Harga Nyawa Tidak Boleh Dipandang Ringan Mufti Perlis
“Harga Nyawa Tidak Boleh Dipandang Ringan” – Mufti Perlis. Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang cedera dalam insiden rusuhan di kuil bulan lalu, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) malam tadi.
Dalam kejadian awal pagi 27 Nov lalu, Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, cedera parah dipercayai dipukul sekumpulan perusuh di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya.
Allahyarham pada asalnya dirawat di Pusat Perubatan Ramsay Sime Darby, Subang Jaya sebelum dipindahkan ke IJN.
Sehubungan perkara ini, Mufti Perlis Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin melalui Facebook miliknya menggesa pihak berkuasa untuk membawa suspek sehingga menyebabkan kematian Muhammad Adib. Semoga dia ditempatkan dalam kalangan syuhada. Takziah buat keluarga beliau.
Dia telah terkorban semasa bertugas demi negara hasil dari perbuatan kumpulan pengganas. Pihak berkuasa hendaklah segera membawa kumpulan pengganas tersebut ke pengadilan dan menerima hukuman yang wajar. Harga nyawa tidak boleh dipandang ringan.
Pembunuh mesti dihukum bunuh melainkan jika keluarga mangsa memaafkan. Jika tidak, rosaklah keseimbangan keadilan dalam hidup ini.
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 179:
وَلَكُمْ فِي الْقِصَاصِ حَيَاةٌ يَا أُولِي الْأَلْبَابِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُون
maksudnya : “Dan bagi kamu hukuman Qisas (bunuh balas itu) kehidupan wahai golongan Ulul Albab, mudah-mudahan kamu bertakwa”.
Jika pembunuh beliau tidak diheret ke muka pengadilan, maka tiada apa lagi yang puak pengganas dan pelampau itu akan akur terhadap undang-undang dalam negara ini.
Siasatan Semula
Kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim kini disiasat dan diklasifikasikan semula sebagai kes bun4h, kata Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Ab Rashid Ab Wahab.
Dalam kenyataan malam ini, beliau berkata kes itu sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan bun4h tetapi kini diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membun4h.
Muhammad Adib, 24, yang cedera par4h dalam insiden rusu han di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya bulan lalu, meningg4l dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 9.41 malam ini. Perkara itu disahkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin kepada pemberita di IJN.
Dalam kejadian awal pagi 27 Nov lalu, Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, cedera par4h dipercayai dipu kul sekumpulan perus uh ketika menyertai operasi memadam kebakaran di hadapan kuil itu.
Allahyarham pada asalnya dirawat di sebuah hospital swasta di Subang Jaya, sebelum dipindahkan ke IJN pada hari sama.
Jen4zah Adib tiba di Kedah dengan helikopter bomba
Jenazah bomba berusia 24 tahun itu diterbangkan dari Kuala Lumpur oleh helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat dan mendarat di SK Tebengau pada pukul 10.30 pagi Selasa.
Ibu bapa Allahyarham mengiringi jen4zah dengan menaiki helikopter tersebut.
Dua helikopter lain yang tiba terlebih dahulu membawa Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Mohammad Mentek, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Mohamad Hamdan Wahid dan Timbalan Ketua Pengarah Operasi Datuk Soiman Jahid.
Allahyarham meningg4l dunia akibat cedera par4h ketika insiden rusuhan kuil Seafield Sri Maha Mariamman berlaku pada bulan lalu.
Muhammad Adib meningg4l dunia pada pukul 9.41 malam Isnin di Institut Jantung Negara (IJN). Pengebumiannya akan berlangsung setelah waktu Zohor.
Sumber: BERNAMA
The post “Harga Nyawa Tidak Boleh Dipandang Ringan” – Mufti Perlis appeared first on .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/harga-nyawa-tidak-boleh-dipandang-ringan-mufti/