Harga Pas Perjalanan Bas My Turun Kepada Rm30 Loke


Harga Pas Perjalanan BAS.MY Turun Kepada RM30 – Loke
JOHOR BAHRU, 3 Nov (Bernama) — Harga Pas Perjalanan Tanpa Had bagi Kad 30 Hari BAS.MY di seluruh negara diturunkan daripada RM50 kepada hanya RM30 sebulan bagi membolehkan rakyat menikmati perjalanan tanpa had dengan kos serendah RM1 sehari.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata penurunan harga yang berkuat kuasa serta-merta itu bukan sahaja membantu meringankan kos sara hidup rakyat, tetapi juga mampu menjimatkan perbelanjaan antara RM200 hingga RM300 setiap bulan.
Beliau berkata Program Bas Berhenti-Henti (SBST) Johor Bahru mencatat jumlah penumpang tertinggi di negara ini sejak mula dilaksanakan pada 2022 dengan jumlah keseluruhan 940,000 penumpang bagi tahun ini.
“Pelaksanaan BAS.MY di Johor Bahru kini merangkumi 21 laluan, iaitu penambahan tiga laluan daripada 18 laluan sebelum ini. Bagi tujuan itu, kerajaan Persekutuan akan melabur sebanyak RM134.94 juta bagi tempoh dua tahun, bersamaan dengan RM67.47 juta setahun, bagi memastikan perkhidmatan SBST Johor Bahru terus memberikan manfaat kepada rakyat.
“Dengan sokongan berterusan daripada kerajaan, pengendali BAS.MY Johor Bahru disaran supaya meningkatkan usaha agar mampu mencatat purata bulanan melebihi satu juta penumpang pada masa hadapan. “Inisiatif ini hanya terpakai untuk warganegara Malaysia, manakala bukan warganegara masih perlu membayar tambang penuh. Penurunan harga pas itu juga akan diperluas ke semua negeri yang mempunyai perkhidmatan BAS.MY supaya lebih ramai rakyat dapat menikmati manfaat sama,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti BAS.MY Johor Bahru di Sutera Mall, di sini hari ini.
Dalam pada itu, Loke berkata perkhidmatan tambahan BAS.MY Medik, iaitu van khas bagi membawa pesakit dialisis, Orang Kurang Upaya (OKU) dan pengguna kerusi roda akan mula dilaksanakan di Johor Bahru menjelang hujung tahun ini.
Katanya, perkhidmatan berasaskan permintaan itu merupakan sebahagian daripada syarat yang dikenakan kepada pengendali perkhidmatan bas bagi memastikan kemudahan mobiliti turut dinikmati golongan memerlukan.
“Dua van akan disediakan dan telah diubah suai bagi kegunaan pesakit, termasuk OKU serta pengguna kerusi roda. Van ini akan mengambil pesakit dari rumah untuk dibawa ke pusat dialisis, hospital atau klinik,” katanya.
Beliau berkata tempahan perkhidmatan boleh dibuat melalui aplikasi mudah alih atau panggilan telefon, bergantung pada keselesaan pengguna. Sementara itu, Loke yang akan melakukan lawatan tapak ke projek Sistem Transit Rapid (RTS) hari ini bagi meninjau perkembangan dan memastikan kerja pembinaan berjalan mengikut jadual, berkata kadar tambang bagi Projek Transit Aliran Johor Bahru–Singapura (RTS Link) masih belum ditetapkan dan akan dimuktamadkan bersama dengan pihak operator sebelum operasi bermula.
“Lawatan ini penting supaya kita dapat memahami dengan lebih dekat status pelaksanaan dan melakukan tindakan awal sekiranya ada isu yang perlu diuruskan,” katanya.
BACA: Abang Johari Dianugerah Pingat The Order Of The Rising Sun
Sumber: BERNAMA
The post Harga Pas Perjalanan BAS.MY Turun Kepada RM30 – Loke appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/03/harga-pas-perjalanan-bas-my-turun-kepada-rm30-loke/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harga Ron97 Diesel Di Semenanjung Turun 4 Sen

Harga Ron97 Diesel Di Semenanjung Turun 4 Sen

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 135 hits
Harga RON97 Diesel Di Semenanjung Turun 4 Sen KUALA LUMPUR Harga runcit RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia turun 4 sen iaitu masing masing ditetapkan pada RM3 14 seliter dan RM2 89 seliter bagi tempoh 23 hingga 29 Oktober 2025 Kemente...
Kenaikan Harga Emas 2025 Patut Tunggu Turun Atau Mula Simpan Sekarang

Kenaikan Harga Emas 2025 Patut Tunggu Turun Atau Mula Simpan Sekarang

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 276 hits
Bismillah dan selawat ke atas Rasulullah Sejak kebelakangan ini ramai mula bercakap tentang kenaikan harga emas yang nampaknya tidak berhenti Ada yang gembira sebab nilai simpanan mereka meningkat tapi ada juga yang tertanya tanya Kalau nak...
Pas Mulls Legal Challenge Turun Anwar 2 0 Over Us Trade Pact

Pas Mulls Legal Challenge Turun Anwar 2 0 Over Us Trade Pact

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 176 hits
PAS has not ruled out taking legal action including filing a judicial review or staging another protest against Prime Minister Anwar Ibrahim dubbed Turun Anwar 2 0 in response to Malaysia s reciprocal trade agreement with the United States ...
Timbal Balas Negatif Kepada Pas Jika Teruskan Turun Anwar 2 0

Timbal Balas Negatif Kepada Pas Jika Teruskan Turun Anwar 2 0

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 138 hits
PAS akan kelihatan keliru dan guna isu ART untuk kepentingan politik sekiranya tunjuk perasaan dilakukan kata penganalisis PAS baru baru ini umum ia tidak tolak kemungkinan anjur semula Turun Anwar 2 0 sebagai reaksi terhadap ART PETALING J...
Kerajaan Cari Jalan Turun Harga Kereta Ckd Untuk Rakyat

Kerajaan Cari Jalan Turun Harga Kereta Ckd Untuk Rakyat

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 472 hits
Kerajaan sedang mencari langkah untuk memastikan harga kereta CKD tidak meningkat secara mendadak apabila peraturan cukai eksais baru OMV 402 mula dikuatkuasakan pada Januari 2026 Secara ringkas cukai ini akan mengambil kira bukan hanya kos...
Petronas Victim Of Selangor Govt S Weaknesses Shah Alam Pas

Petronas Victim Of Selangor Govt S Weaknesses Shah Alam Pas

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 278 hits
Shah Alam PAS has come to Petronas Gas Berhad s defence after the company was named as a respondent in a lawsuit initiated by 36 Putra Heights residents over the April 1 gas pipeline explosion in the area While supporting the legal action b...
Don T Cross The Line Deputy Speaker Warns Pas Mp On Racial Issues

Don T Cross The Line Deputy Speaker Warns Pas Mp On Racial Issues

papar berkaitan - pada 24/10/2025 - jumlah : 237 hits
PARLIAMENT Deputy Dewan Rakyat speaker Ramli Nor has warned PAS Ahmad Marzuk Shaary not to cross the line when speaking on racial issues Ramli cautioned that he will perform his duty as a deputy speaker to obstruct those who violate the hou...
James Chin Kepong Mp Challenge Pas To Start Its Own All Halal Sans Alcohol Pas Airline

James Chin Kepong Mp Challenge Pas To Start Its Own All Halal Sans Alcohol Pas Airline

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 347 hits
MOON people will never understand and the Kepong MP is correct If Moon wants a halal airline they should start one snubbed political commentator Prof James Chin in concurrence with DAP lawmaker Lim Lip Eng who yesterday mocked PAS for its r...
How Ai Powered Productivity Is Transforming Everyday Life

Perodua Luncurkan Qv E Ev Pertama Buatan Tempatan Yang Memikat Hati

Easy Dinner Recipes Veg For Weight Loss

Opensys Perkenal Palmwav Revolusi Pembayaran Imbas Tapak Tangan Pertama Di Malaysia

Erra Fazira Dan Mr E Bakal Umum Tarikh Nikah Esok

Fungsi Dan Pentingnya Organ Utama Jantung Buah Pinggang Dan Paru Paru

Faisal Halim Nafi Curang Peguam Dedah Bekas Isteri Suka Buat Tuduhan Melulu

Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Ditahan Halang Tugas Polis Pandu Melulu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Geng Kompang Kampung

Pasaran Merosot Sebagai Tindak Balas Kepada Isyarat Yang Membimbangkan

Dodhy Kangen Band Parah Chord

Senyum Yang Menangis

9 Prospek Kerja Online Mengetik Yang Paling Menjanjikan

7 Rekomendasi Tumbler Terbaik Stylish Dan Tahan Lama