Harga Rumah Di Kawasan Banjir Turun


Oleh Mahanum Abdul Aziz Harga dan nilai harga di kawasan yang dilanda banjir dijangka turun susulan permintaan yang lebih rendah. - Foto fail NSTP/Asyraf Hamzah KUALA LUMPUR: Harga dan nilai harga di kawasan yang dilanda banjir dijangka turun susulan permintaan yang lebih rendah, namun kesan negatif itu adalah bersifat sementara, kata penganalisis.
Berdasarkan kajian empirikal, TA Securities berkata, harga hartanah di kawasan terjejas bencana itu akan meningkat semula sejajar dengan pemulihan pasca banjir.
Ia berkata, faktor konvensional seperti lokasi hartanah yang terletak berdekatan dengan kemudahan; aktiviti ekonomi dan ketersediaan pekerjaan serta saiz tanah dan bangunan terus memberi impak ketara terhadap harga hartanah.
"Secara keseluruhannya, risiko banjir tidak menghalang orang ramai daripada pemilikan hartanah atau pilihan lokasi untuk didiami.
Walaupun kami tidak menolak penurunan dalam permintaan dan nilai bagi hartanah yang terletak di wilayah yang terjejas teruk, kajian empirikal yang dijalankan di dalam dan luar negara menunjukkan bahawa kesan negatif adalah sementara, dengan harga mula meningkat semula seiring dengan pasca pemulihan bencana," katanya dalam nota penyelidikannya.
Mengulas lanjut, TA Securities berkata, berdasarkan penelitian membabitkan pengaruh bahaya banjir terhadap pasaran hartanah kediaman di Selangor mendapati trend harga transaksi hartanah kediaman di kawasan yang terdedah kepada banjir seperti di Klang dan kawasan yang tidak terdedah kepada banjir adalah agak sama untuk tempoh suku pertama 2015-suku ketiga 2021.
Sementara itu, ia berkata, penelitian yang dilaksanakannya juga mendedahkan bahawa banjir baru-baru ini tidak menjejaskan jualan hartanah di Bandar Bukit Raja dan Setia Alam pada ketika ini.
Menuju ke depan, TA Securities berkata, bencana banjir kilat terburuk baru-baru ini memberi isyarat kepada pembeli rumah untuk lebih peka dengan kawasan kejiranan yang mereka pilih sebelum membeli.
Pada masa yang sama, ia berkata, keadaan itu juga memberi peringatan kepada pemaju supaya berhemat dalam menentukan tempat untuk membina rumah.
Katanya, sementara perangkaan menunjukkan bahaya banjir memberi kesan terhad kepada nilai hartanah kediaman dan sebarang penurunan harga terhadap hartanah di kawasan banjir berkemungkinan bersifat sementara, pemaju dijangka menumpukan lebih perhatian kepada kawalan saliran pada masa depan berikutan kesedaran terhadap kelestarian perbandaran meningkat.
"Dalam konteks ini, kami menjangkakan bahawa perbandaran masa depan bukan saja akan direka untuk meminimumkan jejak karbon menerusi langkah kecekapan tenaga dan komitmen terhadap kelestarian melalui peningkatan ruang hijau, serta pemeliharaan flora dan fauna, tetapi juga menggabungkan kejuruteraan semula jadi laluan air dan kolam tadahan yang mengambil kira tebatan banjir.
"Justeru, kami menggesa kerajaan untuk melaksanakan langkah tebatan banjir jangka pendek dan jangka panjang dengan segera, termasuk menaik taraf perparitan dan infrastruktur pantai," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/harga-rumah-di-kawasan-banjir-turun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Timbalan Menteri Kesihatan Turun Padang Periksa Kesihatan Mangsa Banjir

Timbalan Menteri Kesihatan Turun Padang Periksa Kesihatan Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 176 hits
Oleh ASLINDA NASIR NOOR Azmi Ghazali turun padang membuat pemeriksaan kesihatan mangsa banjir di Hulu Langat Selangor KUALA LUMPUR Dalam membantu mangsa yang terkesan akibat banjir Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali turut...
Banjir Rumah Dinaiki Air Bomba Bantu Pindah Jenazah Warga Emas

Banjir Rumah Dinaiki Air Bomba Bantu Pindah Jenazah Warga Emas

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 210 hits
Anggota bomba membantu membawa jenazah ke tempat selamat untuk diuruskan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pas Kuala Krai PETALING JAYA Penduduk terpaksa meminta bantuan pasukan bomba untuk membawa jenazah ke kawasan sela...
Kplb Terima Lebih 300 Permohonan Pembaikan Rumah Pasca Banjir Di Bukit Changgang

