Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke 91 Senarai Acara Dianjurkan


Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-91: Tema & Senarai Acara Yang Dianjurkan
Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-91 adalah merupakan satu peristiwa penting dalam kalendar negara. 
Sambutan yang dilakukan secara tahunan ini bukan sekadar untuk memperingati penubuhan ATM, tetapi juga meraikan pengorbanan dan dedikasi anggota tentera yang telah berkhidmat untuk mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara selama lebih sembilan dekad.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 
BACA JUGA: Jom Masuk Tentera – Permohonan Awal Perajurit Muda Tentera Darat Lelaki Siri 202 (2024)
Sejarah Penubuhan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1933, bermula dengan pengambilan 25 orang pemuda Melayu sebagai skuad percubaan Rejimen Askar Melayu. 
Sepanjang 91 tahun penubuhannya, ATM telah melalui pelbagai fasa perkembangan dan cabaran. Dari zaman penjajahan British, melalui era Darurat (1948-1960), konfrontasi dengan Indonesia (1963-1966), sehinggalah hari ini, ATM telah membuktikan keteguhan dan keupayaannya dalam mempertahankan negara.
Sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-91 Sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-91 (Hari ATM 91) pada tahun inI telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad bin Ab. Rahman semasa Perbarisan Tempur Statik dan Demonstrasi Dinamik di Padang Kawad Akademi Tentera Darat, Kem Segenting, Port Dickson yang melibatkan penglibatan seramai 134 Pegawai dan 1395 Lain-Lain Pangkat.
Sambutan ini akan menjadi platform kepada ATM untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang peranan ATM dalam mempertahankan kedaulatan negara. Ia juga merupakan inisiatif sosial ATM dalam menyantuni orang awam yang sentiasa menyokong ATM.


Penglibatan keseluruhan aset pada demonstrasi kali ini adalah sebanyak 264 aset iaitu Tentera Darat Malaysia sebanyak 230 aset, Tentera Laut Diraja Malaysia sebanyak 19 aset dan Tentera Udara Diraja Malaysia sebanyak 15 aset. Aset yang terlibat antaranya:
a. TDM.
Kereta Kebal Pendekar. Kereta Perisai Gempita. Kereta Perisai Adnan. Kereta Perisai Lipan Bara. Meriam Oerlinkon. Meriam 105mm LG1 MK III Meriam 155mm G5. Roket ASTROS II Helikopter MD530-G. Helikopter A109 LOH. Asslt Boat V Bottom. CRRC. OBM. Kenderaan Tempur Ringan Supacat. Kenderaan Perisai Ringan Vamtac. Motosikal Scrambler. Bot Tempur RHIB. UAS/Drone. b. TLDM.
KD LAKSAMANA MUHAMMAD AMIN KD MAHAMIRU KD MAHAWANGSA KD PAHANG KD GAGAH SAMUDERA RHIB PASKAL BOT FIC BOT CB90 SUPER LYNX c. TUDM.
Pesawat Pengangkut C130-H Pesawat Pejuang SU 30 MKM Pesawat Pejuang Hawk/F-18 Hornet Helikopter EC 725 AP Helikopter AW 139. Bot Tempur RHIB. Bot Tempur ADRHIB. Tarikh & Tema Pada tahun ini, sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-91 disambut pada 6 Oktober 2024. 
Sambutan ini diadakan dengan pelbagai acara menarik dan bertemakan “Angkatan Masa Hadapan: Benteng Pertahanan Negara”. 
Tema ini menekankan komitmen ATM dalam menghadapi cabaran keselamatan masa depan dan memastikan kedaulatan negara terpelihara. 
Ia bukan sekadar slogan biasa,  tetapi mencerminkan visi ATM untuk terus memainkan peranan penting sebagai tulang belakang pertahanan negara, sambil bersiap sedia menghadapi cabaran-cabaran baru dalam era moden.
ATM terus fokus kepada pembangunan capability-based yang meliputi aspek kuasa tembakan, mobiliti, perisikan, komunikasi, dan bantuan logistik, selaras dengan cabaran keselamatan global yang kian kompleks. Usaha berterusan ini memastikan ATM sentiasa berada di barisan hadapan dalam mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara.
Acara-acara Utama Sambutan Hari ATM Ke-91 diraikan dengan pelbagai acara dan aktiviti di seluruh negara, antaranya ialah acara rasmi seperti perbarisan tentera, pameran ketenteraan, dan demonstrasi aset-aset pertahanan yang dimiliki oleh ATM.
Demonstrasi Dinamik dan Perbarisan Tempur di Kem Segenting, Port Dickson

Acara ini melibatkan pameran 264 aset ketenteraan dari tiga cabang utama ATM (Tentera Darat, Tentera Laut, dan Tentera Udara). Perbarisan Tempur yang melibatkan 134 Pegawai dan 1,395 anggota Lain-Lain Pangkat. 
Demonstrasi Dinamik menjadi permulaan acara yang dipersembahkan dengan penuh aksi adrenalin dan memukau yang memperlihatkan keupayaan aset serta kompetensi ATM melibatkan ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM iaitu Tentera Darat Malaysia , Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia melalui tiga fasa iaitu:
Keupayaan aset ATM dan kompentensi anggota. Operasi Maritim, Operasi Serangan Amfibi dan Operasi Daratan. Dalam Peperangan Konvensional Operasi Amfibi.

