135 hits
Lepas Wanita Ni Tanya Soalan Penumpang Dari Mengantuk Terus Offer Nak Pandu Buat Ramai Terhibur Kebiasaannya apabila keluar berjalan bersama keluarga atau rakan rakan tugas memandu kereta sering kali dipikul oleh kaum lelaki Namun begitu se...
Be Fair Over Closure Of Company Accounts Association Tells Banks

Building Digital Walls To Defend Sovereignty

Selangor Budget 2026 Should Increase Allocations For Needy Economic Sectors And Social Groups

Ain Syakirah Feat Fara Insyirah Ku Kunci Rindu Buatmu Chord

Pemimpin Bersatu Tuntut Rm1 Juta Daripada Rakan Separti Atas Video Fb

Drama Saat Aku Tahu

Maklumat Penutupan Kk Mahmoodiah Dan Arah Tuju Kes Ringan

Tokoh Sarjana Sejarah Tempatan Prof Emeritus Datuk Dr Ahmat Adam Meninggal Dunia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Warga Emas Hilang Di Chegar Medang Bentong Pada Ahad Lalu Ditemui Lemah Berhampiran Stesen Amaran Banjir Jps

Pemain Warisan Fam Kronologi Kes Kenyataan Rasmi

Hijrah

Chasing Waterfalls In Madeira S Misty Mountains

Namewee Disiasat Kes Bunuh Pempengaruh Taiwan Ditemui Mati Di Hotel Jalan Conlay

Hiburan Tergamak Sampai Emak Dengan Abah Masuk Lokap Adik Ipar Luah Rasa Terkilan Terhadap Prince Syed Dan Fatin