Hari Akhir Pasrelief Di Misi Kemanusiaan Gaza





AL_HAMDULILLAH, dengan penuh kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T, kami yakin setiap liku yang dilewati sepanjang misi ini memiliki hikmah yang sangat besar. Biarpun terpaksa 'berkampung' di Kaherah selama lapan hari, sambil menemui dan berunding dengan semua pihak yang berautoriti untuk membuka laluan ke Gaza, kesudahannya melegakan. Semua langkah yang boleh diakses, telah dilaksanakan, namun serangan udara dan penutupan sempadan oleh rejim Zionis mematikan langkah memasuki Gaza yang dihajatkan. Lewat malam tadi, selepas solat taraweh, PASRelief akhirnya dihubungi oleh rangkaian pihak berkuasa Gaza untuk menemui tokoh besar mereka yang menyusup masuk untuk menemui delegasi PASRelief dan Yayasan Isra' Malaysia. Pertemuan ini sekali gus menjayakan hasrat untuk menyampaikan sumbangan kemanusiaan kepada mangsa serangan bom Zionis di Gaza bagi menghadapi Ramadan dan penyediaan ubat-ubatan. Prof. Mohamad Awad, adalah Perdana Menteri (Administration Chief) Pihak Berkuasa Gaza. Sebelumnya beliau adalah Timbalan Perdana Menteri (2011-2012), Menteri Hal Ehwal Antarabangsa dan mengetuai beberapa kementerian lain. Beliau juga adalah mantan Timbalan Naib Canselor Universiti Islam Gaza dan Dekan di beberapa fakulti di universiti tersebut. Pertemuan diadakan di satu lokasi yang menjadi kediaman dan pejabat wakil kerajaan Gaza di Kaherah, kira-kira 30 minit perjalanan dengan van dari pusat bandar.Beliau memaklumkan pihaknya telah berusaha sehingga 24 jam terakhir untuk membawa kami memasuki Gaza, tetapi halangan yang ada di sempadan yang dikawal pihak Mesir dan Israel tidak dapat diatasi. Beliau yakin, pada masa depan, kebenaran akan diperolehi untuk memasuki Gaza dalam misi kemanusiaan berikutnya.Beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang prihatin dengan keadaan rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat yang sedang dijajah dan dizalimi oleh Zionis israel. Beliau turut menyampaikan salam kepada pimpinan dan ahli PAS dan seluruh rakyat Malaysia dan berharap penderitaan rakyat Palestin akan sentiasa berada dalam ingatan seluruh rakyat Malaysia dan umat Islam seluruh dunia. Selepas 13 tahun menghadapi kepungan penuh pihak Israel, kesukaran mereka semakin 'dapat diatasi' dengan menyesuaikan diri terhadap kepayahan itu. Itulah saja ubat bagi derita rakyat Palestin. Beliau memaklumkan pengeboman terbaru Israel pada 4 dan 5 Mei 2019 meragut nyawa 26 syuhada', mencederakan 170 orang dan memusnahkan lebih 800 unit kediaman, kedai dan pejabat.Ditanya berkaitan pengumuman Qatar untuk menyalurkan bantuan USD480 juta kepada Palestin, beliau berkata ia bukan bantuan sekali gus, tetapi merupakan sumbangan berjadual. USD300 juta akan disalurkan kepada pihak berkuasa Tebing Barat dan USD180 juta akan disalurkan kepada Gaza dalam tempoh 6 bulan. Beliau menyebutkan sebuah Hadis Rasulullah mengenai keutamaan mempertahankan bumi Palestin di tangan umat Islam seperti yang disebutkan oleh Nabi S.A.W iaitu memiliki sepetak tanah di Palestin yang muat sekadar dapat berdiri supaya dapat melihat Baitul Maqdis, adalah lebih baik daripada memiliki dunia ini. Penyerahan sumbangan kemanusiaan kali ini berjumlah USD72,000.00 (RM300,000), sebahagian besar daripadanya (USD60,000 @ RM250,000) adalah daripada Tabung Kemanusiaan Antarabangsa PASRelief.Anggota misi ini akan berangkat pulang ke Malaysia pada lewat malam 8 Mei 2019, dijangka tiba di Kuala Lumpur pada jam 6:00 petang 9 Mei 2019.Misi Kemanusiaan Gaza 2.0 akan dilaksanakan sebaik sahaja kebenaran melintasi sempadan diperolehi daripada Kerajaan Mesir dan penutupan sempadan oleh rejim israel ditarik balik. Sumbangan kepada rakyat Palestin untuk Misi Kemanusiaan Gaza 2.0 boleh disalurkan melalui Tabung  Kemanusiaan  Antarabangsa (5640  7061  1352) atau PASRelief (5640  7061  2333) di Maybank.MUHAMMAD SANUSI MD NORPengarah PASReliefKetua Misi Kemanusiaan Gaza 2019.4:50 AM - 8 Mei 2019 Kaherah, Mesir.Anggota misi.1. YB Ahmad Tarmizi Sulaiman2. YB Awang Hashim3. Dato' Dr Hamdan Mohd Khalib4. Hj Adram Musa5. Hj Zulkifli Che Harun6. Muhammad Shukri Saari7. Shahir Abu Hassan8. Mohd Nadzir Shafie - HARAKAHDAILY 9/5/2019