Kplb Terima Lebih 300 Permohonan Pembaikan Rumah Pasca Banjir Di Bukit Changgang

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 251 hits
Oleh Ketua Setiausaha KPLB Datuk Ramlan Harun meninjau proses permohonan dan semakan kelayakan untuk pembaikan dan bina baharu rumah pasca banjir di bawah Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia di Pusat Sehenti Tabika Kemas Bukit Changgang...
Kawal Keganasan Rumah Tangga Pasca Banjir

Kawal Keganasan Rumah Tangga Pasca Banjir

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 186 hits
AGENDA DAILY Antara kesan banjir ialah masalah kewangan akibat kerugian kemusnahan harta benda dan ini mendorong kepada perselisihan faham antara suami isteri Gambar hiasan Kajian yang dijalankan berkaitan kesan bencana kepada kesihatan men...
Weiiii Dah Hang Tau Rega Nak Naik Kenapa Lah Kau Tak Usahakan Agar Ianya Turun Atau Harga Kembali Normal

Weiiii Dah Hang Tau Rega Nak Naik Kenapa Lah Kau Tak Usahakan Agar Ianya Turun Atau Harga Kembali Normal

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 252 hits
Terkini Menteri minta rakyat bersedia dengan kenaikan harga ayam awal bulan depanJanuary 8 2022 Rakyat negara ini perlu bersedia dengan kenaikan harga siling ayam yang dijangka berlaku awal bulan depan selepas tamat Skim Harga Maksimum Kelu...
Lzs Bantu Bina 32 Rumah Asnaf Terjejas Banjir

Lzs Bantu Bina 32 Rumah Asnaf Terjejas Banjir

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 270 hits
Oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor Saipolyazan M Yusop melihat keadaan rumah mangsa banjir yang juga Orang Kurang Upaya Sewah Samidjo 65 ketika LZS turun padang menjalankan bancian dan semakan rumah mangsa banjir di Kampung...
Kata Rumah Kena Banjir Tapi Duduk Apartment Tingkat 4 Atas Bukit Ngo Dedah Penipuan Mangsa Banjir

Kata Rumah Kena Banjir Tapi Duduk Apartment Tingkat 4 Atas Bukit Ngo Dedah Penipuan Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 320 hits
Oleh Tangkap layar teks perbualan antara ahli Dana Kita berikutan penipuan pemohon FOTO FACEBOOK DANA KITA RUMAH pangsapuri atas bukit tingkat empat tetapi mohon bantuan mangsa banjir Itu antara ragam dihadapi pasukan Pertubuhan Kebajikan D...
Banjir Jumlah Mangsa Di Sabah Johor Melaka Pahang Meningkat

Banjir Jumlah Mangsa Di Sabah Johor Melaka Pahang Meningkat

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 532 hits
Oleh Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara di Sabah Johor Melaka dan Pahang mencatatkan peningkatan petang ini GAMBAR Bernama JUMLAH mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara di Sabah Johor Melaka dan Pahang menca...
4 Barang Keperluan Turun Harga Mulai Esok Kata Kpdnhep

4 Barang Keperluan Turun Harga Mulai Esok Kata Kpdnhep

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 295 hits
Empat barangan berkenaan terlibat dalam pelarasan semula harga sebagai langkah untuk menstabilkan harga barangan BUKIT MERTAJAM Ayam telur ayam sawi dan kacang panjang akan mengalami penurunan harga di seluruh negara bermula esok dalam usah...
Penjual Tempatan Berinovasi Dalam Landskap E Dagang Yang Semakin Melangkaui Persaingan Harga

Compartment Food Box Custom Solusi Ideal Untuk Makanan Seimbang Menarik

Itu Keputusan Hakim Peguam Negara Pm Anwar Tak Masuk Campur Urusan Dnaa Najib

Beli Iphone Murah Bawah Rm2000 Di Malaysia Refurbished Vs Second Hand Mana Lebih Berbaloi

Hiburan Yakin Dan Merdu Suaranya Nur Fazura Lancar Lagu Baru Berjudul Luar Biasa Kolaborasi Bersama Ade Govinda

Ustaz Azhar Idrus Kongsi Tips Rumah Tangga Bahagia Pesan Jangan Letak Harapan Tinggi Tiada Yang Sempurna

Honey Trap When Seduction Meets Spycraft In The Shadows Of Power

Pas Sudah Melupakan Shahidan Kassim Annuar Musa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Power Rate Exemptions For Low Usage Consumers

Loke Klia Aerotrain Delays Due To Safety Tests

Garlic Oyster Lamb

Upsi Oriental Daily 19 06 2025

Lirik Lagu Tunggu Aku Danial Ismail And Hyqal Haidy

Pokok Cili Padi Vs Pokok Ciku Di Kebun Kecilku