Hari 31 Gaji Shahrol Dinaikkan Ke Rm90 000 Kerana Prestasi Lebihi Jangkaan


Hariz Mohd, Hidir Reduan Abdul Rashid    LANGSUNG | Perbicaraan Najib Razak yang berdepan 25 pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan dana sebanyak RM2.28 bilion memasuki hari ke-31 hari ini.
Malaysiakini membawa liputan langsung perbicaraan.

LANGSUNGProsiding ditangguhkan
6.04 petang: Prosiding ditangguhkan pada hari ini dan akan disambung semula esok selepas jam 9.30 pagi.

Sebelum perbicaraan ditangguhkan petang ini, DPP Gopal Sri Ram dan peguam bela Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah bahawa kedua-dua mereka perlu menghadiri kes lain di mahkamah pagi esok, sebelum hadir ke perbicaraan Najib Razak berhubung kes 1MDB.

Sequerah membenarkan perbicaraan bermula selepas jam 9.30 pagi esok, namun mengingatkan pihak pendakwaan dan pembelaan bahawa ia akan menyebabkan prosiding berlarutan sehingga jam 6.15 petang.


Lembaga pengarah dapati prestasi Shahrol melebihi jangkaan
5.50 petang: Mahkamah diberitahu bahawa lembaga pengarah 1MDB dalam mesyuarat pada bulan April 2011 mendapati CEO ketika itu, Shahrol Azral Ibrahim Halmi menunjukkan prestasi melebihi jangkaan syarikat dan memutuskan untuk menaikkan gajinya.

Menurut minit mesyuarat, yang dibangkitkan oleh peguam bela Muhammad Shafee Abdullah di mahkamah, lembaga pengarah bersetuju gaji Shahrol diberi kenaikan sebanyak 12.5 peratus iaitu daripada RM80,000 kepada RM90,000 sebulan.

Peningkatan ini berkuat kuasa pada bulan yang sama (April 2011).

Shahrol menyertai syarikat itu sebagai CEO pada tahun 2009 dengan gaji bulanan RM80,000.

Saksi itu, memberi keterangan bahawa beliau tidak tahu apakah petunjuk prestasi ketika lembaga itu membuat keputusan mereka.

Shahrol berkata beliau meninggalkan mesyuarat apabila lembaga itu membincangkan gajinya.

5.31 petang: Perbicaraan bersambung semula selepas berhenti rehat

Hakim: Perbicaraan boleh diteruskan selepas pukul 6 petang
5.10 petang: Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah Mahkamah berkata prosiding masih boleh diteruskan selepas pukul 6.00 petang ini bagi mengelakkan mereka menghadapi kesesakan lalu lintas.

Kenyataan lucu hakim itu timbul apabila peguam utama Muhammad Shafee Abdullah memberitahu mahkamah bahawa beliau telah berdiri terlalu lama dan berasa letih.

"(Saya) Boleh benarkan rehat. 10 minit. 6 petang (trafik) jam. Mungkin kita patut beredar (selepas pukul 6 petang)," kata Sequerah menyebabkan ketawa daripada semua orang dalam mahkamah.
Sequerah kemudian membenarkan prosiding berhenti rehat sementara.

Putera Turki hantar surat pada Najib berhubung kerjasama Arab Saudi-M'sia
4.25 petang: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberi keterangan bahawa beliau hanya melihat surat yang dikatakan dari Putera Arab Saudi, Turki Abdullah kepada bekas Perdana Menteri Najib Razak semasa disoal siasat SPRM tahun lepas

Dalam perenggan 294 daripada keterangan saksi setebal 270 halaman, beliau memberi keterangan bahawa surat itu menunjukkan Putera Turki bercakap mengenai Arab Saudi dan Malaysia meneruskan kerjasama melalui pelaburan bersama.
Shahrol berkata dalam keterangan saksi bahawa surat itu adalah cover letter untuk surat daripada PSI International, satu daripada entiti yang terlibat dengan 1MDB dalam usahasama 1MDB-Petrosaudi

Saksi ke-9 itu mengatakan walaupun bertarikh 28 Feb 2011, surat itu diminitkan kepada Pengerusi 1MDB pada masa itu, Lodin Wok Kamaruddin pada 11 Mac tahun yang sama, beliau tidak pernah melihatnya pada tahun 2011.

Shafee: Bila kamu melihatnya (surat dari Putera Turki untuk Najib)?
Shahrol: (saya) tak pernah (melihatnya) pada tahun 2011. Hanya semasa siasatan pada 2018. Saya percaya SPRM (yang menunjukkan surat itu kepada saya).


Pembelaan tekan bekas CEO 1MDB beri keterangan berhubung emel
3.10 petang: Perbicaraan menyaksikan peguam utama Muhammad Shafee Abdullah membangkitkan e-mel yang dikatakan dihantar oleh eksekutif Petrosaudi International, Patrick Mahoney kepada pengasas bersamanya, Tarek Obaid pada tahun 2010.

Bertarikh 7 Ogos 2010, e-mel yang dibincangkan itu kelihatan seperti rancangan antara Tarek, Mahoney dan Low Taek Jho berhubung AS$1 bilion dana milik 1MDB dan apa yang mereka mahu beritahu 'PM' untuk mendapatkan lebih banyak dana.

Membacakan kandungan e-mel itu semasa pemeriksaan balas terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi, Shafee kemudian menekan saksi itu untuk menjawab soalan berhubung e-mel pada 7 Ogos 2010.

Bagaimanapun, untuk kebanyakan soalan, Shahrol memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak selesa menjawab tanpa maklumat yang lengkap, kerana tidak mempunyai pengetahuan mengenai perkara itu.

Saksi itu bagaimanapun bersetuju bahawa 'PM' yang disebut dalam e-mel berkenaan mungkin merujuk kepada Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak.

Selepas ditekan oleh Shafee, Shahrol juga bersetuju bahawa berdasarkan kandungan dalam perenggan empat dalam e-mel berkenaan, ia kelihatan seperti ada konspirasi untuk mengelirukan Najib oleh tiga individu berkenaan.

Shafee: Bolehkah dikatakan perenggan ke-4, tidak ada konspirasi untuk menyembunyikan fakta-fakta tertentu dari PM Malaysia. Dari para 4 dalam perbualan ini antara orang-orang ini.
Shahrol: Berdasarkan perenggan empat (sahaja), ia dilihat ada satu konspirasi untuk mengelirukan PM


Peguam sudah lebih separuh soal balas bekas CEO 1MDB
Peguam utama Najib Razak, Muhammad Shafee Abdullah berkata pihak pembelaan telah menyelesaikan lebih separuh pemeriksaan balas terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

Peguam itu bagaimanapun memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah bahawa pihaknya tidak mungkin dapat menyelesaikan pemeriksaan terhadap Shahrol pada Khamis minggu depan.

Sebelum ini, mahkamah menetapkan perbicaraan Najib berhubung dakwaan penyelewengan RM2.28 bilion dana 1MDB sehingga Khamis minggu depan.

Sequerah: Berapa lama lagi yang kamu perlukan untuk menyoal Shahrol?
Shafee: (Kami sudah) lebih daripada separuh jalan.

Shafee bagaimanapun mengingatkan bahawa pihak pembelaan tidak menyoal Shahrol berhubung dengan aspek Tanore kes itu.

Shafee: Bercakap bagi pihak saya, kami mengesyaki kami tidak akan dapat menyelesaikannya menjelang akhir minggu depan.

Sequerah: Jadi ini bermaksud (lebih banyak masa diperlukan oleh pembelaan) sehingga Januari (2020)?
Shafee: Ya.

Peguam itu berkata sejumlah soalan diperlukan kerana setiap bahagian daripada 270-halaman kenyataan saksi dibuat Shahrol adalah 'berat'.

Shafee meyakinkan mahkamah walaupun pelbagai soalan dilontarkan kepada Shahrol selaku bekas CEO 1MDB, pihaknya tidak akan menyoal balas saksi-saksi lain selepas Shahrol sebanyak itu..


2.35 petang: Perbicaraan bersambung selepas waktu makan tengah hari

Mahkamah berhenti rehat

12.40 tengah hari: Mahkamah ditangguhkan ke 2.30 petang.


12.19 tengah hari: Bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi bersetuju bahawa tiada persamaan tujuan dinyatakan dalam dokumen-dokumen bank atas dakwaan pemindahan 82 million Swiss francs kepada syarikat Jho Low, Good Star Ltd

12.05 tengah hari: Bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata dia tidak tahu sama wang AS$500 juta (RM2 bilion) yang dipinjamkan 1MDB kepada PSI Holdings pada 2012 benar-benar digunakan untuk membeli saham dalam perniagaan tenaga.

Sebelum itu, Shahrol berkata, berdasarkan dokumen perbankan, kira-kira AS$83 juta daripada pinjaman itu berakhir dalam syarikat Jho Low, Good Star Ltd.

Semasa soal balas peguam bela Muhammad Shafee Abdullah, saksi itu berkata dia tidak pernah melibat bukti dalam dokumen bahawa PSI Holdings menggunakan baki wang itu untuk mendapatkan saham GDF Suez.

Shafee: Kamu ditunjukkan penyata bank PSI Holdings?
Shahrol: Tidak

Shafee: Jadi kamu tidak dapat sahkan bakinya digunakan untuk membeli saham GDF Suez.
Shahrol: Saya tidak dapat sahkan.

Untuk rekod, 1MDB meminjamkan AS$500 juta kepada PSI Holdings, untuk digunakan syarikat usama samanya dengan PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd itu, untuk mendapatkan saham GDF Suez.

Bagaimanapun, berdasarkan dokumen yang diberikan pada mahkamah, Tarek Obaid, yang mengawal PSI Holdings, mengarahkan Swiss Franc 82 million (AS$83 juta) dipindahkan ke akaun peribadinya di JP Morgan.

Tarek juga mengarahkan pegawai perbankan peribadinya memindahkan wang kepada Good Star Ltd melalui akaun di bank RBS Coutts.

Bekas CEO 1MDB hanya ditunjukkan jejak wang ‘peringkat tinggi’
10.45 pagi: Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata dia hanya ditunjukkan jejak wang “peringkat tinggi”, ke Good Star Limited yang dikaitkan dengan Jho Low dan entiti-entiti milik Aabar BVI.

Bekas CEO 1MDB itu berkata demikian kepada peguam utama pasukan pembelaan Muhammad Shafee Abdullah semasa sesi soal balas.

Shafee bertanya saksi kesembilan pasukan pendakwaan itu sama ada dia ditunjukkan jejak wang berkaitan 1MDB melibatkan pengalihan 82 juta Swiss Franc daripada AS$500 juta.

Pengalihan wang didakwa dilakukan oleh eksekutif Petrosaudi Tarek Obaid.

1MDB meminjam AS$500 daripada AmBank pada September 2010 sebagai sebahagian daripada transaksi melibatkan usaha sama 1MDB-Petrosaudi.


Kira-kira RM340 juta wang 1MDB masuk ke akaun syarikat Jho Low - saksi
10.40 pagi: Mahkamah diberitahu, kira-kira seminggu selepas 1MDB memindahkan AS$500 juta ke PSI Holdings pada September 2012, untuk dilaburkan dalam syarikat tenaga Perancis, sebahagian daripada wang itu mengalir kepada syarikat Jho Low Good Star Ltd.

Semasa soal balas pasukan pembelaan terhadap bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi,
mahkamah diberitahu tentang perincian perbankan berkaitan bagaimana Tarek Obaid, yang mengawal PSI Holdings, mengarahkan pemindahan 82 juta Swiss Franc daripada akaun syarikat itu kepada akaun peribadinya di JP Morgan pada 23 September 2012.
Tarek Obaid  Tarek juga mengeluarkan arahan kepada pegawai perbankan peribadinya memindahkan wang bersamaan RM340 juta dari akaunnya kepada Good Star Ltd

Untuk rekod, PSI Holdings ialah syarikat usaha sama MDB danPetrosaudi Holdings (Cayman) Ltd sebelum 1MDB melupuskan sahamnya bernilai AS$1 bilion.

PSI Holdings pada 14 September 2012 menerima AS$500 juta daripada 1MDB sebagai pinjaman untuk dilaburkan dalam syarikat tenaga GDF Suez (sekarang dikenali sebagai ENGIE).

10.25 pagi: "Tangan saya sejuk," kata-kata bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi itu membawa sedikit humor dalam suasana perbicaraan di mahkamah yang biasanya serius

"Lain kali saya pakai sarung tangan," katanya sambil menggosok-gosok tangannya, mencetuskan ketawa mereka yang mengikuti perbicaraan di mahkamah.

Penterjemah mahkamah kemudian dilihat mengubah suhu pendingin hawa.

9.50 pagi: Bekas perdana menteri Najib Razak masuk ke kandang tertuduh dan perbicaraan bermula
Ketua pasukan pembelaan Muhammad Shafee Abdullah akan meneruskan pemeriksaan balas dengan bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi, yang merupakan saksi pendakwaan kesembilan.

9.32 pagi: Najib masuk ke mahkamah dan duduk di bahagian depan galeri awam
Turut dilihat ialah bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi, yang berada di kandang saksi, ketua pendakwaan DPP Gopal Sri Ram bersama timbalan pendakwa raya lain, serta pasukan peguam Najib.

Pemeriksaan balas pasukan peguam Najib sudah melalui hampir separuh daripada pernyataan saksi 270 halaman oleh bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi

Sebaik sebelum Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah menangguhkan perbicaraan semalam, ketua peguam Muhammad Shafee Abdullah bertanya Shahrol berkenaan perjanjian kemudahan pinjaman terma RM2.5 bilion antara 1MDB dengan AmBank bertarikh 13 September 2010.

Perkara itu dinyatakan di halaman 129 pernyataan saksi Shahrol. Ia menjadi penanda berapa lama lagi masa yang akan diambil untuk peguam membuat pemeriksaan balas terhadapnya.

Shafee menjalankan pemeriksaan balas terhadap Shahrol secara sistematik sejak 7 Oktober lalu, apabila pasukan pembelaan mengambil tempat untuk bertanya saksi utama itu.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/11/hari-31-gaji-shahrol-dinaikkan-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peminjam Yang Berpendapatan Melebihi Rm2 000 Bakal Dikenakan Potongan Gaji

Peminjam Yang Berpendapatan Melebihi Rm2 000 Bakal Dikenakan Potongan Gaji

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 577 hits
Namun peminjam dalam kumpulan B40 dan M40 yang mendapat penghargaan kelas pertama akan dikecualikan daripada pembayaran balik imbalan Menteri Pelajaran Teo Nie Ching mengumumkan bahawa peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional y...
Umum Bonus Rm1 2 Bilion Gaji 190 000 Kakitangan 2 Kali Ganda Bulan Ini

Umum Bonus Rm1 2 Bilion Gaji 190 000 Kakitangan 2 Kali Ganda Bulan Ini

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 414 hits
Foto huawei com Khabar gembira bagi kakitangan Huawei Technologies apabila syarikat telekomunikasi gergasi di China hari ini mengumumkan pemberian bonus berjumlah 2 bilion Yuan atau AS 286 juta Ganjaran tunai itu merupakan tanda pengiktiraf...
65 Persen Pembangkit Listrik Program 35 000 Mw Masuk Tahap Konstruksi Per Hari Ini

65 Persen Pembangkit Listrik Program 35 000 Mw Masuk Tahap Konstruksi Per Hari Ini

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 229 hits
Program kelistrikan 35 000 Mega Watt telah berjalan hampir 5 tahun sejak dicanangkan pemerintah pada 2014 untuk memenuhi kebutuhan pasokan listrik yang terus meningkat Sampai September 2019 proyek pembangkit listrik 35 000 MW yang telah mem...
Membongkar Besaran Gaji Menteri Jokowi Lebih Kecil Dari Anggota Dpr

Membongkar Besaran Gaji Menteri Jokowi Lebih Kecil Dari Anggota Dpr

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 192 hits
Gaji pokok para menteri sesuai yang diatur dalam Keputusan Presiden Republik Indonesia nomor 68 tahun 2001 adalah sebesar Rp 5 040 000
Gaji Pekerja M Sia Terlalu Rendah Penasihat Pm

Gaji Pekerja M Sia Terlalu Rendah Penasihat Pm

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 313 hits
Penasihat ekonomi kepada perdana menteri Muhammed Abdul Khalid menyifatkan rata rata gaji pekerja bawahan di Malaysia dibayar terlalu rendah jika dibandingkan dengan gaji yang diterima oleh golongan eksekutif tertinggi Sedangkan katanya gol...
Menkes Terawan Serahkan Gaji Pertama Untuk Bpjs Kesehatan

Menkes Terawan Serahkan Gaji Pertama Untuk Bpjs Kesehatan

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 190 hits
Dia mengungkapkan dalam kasus ini masyarakatlah yang sedang memiliki masalah dan menderita karena persoalan yang menimpa BPJS Kesehatan
Pinjaman Mudah Tanpa Slip Gaji Beli Rumah Bawah Rm300 Ribu

Pinjaman Mudah Tanpa Slip Gaji Beli Rumah Bawah Rm300 Ribu

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 430 hits
SOURCE appeared first on Pinjaman Mudah Tanpa Slip Gaji Beli Rumah Bawah RM300 Ribu Sebenarnya ada banyak program yang ditawarkan untuk membantu seberapa rakyat marhaen beli rumah mampu milik Kadang kadang niat nak beli rumah itu ada tetapi...
Jadi Kurang Bersyukur Bahaya Beritahu Gaji Pada Rakan Sekerja

Jadi Kurang Bersyukur Bahaya Beritahu Gaji Pada Rakan Sekerja

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 222 hits
Korang pernah tak tanya kawan sekerja berapa gaji diorang Agak agak dorang akan jawab tak Berkongsi jumlah gaji yang diterima adalah sesuatu yang sangat sensitif Ada sesetengah orang memang tidak akan bercerita langsung gaji yang diterima d...
Butuh Dana Untuk Pilkada Pemkot Palu Tak Sanggup Bayar Gaji Honorer Sesuai Umk

Butuh Dana Untuk Pilkada Pemkot Palu Tak Sanggup Bayar Gaji Honorer Sesuai Umk

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 350 hits
Pemerintah Kota Palu menyatakan belum sanggup menggaji seluruh tenaga honorer K2 sesuai dengan standar Upah Minimum Kota yang nilainya Rp2 4 juta pada 2019
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui