Harga Rumah Dijangka Meningkat 3 0 Hingga 12 Peratus Pada 2022 2023


Harga rumah di Malaysia dijangka meningkat tiga peratus dalam jangka 12 bulan akan datang dan terus melonjak 12 peratus bagi tempoh 12 bulan berikutnya, didorong unjuran yang lebih baik.
Harga rumah dijangka meningkat 3.0 hingga 12 peratus pada 2022-2023
KUALA LUMPUR: Harga rumah di Malaysia dijangka meningkat tiga peratus dalam jangka 12 bulan akan datang dan terus melonjak 12 peratus bagi tempoh 12 bulan berikutnya, didorong unjuran yang lebih baik. B agi pasaran sewa, walaupun dijangka menunjukkan pertumbuhan hanya satu peratus bagi 12 bulan akan datang namun ia diunjurkan meningkat lapan peratus selepas suku ketiga 2022, menurut Juwai IQI, firma teknologi hartanah, dalam laporan kaji selidik hartanah terkininya yang dikeluarkan pada Isnin.

"Unjuran bagi pasaran hartanah kediaman Malaysia semakin baik.

"Memandangkan kita hampir pasti melaksanakan pembukaan semula ekonomi dan mengekang pandemik, kami menjangkakan aktiviti transaksi serta harga hartanah rumah meningkat tahun ini," kata Pengasas Bersama dan Ketua Eksekutif Kumpulan, Kashif Ansari.

Beliau berkata pembeli rumah kali pertama dilihat benar-benar memanfaatkan situasi pasaran semasa, dengan 35 peratus transaksi rumah baharu dan 31 peratus transaksi subjualan pada separuh pertama 2021 telah dilakukan oleh kumpulan pembeli ini.

"Pembeli rumah kali pertama meraih manfaat daripada dasar rangsangan oleh kerajaan, kerana mereka memiliki lebihan simpanan dan dorongan lebih kuat untuk membeli rumah sendiri, susulan pandemik," katanya.

Beliau berkata ramai dalam kumpulan itu kurang berbelanja untuk perjalanan, hiburan dan perbelanjaan lain sejak pandemik mula berlaku, justeru, simpanan terkumpul itu telah membantu mereka untuk membeli rumah pertama.

Kashif berkata 56 peratus daripada hampir 400 ejen yang terlibat dalam kali selidik itu juga yakin kadar pertumbuhan transaksi yang pesat akan dicatatkan kumpulan pembeli kali pertama bagi baki tempoh 2021.

"Negeri yang dijangka mencatatkan peningkatan pembeli rumah kali pertama paling ketara ialah Pulau Pinang dan Perak, dengan tiga sukuan daripada ejen di negeri itu mengunjurkan kenaikan berkenaan," katanya.

Beliau berkata mengenai pembeli asing, kali selidik itu menunjukkan bahagian transaksi disumbangkan oleh pembeli asing susut kepada paras terendah -- hanya 13 peratus daripada pembelian keseluruhan yang dilakukan pada separuh pertama 2021.

"Prestasi dari segi pembeli asing tidak akan pulih sehingga sempadan dibuka, namun transaksi mereka dijangka meningkat lebih 50 peratus daripada angka semasa apabila sempadan negara dibuka," katanya. -- BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/07/harga-rumah-dijangka-meningkat-30.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kasus Covid 19 Meningkat Harga Oksigen Naik Dan Tabung Makin Langka Di Dki

Kasus Covid 19 Meningkat Harga Oksigen Naik Dan Tabung Makin Langka Di Dki

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 304 hits
Kemarin saya cari ke mana mana engga ada nah ketemu di Pasar Pramuka itupun harganya naik Biasanya Rp500 jadi Rp2 5 juta Mau engga mau saya beli ujarnya
Cerita Fista Anis Dari Chef Hotel Bintang 5 Hingga Full Mengurus Rumah Tangga Inspiringmom

Cerita Fista Anis Dari Chef Hotel Bintang 5 Hingga Full Mengurus Rumah Tangga Inspiringmom

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 305 hits
Simak cerita lengkap dari Fista Anis mantan chef berprestasi hingga full menjadi ibu rumah tangga
Skuad Harimau Malaya Menang Menentang Thailand Kelayakan Piala Dunia 2022 Piala Asia 2023

Skuad Harimau Malaya Menang Menentang Thailand Kelayakan Piala Dunia 2022 Piala Asia 2023

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 353 hits
Kredit Gambar Pasukan Harimau Malaya berjaya mendapatkan tiga mata pada aksi terakhir peringkat Kumpulan G bagi kelayakan Piala Dunia 2022 Piala Asia 2023 Perlawanan yang berlangsung di Stadium Al Maktoum Dubai itu menyaksikan pasukan negar...
Diskaun 5 Hingga 40 Peratus Bil Elektrik Bagi Tempoh 3 Bulan Mulai Bil Julai Ini Pm

Diskaun 5 Hingga 40 Peratus Bil Elektrik Bagi Tempoh 3 Bulan Mulai Bil Julai Ini Pm

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 276 hits
Terkini bagi meringankan beban perbelanjaan bulanan rakyat kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bil elektrik antara lima hingga 40 peratus mulai Julai ini
Kes Kematian Covid 19 Meningkat 6 3 Peratus Dalam Seminggu

Kes Kematian Covid 19 Meningkat 6 3 Peratus Dalam Seminggu

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 235 hits
Minggu epidemik ke 25 yang berakhir pada 26 Jun lalu menunjukkan peningkatan sebanyak 6 3 peratus kes kematian dengan purata 77 berbanding sebelumnya Gambar hiasan KUALA LUMPUR Minggu epidemik ke 25 yang berakhir pada 26 Jun lalu menunjukka...
Ahmad Zahid Kekal Presiden Hingga 2023

Ahmad Zahid Kekal Presiden Hingga 2023

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 236 hits
bebasnews myBy 27 06 2021Tajuddin Abdul RahmanSHAH ALAM Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan kekal menyandang jawatan tersebut apabila pemilihan parti itu ditangguhkan selama 18 bulan sehingga awal 2023 Penangguhan pemilihan ...
Rumah Sakit Penuh Kasus Covid 19 Di Tangerang Terus Meningkat

Rumah Sakit Penuh Kasus Covid 19 Di Tangerang Terus Meningkat

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 270 hits
Kasus aktif 535 kasus kemarin ada penambahan kalau tidak salah 83 kasus Kita berharap masyarakat terus disiplin karena masih terjadi peningkatan kasus ungkap Arief Wismansyah di pelaksanaan Vaksinasi di Mal Balekota Tangerang Sabtu
Kes Keganasan Rumah Tangga Meningkat Di Perlis Kata Exco

Kes Keganasan Rumah Tangga Meningkat Di Perlis Kata Exco

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 288 hits
Kes keganasan rumah tangga meningkat di Perlis kata exco Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 30 Jun 2021 11 09PM
Daftar Percuma Program Affiliate Dan Buat Duit Dengan Komisen 50 Peratus Dari Harga Produk

Daftar Percuma Program Affiliate Dan Buat Duit Dengan Komisen 50 Peratus Dari Harga Produk

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 343 hits
Bagi yang masih tak tahu lagi sebenarnya kita boleh buat duit tepi dengan hanya menjadi seorang Affiliate Klikjer Sebelum tu The post first appeared on
Pak Lah To Be Laid To Rest In Warriors Mausoleum

Biografi Tun Abdullah Ahmad Badawi

Perbelanjaan Menggunakan Kereta Proton E Mas 7

Back To The Future Why Y2k Fashion Is Making A Major Comeback

Unleash Your Inner Artist Learn How To Paint

Mastering The Road Learn Driving Theory For A Solid Foundation

Raub Mp Arrested Over Obstruction Claims

Mangkuk Seramik Bunga Tulip


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Understand Your Target Audience

Tema Hijau Menjadi Pilihan

Lirik Lagu Anugerah Hati Suki Low Ft Alun Tradisi Ft Yam Tunku Zain

3 Lagu Untuk Ana

Dapat Juga Derma Darah Kali Kedua

Resipi Rendang Rempah Cili Padi Daging Pedas Padu Rahsia Sedap Rempah Buat Sendiri