Seuisai Demonstrasi Dinamik tamat, acara disambung dengan Perbarisan Tempur Statik diketuai oleh Pegawai Memerintah Kolonel Razak bin Akob, Rejimen 21 Komando.
Ia melibatkan empat kontinjen yang terdiri daripada Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Malaysian Batalion 850-12 (MALBATT 850-12).
Perbarisan Tempur Statik turut menyaksikan terbang lintas empat buah pesawat helikopter ATM yang membawa bendera ATM, TDM, TLDM dan TUDM. Perbarisan ini diiringi oleh Pancaragam Pusat ATM.


Perbarisan turut diserikan dengan penyampaian Anugerah Kesiagaan PAT yang merupakan anugerah tertinggi di dalam ATM. Anugerah ini diberikan kepada Formasi atau Briged terbaik bagi TDM, Pasukan terbaik bagi TLDM dan Pangkalan Udara terbaik bagi TUDM.
Penerima Anugerah Kesiagaan PAT menerima sijil pengiktirafan, piala pusingan serta wang tunai sebanyak Ringgit Malaysia Lima Ribu (RM 5,000).
Penerima Anugerah Kesiagaan PAT pada kali ini adalah dari 21 Gerup Gerak Khas bagi TDM, Pusat Latihan Kapal Selam bagi TLDM dan Pangkalan Udara Gong Kedak bagi TUDM.
Karnival HUT ATM ke-91  Karnival ini berlangsung pada 4 – 6 Oktober 2024 (Jumaat – Ahad). Lokasi karnival ini berlangsung di Padang Kawad PUSASDA, Padang Ragbi IJED & Pantai Cahaya Negeri.
Antara tarikan utama ialah Pameran Aset ATM dan Kerjaya ATM, Pameran Muzium ATM dan Perkhidmatan, serta Pameran BAKAT, yang memberikan peluang kepada orang ramai untuk mendalami peranan Angkatan Tentera Malaysia. Pengunjung turut berpeluang mendapatkan maklumat mengenai peluang pekerjaan melalui Pameran Kerjaya Agensi Awam.
Acara ini juga dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada Band ATM dan Perkhidmatan, Drumline ATM, serta Pancaragam ATM, yang dijangka menarik perhatian para hadirin. c
Tidak ketinggalan, Persembahan Anjing Perang, Demonstrasi Army Red Warrior serta Demonstrasi Tempur Tanpa Senjata yang bakal mempamerkan kehebatan anggota ATM. 
Silent Drill ATM dan Battle of The Band turut dijangka menjadi daya tarikan utama pada hari berkenaan. Bagi pengunjung yang ingin menikmati hidangan tempatan, Gerai Jualan dan Food Truck turut disediakan sepanjang acara berlangsung. 
Lokasi lain bagi karnival ini di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat dan Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson.

Semua orang awam dijemput hadir memeriahkan karnival ini kerana pelbagai aktiviti menarik akan diadakan seperti berikut:
Pameran Aset ATM dan Kerjaya ATM, Pameran Muzium ATM dan Perkhidmatan serta Pameran BAKAT. Pameran Kerjaya Agensi Awam. Persembahan Band ATM dan Perkhidmatan. Persembahan Drumline ATM. Persembahan Pancaragam ATM. Persembahan Anjing Perang. Demonstrasi Army Red Warrior. Demonstrasi Tempur Tanpa Senjata. Silent Drill ATM. Battle of The Band. Gerai Jualan dan Food Truck. Sesi Podcast  Sesi podcast merupakan salah satu aktiviti yang dianjurkan sebagai sebahagian daripada Karnival HUT ATM ke-91 yang berlangsung di Port Dickson.
Ia bertujuan untuk menarik minat orang ramai, terutamanya golongan muda, untuk mengetahui lebih lanjut tentang ATM dan peranannya dalam mempertahankan negara.
Penganjuran sesi podcast bersama selebriti, Asyraf Muslim & Dayah Bakar merupakan pendekatan kreatif untuk mendekatkan ATM dengan masyarakat umum, terutamanya generasi muda yang lebih terdedah kepada platform media sosial dan digital.
Kesimpulan Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-91 bukan sahaja merupakan sambutan rasmi untuk menghargai perkhidmatan anggota tentera, tetapi juga satu peluang bagi rakyat Malaysia untuk memahami dan menghargai sumbangan ATM dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan negara. ‘
Sebagai rakyat Malaysia, kita harus terus memberi sokongan kepada wira-wira negara yang setiap hari mempertaruhkan nyawa demi negara tercinta. Selamat Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-91!
Rujukan:
Markas Angkatan Tentera Malaysia Facebook Angkatan Tentera Malaysia 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/hari-angkatan-tentera-malaysia/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=hari-angkatan-tentera-malaysia

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Karnival Hari Terbuka Angkatan Tentera Malaysia 2024

Karnival Hari Terbuka Angkatan Tentera Malaysia 2024

papar berkaitan - pada 5/10/2024 - jumlah : 279 hits
Karnival Hari Terbuka Angkatan Tentera Malaysia 2024Jom sertai Karnival Hari Terbuka ATM yang akan berlangsung dari 4 hingga 6 Oktober 2024 di PUSASDA Padang Ragbi IJED dan Pantai Cahaya Negeri Tarikh 4 Oktober 2024 Sesi petang penuh aksi d...
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Pahang Kenal Pasti 763 Lokasi Panas Berisiko Banjir Di Negeri Ini

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Pahang Kenal Pasti 763 Lokasi Panas Berisiko Banjir Di Negeri Ini

papar berkaitan - pada 12/10/2024 - jumlah : 175 hits
KUANTAN Sebanyak 763 kawasan panas berisiko banjir dikenal pasti pada fasa peralihan Monsun Timur Laut yang dijangka November ini sehingga Mac tahun depan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Pahang Kolonel Pertahanan Awam Che Adam A ...
Senarai Kelas Lesen Memandu B Penuh Seluruh Malaysia Terkini

Senarai Kelas Lesen Memandu B Penuh Seluruh Malaysia Terkini

papar berkaitan - pada 5/10/2024 - jumlah : 153 hits
Senarai Kelas Lesen Memandu B Penuh Seluruh Malaysia TERKINI Setakat 3 Oktober 2024 terdapat 139 Institut Memandu di seluruh negara menawarkan Program Khas Peralihan Lesen Memandu bagi Program Peralihan Kelas B Penuh Artikel ini akan menyen...
Pertandingan Doodle Hari Malaysia 2024

Pertandingan Doodle Hari Malaysia 2024

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 169 hits
Sertai Pertandingan Doodle Hari Malaysia 2024 Bersempena Hari Malaysia kami mengajak anda menyertai Pertandingan Doodle Hari Malaysia 2024 dengan tema Malaysia Madani Jiwa Merdeka Tunjukkan bakat kreatif anda dan rebut peluang memenangi had...
Maxim E Hailing Meraikan Sambutan Hari Malaysia Bersama Anak Yatim

Maxim E Hailing Meraikan Sambutan Hari Malaysia Bersama Anak Yatim

papar berkaitan - pada 30/9/2024 - jumlah : 115 hits
Kuala Terengganu Pada Hari Malaysia wakil Maxim E hailing Kuala Terengganu mengadakan aktiviti bersama Madrasah Tarbiyyah Islamiyyah Darul Hijrah untuk meraikan tarikh keramat ini dengan anak anak yatim Pasukan dari Maxim menyumbangkan bara...
Fit Malaysia Sempena Hari Sukan Negara 2024 Di Perlis

Fit Malaysia Sempena Hari Sukan Negara 2024 Di Perlis

papar berkaitan - pada 15/10/2024 - jumlah : 139 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Minggu lepas sibuk sikit dengan kerja yang ada Minggu lepas blog pun kurang update bermakna entri blog untuk bulan ni seakan kurang dari bulan lepas Selalunya kalau ada sahaja idea idea CCL terus draft da...
Shokz S First Bone Conduction Headphone Roadshow In Malaysia Draws Big Crowd On Its First Sales Day

Shokz S First Bone Conduction Headphone Roadshow In Malaysia Draws Big Crowd On Its First Sales Day

papar berkaitan - pada 6/10/2024 - jumlah : 128 hits
First 50 customers also walked away with over RM400 worth of exclusive freebies which includes a sleek sports belt cooling towels and t shirts Shokz the global leader in bone conduction audio technology kicked off its first ever roadshow in...
Importing The Palestinian Problem To Malaysia

Importing The Palestinian Problem To Malaysia

papar berkaitan - pada 5/10/2024 - jumlah : 148 hits
1 Importing the KUALA LUMPUR Two Palestinian women who were caught on video causing a commotion and damaging public property at Wisma Transit in the city will be sent back to Gaza soon The two were part of 127 wounded Palestinian civilians ...
Vivo Malaysia And Public Bank Berhad Team Up For Instant Rm 50 Rebate On Vivo V40 Series Smartphones

Vivo Malaysia And Public Bank Berhad Team Up For Instant Rm 50 Rebate On Vivo V40 Series Smartphones

papar berkaitan - pada 6/10/2024 - jumlah : 177 hits
Enjoy deals with Public Bank Credit Card Instalments vivo Malaysia is excited to announce a collaborative campaign with Public Bank offering exciting deals on the all new V40 series of smartphones From today until October 31 2024 customers ...
Natural Gas Fuel Not A Hazard

Saka Bapak Kau

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Creating A Winning Pitch Deck


echo '';
Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024


Khutbah Jumat 6 Adab Menghadiri Shalat Jumat

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Bertolak Ansurlah

Loyalty