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/05/hari-akhir-pasrelief-di-misi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Julang Bendera Malaysia Di Palestin Ella Suami Laksana Misi Kemanusiaan Di Bumi Bergolak

Video Julang Bendera Malaysia Di Palestin Ella Suami Laksana Misi Kemanusiaan Di Bumi Bergolak

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 453 hits
Julang bendera Malaysia di Palestin Ella suami laksana misi kemanusiaan di bumi bergolak Minggu lepas ratu rock Tanah Air Ella Aminuddin dilaporkan akan berlepas ke Syria dan Palestin pada 26 April 2019 Kehadirannya ke negara bergolak itu a...
Cabaran 16 Jam Aktivis Kemanusiaan Ke Gaza

Cabaran 16 Jam Aktivis Kemanusiaan Ke Gaza

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 365 hits
GAZA Seramai 41 sukarelawan dan aktivis kemanusiaan termasuk tujuh rakyat Malaysia selamat memasuki bumi Gaza Palestin malam tadi selepas menempuhi perjalanan getir selama 16 jam dari Kaherah Mesir Semua peserta yang menyertai misi dinamaka...
Gaza Terus Dibombardir Israel 1 Juta Rakyat Palestina Terancam Kelaparan Gaza Di Ambang Bencana Kemanusiaan

Gaza Terus Dibombardir Israel 1 Juta Rakyat Palestina Terancam Kelaparan Gaza Di Ambang Bencana Kemanusiaan

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 383 hits
Gaza tengah berada di ambang bencana kemanusiaan Pejabat PBB mengungkapkan anggaran Badan Pengungsi Palestina bakal habis dalam waktu sebulan dan berada dalam situasi darurat untuk mendapat dana tambahan PBB juga peringatkan bahwa satu juta...
Tahun 2016 Mahathir Minta Majlis Raja Raja Pecat Pm Hari Ini Cakap Lain Pula

Tahun 2016 Mahathir Minta Majlis Raja Raja Pecat Pm Hari Ini Cakap Lain Pula

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 383 hits
Mahathir minta Majlis Raja Raja pecat Najib Bekas pemimpin Malaysia Mahathir Mohamad pada Rabu berkata beliau telah meminta sembilan sultan dan empat gabenor negara itu untuk memecat Perdana Menteri Najib Razak berikutan skandal yang meliba...
Sambutan Hari Guru Skptm

Sambutan Hari Guru Skptm

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 1543 hits
Sambutan Hari Guru SKPTMSaya datang sebagai tanda sokongan kepada pihak guru yang banyak berjasa kepada pembangunan anak anak sy di sekolah Ada waris yang sanggup ambil cuti semata mata nak meraikan para guru di sini Alhamdulillah Majlis be...
Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Johor Ke 48 2019 Pameran Hari Guru

Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Johor Ke 48 2019 Pameran Hari Guru

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 921 hits
Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Johor Ke 48 2019 Pameran Hari Guru Hari ini bermula pameran hari guru di Aras 3 Sutera Mall Johor Bahru sehingga 30 April Selesai mesyuarat di ofis aku bergerak ke Masjid Kampung Pasir untuk solat zohor d...
Percutian Eropah Di Rheinfall Hari 5 Part I

Percutian Eropah Di Rheinfall Hari 5 Part I

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 507 hits
Kini saya tiba ke catatan hari ke 5 percutian United Kingdom dan Eropah tahun 2019 Catatan ini seperti yang tulis sebelum ini bukan sesuatu yang luar biasa bagi yang telah pernah ke bercuti ke sana Sekarang ini ramai orang telah boleh bercu...
Jom Buat Cabaran 7 Hari

Jom Buat Cabaran 7 Hari

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 259 hits
Yes Cuba semula dan sentiasa mencuba Semoga berjaya Dispilinkan diri je yang penting SENYUM SAJA
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin