Harga Telur Import Gred C 50 Sen Sebiji Lebih Mahal Daripada Gred A Tempatan


satuberita.my
By SatuBerita
-December 22, 2022
TELUR ayam yang diimport daripada India untuk memenuhi keperluan pengguna negara ini, dijual pada harga 50 sen sebiji, lebih mahal daripada telur Gred A, walaupun saiznya lebih kecil daripada Gred C tempatan

Ketika ini, telur Gred C tempatan dijual pada harga 41 sen sebiji, manakala Gred A pula adalah 45 sen sebiji.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Ameer Ali Mydin, mengakui harga telur import itu lebih mahal, namun ia masih mendapat permintaan daripada pengguna.

“Walaupun saiz telur import itu lebih kecil daripada Gred C, manakala harganya lebih mahal daripada Gred A, namun sekurang-kurangnya kita ada bekalan itu terutamanya ia adalah sumber protein yang paling murah boleh didapati.

“Kebanyakan makanan di negara ini memerlukan telur, disebabkan itu ia tetap ada pembeli walaupun harganya sebegitu,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian Online.

Sebelum ini, Perdana Menteri memaklumkan kerajaan akan mengimport sekurang-kurangnya dua hingga 10 juta biji telur sehari untuk menampung keperluan dan permintaan pasaran tempatan selain bagi tujuan mengawal harganya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, import telur itu sudah bermula sejak 15 Disember lalu dengan permulaan kemasukan sebanyak 100,000 biji telur.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai telur ayam import yang diterima oleh pasar raya Mydin, Ameer berkata, ketika ini bekalan yang diperoleh mereka hanya cukup untuk dijual menerusi cawangan Subang Jaya.

“Telur ayam import itu sudah diterima dan setakat ini dianggarkan jumlah itu cukup untuk menampung bekalan antara dua hingga tiga hari di cawangan Subang Jaya.

“Minggu depan akan masuk lagi bekalannya dan akan diagihkan kepada semua cawangan Mydin di negara ini,” katanya.

Dalam pada itu, Ameer berharap selepas telur ayam kembali stabil, kerajaan membiarkan ia dijual pada harga pasaran, tidak meletakkannya di bawah harga kawalan.

Katanya, kerajaan tidak perlu takut dengan kenaikan harga telur ayam kerana mengikut perkiraan ia hanya akan meningkat sekitar lima hingga tujuh sen sahaja.

Malah katanya, tindakan itu juga dapat mengelakkan pembekal ‘main harga’ dengan mengenakan caj tambahan kepada perkara lain.

“Kalau bekalan telur ayam pada pembekal tempatan ini sudah mencukupi, kita tidak perlu lagi import dari luar. Kita mahukan situasi menang-menang. Diharapkan selepas perayaan Krismas ini kerajaan tidak buat harga kawalan kepada telur.

“Setiap kali adanya kawalan harga sudah tentu terdapat ‘underground economy’ di sebaliknya. Mungkin kerajaan kini tidak tahu, walaupun ada harga kawalan ia akan disekalikan dengan ‘underground economy’.

“Ini bermakna harga barangan itu dijual lebih mahal, kalau harga kawalan menetapkan sebiji telur itu dijual dengan harga 45 sen sebiji, tetapi peniaga ini tidak akan mendapat bekalan dengan harga berkenaan,” katanya.

Ameer mendedahkan, hanya mereka yang sanggup bayar lebih sahaja akan menerima bekalan daripada pembekal.

“Walaupun dalam invois harga telur ayam ini akan kekal sama, namun pembekal bertindak ‘main harga’ dengan mengenakan caj tambahan pada pengangkutan atau caj pengendalian.

“Ini tidak betul, ia babitkan harga yang mahal namun dengan cara yang tidak telus, disebabkan kerajaan nak semua dibuat secara telus jadi kita cadangkan untuk tidak membuat harga kawalan selepas perayaan Krismas ini,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/12/harga-telur-import-gred-c-50-sen-sebiji.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harga Telur Ayam Meroket Jelang Libur Natal Tembus Rp30 700 Per Kg

Harga Telur Ayam Meroket Jelang Libur Natal Tembus Rp30 700 Per Kg

papar berkaitan - pada 10/12/2022 - jumlah : 250 hits
Mendag mengungkapkan melonjaknya harga telur ayam tersebut disebabkan oleh meningkatnya permintaan dari masyarakat Khususnya jelang perayaan Nataru
Mendag Kenaikan Harga Telur Ayam Jadi Rp30 700 Per Kg Masih Wajar

Mendag Kenaikan Harga Telur Ayam Jadi Rp30 700 Per Kg Masih Wajar

papar berkaitan - pada 10/12/2022 - jumlah : 248 hits
Lonjakan harga telur ayam Rp30 700 per kg disebabkan oleh meningkatnya permintaan dari masyarakat selama Nataru Adapun harga eceran tertinggi bahan pangan tinggi protein tersebut sebesar Rp 22 000 per kg
Meroket Harga Telur Ayam Tembus Rp29 Ribu Di Tingkat Peternak

Meroket Harga Telur Ayam Tembus Rp29 Ribu Di Tingkat Peternak

papar berkaitan - pada 15/12/2022 - jumlah : 207 hits
Meroket Harga Telur Ayam Tembus Rp29 Ribu di Tingkat Peternak Menurut peternak setempat harga telur ayam ras di tingkat peternak mengalami kenaikan sejak tiga pekan terakhir Kenaikan ini disebabkan tingginya permintaan pasar menjelang peray...
Jelang Nataru Harga Beras Hingga Telur Ayam Di Jakarta Naik

Jelang Nataru Harga Beras Hingga Telur Ayam Di Jakarta Naik

papar berkaitan - pada 18/12/2022 - jumlah : 246 hits
Kepala Dinas Ketahanan Pangan Kelautan dan Pertanian DKI Jakarta Suharini Eliawati menyatakan terjadi peningkatan harga pangan jelang Hari Besar Keagamaan dan Nasional Natal dan Tahun Baru Di antaranya pada komoditi beras telur ayam cabai b...
Harga Barangan Pengguna Perlu Sedar Jauhi Penjual Harga Mahal

Harga Barangan Pengguna Perlu Sedar Jauhi Penjual Harga Mahal

papar berkaitan - pada 24/12/2022 - jumlah : 251 hits
Pengguna disarankan menjauhi para peniaga yang dirasakan mengenakan harga yang terlalu tinggi berbanding harga purata peniaga peniaga lain Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata kesedaran tersebut dipercayai akan menekan peniaga terbabit untu...
Kl Selangor Catat Harga Rumah Paling Mahal Ppim Harian Metro 22 12 2022

Kl Selangor Catat Harga Rumah Paling Mahal Ppim Harian Metro 22 12 2022

papar berkaitan - pada 23/12/2022 - jumlah : 317 hits
Kuala Lumpur Kuala Lumpur dan Selangor mencatatkan harga rumah teres paling mahal di negara ini Manakala Melaka dan Perlis merekodkan harga rumah paling murah biarpun purata gaji pada kadar hampir RM3 000 Harga purata rumah teres masih di b...
Pm Patut Sekat Eksport Bukan Import Lagi Telur Dari Luar

Pm Patut Sekat Eksport Bukan Import Lagi Telur Dari Luar

papar berkaitan - pada 23/12/2022 - jumlah : 189 hits
ismaweb netDasar kerajaan tak selesai masalah hanya untungkan orang tengahBANGI 27 Jamadilawal 1444H Khamis Langkah kerajaan mengimport telur ke Malaysia bagi menampung keperluan dan permintaan pasaran tempatan bukanlah penyelesaian tuntas ...
Tattoo Supplies Essential Tools For Professional Tattoo Artists

Mobile Social Support Centres Proposed In Sabah To Aid Women Facing Domestic Violence

How Is Home Made Mango Juice Prepared

Affordable Background Checks Verisafe S Promise

Tmj Seru Pengadilan Bebas Demi Meningkatkan Kualiti Liga Malaysia

Amalan Doa Daripada Habib Umar Bin Hafidz Untuk Anak Yang Nakal

Pemilihan Pkr Bila Penamat Kian Hampir

Investors Affected By Unauthorised Trades Won T Incur Losses Says Bursa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kawasan Terbaik Di Malaysia Dengan Internet Boleh Dipercayai Untuk Pedagang

Cuktech Perluas Barisan Produk Di Malaysia Dengan Pelancaran Tiga Produk Kuasa Inovatif

Empowering Digital Teams With Sap Business Training In Malaysia

Nasi Lemak Abang Strawberry

Jual Besi Dan Plastik Di Tempat Kitar Semula

Retak Menanti Belah 5 Tahun Lagi Pkr Hilang Dari Peta Politik Nurul Izzah